Ramadan tiba

Alhamdulillah berjumpa ramadan lagi, gua yakin ramai yang berazam macam-macam, nak terawih penuh, nak jimat belanja, nak kurus, nak memasak, tak nak membazir. Sama la dengan gua, normal kot manusia suka berazam-azam. Setakat ni tekak tak mengidam apa-apa lagi, biasa je cuma gua nak main masak-masak kat rumah tapi tak tau nak masak apa. Sebelum gua buat lu orang terliur cerita pasal makan baik gua mohon maaf andai ada tersalah dalam masa gua berblog ni, tersalah taip atau terasa hati dengan entri gua. Harap-harap puasa kita tahun ni yang paling mantap, yang paling mendapat keberkatan, insyaALLAH.

Ni gua selit sikit iklan tidak berbayar, kalau ada sesiapa nak beli kuih raya Semperit/Dahlia boleh lah roger, susah nak cari semperit dahlia ni, bentuk bunga atas ade ceri merah, kebanyakan orang buat semperit biase, ni kuih raya orang dulu-dulu. Kuih raya dulu-dulu yang lain pun ada, Mazola, Makmur, Tart Nenas, kuih yang lain-lain tu gua tak fikir lagi. 


Selamat Berbuka...