Lucy

malam ni gua nak keluar dengan Lucy, nanti gua tempek gamba² sewaktu gua dengan dia- tak sabar gua , "Lucy, tunggu i sampai ye?"

lu orang ape plan malam ni? barang siapa yang nak jumpe gua dengan Lucy halo gua kat sini, kite set time & tempat- amacam?




Tapi Tak

gua ingat gua kuat, tapi tak
gua ingat gua gagah, tapi tak
gua ingat gua macho, tapi tak
gua ingat gua fit, tapi tak
gua ingat gua kental, tapi tak


gua demam juga akhirnya, semalam gua MC- doktor ckp gua kena jangkitan virus, sah² kaum gua gak yg bawak virus ni- hilang macho gua semalam, asik bersin je- hingus usah crite la, tak boleh nak cover langsung- setakat batuk tu gua boleh cover lagi, "eheemmm" halus je gua batuk- nurse suh gua abes kan semua ubat² tu, ape die ingat gua ni mak nyah ke- tak macho la kalu makan ubat, tak respect orng langsung la nurse tu- memang bajet taknak makan ubat, tapi makin lama makin badan gua terase macam kena cucuk dengan jarum peniti- gua akur, gua kunyah ubat selsema, hirup ubat batuk, telan ubat demam- tiba² gua rase lutut gua mule gigil, mate gua berat, tak bole kawal, gua hanyut dibuai khayalan ubat² td, gua tertido- tak macho langsung



Kejam

gua da mula rasa goyang dengan ape yang terjadi kat dunia sekarang ni, selak je paper mati sane, mati sini- bukak je TV mati sane, mati sini- dengar je radio mati sane, mati sini- mati yang mengerikan, rogol-bunuh, dendam-bunuh, hutang-bunuh, kemalangan-mati, ragut-mati, rompak-mati- gua semakin goyang dengan dunia, curiga sane-sini, panik sane sini, takut sane sini, semuanye men-goyangkan gua-

bukan niat gua nak menakut² kan lu orang tapi sebenarnya gua sendiri da rase takut ni, keluar rumah kena langgar, duduk rumah kena rompak, shopping kereta jatuh dari atas, bahaye²- itulah yang dinamakan ajal maut, kat mane² pun kite boleh mati bile dah sampai seruNYA- gua hanya boleh berdoa supaya mati gua tak ngeri, mati gua tenang, mati gua tak seksa, amin-



1 Tahun

diam tak diam, bising tak bising umur blog ni hampir setahun jagung- penerbitan blog ni seawal Januari 2009, diterbitkan oleh Mohd Fadli, ditulis oleh Mohd Fadli, ditaja oleh Mohd Fadli, pendek kata semuanya dialah- Mohd Fadli itulah gua, cerita dalam blog lu gua, lu gua tapi nama Mohd Fadli, tak ganas langsung- pembabitan gua dalam arena blog ni berlaku secara tidak sengaja, semuanya bermula dari blog abang gua- dari situ timbul sifat ingin tahu dan sifat ingin mencuba, jadi terhasil la blog yang diberi link shahazril.blogspot.com-

shah azril ni takde kena mengena pun dengan gua, dari mana gua dapat nama ni susah gua nak cerita- sebabnya, paaaannnnjjjjjaaaannnnggggg cerita nya- gua nak lu orang lupakan pasal shah azril tu, baik lu orang fokus kat gua lagi rare- gua ada sikit upacara tuk meraikan ulang tahun blog gua yang pertama ni tapi masih dalam perbincangan dengan penghulu Kampung Lubuk, AJK baru nak dilantik- Syarikat Cahaya Din pun da sound gua awal² nak sponsor 7 khemah 2 tingkat, gua tak dapat bayangkan rupa khemah tu- Yob kedai hadware pun nak sponsor lampu mentol kuning 14 bijik, kasi terang sket majlis yang diramalkan berlangsung pada waktu malam- gua masih lagi mencari sponsor² amatur yang sanggup men-support majlis ni

gua nak pegi beli reben dengan belon jap, kasi cantik gua punya blog- tiba-tiba gua teringat Lucy, cet......




*majlis adalah rekaan semata-mata, harap maklum...


Teman Baru?

gua da bertemu dengan teman baru gua, akhirnya- sekian lama gua menanti teman baru, meleleh jugak air liur ni kadang²- dari atas sampai bawah memang mengiurkan, terbeliak mata gua bile mula² jumpa- mantap, memang ciri² yang gua cari selame ni- habis 1 malaya gua bawak die jalan², naik haus tapak kasut- tumit kaki pun da terasa macam nak hancur, berjalan sakan gua dengan die- nama die Lucy, gua suka nama die- gua nak cerita lebih² pun tak best sebab gua takde die punye gamba, dipendekkan cerita hp cap Sony gua rosak- macha kedai hp ckp "Rabu u kasi mari amek hp"- so hari rabu ni gua snap gamba die banyak², gua kasi lu orang tonton puas²- oh Lucy, aku rindu ko.....................

Kawan

sorry beb buat lu terasa, bukan niat gua- tak terlintas pun nak tujukan untuk lu, sumpah! gua minta maaf kat lu, sumpah gua tak terniat nak tujukan kat lu- mungkin kata-kata disini banyak buat kawan-kawan terasa dengan gua, bukan niat gua nak buang kawan- gua tak benci lu pun dan jangan la lu membenci gua, banyak yang dah gua kesalkan kat sini- gua minta maaf sekali lagi kat orang² yang gua anggap kawan, yang banyak gua sakit kan hati lu orang, gua minta maaf- maafkan gua! lu orang tetap kawan gua.....




Kerja

kerja gua hari ni kat pejabat:-

-menguap
-menggeliat
-menyelak suratkabar online
-belek kalendar 2010
-tengok jam (tiap saat)
-ulang lagu Camelia nyanyian Irwansyah (masih lagi tak hafal²)

*oh, rupanya gua tengah kebosanan- orang ganu kol bosang, yes i'm bored! rase nak cabut bulu ketiak sehelai demi sehelai sampai berair bijik mata.

Tepuk Tangan

dari semalam sampai sekarang gua asyik tepuk tangan je, ni gara-gara bole sepak Malaysia pegi final sukan SEA- mau tak tepuk tangan, jarang sangat Malaysia nak pegi final- bila dapat peluang macam ni gua pun mengambil kesempatan ni menepuk tangan selama 3 hari 3 malam tanda gua berbangga dengan kejayaan Malaysia-

walaupun corak permainan Malaysia pada akhir-akhir perlawanan agak kelam kabut seperti pemain bola sepak bawah 12 sekolah tamil tapi apa yang penting gol kemenangan dan semangat melawan dihadapan 20 000 penonton Laos- misi terakhir mengalahkan Vietnam di final, gua mimpi semalam Malaysia menang lawan Vietnam 2-0- kompom emas untuk Malaysia





Orang Selangor

ok, orang Selangor cuti esok ye termasuk la gua- giler syok cuti sampai 3 hari, dipendekkan cerita, untuk orang Selangor dah takde hari jumaat ye- jumaat gua hanya akan muncul pada tahun hadapan tapi tak termasuk sembahyang jumaat la- gua semakin tak sabar nak ketemu teman baru gua, ketemu je nanti gua nak gomol die puas²- maklum la teman baru kan, selera tu len macam sket- cau.......


Seketika Di Gerai Mak Gua

anak kecil: acik, ice blended Milo 1
mak gua: hah, air periuk?
anak kecil: tak, Milo la
mak gua: aku ingatkan ko nak air periuk

anak kecil usha gua kat belakang, gua senyum sinis



Teman Baru?

start dari sekarang gua harus mengumpul duit serta berjimat cermat hanya demi untuk teman baru gua. gua pun takde la excited sangat menunggu ketibaan teman baru gua tu, kalu ade tu ade la. buat mase ni gua takde lagi gamba die, insya-ALLAH nanti gua upload gamba die tuk tatapan lu orang. tunggu kehadiran teman baru gua


Perbualan talifon:-

brader: dik, sumenye ok. abang da uruskan semuanya, mmg cun dik
aku: ok...ok...ok... (gua gelabah sikit, sikit je)


kepade brader, lu memang memahami gua. gua caya sama lu, ok sehingga berjumpe lagi di entri bergamba bersama teman baru gua. cau..............


