Cepat-cepat

1 entri cepat dari gua, mata dah berpasir dan tersangat lah berat. Badan letih dan sedikit mencucuk-cucuk, kepenatan mendaki gunung. Selesai sudah aktiviti mendaki, menjadi guider untuk kumpulan dari UITM Segamat Johor. Tahniah semua yang berjaya menawan puncak Gunung Nuang, yang lain tu boleh cuba lain kali. Ini tak bermakna lu orang gagal, anggap ini 1 permulaan.


Lu orang semua memang mesra alam, tak sombong. InsyaALLAH panjang umur kita boleh berjumpa lagi, mungkin waktu tu rambut gua dah beruban kot. Terima kasih sebab memberikan kerjasama yang baik, tahniah kepada semua sekali lagi. Semoga sukses dalam pelajaran, kejarlah cita-cita. Terima kasih semua, Syam, Man, Yan, Bella, Naz, Kerunk, Cik Kaunselor, dan lain-lain. Maaf tak ingat nama (:

CONTRABAND Movie


Filem wajib tonton, pastinya untuk umur 18 tahun keatas. Kisah penyeludupan, pencurian, dadah, aksi, pistol, isteri, dendam, kesetiaan, kawan sejati dan duit. Penuh aksi bertumbuk dan tiada aksi di ranjang, juga tak lupa penuh dengan aksi carutan. Terbaik








Vertu Handphones

AYXTA





CONSTELLATION ↓




SIGNATURE ↓








PRU13

Orang dah mula bercakap pasal pilihanraya, semua parti tengah sibuk promosi diri. Masing-masing nak jadi ketua, masa ini lah yang ditunggu-tunggu. Gua tak kira lu dari parti mana pun, sila lah berkempen dekat tempat gua duduk sekarang ni. Gua dengan pemuda-pemuda taknak minta banyak, tolonglah sediakan 1 gelanggang futsal untuk kami. Jimat modal kami bermain futsal di gelanggang berbayar setiap minggu, sedangkan duit tu kami boleh simpan untuk perancangan berumah tangga. 

10 Konsert Bergerak Paling Sukses

10

10 - Konsert bergerak Wildest Dream, Tina Turner
- Penonton: 3,000,000

9

9 - Konsert bergerak 360 Degrees, U2
- Penonton: 3,071,290

8

8 - Konsert bergerak Licks, The Rolling Stones
Penonton: 3,400,000

7

7 - Konsert bergerak Living Proof: The Farewell, Cher
Penonton: 3,500,000

6

6 - Konsert bergerak Sticky & Sweet, Madonna
Penonton: 3,500,000

5

3- Konsert bergerak PopMart, U2
Penonton: 3,935,936

4

4 - Konsert bergerak Bad, Michael Jackson
Penonton: 4,400,000

3

3 - Konsert bergerak History, Michael Jackson
Penonton: 4,500,000

2

2 - Konsert bergerak Vertigo, U2
Penonton: 4,619,021

1

1 - Konsert bergerak A Bigger Bang, The Rolling Stones
Penonton: 4,680,000


Sumber Info : Majalah Apo?
Sumber Gambar : Google Image




Udang Goreng Berlada

Suara memang tak sesedap penyanyi lagu Lelaki Ini, Anuar Zain tapi gua tahu masak macam juri Maharaja Lawak Mega, Chef Wan. Ini buktinya, gua mempersembahkan Udang Goreng Berlada ↓

Udang kunyit

Cili padi + bawang merah

Gorengkan udang

Tumisan

Udang digoreng garing 
Udang Goreng Berlada

Untuk menambahkan kelainan, udang boleh digoreng tepung atau pun digoreng bersama mentega. Oleh kerana tepung dan mentega takde, jadi gua goreng biasa je. Hidangan macam ni cukup mewah untuk bujang macam gua dan cukup pantas penyediaannya. 




Ombak Rindu VS Aku Bukan Tomboi

Gua tak faham kenapa ada yang menangis bila tengok cerita ni, pertama kali gua tengok gua dah boleh agak jalan ceritanya. Mungkin bezanya lu orang tengok kat wayang sedangkan gua tengok kat komputer pejabat, kemungkinan. Dengan tak pasal-pasal gua terlayan filem Aku Bukan Tomboi di tempat yang sama, komputer pejabat. Agak sweet filem ni, ada ayat-ayat romantis yang gua akan ketengahkan bila saat gua ber-romantika nanti

The Manhattan Fish Market Alamanda Putrajaya



Pertama kali seumur hidup, bukan selalu boleh dapat. Taste tak lari jauh dari selera tekak gua, boleh tahan berselera gua makan. Sesuai hanya untuk makan bersama kekasih, kalau makan bersama keluarga kena keluar duit lebih sikit. Harga boleh tahan tapi makanan puas hati.


