Soalan lazim selepas bersalin

Soalan-soalan lazim yang ditanya selepas isteri bersalin, terutama anak pertama/sulung.

- Anak lelaki ke anak perempuan?
- Berat berapa?
- Nanti isteri berpantang kat mana?
- Takde gambar ke?
- Nama anak apa?
- Bersalin pukul berapa? Dan macam-macam soalan lagi

Tetapi kan tetapi ada tak yang tanya pasal si suami? Dah tidur ke? Dah makan ke? Sihat ke? Sengkang mata menunggu, makan memang tak sempat la kan, tak senang duduk. Nama pun anak sulung, ramai yang ambil berat tapi ambil berat kat isteri je........

Kasih keluarga membawa ke syurga

Apa yang gua garapkan ini adalah peringatan bagi gua sendiri, andai gua terlupa nanti ingatkan gua balik.

Soalan gua disini, siapa diantara kita ini adalah anak yang disayangi? Boleh dikatakan antara yang dimanja ketika kecil hingga besar, tidak pernah dimarahi atau diusik sepanjang usianya. Antara reramai adik beradik die yang paling dilebihkan, diutamakan, dicakap-cakapkan, diagung-agungkan. Sungguh beruntung anak ini kerana dalam segala hal die diutamakan, dimanjakan, diagungkan tetapi adakah anak ini yang mengutamakan ibu dan bapa mereka? Adakah anak ini yang memanjakan ibu dan bapa mereka? Adakah anak ini yang mengagungkan ibu dan bapa mereka?

Mungkin YA jawapan kita, "Ya saya utamakan ibu dan ayah saya" "Ya saya agungkan ibu dan bapa saya". Jika sekiranya benar kita kedepan sikit dalam situasi bila ibu dan bapa kita jatuh sakit, bukan demam atau pun selsema tetapi sakit yang lebih serious. Contohnya strok, sakit buah pinggang, sakit kencing manis  dan sakit-sakit yang memerlukan kemanjaan kita, keutamaan kita, keagungan kita. Bagaimana kita ketika itu melayan kerenah mereka? Pada peringkat awal mungkin kita sanggup lakukan apa saja demi mereka, mengalirkan air mata melihat mereka, bagaimana pula jika kena kerap menyalin lampin, memimpin ke tandas, menyuap nasi, memandikan, membersihkan najis atau  perkara-perkara lain yang mereka sudah tidak mampu mereka buat.

Adakah kita nanti akan melayan mereka sama macam mereka memanjakan kita, mengutamakan kita atau mengagungkan kita? Atau kita nanti akan menjadi seorang yang pemarah yang sering  memarahi mereka sedangkan mereka juga tidak meminta untuk sakit sebegitu. Apakah daya seorang pesakit kronik untuk bertindak sama macam manusia normal? Pesakit seperti ini mengalami kerosakan dalaman yang menggangu sistem normal, ini membuatkan pesakit tidak dapat bertindak secara normal dan memerlukan sokongan dan bantuan manusia sempurna untuk meneruskan kehidupannya yang kurang daya.

Utamakanlah, manjakanlah, agungkanlah ibu dan bapa kita seutama-utamanya, semanja-manjanya, seagung-agungnya. Ingatlah kita bahawa tanpa mereka kita bukan sesiapa, mungkin mereka sakit sekarang tetapi mungkin kita yang mati dulu. Tolak ansur sesama adik beradik, positif dalam pemikiran, buangkan sifat marah, tambahkan bahasa mulia, hargai pengorbanan ibu dan bapa kita, semoga kita menjadi anak yang diagungkan ibu bapa sehingga usia mereka. Walaupun ibu dan bapa kita sakit tidak mampu bercakap tetapi mereka boleh berdoa dalam hati memohon kepada tuhan, diharapkan mereka mendoakan kita untuk perkara yang baik dan bukan yang buruk. Kita juga akan tua dan sakit, pembalasan ALLAH itu adakah setimpal, buat kita bersama untuk sentiasa beringat insyaALLAH.

Sukan Sea 2013: Separuh Akhir Bolasepak [Malaysia] VS [Indonesia]

Pertemuan dengan Indonesia adalah penentu ke perlawanan akhir Sukan Sea sekali gus mempertahankan pingat emas pada 2 tahun lalu di Indonesia, perlawanan yang sememangnya dijangka hangat kerana ia dianggap perlawanan balas dendam Indonesia terhadap pasukan Malaysia setelah tewas dalam perlawanan akhir pada Sukan Sea lalu.








Pada aksi babak pertama aksi Nampak seimbang sebelum permain Indonesia iaitu Bayu menjaringan gol pertama dengan larian pantas dan hantaran satu dua yang cantik sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gawang Malaysia. Permainan babak pertama kekal dengan jaringan 1-0.