Kampung Talam (Episod II)

Mata Kamal meliar melihat ke dalam rumah Mak Siah. "Ke tepi" tempik Kamal sambil menolak Mak Siah yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Berlari Kamal menuju ke belakang rumah Mak Siah. Mak Siah yang dalam kesakitan terpinga-pinga, ketakutan jelas terpancar di muka Mak Siah. "Aduh" Mak Siah manahan kesakitan. Bergegas Mak Siah mencapai telefon lalu menelefon Pak Senin. Mak Siah dalam ketakutan. Kelakuan Kamal di luar jangkaanya, terketar-ketar suara Mak Siah dalam talian- 5 minit kemudian Pak Senin tiba dan diikuti 4 orang lagi penduduk kampung. Bergegas mereka masuk kedalam rumah setelah Mak Siah memaklumkan Kamal berada di belakang, sekitar dapur rumahnya.



Sambil masing-masing memegang kayu sebagai pertahanan diri kalau-kalau sesuatu yang tak di ingini berlaku. "Kamal" jerit Pak Senin. "Ya" sahut Kamal angkuh. Suaranya dari arah dalam tandas rumah. "Berhati-hati semua" pesan Pak Senin kepada pengikutnya dalam nada yang perlahan. Kamal menyorok di dalam tandas, seperti ada sesuatu yang dilakukannya. "Kamal, bukak pintu ni" jerit Pak Senin lagi. Setelah beberapa ketika deruman air kedengaran, Kamal mula membuka pintu seperti akur dengan arahan Pak Senin. "Mintak maaf Pak Senin, tumpang tandas jap. Jah takde kat rumah, dah tak tahan sangat dah tadi perut memulas-mulas. Hehehe, maaf ye?" jelas puas riak di muka Kamal. Pak Senin menghentak-hentakkan kayu yang dipegangnye ke lantai, seperti tidak puas hati







--TAMMAT--







Aihhh.....

PENGUMUMAN!!

gua sibuk sikit minggu ni, banyak kerja yang gua kena siapkan sebelum berakhirnya minggu ni- boss gua pun da anta 1 emel kat semua staff, menyuruh gua-gua semua ni "extra work hard" minggu ni- ini bermakna segala entri gua tergendala, harap dimaafin nya-

tidak mengapa, minggu hadapan pasti ada entri-entri yang bakal mencengkam jiwa lu orang- gua pun dah sangap gila nak meng-update blog ni, takpe gua peram dulu niat tu sebab gua sikit kesibukan minggu ni- entri ni pun gua cube sedaya upaya menaip kurang dari 1 minit supaya tak ganggu fokus gua kat kerja² gua ni, ok sekian saja entri kali ni sebabnya da lebih 10 minit gua tulis entri ni-


Woiiii (Part II)

motif utama gua tukar header adalah bagi mengantikan header yg lame, gua rase dah nak setahun gua pakai header lame tu- lagipun header lame tu xder maksud pape pun, jadi gua fikir tuk bt 1 header yg ade maksud- jadi apakah makne header gua tu?

-tulisan biskut marie tu adalah nick gua dlm blog ni, gua nak lu orang kenal gua sebagai biskut marie.
-gua menggunakan warna hitam merah tuk menampakan sedikit kegarangan, horor, rock. element² mcm tu la lebih kurang tp bkn menunjukkan perangai gua!
-yang bulatan besar di balik perkatan biskut marie tu bkn la seperti yg lu orang jangkakan, bukan biskut atau naga tengah makan biskut, kucing or wateva. bulatan tu adalah bumi, dunia, tuk menunjukkan impian gua. impian gua nak orang serata dunia kenal gua dgn biskut marie, gua nak orang serata dunia kenal blog gua, konon² la. (mungkin pelajar² Malaysia yg berade kat luar negara)
-OKU tu pulak menunjukkan betape rendah dirinya gua, walau sehebat mane pun kejayaan gua, walau sehebat mane pun cerita blog gua, gua ttap ibaratkan diri gua ni seorang manusia yang tak sempurna. jadi gua letak 1 simbol tuk gua sendiri tidak lupe diri, hasilnya simbol OKU (bukan penyindiran tuk kaum OKU)
-tentang warna agak suram tu bkn masalah warna header gua tapi tu kerana template blog gua, die mcm blur² sket. gua ingat nnt gua nak tukar template



*harap-harap terjawap la sudah persoalan yg bermain di sendi fikiran lu orang



Woiiii

gua baru tukar header tuk blog gua ni, komen sket! nnt gua terangkan ape makne header tu, tolong la komen erk? biar ikhlas tau, kutuk pun takpe-


Hadiah Bermakna Raya Haji

bukan mahu riak atau bermegah tapi ni keputusan tuk perlawanan persahabatan futsal team Kg Lubuk semalam- Kg Lubuk berjaya mengekang pihak lawan dengan keputusan perlawanan memihak kepada kami, 12 berbalas 4- mengikut sejarah Kg Lubuk ini adalah 1 rekod gol terbesar sepanjang 100 tahun- menteri Kg Lubuk mengumumkan hari ini sebagai cuti umum kepade penduduk²nya tapi tiada siapa mahu bercuti termasuk lah gua-


Kg Lubuk (12) - (4) Kg .... (gua tak tau ape name team)

Gua Men Futsal Malam Ni

gua harap David Moyes belajar dari kekalahan
MU (3) - (0) Everton
nasib Owen tak sepak betul² mase depan gol aritu
kalau tak, tak senang duduk David kat sit Recaro stadium Old Trafford
at least dpt gak duduk kan
betul tak David Moyes?



*tunggu keputusan perlawanan persahabatan futsal team gua esok- SP Kajang lu tunggu gua datang....


Kampung Talam (Episod 1)

tuk....tuk...tuk...
Kamal mengetuk pintu kayu rumahnya tergopoh-gapah. "Assalamualaikum" salam Kamal tidak berbalas. Berlari Kamal ke pintu belakang rumah kampungnya. "Jah oh Jah" Kamal memanggil isterinya. "Mana pulak si gendut ni" Kamal mengeluh sambil menyebut nama timangan untuk isterinya. Kamal bergegas pula ke tingkap rumahnya sambil menarik-narik kot kot ada tingkap yang tidak berkunci tapi ternyata semuanya terkunci rapi. Kamal berlari ke rumah jiran sebelah. "Mak Siah oh Mak Siah" jeritan Kamal memecah kesunyian petang di Kampung Talam. "Apo kono ko ni Kamal, tersampok setan ke?" marah Mak Siah pada Kamal. "Mak Siah nampak tak Jah saya?" tanya Kamal pada Mak Siah yang juga merupakan isteri Pak Senin ketua Kampung Talam. Jelas kelihatan pucat di muka Kamal, berselang seli peluh menitik dari muka ke tanah.



"Mano Mak Siah nampak, tongah hari tadi adolah" balas Mak Siah. "Mana pulak lah semua dalam rumah tu, saya dah tak boleh tahan ni. Da hilang sabar dah ni" Kamal tidak dapat mengawal perasaannya. "Ko cakap dengan Mak Siah, apo yang terjadi sbonar eh?" Mak Siah cuba mengawal keadaan sambil menjeling ke-kiri dan kanan. "Bukan apa Mak Siah, ini masalah peribadi. Kalau boleh tak nak libatkan sesiapa" cerita Kamal bersungguh-sungguh. Kamal semakin gelisah, matanya melihat disekeliling mencari isterinya. "Kunci rumah pulak tertinggal kat dalam rumah" sambung Kamal kepada Mak Siah. " Bawak bersabar Kamal, setiap masalah ado penyelesaiannya" sekali lagi Mak Siah cuba mengawal keadaan. "Kalau Mak Siah nak sabar, Mak Siah sabar sorang-sorang" nyata Kamal tidak bersetuju dengan pendapat Mak Siah........



bersambung.......



