SapuraKencana Petroleum Berhad FC - Football Team

Mula berbakti untuk company bermula 2 tahun lepas dengan futsal, SKFC, join kejohanan sana sini, menang, menang dan menang. Bagi gua semua perlawanan adalah kemenangan sebab gua berpuas hati dengan persembahan gua, kira berfikir positif untuk diri sendiri la ni. Dalam futsal gua dah dapat Juara, Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak, complete set yang mungkin tak semua orang boleh dapat, ALHAMDULILLAH. Sekarang gua dah makin tua, jadi bagi la kat budak-budak muda pula rasa. Hahaha

Sekarang ni gua terjerumus dalam arena bola sepak pula, SKPB FC, jadi sekarang gua dah terhumban dalam 2 arena sukan, futsal dan bola sepak padang. Dunia bola sepak company ni ada join liga yang di buat Petronas, apa nama kejohanan gua dah lupa. Baru lepas perlawanan pertama minggu lepas, permulaan baik dengan kemenangan 5-0. Setiap minggu ada satu perlawanan sampai hujung bulan Oktober, gua sudah ada dua kejohanan setiap minggu, futsal dan bola sepak padang. Makin tua makin kuat pula bersukan, boleh ke? Kena buat latihan sendiri kat luar bagi cergas dan bertambah fitness.








Kekemasan

Gua ada 1 sikap rimas dengan kerja yang kurang kemas, contoh supporting document yang tak disusun rapi lepas tu terus clip, supporting senget benget, susunan supporting pun tak betul lepas tu terus hantar kat aku untuk prepare invoice dan biasa juga gua dapat supporting secoet tapi clip paper pakai yang sebesar-besar alam, kan clip ada saiz apa salah guna clip yang bersesuaian. Kalau lelaki yang pass supporting tu kat gua takpe lagi gua faham, ni perempuan, nak tegur takut kecik hati, tak tegur sakit hati. Patut kerja perempuan lagi kemas dari kerja lelaki tapi ni dah terbalik, gua pun tak faham

Di 1 sudut ruangan printer pula lain cerita tapi masih lagi dalam isu kekemasan, 1 printer ramai pengguna jadi dalam tray tu mungkin banyak bahan dan kertas yang di print. Kes nye ambil bahan dan kertas untuk diri sendiri lepas tu tak susun balik orang lain punya bahan dan kertas tu, lepas tu main letak je kat mana yang dia suka, kan dah menyusahkan orang lain nak kena print sekali lagi kalau tak jumpa bahan dan kertas tadi. Ambil hasil print pun macam budak-budak, orang lain punya bahan dan kertas habis kedut-kedut, komot-komot, takde ke rasa hormat dengan orang lain punya hasil kerja. Apa lah yang susah sangat nak susun balik dan letak balik tempat yang sepatutnya, tak kisah la nak cepat ke, ada urusan penting ke, title boss ke. 

Tunggu gua jadi bos, tau la gua ajar pekerja-pekerja gua nanti.


Malaysia 50 Tahun

Sejak pc dekat opis ni rosak gua jarang nak tengok blog, sekarang gua pakai laptop pribadi gua untuk kerja-kerja opis, terpaksa. Nak tunggu pc baru berbulan-bulan, pakai laptop ni agak perlahan sikit pergerakan untuk surfing internet, apatah lagi nak ber-blogging. Tu sebab blog gua ni tiada pembaharuan di lakukan, header blog pun gua baru tukar ganti dengan header raya aritu. Dah nak sebulan habis raya masih lagi ber-header raya, sebelum kena maki baik gua tukar dulu.

Okay dah takde benda nak cerita, nanti-nanti gua up entri meletup kasi lu orang. Buat masa ni bagi gua tenang dulu, gua nak fit kan sikit badan, macam-macam sukan dah gua buat sekarang ni, bola padang, futsal, hiking dan maraton. Sebelum gua tutup entri ni, nak cerita sikit pasal pemilihan Ekspedisi Greenland haritu, dukacita dimaklumkan gua gagal ke pemilihan seterusnya. Hampa gua hampa, gagal gua nak sarung baju Malaysia tapi takpe mungkin bukan rezeki gua, bagi peluang la dekat orang lain. Nanti kalau ada pemilihan yang melibatkan aktiviti mengharumkan nama Malaysia gua nak cuba lagi, teringin sangat nak sarung baju Malaysia. Pada kawan-kawan yang layak tu, buat latihan betul-betul, gua sentiasa support dari belakang. Ini masa harumkan nama Malaysia jadi buat betul-betul, jangan hampakan kawan-kawan yang tak layak ni, hehe.

Gua akhiri entri gua dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50, MALAYSIA...