Pada aksi babak kedua seakan dikuasai Malaysia dengan hantaran-hantaran dan kawalan bola yang kemas dibahagian tengah tetapi seakan tiada gerakan penyudah yang mampu dilalukan oleh penyerang Negara, selain gopoh cuba mencari gol penyamaan. Dengan keadaan menampakkan kekalahan pasukan Malaysia, Thamil mencuri tumpuan dengan jaringan hasil dari hantaran sepakan sudut. Gol penyamaan ini mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit seterusnya menghidupkan kembali peluang ke perlawanan akhir.




Pada perlawanan masa tambahan babak pertama kelihatan kedua-dua pasukan agak berhati-hati dalam corak perlawanan, secara keseluruhannya Malaysia Berjaya mendominasi perlawanan dengan kawalan bola yang baik, babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Aksi pada masa tambahan babak kedua menunjukkan penguasaan Indonesia dengan pergerakan-pergerakan yang mencemaskan barisan pertahanan Malaysia namun berjaya dipatahkan. Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalty, ia seperti mengulangi perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan di Sukan Sea 2011 yang ditentukan dengan sepakan penalti yang berpihak kepada Malaysia.

Kegagalan sepakan pertama dan kedua oleh Malaysia menutup ruang Malaysia ke perlawanan akhir dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea, dendam Indonesia terbalas selepas sepakan penalti yang kelima. Tamparan buat skuad OKS kerana harapan rakyat Malaysia sudah tentu mengharapkan emas buat pasukan bola sepak, apa pun segalanya telah ditunjukkan sehingga ke penentuan sepakan penalti. Syabas buat semua pemain dan pegawai-pegawai yang terlibat, tak lupa juga untuk jurulatih OKS.


Ikan Bakar Jalan Bellamy

Rasa ramai yang dah tahu pasal ikan bakar Jalan Bellamy ni cumanya gua baru pertama kali ke sini hari ni, tu pun pasal ada yang nak pergi. Waktu makan tengahari yang dinanti-nantikan, perjalanan 20 minit terasa lama sebab beriya-iya nak rasa ikan bakar yang dikata-katakan. Maaf ayat gua memang agak sastera sikit sejak dua menjak ni, tetiba rasa nak bermadah. Tinggalkan sastera balik pada ikan bakar, jalan tak berapa nak sesak sangat pasalnya kami keluar awal sikit dari waktu lunch, takut penuh.

Ingatkan ada satu je gerai makan ikan bakar ni, rupanya ada 4-5 gerai jugak, baru lah tahu, maklum la pertama kali. Belum lagi duduk mata dah terpaku tengk sotong gemuk atas kuali sedang dibakar, memang sotong la jadi menu utama. Keadaan kedai takde la semenggah mana, dengan panasnya, dengan sempitnya, dengan ramainya, jadi mind set nak kesini  harap bersabar sikit. Kena beratur panjang ditambah dengan bahang panas mentari dibahangkan lagi dengan bahang kuali ikan bakar, jadi faham-faham jelah keadaan nya.

Kekurangan meja dan orang ramai jadi meja kena kongsi-kongsi, mana yang datang 1 kumpulan ramai tu jangan harap la dapat duduk 1 meja bersama. Saiz ikan-ikan memang besar-besar, puas hati, harga sendiri mau ingat, jangan bawak duit macam makan dekat food court pula, bawak duit lebih. Majoriti yang melayan adalah warga Indonesia, tak pasti empunya kedai juga warga yang sama, lapar punya pasal abaikan je perasaan patriotik yang duk bertanya "Mana peniaga Malaysia?" "Kenapa peniaga Melayu tak maju macam ni?" sambil berharap tokey kedai adalah peniaga warga Malaysia.


Ikan Pari bakar memang kegemaran gua, ikan-ikan lain gua tak berapa sangat, keli gua tak makan, tilapia gua tak layan, jadi Pari memang the best bagi gua. Air asam takde pun takpe, kebetulan rasa pari bakar ni memang kena dengan citarasa gua, cukup rasa manis, masin dan yang paling penting cukup masaknya.


Sotong ni lah yang memukau pandangan, belum duduk dah nampak sotong tergolek dalam kuali, belum apa-apa dah order sotong dulu, 3 ekor sotong size XL RM40, jadi sediakan duit yang cukup ya. Gua kurang sikit sotong ni sebab sotong ni takde rasa manis macam udang jadi gua amek sebahagian dari sotong buat rasa, selebihnya office mate gua habiskan.