- saksikan drama Kampung Talam setiap hari Jumaat hanya di shahazril.blogspot.com




Follower Gua


tengah gua pekena teh O buatan tangan, gua diajukan soalan yg gua sendiri tak pernah terfikir- seorang kenalan bertanya kat gua kenapa follower gua ramai gadis² bawah umur dan gadis² berkerjaya? tersebur air teh O keluar dari mulut gua

berpeluh juga gua memikirkan jawapan tuk soalan tu- fikiran gua buntu, gua pun menjawap dengan keadaan separa sedar " Well you know me" gua ter-riak seketika- gua pun tak tau kenapa follower gua ramai gadis² cun- persoalan cengitu mmg membuatkan gua berpeluh untuk menjawap-


lu orang sebagai follower gua tolong jawapkan untuk mmber gua tu, tolong erk..?


sila klik digambar untuk pemerhatian secara jelas!





Kreativiti Gua

gua ingat nak buat lagi 1 blog untuk kepuasan gua, oleh kerana gua suka menangkap gamba, gua ingat nak buat lagi 1 blog untuk semua gamba² yang gua tangkap- ini cuma hanya cadangan gua, gua memerlukan pandangan lu orang tentang penubuhan lagi 1 blog gua ni-



pandangan dan cadangan dari lu orang amat dihargai- amacam...??





Bila Kaki Menyepak Bola

perlawanan persahabatan pada Sabtu lepas memihak kepada team Kg Lubuk, kemenangan 4 - 1 sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada pemain² Kg Lubuk- kaki kanan gua turut menyumbangkan 1 gol untuk Kg Lubuk, gol itu juga merupakan gol pembukaan pada perlawanan persahabatan tersebut- ini menunjukkan gua masih lagi antara pemain yang berbisa, walaupun diri ini makin dimamah usia- tepukan gemuruh juga harus diberikan kepada penjaga gol pasukan Kg Lubuk kerana berjaya menjaga gawang dengan cemerlang, gemilang dan terbilang- penjaga gol Kg Lubuk yang baru mengantikan penjaga gol lame yang telah menjadi OKU setelah tangannya patah pada perlawanan persahabatan pada sebulan yang lepas- kesian kau-

walaupun perlawanan persahabatan itu gagal mendapat liputan secara langsung di stesen berbayar, permainan tetap menarik penonton² memenuhi kerusi² di hadapan gelanggang- sekian saja laporan untuk hari ini, teruskan menanti perkembangan pasukan futsal Kg Lubuk- kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya-




-gua rase bangga tibe-tibe


Eccentric FC

gua selaku pembekal idea² tuk team futsal Kg Lubuk ingin menyuarakan cadangan name tuk team, setelah gua mnyelak kamus kurang dari 1 minit gua dapat 1 name yg gua syak mmg sesuai sgt- Eccentric FC, tak syak lagi mmg sesuai sgt da dgn team gua ni- sumenye pelik² belaka! gua akan ketengahkan cadangan gua ni pada mesyuarat agung yg tak bernombor kerna tak pernah ade pun mesyuarat sebelum ni- ape pendapat lu orang tentang cadangan name team futsal gua?




*Eccentric = pelik, aneh, ganjil



Malam Tadi

"malam ni dtg umah gua, meeting pasal jersey tuk futsal" gua memulakan msg.

nampaknya team futsal gua mula bersemangat memakai jersey sedondon, nampak smart kate mereka- ade jugak suare² sumbang mengatakan, kalau dah ade jersey kalah nanti malu- nampak sangat lu takut, belum main da fikir kalah- bagi gua ni mendidik bagi team futsal Kg Lubuk lebih berdisplin dan lebih bersemangat bile bermain futsal-

"malam kang gua datang umah lu" cimbank membalas msg gua.

macam biase, cakap meeting pukul 9 tapi 9.41 belum tentu dapat kumpul semuanye- ini perkare biase- selepas perbincangan hampir 1/2 jam semua terarah kepade membeli jersey kat downtown je, harge RM10- tibe² gua bersemangat nak main futsal, semua setuju dengan cadangan nak membuat jersey-


*kaki gua gatal nak tendang bola futsal, aih....


Selulit

giler banyak habuk kat blog gua ni, ini bermakne gua harus membersih kan segale sawang² da habuk² yg melekat- kesulitan amat dikesali...



PEKABARAN GUA TUK LU ORANG

gua ade 1 pekabaran yg nak dikongsi kan dgn lu orang, gua tak tau gua nak nangis ke atau nak gembira- gua harap lu orang tenang je bile membace perkabaran yg gua nak bagitau lu orang ni- ntah la gua tak tau la gua patut bagitau lu orang atau tak, sbb tak semua orang yang akan paham- mungkin perasaan lu orang tak same mcm perasaan gua, muke same garang perasaan sape yang tahu, betul tak? tapi gua gagahkan jugak nak menyampaikan pekabaran ni kat lu orang, kite kongsi bersame- pekabaran ni gua tujukan khas tuk follower² gua terutame sekali, dan jugak tuk yg selalu mengomen & melawat blog mengarut gua- walaupun berat hati nak meyampaikan tpi ini lah kenyataannye, ya gua harus kuat- ini entri gua yang ke-100 giler gempak, da lame gua tggu saat ni- tu la tadi pekabaran yang nak gua sampaikan!




p/s:- gua sebak






BMW

gua nak tanye pendapat lu orang sume, gua ade 1 hajat besar- hajat gua nak memiliki sebuah kenderaan 4 tayar atau name timangannya kereta, jadi disini gua ingin pendapat lu orang kereta ape kah yang sesuai tuk gua- ciri² kereta dan kewangan gua seperti dibawah:-

- kereta BARU/NEW
- 0 downpayment
- monthly bawah RM600
- keluasan kereta selesa tuk orang tua
- radio nak DVD tak mo kaset
- kereta OTR bawah RM50k


gua harap lu orang sume bole tolong gua, pendapat lu orang amat gua hargai- pendapat yang mengarut insyaALLAH kena maki, gua serius ni- amacam...??


CONELI??

lu orang penah dengar jenama sukan CONELI....?? ape tak pernah..? ape la lu orang ni, nampak sgt xminat sukan.. lu orang kalu nak tau lebih dalam ape cerite pasal CONELI ni lu orang bole klik kat sini... kalu orang nak shopping barang² CONELI ni pun bole direct dgn gua, harge gua kasi yg terbaik punye.... kualiti puas hati!! akhir kate dari gua.......







majulah sukan untuk kuruskan badan...

sekian



Khas Untuk Lu

gua sebenarnye pelik dgn ape yang terjadi kat gua selame ni, ini kisah benar- gua dah tak main² dah, kali ni bende seyes- tipu dosa!- kenapa la ade orang mcm ni erk? gua pun hairan, sbb gua rase bende ni buang mase orang tu je- dulu time gua beriya-iya, orang tu pulak mcm nak taknak- skunk ni bile gua dah taknak, orang tu pulak beriya-iya sampaikan gua rase die ni menyusahkan gua je! menyusahkan family gua! dulu bkn main susah lagi nak datang umah gua, skunk ni gua tak ajak pun die datang- ape masalah? kenape baru skunk lu nak baik² dgn family gua? dulu lu bkn men kutuk family gua tapi gua sabar je sbb gua mmg pilih lu, skunk ni kenape tibe² baik sangat? bertahun gua kawan dgn die, tak pernah sekali pun die call family gua ucap selamat hari raye- bayangkan lepas gua dah tak kawan dengan die dan² raye baru ni ucap selamat hari raye kat family gua, gua pun terkejut gak- bukan main baik lagi....

gua bukan nak kutuk kat lu tapi lu nampak tak ape yang lu bt ni mcm menyakitkan hati gua? semua lu cerite kat family gua, smpaikan keburukan mmber² gua pun lu cerite kat family gua- lu sape nak cerite pasal mmber² gua kat family gua? gua tak campur pun hal lu, family lu pun tak tau pasal gua dgn lu dulu kan? lu nak family lu tau ke pasal lu dgn gua dlu? lu nak ke family lu tau sebab ape gua dgn lu tak berkawan lagi? lu jgn btkan gua sampai cerite sume pasal lu kat family gua & family lu! sekali due gua bole sabar lagi tapi lu da lebih, jgn ingt gua diam gua suke- jangan sampai gua pegi umah lu pastu cerite sumenye dari A to Z kat family lu, jgn sampai gua senekad tu- lu tau tak kenape gua tak bt sume tu? sebab gua hormat family lu, gua tak sampai hati- family lu baik, gua masih lagi ade sifat hormat kat orang tua- tapi kalu lu terus bt mcm ni, gua takde pilihan lain- name gua skunk ni da busuk sgt da lu buat!

