Minyak RON97 turun

Alhamdulillah, harga minyak untuk RON97 turun 20 sen tengah malam semalam menjadi RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ni. Gua sebagai pengguna minyak RON97 untuk motorsikal gua bersyukur dengan penurunan ini, 20 sen untuk kegunaan harian mungkin tak banyak tapi sebagai bahan api memang melimpah minyak dalam tangki motor gua ni. Ini info mengenai harga minyak petrol yang gua baru tahu dan gua nak kongsikan kepada semua yang masih belum tahu, harga minyak petrol ditentukan menggunakan sistem apungan yang mana penentuaan harga dibuat setiap bulan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik berasaskan harga minyak dunia. Bergunalah info ini pada gua, berharap info ini juga berguna pada lu orang.






Hari Ibu

Semalam ada buat sambutan hari ibu dekat rumah mak, sebelah rumah je pun. Turut diraikan atok (nenek) dan mak-mak sedara, bini-bini sepupu dan yang berkaitan dengan 'ibu'. Ada la buat makan-makan, ala 'potluck', jadi takde la mak nak masak seorang. Mak buat kuih koci, nasi goreng, pengat keladi, ayah buat ikan siakap 3 rasa, gulai lemak daging. Selain tu ada juga yang bawak laksa, bihun goreng, nasi impit, pulut kuning, roti jala dan kari ayam, meriah la rumah dengan anak-anak buah dan sepupu-sepupu. Malangnya gua tak sempat nak ber 'picture' dengan semua untuk kenang-kenangan, kelam kabut sikit.

Kesempatan ini gua nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak gua, terima kasih kerana membesarkan orang dengan baik dan cemerlang tanpa cacat cela dan keluhan, orang juga nak minta maaf atas salah dan silap, terkasar bahasa dan tingkah laku, selalu menyusahkan mak itu dan ini, meminta meronta, harap dapat dimaafkan dari awal hingga hujungnya. Semoga hubungan kita sesama keluarga sentiasa utuh dan kukuh hingga akhirnya, insyaALLAH. Selamat Hari Ibu...


Sayangi Selangor

Selesai sudah hari mengundi, PRU13 yang penuh drama dan emosi. Bermacam-macam spekulasi, penipuan, video-video, gambar-gambar, semuanya tentang PRU13. Saya lahir di Kuala Lumpur, menetap di Selangor kampung di Perak. Saya seperti rakyat lain, mempunyai parti dan pandangan sendiri, sentiasa meneliti dan mengkaji keadaan semasa. Keputusan sudah pun diketahui, ada yang menang dan ada yang kalah, inilah adat. Saya juga seperti yang lain, mempunyai pendapat dan pandangan selepas keputusan PRU13.

SELANGOR 

Seperti yang semua tahu Selangor dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti kerusi parlimen dan dun yang besar mengalahkan seteru mereka Barisan Nasional, ramai juga yang tahu majoriti kerusi yang dimenangi di Selangor adalah dari PAS diikuti PKR dan DAP. Dari keputusan majoriti itu, ia membolehkan teraju PAS dinobatkan atau diangkat sebagai Menteri Besar yang baru. Ini juga membolehkan dasar-dasar PAS yang telah diperjuangkan selama ini dapat diterap atau diserap secara perlahan-lahan seperti yang dilakukan di negeri Kelantan tetapi ia kedengaran sebaliknya, kerusi utama Menteri Besar dikhabarkan akan dilepaskan kepada penyandang dari PKR iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan ada juga suara mengangkat nama Azmin Ali. DAP juga menyambut baik keputusan itu dan menyokong penuh mengenai status kerusi Menteri Besar itu, ada beberapa perkara yang bermain setelah perkhabaran ini di dengari. Adakah keputusan itu diluahkan pucuk pimpinan PAS sendiri atau PAS diarahkan untuk memberi ruang kepada penyandang Menteri Besar atau kepada parti PKR? Menurut Setiausaha Agung Pas, parti PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar di Selangor. Mengikut pada keputusan majoriti di Selangor, PAS sepatutnya boleh membentuk sebuah negeri yang berlandaskan dasar-dasar yang dijuangkan selama ini iaitu berlandaskan Islam. Pada pengamatan saya, mugkin ramai yang mahu melihat dasar-dasar PAS diterap didalam Negeri Selangor setelah keputusan PRU13 diketahui. Pada saya inilah masanya untuk PAS merealisasikan segala yang dijuangkan, bermula dari negeri ke negeri yang mendapat majoriti parti. Kegagalan itu membuatkan saya berfikir, relevan lagikah dasar-dasar PAS yang dijuangkan selama ini? Saya sendiri mahu melihat keberkesanan dasar-dasar PAS di Selangor ini, majoriti rakyat memilih PAS, tak perlu lagi menunggu di pemilihan yang lain, inilah masanya.