Antara menu yang terlibat, tilapia bakar, keli bakar lepas tu masing-masing amek nasi dengan kuah je, selebihnya semua menu bakar, tak ketinggalan air asam dan kicap cili, memang peluh menitik-nitik, panas campur pedas memang nikmat


 
 
Ini muka selera dapat makan dan jilat tulang pari, keadaan sebenar ketika ini tengah dibasahi peluh. Belakang leher pun turut berpeluh, atas dahi usah tanya la. Pendek kata puas hati makan sini, tak menduka cita kan, cumanya kalau lu orang memikirkan tahap kebersihan, lebih baik takyah datang, kalau setakat nak cuba rasa okay la. Soal harga juga jadi tanda tanya, gua pun tak pasti mahal atau biasa tapi hidangan ikan-ikan dan sotong memang size XL la. Kami makan ber-6, total makanan RM95, total minuman RM17.50, 2 ekor ikan keli, seekor ikan tilapia, 3 ekor sotong dan 2 ekor ikan pari, nasi dengan kuah 6 pinggan. Lu orang nilai lah sendiri, gua tak berapa pandai sangat.
 
 

OCSS@Mines Futsal Cup 2013 - CMC FC (CMC Department)

Cerita hujung minggu, layan aktiviti office yang jarang sangat dibuat, kira tahun ni pertama kali la division OCSS ni buat anjuran futsal ni. Jadi setiap department kena sediakan team, tak boleh ambil pemain dari department lain. Dekat situ dah menunjukkan department gua mempunyai kekurangan, department gua ni ramai perempuan, peruntukan 1 department 2 team. Oleh kerana kekurangan jantina lelaki, department gua ni dapat hantar 1 team je, boleh la dari takde.

Lagi satu kekurangan lagi, kami 1 department ni tak pernah main futsal bersama, terpaksa la buat perlawanan persahabatan dengan department lain sebagai latihan, dapat la 2 kali kami main bersama sebelum hari pertandingan. Pelik gua bila team-team lain semua tak nak 1 kumpulan dengan team gua, padahal team gua ni takde la hebat mana, mungkin sebab gua wakil Sapura dalam futsal, ataupun mungkin strategi team lain nak psycho team gua, ala gua main keeper je pun.

Untuk pertandingan yang pertama kalinya untuk department gua ni, kami hanya layak ke suku akhir je, takde rezeki nak pergi jauh, yang penting aktiviti ni best, nak-nak pula hujung-hujung tahun ni, seronok la sikit. Apa yang paling epik, department engineering gondol Juara dan Naib Juara kejohanan, memang style la. Gua dah cakap dah, department engineering memang power sebab ramai junior-junior, memang sedap la permainan dorang. Bak kata team mate gua, tak menang bola takpe janji menang gaya.. Terbaik



 
 
 
 

Benar atau Palsu?

Lu orang rasa la kan, gambar mana satu yang telah di edit? Ataupun salah satu gambar ini adalah camera trick? Gua musykil sebenarnya, susah nak sahkan mana satu gambar yang benar-benar asli? Kalau lu orang perasan ada kelainan pada dua gambar ni, cuba tenung betul-betul lepas tu bagitau gua jawapannya.


Gambar 1

Gambar 2

Mati naik banana boat

Lu orang kalau ada anak kecik jangan bawak naik banana boat, itu cari penyakit namanya. Permainan tu untuk orang dewasa, bukan budak berumur 2 tahun. Apa alasan pun bapak mangsa tu nak bagi semua tidak masuk akal, mana mungkin naik banana boat bawak perlahan, apa ke peliknya la bapak mangsa ni. Lagi 1 perkara gua nak ingatkan, anak kecik jangan bawa naik moto jalan-jalan, walaupun dalam kawasan taman, itu mengundang padah tu. Tak selamat bawak moto sebelah tangan pegang handle dan sebelah tangan lagi pegang anak, kalau-kalau terlanggar batu kecik pun bole tergolek, itu bukan pasal minta benda buruk berlaku tapi ni peringatan untuk tidak berlaku perkara yang libatkan nyawa.


 
 

Penghargaan

Benda-benda macam ni pekerja macam gua harap dan perlukan, benda-benda macam ni lah buat semangat bekerja tu naik dan menunjukkan bos hargai kerja-kerja kita. Tak kira la berapa nilai benda tu janji ada, cukup buat sesiapa yang dapat tu senyum lebar dan gembira. Rezeki terpijak, ALHAMDULILLAH 






 
 

Warga Prihatin

Kebelakangan ni ramai orang jadi sangat-sangat prihatin tak bertempat, prihatin tu tak jadi masalah kalau kena dengan tempat dan cara. Kalau setakat prihatin dalam facebook tak guna, ibarat bercakap depan cermin, pantul balik kat diri sendiri, guna bahasa pun kasar dan mengaibkan. Konsep gua mudah, gua lebih pandang pada keliling gua, gua akan lebih prihatin kepada orang-orang sekeliling gua je, ahli keluarga gua, ahli keluarga mertua gua, kawan-kawan gua. Jadi kalau gua nak perbetulkan pun gua perbetulkan orang-orang ni dulu. Kalau gua nak berdakwah pun gua akan berdakwah dengan orang-orang ni dulu, kalau gua nak buat baik pun gua akan buat baik dengan orang-orang ni dulu, kerana apa? Kerana orang-orang ni lah yang akan mandikan jenazah gua, kerana orang-orang nilah yang akan doakan gua, orang-orang ni lah yang akan mengamin kan doa arwah untuk gua nanti.