gua nak bagi peringatan kat lu, gua harap lu jgn masuk campur hal gua atau hal family gua- dulu dah ade peluang tapi lu xgunekan dengan baik, skunk ni xder langsung peluang tuk lu so lu bole berambus jauh²- hati gua sakit da dekat setahun lebih, sebelum die meletus lebih baik lu pilih jalan "angkat kaki lambung"- gua hormat family lu, lu pun kena hormat kat family gua- jgn gunakan kebaikan hati family gua tuk lu cube² nak porak poranda kan family gua- lu tau ape yg terjadi dari cerite² yang lu cerite kat family gua, gua dgn family gua bergaduh, bertengkar psl cerite lu- so gua harap lu hentikan niat lu ok, jgn sampai gua porak porandakan family lu- bnyk bende yang gua simpan psl lu, jgn btkan gua becerite- gua bkn nak ugut tpi gua bagi peringatan!!




p/s:- hati gua tengah panas


Gua Puas

gua nak cerita ape yang terjadi harini, tak kira la lu orang nak tau ke tak- ape yang penting bkn kerjasame tpi ape yang penting skunk ni gua nak cerite gak kat lu orang- walaupun gua sebenarnye giler punye malas nak bagitau lu orang tapi kadang² kite tak bole nak simpan dlam hati je, kena gak luahkan- so gua amek langkah untuk luahkan kat lu orang, gua harap lu orang sudi mendengar- kalau ade pendapat lagi bagus! pertama sekali gua nak ucapkan terima kasih kat lu orang yang bace entri gua yang ni, terima kasih kerana sudi membace- ok gua teruskan dgn ape yang gua nak cerite kan, cerite tentang ape yang terjadi kat gua arini- tadi waktu lunch gua pergi servis moto kat kedai gemuk area umah gua- sekian terima kasih kerane sudi mengambil mase membace entri ini, gua puas.




Tragedi Jumaat

lepas sembahyang Jumaat....

gua membelah highway menuju ke tempat sepatutnya gua berada, iaitu office- permulaan perjalanan gua menunggang honda 2 tayar bermula dengan baik, preeennnngggggg....... semakin jauh perjalanan semakin moto gua tak bole bla, ade sesuatu yang berlaku- moto gua tak selaju biase, dengan berjiwa pelumba jalanan gua memulas trotel moto sehabis-habisnya- moto gua tak laju seperti pagi tadi, gua da lambat da ni- enjin moto gua mula menjerit seperti kena sula, seperti tidak cukup power untuk bergerak laju- ini adalah masalah, gua tunduk melihat meter- mane tau kot² temperature moto gua naik ke, minyak abes ke kan- tapi bukan tu masalah nya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"$%^&&#$%(*&^%^#" gua mencarut bahase cina- rupanya gua lupe masuk gear 4, haihhh..... patut la moto gua menjerit, rupenya mintak gear


p/s:- jalan raya bukan tempat untuk berlumba

Bantuan Nafas Mulut ke Mulut

ini benda serius bukan main², gua mintak tolong sangat² kat lu orang sume- otak gua dah tak bole berfikir secare rasional lagi, fikiran gua same je macam yang lain²- sekarang ni gua nak idea² yang kreatif dan berlainan dari yang lain kat lu orang, gua harap lu orang bole tolong gua-





macam ni ceritanya, member gua nak kawen 31 Oktober ni- gua tak tau nak bagi hadiah ape, ade jugak terdetik nak bagi peti sejuk 3 pintu tapi sape lak yang nak usung benda alah tu nanti- nak bagi Viva elite tapi gua sendiri pun takde kreta lagi- lu orang ade idea yg kreatif tak? gua taknak la hadiah² yg biase orang bagi, macam set pinggan, cawan- tu zaman batu dulu bole la- idea yang paling kreatif gua akan bagi hadiah (untuk pompuan je la), tapi kena jumpe mak gua dulu la- amacam?







p/s:- semua da kawen, haih..... :(





Cacing?

gua nak tanye pendapat lu orang ni, senang je takyah pikir dalam², ckp ya atau tak je- bisnes cacing ok tak? eeemmmm....... so how?



p/s:- mau kawen ma

Bersenikah Gua, Berbakatkah Gua ??

cuti lalu gua ke Port Dickson (PD), mmbr gua bertunang- lepas selesai saje majlis, gua dan korem² yg len ke pantai cuci mate- alang² da ade kat pantai sempat gak la gua snap 2-3 helai gamba (bak kate mmber gua)- lu orng nak nengok tak gamba² yg gua snapkan tu...? nak ke tak...? gua tak dengar pun...? nak...? tak nak....? kuat sikit.... ape...?



ok majoriti sume nak, jd gua lampirkan sehelai due gamba tuk tatapan korang- sebelum gua terlupa, gamba ni sume gua yg snap sendri- pakai hp sony K770i gua, tiada sebarang edit berlaku- original dari ladang, tiada bantuan pakar pun- sekian...












amacam...? ok tak gamba² yg gua snap..? gamba gua ade gak, tpi malas nak upload- ade mmber gua ckp, gua ni sgt berseni- betul ke? gua pun xtau, tpi gua suke amek gamba² mcm ni- gua nak tanye lu orang, ape pendapat lu orang tentang gamba² yg gua snap ni? jawap ikhlas ok, jgn tipu²









p/s:- aku nak jadi photographer, bole?

Dunia yang FANA

setelah mengira, menolak, menambah, mengkali, membahagi total gaji gua bulan Oktober ini yg tinggal hanya la RM xxx- fuh, masih lagi bernasib baik kerna dpt gak menyimpan wang dlm akaun Public Bank- duit kutu pun lepas, PTPTN jugak lepas- paling 1st skali gua tolak adalah duit nak bagi kat mak gua, itu paling penting! kalu tak bagi mau kena duk luar sebulan, makan pasir & minum air liur sebulan- xmo gua- hutang² keliling badan pun gua da tolak, arap sumenye setel- duit belanja seharian gua juga gua da tolak, duit rokok, duit makan dan lain-lain ini lah akibatnya gaji awl sgt, raya oh raya-belanja untuk bulan November harus dikurangkan, tp setelah dihitung dpt lagi gua shopping sket- bt beli baju keje, murah ar tapi-


tiba² gua terfikir pasal duit nak kawen, hantaran kurang² 7-8 ribu- majlis lagi, nak beli umah lagi, keta bagai- sakit kepale gua- tapi, ade ke yang nak kawen dgn gua? persoalan yang best!! gua nak kawen lagi 2 tahun, tercapai ke erk? mmber² gua da ramai yg da kawen, gua bile lagi erk? hidup oh hidup, dunia oh dunia- sape yg meletakkan hantaran paling murah gua sapu je, senang crita- amacam, berminat...???





p/s- gila gatal mengenyam

Sabtu Lalu

pukul 12.30 tengah malam, pemain² handalan Kg Lubuk bergerak ke 1 destinasi court futsal bagi menghadapi 1 perlawanan penting bertemu budak² kaki futsal kg lain pade pukul 1 pagi- tepat 12.55 pemain Kg Lubuk sampai ke destinasi tempat beradu futsal, walaupun agak lewat bagi sesi panas badan pemain² Kg Lubuk tetap bersemangat- pemain² bersiap memakai kasut, menukar baju dan seluar- sedikit penerangan tentang strategi yg telah diatur, semua mengganguk kan kepale tande paham- prrriiittttt...... perlawanan bermule, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan pantas- bola bergerak dari atas ke bawah, kiri ke kanan, tengah ketepi- pemain kedua-due pasukan masih lagi mencari ruang dan peluang menjaring kan gol awl, kubu pasukan masing² masih lagi kental- pemain Kg Lubuk nampaknye sudah mendapat ruang untuk menjaringkan gol, tapi sayang dpt di selamatkan penjage gawang lawan- penjage gol lawan membuat hantaran kepade pemain di sebelah kanan, dapat dikawal disitu- mengelecek melepasi pertahan Kg Lubuk, 1 lawan 1 dgn keeper Kg Lubuk- keeper mengeluarkan diri dari kotak D bila sedar tiade lagi pemain pertahanan, pertahanan Kg Lubuk hanye dpt memerhatikan keadaan- pemain lawan semakin hampir lalu cube mengelecek keeper....... pooowwww..... dentuman kuat kedengaran!! mereka berlage sesame sendiri, bola keluar- tiada gol dapat dihasilkan ketika itu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
keeper Kg Lubuk patah tangan, perlawanan tergendala sebentar- keeper disusung keluar, kesian Aiman- Kg Lubuk tewas dlm perlawanan penuh dramatik itu... cilakak






