Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan

Langkah Pertukaran Pinjaman PTPTN (3%) ke Pembiayaan Pendidikan Ujrah (1%)

Ikut langkah-langkah berikut:


1- Pergi ke laman web PTPTN (http://PTPTN.gov.my) & klik kotak/ruangan Laman Web Rasmi (seperti gamba rajah di atas). ↑

2- Seterusnya akan keluar 1 laman PTPTN - Anjung & anda akan lihat 1 kotak berwarna kuning seperti gambar rajah di atas dan klik maklumat ujrah untuk langkah seterusnya. ↑

3- Kemudian 1 laman Penukaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN akan keluar (seperti gamba rajah di atas), masukkan NO Kad Pengenalan & alamat e-mel anda untuk permohonan. ↑

4- Setelah selesai mengisi maklumat tadi, PTPTN akan menghantar 1 permohonan di alamat e-mel anda (lihat gamba rajah di atas). ↑
5- Permohonan tadi haruslah di kemaskini terlebih dahulu, segala butiran anda, ibu dan bapa harus di isi. Setelah selesai mengisi segala butiran klik teruskan, PTPTN sekali lagi akan menghantar 1 e-mel menyatakan tentang permohonan anda dan akan di proses. Segala maklumat akan di maklumkan melalui e-mel. ↑



Sebarang kesulitan boleh terus menghubungi pihak PTPTN

PTPTN Bercelaru - Penyata Semasa

Lihat petak merah di atas ↑
Baru-baru ni gua mendapat 1 surat bersampul yang tertera tulisan URUSAN SERI PADUKA, kepala surat tertera Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Macam biasa, cukup tahun penyata pinjaman pendidikan pun sampai dalam peti surat yang berwarna merah rumah gua.
Apabila dibuka timbul persoalan dalam kotak fikiran gua, kenapa? Kenapa penyata yang diterima pada tahun 2011 adalah penyata 2009? Apa yang memungkin mereka tidak boleh memberi penyata yang berakhir 2010? Apa yang menyukarkan mereka? Bukankah semuanya ada dalam sistem?
Persoalan ini mungkin juga bermain di kotak fikiran lu orang, gua akan cuba dapatkan kepastian berkenaan ini!
Kemas Kini ↓↓


klik E-FES ↑


Gua mencapai talipon mendail talian PTPTN 03-20804455, 2 minit lebih kurang gua menurut perintah suara mesin operator sebelum gua boleh bersua suara dengan operator yang hidup. Setelah bertanyakan pasal penyata yang diterima gua di suruh membuka laman web PTPTN dan print penyata semasa sendiri. Langkah-langkahnya:-

1- Buka laman web rasmi PTPTN

2- Klik E-FES disebelah kanan laman web seperti gamba rajah di atas

3- Masukkan NO IC peminjam dan NO PIN dan laman penyata semasa akan keluar

Dengan apa yang disuruh dan apa yang gua buat, tak terasa susah sebenarnya untuk mendapatkan penyata 2011 ataupun penyata semasa TETAPI kenapa pihak PTPTN tidak dapat berbuat demikian? Iaitu memberikan peminjam macam gua penyata 2010? Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri

Pembayaran PTPTN melalui pemotongan KWSP (Akaun 2)

Mungkin ramai yang liat untuk membayar balik pinjaman dari PTPTN, tak yah cakap orang la, gua sendiri pun liat nak bayar. Salah 1 cara yang boleh kita buat adalah dengan membuat pembayaran melalui pemotongan KWSP (Akaun 2). Cara memang mudah JIKA dokumen yang di perlukan lengkap, pasal gua dah buat. Gua akan kongsikan dengan lu orang dokumen apa yang perlu dan TIDAK perlu dalam membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP.

Cara-cara:-

1- Pergi PTPTN (Bukit Damansara) untuk membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP, nanti dorang akan suruh kita isi form. Mereka akan hantar 1 surat pengesahan ke alamat rumah lu orang (7 hari bekerja), surat tu yang lu orang perlu bawak pergi KWSP nanti. Peringatan! Surat pengesahan tu hanya valid untuk 3 BULAN dari tarikh kepale surat tu, ingatnya.

2- Belum boleh mohon lagi walaupun lu orang dah dapat surat pengesahan dari PTPTN tu, lu orang perlukan dokumen yang lengkap dulu. Dokumen apa? Soalan yang baik, dokumennye adalah:-

a)Kontrak antara lu dengan PTPTN, ala yang lu sain banyak² muka surat tu. Mase mula-mula lu orang mula belajar. Hilang? Macam mana boleh hilang? Tapi takpe, lu orang boleh dapat balik kontrak lu orang tu (salinan). Lu orang boleh dapatkan salinan tu dengan memohon di cawangan PTPTN di KL SENTRAL (bukan di Bukit Damansara), jangan lupa untuk membawa sekali duit RM90.00. Ye, salinan tu berharga RM90.00. Dorang akan hantar salinan kat rumah korang (7 hari bekerja)

b)Surat Pengesahan yang mula-mula gua cerita tadi tu, PTPTN akan bagi 2 helai. Original bagi KWSP (semasa permohonan) salinan lu simpan.

c)Salinan Kad Pengenalan, cara nak buat salinan pun kena betul ye. Salinan di buat ATAS (depan) dan BAWAH (belakang) pada 1 keping kertas. Peringatan! Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN original semasa membuat permohanan. Wajib

d)Sijil Pelajaran (Diploma/Degree), sijil salinan juga nak ye. Sebagai bukti yang lu orang ni adalah pelajar Kolej/Universiti, original pun jangan lupa bawak ye, Wajib.

e)Full Transcript sediakan 1 salinan juga ye. Original pun jangan lupa, wajib.

3- Dokumen pun dah lengkap baru boleh buat permohonan, pertama sekali pergi dapatkan borang di kaunter pengambilan no giliran. Dorang akan bagi 1 borang untuk memohon, siap dengan cara-cara dan dokumen yang di perlukan. Pastikan form di isi dengan betul

4- Lepas isi form baru amek no giliran, menunggu lah anda sehingga ke saat no anda di panggil. Petugas KWSP akan check salinan dokumen lu orang dengan dokumen original, tu sebab dokumen yag original kena bawak sekali. Wajib.

5- Jika semuanya OK, petugas akan tanya berapa banyak pemotongan yang kita nak dari Akaun 2 KWSP kita. Mengikut kehendak kita, nak buat penuh boleh (kalu tak sayang duit dalam akaun 2 la) dan buat sikit pun boleh. Terpulang dan mereka akan tanya kita cek tu nak di hantar terus ke PTPTN atau nak di hantar ke rumah lu orang, tapi nanti lu kena hantar cek tu sendiri la kat PTPTN. Tempoh cek akan siap dalam masa 3 minggu paling maksimum

Dokumen yang tidak perlu di lampirkan:-

1- Penyata KWSP
2- Slip Gaji
3- Surat Beranak mahupun surat pajak



*kalau masih tidak jelas, lu orang boleh tanya pihak KWSP mahupun pihak PTPTN secara terus