Tak guna tegur orang itu dan ini kalau tak berani tegur ahli keluarga sendiri...

Kisah politik

Sekarang ni ustaz-ustaz pun terkait dengan propa politik, bagi gua apa ustaz tu nak buat untuk hidup dia pun gua tak kisah sebab dalam mind set gua ustaz juga seorang manusia, tak lari dari keduniaan. Isu jadi hangat disebabkan beberapa keyboard warrior yang mewakili parti politik ni lantang suka mak ayah je nak cakap sesuatu yang buruk dan nampak  nak melaga-laga antara sesam parti politik. Mungkin tu pandangan si keyboard warrior tapi tak perlu sampai mengaibkan orang tersebut tanpa fakta yang sahih, ustaz ni tak bagus, ustaz ni bagus, kerana ustaz ni parti politik ni ustaz ni bagus, kerana ustaz ni parti politik tu ustaz tu tak bagus. Sangat la tak bertamadun orang yang macam tu..


Lagi 1 kisah bila orang tukar parti, bila orang keluar parti ni pergi parti tu kata terima duit, sebaliknya bila ke parti lain. Matang sikit, kita ni manusia yang berpendidikan, cuba guna akal untuk meluahkan marah. Bagi gua senang je, orang yang suka tukar-tukar parti ni orang yang tidak tetap pendirian, masa parti tu sedap hentam parti ni, bila tukar parti lain hentam balik parti sebelum ni. Malu dengan diri sendiri, ibarat macam dah ludah dijilat-jilat balik, lu memang pengotor. Orang-orang macam ni lah perlu dihapuskan dari Malaysia..



Kereta usia 10 tahun

Majoriti tak bersetuju kereta usia 10 tahan dihapuskan, rata-rata dalam tempoh 10 tahun tu baru habis langsai membayar full installment, mana mungkin nak dihapuskan kereta yang baru je habis dibayar. Dari aspek lain, isu penghapusan kereta berusia 10 tahun ke atas ini mungkin dari aspek keselamatan. Gua ada terfikir cara lain selain dari dihapuskan kereta-kereta ni, kalau gagal baru dihapuskan.

1- Lakukan ujian di Puspakom pada mana-mana kereta yang sudah menjangkau 10 tahun, maksudnya di sini setiap 10 tahun kereta-kereta persendiriaan akan melalui 1 ujian keselamatan oleh Puspakom Malaysia, mana-mana kereta yang gagal melepasi tahap-tahap yang ditetapkan akan diberi 1 tempoh untuk diperbaiki dan datang semula untuk melakukan ujian sebanyak tetapi pastikan ujian itu adalah PERCUMA. Mana-mana kenderaan yang masih gagal dalam saringan ujiaan sebanyak 3 kali dalam temph yang di tetapkan akan di ambil tindakan penghapusan TETAPI diberikan pampasan atau elaun senilai dengan harga kereta tersebut, jadi tak la rugi kalau dihapuskan pun. Bagi gua kereta yang berusia 10 tahun ni tak seteruk mana pun, kebanyakan nya masih lagi boleh beroperasi dengan baik dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Cuma nya disini adalah keraguaan terhadap kereta yang lebih berusia dari 10 tahun, dengan mata kasar pun kita boleh nilai tahap keadaan fizikalnya dan tahap keselamatannya.

2- Kenderaan-kenderaan awam seperti bas-bas bandar, bas-bas sekolah, bas-bas ekspress dan lori-lori perniagaan ini yang sepatutnya dipantau tahap usia dan ciri-ciri keselamatannya. Gua rasa kenderaan yang membawa nyawa dan mempertaruhkan nyawa orang lain ini yang harus dihapuskan setelah 10 tahun kerana sering berlaku kemalangan jiwa akibat dari masalah sistem keselamatan, majoritinya kenderaan yang sudah berusia 10 tahun ke atas. Tidak perlu risau atas penghapusan kenderaan ini kerana perniagaan mereka lebih menguntungkan dalam tempoh 10 tahun penggunaan kenderaan tersebut, jika penghapusan dilaksanakan pun mereka masih mempunyai modal untuk membeli yang baru selain keselamatan semua dapat dijamin di atas jalanraya.