*Kg Lubuk = Taman Cheras Jaya

Terima Kasih

sedang gua asyik membuat kerja, tiba-tiba perasaan gua berkecamuk- sesuatu telah mengganggu fikiran gua, membuatkan gua tidak keruan lagi- perkara seperti ini perlu diselesaikan secepat mungkin, jika tidak pasti kehidupan seharian gua akan hancur-

lantas itu gua capai tourch card, gantungkan di leher- gua tinggal kan kerja gua untuk sementara kerana ada yang lebih penting dari itu yang gua kena langsaikan- tiiiiittttttt.... touch card sensor berbunyi, pintu terbuka- langkah kaki gua hanyun panjang, gua bertambah tidak keruan- gua kene pantas, argghhh!!- gua melepasi receptionist, semakin laju langkah kaki- tempat yang dituju semakin dihampiri, moga tiada apa yang akan menghalang gua- gua tolak pintu sekuat hati, tanda gua dah sampai di destinasi- gedegang, pintu berbunyi kuat-
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ok, ok- dah, gua nak masuk toilet da ni, nak tutup pintu- terima kasih temankan gua pergi toilet, sakit perut sangat ni- da selesai nanti gua cari lu lagi, ok cau ......

Chapati Raye

lu orang penah pegi open house ade buat chapati? belum penah lagi kan tpi baru ni gua pegi open house mmber gua, mak die bt chapati sebagai menu utama- berkuahkan sambal & kari ayam, mmg mngancam la kan chapati die- susah nak jumpe chapati yg stimnye sampai ke tulang belakang- kat umah die ni mmg tiap² tahun bt chapati sebagai hidangan di waktu raye- gua syak sebab arwah bapak die orang pakistan la, tu sebab la depa bt chapati- chapati mak lu mmg 5 star beb, lagi² cicah dgn sambal pergh mmg tak ingat da orng kiri kanan mintak air- gua ingat nak belajar buat chapati dari mak lu la, haih- selain tu ade gak mak die bt nasi impit berkuah kacang ayam, bihun sup & lontong- sume jenis makanan gua try saat tu, tak sia² gua tak makan dari rumah-



gua ingat nnt kalu gua kawen nak buat chapati je la, gua nak suh mak mmber gua tu buatkan, emm... menarik jugak tu



Zaman Kolej

pada tahun 2003 gua telah berjaya diterima disebuah kolej di cheras, walaupun mengikut hati dan perasaan gua mmg malas nak sambung belajar lagi tapi apakan daya permintaan hati mak dan ayah gua- kos yang dipekenalkan adalah It, mula² diperkenalkan tu mmg sepatah haram gua tak tau ape kejadahnye bende alah tu- gua pun ikut je la, majoriti student mmg melayu- jadi walaupun pembelajaran berbahase barat, tutur kata seharian di kelas tetap bahase melayu- dress-up gua mase tu adalah ala² pelakon cerita gila-gila remaja, baju berkolar siap masuk dalam, berseluar jeans kecik di bahagian kaki dan berkasut sukan- rambut gua mmg agk mcm balung ayam la, besikat dan berjambul perang- ala hai hodohnye gua mase tu- tah mcm mne gua bole ade selere nak perang kan rambut pun gua tak tau la-



kat kolej tu xder kes senior buli junior sbbnye junior lagi kuang ajar dari senior, sumpah gua tipu- pembelajaran di kelas awal kemasukan mmg gua tak paham 1 pun, pasalnya gua tak tau ape itu IT- tapi pembelajaran di lab mmg gua antara yg paling handal pasalnye kat lab sume pakat men Counter Strike, junior vs senior- mmg senior acap kali menemui jalan kekalahan, yg ni gua tak tipu- kat kolej tu gua bt macam lepak kat cc je, suke gua nak bt ape pasalnye senior dah didik kami orng supaye berbuat demikian- yg jahat sentiase menjadi ikutan, yg baik confirm dijauhkan- jahanam remaje time tue, tak gune punye senior-



pengangkutan seawal belajar gua mengunakan pengangkutan awam, mmg meletihkan- dari rumah kene menapak pegi bus stop, pastu kene menapak plak dari bus stop seterusnye ke kolej- sebab tu gua pakai kasut sukan- tapi tu sume sementare je, dalam kelas gua kenal sorang member yg duduk x jauh dari umah gua- jauh tak jauh sgt la, jauh gak la- kebetulan die ni pegi kolej nek moto, kenal pnyer kenal gua ayat die tuk tumpang kan gua nek moto die- sejak dari tu gua nek moto dgn mmber gua ni, name die ijat bapak die polis- biase la kalu da nak kene tggu orng amek depan umah ni mmg berjanggut la, dipendekkan cerite pegi kelas sentiase la lambat- ijat ni mmg agak terserlah kelembapan nak bangun tido, takat tepon 2-3 kali mmg die tak layan- dah mcm awek plak gua rase sebab nak kene kejutkan die bagun tido, kalu gua pompuan mmg gua reject die awal²- moto punyer psl gua gagahkan diri call die tiap² ari-

demikian la keadaan seawal gua belajar dulu, jelas nampak kebudak² kan lagi mase tu- tapi gua tetap stylo, mcm² la anak ali ni- stylo la, mylo la- suke gua la nak ckp ape pun, gua punye blog ma. titik noktah

Cinta-Cinta Gua (Musim Kedua)

dukacitanya gua maklum kan entri pasal cinta² gua terpakse diberhentikan setakat ini, atas sebab² keselamatan dan kemakmuran semua pihak yang terbabit- bagi menjage hati banyak pihak, gua terpakse mengambil langkah untuk tidak menyambung entri gua yang bertajuk Cinta-Cinta Gua (Musim Pertama)- mengikut jadual asal mmg ade sambungan dari entri tu tpi atas sebab² yg tak dapat gua elak, gua terpakse mengambil jalan untuk tidak menyambung entri tersebut- ini bukan 1 gurauan tpi ini adalah benar²!!






hati yg terbabit gua da jage, untuk menjage ati yg menunggu entri sambungan pasal cinta² gua, gua tempekkan 1 keping gamba untuk lu orang- harap² sejuk la hati lu orang sume, walaupun gua rase tak menyejukkan hati mane² pihak- sebenarnye gua saje je nak letak gamba, sbb gua da lame tak letak gamba kat sini kan? gamba ni lu orang tengok je, jgn edit or mandrem plak!

