Memaparkan catatan dengan label KAMERA MAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAMERA MAN. Papar semua catatan
Jambatan Empangan Putrajaya
Tempat yang best kalau nak bersantai-santai ala berkelah, suasana tenang dan pemandangan cantik. Bilik air, kedai makan dan surau disediakan, jadi tak perlu risau. Ada juga pondok disediakan untuk berteduh, memang sesuai untuk bawa anak-anak jalan. Empangan ni berdekatan dengan PICC Putrajaya, tak susah nak cari tapi susah nak dapat parking kalau hujung minggu.
Fenomena Senja
Pemandangan yang menarik, berlaku semalam (24/11/2011) sebelum masuk waktu Maghrib. Unik dan menarik, jarang dapat melihat kejadian sebegini. SubhanALLAH, ALLAHuakbar.
Fashion Food
![]() |
Model dengan rekaan pakaian dari Rumpai Laut dan aksesori dari Telur Burung Puyuh |
![]() |
Pembikinan pakaian dari Rumpai Laut dari Roland Trettl |
![]() |
Gambaran dekat fesyen dari seorang model |
![]() |
Pakaian yang diperbuat dari Rumpai Laut dan Sotong |
Ada sesiapa berani mengayakan tak fesyen ni? Memang tabik spring la tapi tak busuk ke? Ini idea gila yang cuba untuk menarik perhatian dunia, mungkin dah takde idea lain untuk mereka fesyen. Fesyen ini hanya sebagai pameran sahaja dan untuk tujuan photography, pameran gambar-gambar model yang mengayakan fesyen ini akan dipamerkan di Muziam Komunikasi di Berlin bermula 29 Oktober sehingga 29 Januari 2012.
Kaki kamera
DSLR gua bernama Canon 1000D akhirnya mempunyai kakinya sendiri, tripod ini dibeli di Canon KLCC. Kebetulan sebenarnya, gua anta kamera gua kat situ sebab dia ada masalah Auto Focus (AF). Hampir seminggu menunggu kamera gua siap dibaiki, masa amek kamera terpandang tripod untuk kamera. Berkenan dan terus beli, bukan gua yang beli tapi ehem ehem gua yang belikan untuk gua. Untung bukan? Ya gua memang untung, bukan tu je siap remote untuk kamera lagi. Lepas ni senang sikit kerja gua kalau nak amek gamba, kalau ada sesiapa nak photographer boleh hallo gua. Gua beginner je, masih lagi dalam proses pembelajaran.
Kaki di Melaka
Bukan senang nak berjalan tempat orang, banyak pakai duit, tenaga & masa. Jika sampai negeri orang tak sah kalau tak mengambil gambar sebagai kenang-kenangan, tak gitu. Cuti lepas sempat menjengah Melaka Bandaraya Bersejarah sambil pekena sekeping dua gamba tepi Kelebang tatkala angin bayu membadai tubuh.
Outdoor (KLCC)
Sehari bersama kamera DSLR dan budak kecik kategori 'baby', bukan lagu Justin Bieber maksud gua bayi. Sekian lame tak ke KLCC membuatkan gua rase teruja mengalahkan mat-mat indon berambut kerinting bersame gudang garam di mulut.
KLCC tak banyak berubah, tingkatnye masih lagi 88 tingkat dan berstatus kukuh. Butik-butik dalam 'mall' memang banyak buat manusia alpa dan kesempitan wang di mase hujung bulan. Kesian kan mereka tu?
Mase banyak di habiskan dengan mengambil gambar dan bergambar, asah bakat macam ni lah. Model gua kali ni bayi, baru 8 bulan. Gua 'borrow' dari mak die, tiada bayaran die kenakan dan di berikan.

KLCC tak banyak berubah, tingkatnye masih lagi 88 tingkat dan berstatus kukuh. Butik-butik dalam 'mall' memang banyak buat manusia alpa dan kesempitan wang di mase hujung bulan. Kesian kan mereka tu?
Mase banyak di habiskan dengan mengambil gambar dan bergambar, asah bakat macam ni lah. Model gua kali ni bayi, baru 8 bulan. Gua 'borrow' dari mak die, tiada bayaran die kenakan dan di berikan.
Langgan:
Catatan (Atom)