Chicken Marinara

Quad Delight

Small Grill

Iced Lemon Tea + Gummy Bear

Gambar dibawah hanya untuk tatapan manusia yang berumur 18 tahun dan keatas, sebab gua taknak gambar ni mengganggu adik-adik yang nak menduduki peperiksaan. Terima kasih atas kerjasama adik-adik semua.

Candid by Lolipop


Mesin Layan Diri Onitsuka Tiger

April 2008, Onitsuka Tiger iaitu sebuah syarikat kasut ternama di Jepun cuba untuk menjadikan mesin layan diri (vending machine) sebagai mesin layan diri pertama yang menawarkan kasut berdekatan dengan Jalan Carnaby di London.











Kalau ada kat Malaysia dah lama kena pecah mesin ni, sedangkan mesin ATM kena bawa lari. Rugi.. rugi..


Jambatan Empangan Putrajaya

Tempat yang best kalau nak bersantai-santai ala berkelah, suasana tenang dan pemandangan cantik. Bilik air, kedai makan dan surau disediakan, jadi tak perlu risau. Ada juga pondok disediakan untuk berteduh, memang sesuai untuk bawa anak-anak jalan. Empangan ni berdekatan dengan PICC Putrajaya, tak susah nak cari tapi susah nak dapat parking kalau hujung minggu.







Latihan Pengawal Peribadi Wanita









Berani? 



Makaroni Bakar


Sejenis makanan dari barat, gua baru belajar nak makan. Sekian lama bercerita, akhirnya merasa juga gua Makaroni Bakar. Tak usah komen apa rasanya, yang penting gua dapat makan. Kalau macam ni gayanya, tak la gua kebulur hidup berumah tangga nanti. Alhamdulillah...



Zaman Sekolah

Pernah menjadi ketua darjah masa darjah 6, satu pencapaian yang memberangsangkan. Gua tak suka tetapi gua tak boleh tolak suara ramai, semua pakat nak mengenakan gua. Tak banyak yang gua ingat pasal sekolah rendah, ada la sikit-sikit yang gua ingat. Masuk nasyid sekolah, 100 meter dan 4 X 100 lumba lari wakil rumah biru, cinta monyet, rambut belah tengah dan patah gigi separuh.


Banyak yang gua ingat pada zaman sekolah menengah sebab zaman tu dah ada disket, boleh simpan memori. Zaman rambut belah tengah dah tak popular dah, zaman tu sibuk dengan gaya rambut pacak dan ala 'gay boy'. Zaman ni juga dah pandai pakai tali leher, tulis pakai pen, naik bas Intrakota, makan luar, hisap rokok dan beberapa kelakuan nakal yang lain.


Gua tak suka masa pemilihan bola sepak untuk wakil sekolah, baru level bawahan dah ada sikap pilih kasih dan kroni. Bazir masa dan duit gua datang tiap petang 'join' pemilihan tu, nasib baik gua dapat wakil nasyid sekolah walaupun sekadar melepasi tahap zon. Sekurang-kurangnya tiada kes pilih kasih, kebetulan suara gua sedap (ha ha ha). Nak muat naik gambar waktu sekolah pun gua takda, zaman tu kamera pakai filem. Gambar semua kabur, tak boleh nak edit.



Pameran Pengantin Januari 2012 (Iklan Murah)



Acara: Pameran Pengantin
Lokasi: Ampang Point
Tarikh: 6 Januari - 8 Januari 2012
Masa: Tunggu Ampang Point buka dan sampai Ampang Point tutup


Gua sedang mempromosikan perniagaan kawan gua sempena pembukaan tapak di pameran pengantin tu, sesiapa yang berminat nak ada video semasa persandingan boleh lah berjumpa mereka. Dengar boleh dapat hadiah lumayan seperti Blacberry, rebet sehingga RM500 dan ada juga hadiah misteri, ini semua hanya di Pameran Pengantin di Ampang Point.


LHMEDIATV tidak asing lagi dalam dunia video untuk perkahwinan, jadi tak perlu ragu-ragu. Kalau nak kan kepastian boleh cuba lihat hasil mereka di YOUTUBE, taip je LHMEDIATV, antara yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka adalah seperti Nabil Rajalawak dan ramai lagi.






MyKad Terbaru 2012





MyKad yang baru di perkenalkan, semalam Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan kad pengenalan baru dengan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini. Ia di perbuat dari polikarbonat dan menggunakan cip terbaru dengan lebih tahan lasak. Selain itu terdapat bayang yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad untuk mengelakkan pemalsuan.

Mungkin lepas ni tiada lagi aktiviti pemalsuan dapat di buat, elok juga setiap tahun ada pembaharuan macam ni. Dengan ini juga diharapkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin PATI juga dapat dikurangkan, harap-harap la.


Carian Google