Helan

wa pelik la, knpa wa bole lupa amek lamba mase itu hali laya- aiyaa..... talak syok wo kalu talak lamba laya dalam ini blok- wa punya baju laya pun tak bole kasi lu olang tengok, musti lu olang talak hapi- talak syok la mau celite, wa mau belenti disini- sekian saje celita wa ini ali- wa mau cali lamba laya tahun lepas punya, tu pun kalu ada lagi lo- haiya. titik




p/s:- lembut lidah

Sahaja Aku Menghapdet Blog

gua nengok sume update psl raye je, tibe² gua pun rase mcm nak update psl raye gak- bkn meniru idea lu orang tpi gua pun raye gak pe- tahun ni adalah tahun pertame gua bagi anak² buah duit raye, bersampul kan sampul duit ihsan tempat keje gua, gua letak duit RM1 ringgit baik² dlmnye- tu je yg gua mampu takat ni, dan gua hanye bagi kat anak² buah blah bapak gua je sbb tak ramai- ade dlm 10 ke 15 orng je tpi kalau belah mak gua mmg ramai giler, lebih 50 orng gua rase- aktif sgt dorang ni bt anak smpai kan gua rase tersekse je nak bagi duit raye ko dorang, maka dengan ikhlas nye gua decide tuk tak nak bagi duit raye kat anak² buah blah mak gua- koyak gua nnt! bukan pilih kasih tpi tak mampu. full stop



itu lah shaja aku menghapdet blog...
dah mcm bace niat plak, dah terbiase bace niat agaknye

Nikmat

pergh mmg nikmat dapat hisap rokok dikala siang, tak seperti sebelum ni hanye berkucup dgn rokok selepas azan Maghrib- mmg nikmat, lepas sebatang, sebatang lagi- hingga membuatkan diri ku berbau wangingan Dunhill yg merimaskan ramai orang tp peduli ape aku!

fuh nikmat......

Kad Raya Ke?

kad raya pertame gua dapat tahun ni, da la bagi gua kad raya pastu pakse gua tempek kat blog- ade ke patut? tak baik la lu kupu-kupu pakse² gua mcm ni, tpi hati gua ikhlas nak tempekkan kad raye dari lu kat sini- jgn marah ha, gua bergurau je-


ok sume, ni lah kad raya pertame gua- kepade sesape yg nak gua tempekkan kad raye kat sini, rajin² la bagi kat gua kad raya- gua promot blog lu orang baik punye!! untuk kupu-kupu gua ade 1 soklan tuk lu, bape hari lu siapkan kad ni??



kupu-kupu biasa

Pening Tak??

warne ape gua nak beli erk...??
nak bunge² ke, jalur² ke erk..??
nak beli kat mane erk yg murah..??
nak beli jenis yg maner erk..??











gua penin la memikirkan bende ni...
asal raye je, gua penin...
asal penin je, gua raye...
heran gua..













lu orang bole tolong gua tak...??
lu orng agak mne yg sesuai...??
warne ape yg kene dgn gua...??
pattern mcm mne yg padan dgn gua...??
menegak ke melintang...??












hah!!
lu orang tak tau...??
lu orang tak tau ke atau tak mau tolong gua...??
bla la...
mintak tolong sikit pun tak bole....
takpe la...
bia gua je cari sendiri je la...
harap kan pagar pagar tak bole diharap...
mcm ni la kawan....
sedey la gua mcm ni...
mintak tolong sikit pun x bole tolong....















hah??
ape??
lu orang tak tau ape yg gua nak cari...??
ooooo...
sebenarnye gua nak beli 1 pasang baju melayu tuk raye tahun ni...
tpi gua tak tau nak beli warne ape...
gua tak tau nak pilih yg ade jalur² ke tak...
kalu ade jalur plak, gua tak tau nak pilih jalur yg menegak ke melintang....
gua tak tau pattern yg mane kene dgn gua...
aihhh...
tolong la gua erk...

- hijau, kuning, biru, PINK, purple, hitam...??



Selamat Hari Raya (",)






-gua mengucapkan selamat hari raye maaf zahir dan batin
-dari ujung rambut yg bercabang sampai la ke hujung kaki berkuku panjang
-mgkn gua ade tersalah ckp, tersalah taip, tersalah tafsir
-gua harap lu orang bole maafkan gua dgn seikhlas hati
-0-0 lah kite hendaknye

to:- follower, sue, amy liana, kupu-kupu biase, vee, nuna_sarah, ekino, jezz, hidd, oshin,
senang crite kad raye ni gua tuju kat sume..
name² yg gua sebutkan td harus la tempekkan kad aku ni di laman blog korang, kalu tak gua tak maafkan lu orang

Pemegang Mohor Besar

Gua selaku pemegang mohor² besar mengisytiharkan
...
...
...
...
...
...
...
...
...
..
..
..
..
..
.
.
.
harini Birthday gua

Feel vs Mood

santapan telinge gua kat opis ketika ini disajikan dgn lagu² raye lame yg mmg gua da hafal sejak gua mule merangkak, sampai kan office mate gua pun mintak gua sharekan folder lagu² raye- time² dah nak dekat raye ni kalu tak dengar lagu² raye lame mmg tak sah dlm hidup gua, baru ade feel raye- dari telinge die turun ke hati, skunk ni hati gua rase da tak sabar² lak nak raye- elakkan mimpi bt open house je tido mlm ni- gua rase bkn gua sorang je kot yg dengar lagu raye time ni, gua rase lu orang pun da pasang lagu raye kan kat opis, umah, hp, mp3/4- kan?

tinggal kan story psl lagu raye, today mood gua mmg ceria dan beriye-iye- biaselakan jumaat, esok x kije- keje pun mcm xkeje je arini, sbb mood keje gua dah simpan kat rumah- mood skunk yg gua bawak pegi opis adalah mood CUTI, mood je cuti tpi pose gua masih berjalan mcm biase- mood gua sebenarnye lebih kepade ari isnin mggu depan, tua dah gua ni rupenye- aihh....... ok caw, gua nak pi solat jumaat.......



Mane Pegi??

ni yg gua malas ni, bende² mcm ni la yg bt gua marah sangat² ni- kot ye pun knape skunk baru nak hilang? tension betul gua mcm ni! sebelum ni ok je, xder lak sampai mcm ni- gua mintak maaf la kat lu orang, gua pun xsangka bende bole jadi mcm ni- gua harap lu orang bole maafkan gua- ini bukan salah gua!!









mane pegi idea gua ni....

da lame sangat lu menghilang....

tolong la u-turn balik kat gua....

gua nak update blog pun susah da ni....

nnt follower gua lari nnt kalu gua tak update blog dgn story² best...

tolong la, tolong pulangkan idea gua....

wwwaaaaaaaaa..........









nota:- idea gua tepu skunk ni, sekian.......

Iman Aku Diduga

hari isnin lalu aku cuti sempena nuzul al-quran, mase tu aku amek tuk pegi check kwsp kat KL- kesian orang KL x dpt cuti, uhuk!- dalam kul 10 aku gerak pegi kwsp berbekalkan kapcai 2 tayar aku- nasib bek aku nek moto, kalu nek 4wd ke mmg terseksa la nak mengadap jem- sampai je kwsp mmber aku dah menunggu sambil tersenyum riang, mmg kiteorng janji nak jumpe kat sane- lepas aku setel amek penyata bagai tunggu plak mmber aku yg lagi sorang ni, die pun nak amek penyata gak- sibuk je- mmber aku pun da setel amek penyata kami orng pun bergerak kembali ke *lubuk- pergh dengan keadaan aku yg puase, dengan cuace panas, jalan lak sesak, mmg mencabar betul puase aku- lagi sepuluh meter sampai di Shell mmber aku bagi signal kekiri menandakan die nak pi isi minyak, aku pun follow- lepas die isi minyak sebanyak 5 hengget die mnyeluk poket beg yg diletakkan didalam bakul moto die, aku perhati je- aku nampak die amek satu kotak berwarna putih, cilakak haram itu Marlboro Light 20- dengan selambanye die mnyalakan api rokok di depan aku, x suspect langsung- "Keje berat" ungkapan beliau kat aku...











nota:- A.C.A.B





*LUBUK= taman tempat aku tinggal

Bilakah Hari Kita?

semalam gua berpuase ibarat musafir dipadang pasir, agak penat dan kekeringan air didalam badan- gua pun tak tau la ape pasal, mgkn semalam cuace kering kot? berbuke pulak ibarat tentera di medan perang, sorang² je sbb mak ngan ayah gua pergi Pahang ade kematian- gua xdapat pegi sbb cuti gua da abes, al-fatihah tuk makcik gua yang kembali kepade ALLAH pade Isnin 7/9/09 bersamaan dgn sambutan Nuzul Al-quran- semoga die ditempatkan dikalangan orang² yg beriman, amin- gua harap sumenye berjalan dengan lancar semalam, gua kat umah hanye mampu berdoa je-

today gua girang kan sikit ati dengan lagu² raye klasik kat opis, sbelum gua putarkan lagu tu gua tanye mmber² sbelah dlu mane tau kot² awl lagi ke kan- mmber gua pun ckp "On jer" gua pun on la kan, mmg perasaan bercampur baur la bile dengar lagu raye ni- sedih ade, gembire ade, tak sabar ade- gua heran la, asal erk time raye ni mesti kite akan ingat orang yg da pergi- maksud gua orang yg dah meninggal, asal dengar lagu raye je ati gua hiba- aihh- ape boleh bt perasaan mcm ni mmg gua tak bole nak elak tapi ape pun gua kene teruskan pose & raye gua tanpa ade mereka² yang telah meninggal dunia

k la kite tinggalkan cerite² sedey ni dlu sbb gua taknak rosakkan mood² gembire korang sume- gua harap lu orang masih ingat lagi entri pasal cinta gua musim pertama, gua skunk tengah create entri cinta gua untuk musim ke-2 tapi gua akan post-kan lepas raye- memori gua tengah low bulan pose ni, biase la xde tenage- jadi gua x brape ingat memori cinta gua untuk musim yg ke-2 ni, gua harap lu orang sume dapat besabar menunggu entri cinta gua ni- ok stakat ni saje entri gua untuk hari ni, assalammualaikum.....


Bikin Gua Panas Je...

pukul 6 petang....

amek kunci terus start moto- dengan berkaca mata hitam rayban cap jalan pasar meredah perjalanan hampir 1km menuju ke medan makanan iaitu bazzar ramadhan- tue die, beratus² orng meniage, yg datang pulak berpuluh² ratus orng- ni kalu ade pengebom brani mati bt hal ni mau bersepah mayat kat tepi jalan- parking moto ala kadar sekadar-kadarnye, lock moto dan terus memulakan pencarian juadah berbuke- mcm biase dari garisan permulaan sampai garisan tamat bazar hanye la mase untuk rickie line je, time patah balik la baru mase untuk menghabiskan duit yg sentiase takde- mane yg dirasekan bole mmbuatkan puase bole terbatal itu yg dibeli, mmg meng-liur-kan- sejam gak acare rickie line & acare menghabiskan duit berlangsung, pegi tempat parking start moto bla..............vrrooommmm.....



pukul 7 petang....

tranfer yg dibeli kat bazar tadi ke pinggan yg lebih bersih dan cantik, baru nampak menarik- beli pun tak banyak tp cukup la untuk 1 keluarge, mmg da tak sabar nak tggu iklan Hai-O kat tv3 tue- slalunye bile iklan tue kuar mesti da nak azan maghrib, mcm biase bt² rileks menahan lapar dan dahage- hidang makanan untuk berbuke, atur pinggan, cawan, setup lauk bagi teratur sket, arrange tempat, akhirnye sume siap tggal nak jamah je tapi waktu blum mngizinkan umatnye untuk mencekik- akhirnye waktu tu pun tibe.............



pukul 7:24 malam....(kot la)

doa da khatam, air da tibai setengah baldi mase untuk pekena kuih-muih yg dibeli petang tadi- amek kuih koci, balutan daun pisang mmg menarik perhatian, isi pun tak kurang meng-liur-kan, sumbat seketul kuih koci dlm mulut, kunyah perlahan² menikmati kenikmatan berbuke- puiihh, isi koci ke dalam longkang- cet luar menarik tapi rase hampeh, inti kelape pun x de- betul² bt mood berbuke lari, try samosa lak sbgai untuk melembutkan hati- puiihh, samosa lak ke longkang- mengalahkan batu kerasnye, mengalahkan getah tayar liat nye- oiii nak meniage bt care nak meniage, jgn men langgar je etika meniage- tak ikhlas langsung, adeii-






notapenumbukKEmuke:- ade ubi ade batas, ade lori ade bas, ade hari gua balas

1 ok 2 ok 3 hancus

Sabtu bersamaan 1 Ramadhan....

"Amacam pose? Ok tak?" tanye gua
"Ok la" balas die dengan gahnye


Ahad bersamaan 2 Ramadhan....

"Pose ok tak?" tanye gua
"Ok" balas die


Isnin bersamaan 3 Ramadhan....

"Mcm mane pose arini?" tanye gua
"Hancus" balas die sambil bt muke




-gua dah agak da, lu orang time tak keje ataupun mule² pose je steady pose sampai la ke waktu berbuke- sampai ajak pegi bazar pun tak larat nak jalan, letih pose katenye- pose ke-3 meleraikan segale-galenye, hahahahaha- tak kan tak larat kot?



Hati Gua Ikhlas

gua nak promot 1 blog ni, die ni member gua- orng ade blog die pun nak jugak, gua layankan je- kang tak ajar kate tak bole tolong member la, itu la, ini la- gua tak kire lu kene blanje gua berbuke satu hari nanti, ilmu digantikan dengan nasi lemak kukus ayam dara- amacam...??

lu orang boleh klik disini ← budak baru nak UP







notalututkedada:- kalu idea secetek air dilopak jgn blog hendak dicuba....

Setakat ini...

buat mase ni pose aku masih lagi dilandasan yg baik, xade tande² nak tergelincir- aku pandu cantik je, walaupun aku rase slow nak sampai ke ujung waktu berbuke- perjalanan dari terminal sahur ke terminal berbuke pun tak banyak halangan bt mase ni, Alhamdulillah- aku harap pemanduan pose ni berakhir dgn cemerlang seperti tahun² lepas, aku jugak berharap mendapat anugerah pemandu pose yg cemerlang untuk 3 tahun berturut-turut!! Amin......

Cinta-Cinta Gua (Musim Pertama)

cinta pertama gua bermula semase gua standard 4, time tu mmg gua tak tau ape erti cinta, gua redah je- permulaan cinta monyet gua ni mmg gile klakar, mula nye mase kat sekolah agama- sekolah agama gua dalam sebuah surau, laki pompuan campur- laki sebelah kanan pompuan sebelah kiri, baju n seluar kaler putih sampin kale hijau- pegi putih balik hitam, selamat makcik gua gune breeze- gua budak baru sebenarnye kat sekolah agame tu, sebab gua kena tranfer kat umah makcik gua, bukan sebab mak gua xnak jage gua tapi sekolah dekat dgn umah makcik gua- nak dijadikan cerite cinta monyet gua yang pertame ni, tengah gua syok mengaji lebih kurang lalu sorang minah muke ala mamak mmg cun bagi gua, sambil die lalu tu di campakkan sekeping kertas kat gua- gua ingat kan die suh gua tolong buang kan sampah, sekali bile gua bukak kertas tu isi die mmg buat gua terbangang seketika-


isi kandungan kertas berupa surat itu bertulis tangan, time tu typewriter tak famos lagi- lepas dapat je surat tu gua pun bace ape yg tertulis kat dalam tu, mmg mencabar untuk mentafsir isi tersurat dan tersirat kandungan surat tue- aku terpakse mengambil mase 1 hari untuk mentafsir, ape yg tertulis tak direct to the point tu yg membuatkan aku pening dan tak faham apekah maksud kandungannya- isi die lebih kurang mcm ni, BALQIS ♥ F_ _ _ _ ! owh ye sebelum gua terlupe name die Balqis dan name gua Fadli, mule² dpt surat tu mmg gua tak syak ape² tpi bile lepas gua gune firasat dicampur kepandaian baru gua tau surat tu menyatakan bahawesenye die suke kat gua- nak kate excited tak jugak nak kate tak excited pun tak jugak, ntah la gua pun xtau ape jenis perasaan gua mase tu- yg gua tau die merupakan antara pompuan yg menjadi kegilaan kat sekolah mase tu- gua dengan perasaan yg tah pape terime je isi kandungan surat tu, jawapannye "I do"- kebetulan plak die ni 1 sekolah rendah dengan gua, cume tak sekelas macam sekolah agame-


walaupun ini dinamekan "cinta" gua tak penah berdating, maksud gua berdating lepak pasar raye ke, something like that la- ketika tu gua taktau ade tempat bername Bukit Bintang yg sentiase hapening, kalu gua tau mmg gua da ajak da die dating kat sane sambil pekena lagu sepam dua kat KTV jln imbi- gua hanye ber"dating" kat sekolah je tu pun malu² siput sedut, bile jumpe pun duduk jauh²- ntah ape yg disembang kan pun aku xtau, biase la budak² kan- yang gua tau bile orang tanye "Lu kapel dengan die ke?" gua jawap "A'ah" sambil tersipu-sipu malu- start masuk darjah 6 gua 1 kelas dengan die, time tu mmg gua kene bahan kaw-kaw dgn dak² kelas- sampai kan mase perlantikan ketua darjah & penolong ketua, gua kene majal- dak² sume lantik gua jadi ketua kelas dan die jadi penolong gua, haram jadah- gua redha je sbb gua belum pandai pukul orng mase tue, kalu tak mmg xtau ape jadi kat gua- gua punyer cinta pertame ni sehingga la ke tamat darjah 6, lepas naik form 1 kiteorng da terputus hubungan- terputus macam tu je takde ckp ape², gua pun xde la frust sgt sbb gua pun xtau ape makne cinta mase tu- gua dgn die terputus hubungan disbbkan kiteorng tak satu sekolah mase di sekolah menengah, maklum je la time sekolah rendah mne ade pakai hp² ni- cinta antare gua dgn die berakhir sampai disitu, gua tak sedih pun waktu tu- sampai la ke satu hari tu waktu tu da 3-4 bulan di form 1 ade sorang mmbr die call aku pakai telepon rumah mnyatakan bahawesenye die nak putus dengan gua- die ckp sebab aku dgn die da jauh, so susah nak contact satu same lain, so bek putus- aku terime je, xkesah pun sbb aku pun xrase excited nak bercinta mase tu....

beginilah berakhirnye cinta gua yg pertame, gua ade lagi cinta yg nak dicerite kan- siapekah cinta gua lepas ni?? kekal ke gua dengan die?? bape lame gua bercinte dgn die?? lu org kene tunggu Cinta Cinta Gua Musim Ke-2....

notaberkakikudis:- cinta monyet tetap tak kemane!

Sejarah

Sejarah Hitam....

-aku penah insiden berlanggor ketike memasuki selekoh tajam setajam bentul L, side sewaktu amek selekoh da ngam da tapi aku tak sedar yang jalanraya bukan tempat untuk berlumbe- kabooommmm!!! moto lunyai, bahu tangan kiri aku mengalami penurunan- PATAH!! yang menjadi kan sejarah tu bertambah hitam, member aku bole lagi ajak lepak minum dulu padahal aku tengah nazak da dengan bahu da senget sebelah- panas aku







Sejarah Merah....

-kepale aku mengalami koyakan dan memerlukan 17 jahitan untuk mengelakkan otak gelige aku ni semakin parah- waktu tu aku lunyai kene belasah macam tahanan Guatemala, 30 orang hentak aku sorang- brani 1 lawan 1 la! takpe nnt aku suh anak aku tuntut bela untuk aku, baru korang tau- baju kuning aku mase tu bertukar merah semerah sambal tumis mak aku- panas aku





Sejarah Merah Jambu....

-"Adik aku cakap ko hensem"- malu aku





Sejarah Putih....

-puase tahun lepas aku berjaya tidak memonteng, ertinya aku puase full takde selang-selang macam mase aku sekolah dulu- sebab mak aku cakap kalu puase penuh dapat RM50 tapi aku silap sebenarnya mak aku cakap mase tu time aku darjah 1- hampa aku





Sejarah Hijau....

-pekse Sejarah aku gagal, hijau muke aku time tengok keputusan kertas pekse- aku syak time tu markah untuk lulus dinaikkan kepada 70 untuk lulus, sbb tu aku gagal- malu aku













notatangankemuka:- sejarah mengajar kite untuk menjadi kurang ajar

Kisah Si Katak (Episod 2)

Katak mematikan lompatannya, katak tidak berdaya lagi, tidak mampu lagi untuk melompat, tenaga katak sudah tidak ada lagi. Katak tercungap-cungap kepenatan, sudah tidak mampu melarikan diri. Makhluk itu betul-betul dihadapannya sekarang, riak wajahnya menampakkan kemarahan. Katak hanya mampu menyerahkan dirinya kepada takdir! Makhluk itu menghampiri katak, melangkah kedepan, semakin hampir ke katak. Katak tidak mampu bergerak, hanya mampu melihat tindakan makhluk itu. Selangkah demi selangkah makhluk itu menghampiri katak, katak tidak bergerak walaupun seinci. Tidak bermaya lagi katak untuk bergerak, semuanya terletak pada takdir. Katak itu sekarang betul-betul di hujung ibu jari kaki makhluk itu, terlihat katak sesekali menelan air liur tergamam dan ketakutan. Peluh katak sudah tidak boleh dikawal lagi, mencurah hebat tiada kawalan membasahi tubuh katak. Makhluk itu mengangkat tinggi kakinya seperti hendak memijak hancur tubuh katak, katak hanya memejamkan matanya, seperti tidak mahu melihat tindakan makhluk itu. Dilepaskan angkatan kaki, menuju tepat tapak kaki makhluk itu ke arah katak. Menjerit katak sekuat hati apabila melihat penuh tapak kaki makhluk itu menuju ke arah dirinya, kaki makhluk itu tingal 2-3 inci lagi sebelum ia menghempas mati katak itu. Dalam pada saat yang genting itu,tiba-tiba datang lagi satu makhluk yang lebih besar dari makhluk yang pertama tadi, lalu berbahasa kepada makhluk lagi satu.....








"Haris, kenapa main jauh sangat?". "Mana selipar ni? Kan mama da pesan nak main kat luar kena pakai selipar." "Dah jom masuk, hari dah maghrib da"










notalututkebibir:- kejamnya manusia!!

Barang Limited Berumah Merah

sewaktu dulu gua amat bermegah dengan barang limited yang gua ada, siap ada yang sanggup menawarkan beribu-ribu ringgit nak dapatkan barang limited dari gua- sumpah gua taknak jual barang limited gua tu! barang limited tu gua salut kan die dengan rumah berwarna merah, ramai yang tertanye-tanye kenape aku salutkan die dengan warna itu- bende limited kot, harus la disalutkan dengan warna yang akan menarik perhatian! gua tak endah pun dengan sindiran² makhluk² yang sangat men-dengki kan ke-limited-an barang gua tu-





lepas pekena teh tarik kurang gula di satu destinasi bernama hartamas, gua terus menuju ke kenderaan buatan malaysia yang diberi nama jolokan "kereta kebal"- sebelum gua mengemudi pacuan 4 tayar tu, bersembang lebih kurang sambil menjeling awek muke tak semenggah- gua terus dengan tugas gua pada malam tu, tengah gua memecut laju tibe-tibe terdengar satu bunyi umpama buah magga jatuh atas bumbung kedai mek tomyam- gua tak syak ape-ape pun, orang macam gua memang sentiase tenang- sampai rumah gua parking lebih kurang gua terus masuk istana gua, adik gua tengah main playstation dengan 2-3 orang lagi sakai-





bangun dari tido gua terus cari barang limited gua, gua cari sini, gua cari sane- tak jumpe!! gua syak malam tadi mesti toyol da masuk dalam istana gua, bahase gua terus kucar kacir pagi tu- gua amek tool box, gua barai kan kereta sekeping-sekeping- cilakak, haram tak jumpe barang limited gua- gua start moto pegi port tempat menteri² lepak, maple! gua tanye sorang menteri, ade nampak tak barang limited merah gua- lepas gua dgn menteri tu siasat, sah barang limited gua tu tertinggal kat atas bumbung kereta mase bersembang kat kereta semalam dan bunyi semase gua pandu laju tu adalah bunyi barang limited gua jatuh-





cilakak haram, skunk dah tak de ape yang nak dibanggakan- roh barang limited merah gua masih lagi berlegar-legar depan mate gua, gua syak die mesti kene gilis dek treler 24 tayar kat tengah higway tu- mak gua cakap, bende da takde usah dikenang! hati gua terguris luka, pedih! argh tidak, kalu gua tau lu nak pegi gua da tolak kat member gua RM200-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nokia 7710





notaberkakiayam:- menguatkan lagi keinginan memiliki hp 3g