Kaitan hobi dengan hal lain

Kena ada yang tak faham pasal hobi yang kita buat, memang susah nak terangkan, contoh macam hobi gua yang suka menggunung, masuk hutan. Orang luar anggap hobi merepek, membazir duit beli barang-barang yang mahal, bahaya ada mistik-mistik (hantu), buat sakit badan je, macam-macam lah dorang cakap. Lu terangkan la macam mana sekali pun, tetap susah dorang nak faham, tetapi dalam pada dorang tak nampak tu ada benda yang gua bawakkan dalam hal lain melalui hobi gua.

Contoh masa di kampung haritu, dalam kepala gua memang dah set nak bawak barang-barang hiking & camping gua balik kampung sekali, gua bawak hammock, fly & ground (canvas), tali dan lain-lain. Selain tu gua bawak sekali ilmu yang gua dapat sepanjang gua menggunung, kerja kampung ni berkait juga dengan ilmu hutan. Lu orang ingat senang ke nak hidupkan bara api nak bakar ikan? Kalau gua tak belajar masa menggunung dulu mungkin gua gigil lagi nak hidupkan api. Lu orang ingat senang ke nak setup pondok untuk bersantai bersama famili? Kalau tak kerana pengalaman gua dalam menggunung mungkin gua bebal lagi nak setting pondok. Orang yang tak faham pasal hobi gua memang tak nampak kaitan hobi dengan hal-hal macam ni


*Orang yang dalam gambar dibawah semua dah faham hal hobi gua, gua harap orang yang tak faham baca entri ni



Hammock

Santai ala kampung & camping

Hammock (buian) - Berebut-rebut nak baring dalam hammock

Fly (atas) Ground (bawah) - Berguna buat bumbung dan alas pondok



Hari-hari Hari Raya

Raya punya pasal, semua masalah tolak tepi, gembira je masing-masing, gua nampak semua amalan yang baik-baik je, semuanya okay je. Kan bagus kalau hari-hari hari raya, gua rasa mesti masing-masing takde masalah, kalau ada masalah pun muka boleh senyum, mesti aman je. Selamat hari raya geng, ada salah mohon ampun, insyaALLAH gua tak buat salah lagi.








Ramadan tiba

Alhamdulillah berjumpa ramadan lagi, gua yakin ramai yang berazam macam-macam, nak terawih penuh, nak jimat belanja, nak kurus, nak memasak, tak nak membazir. Sama la dengan gua, normal kot manusia suka berazam-azam. Setakat ni tekak tak mengidam apa-apa lagi, biasa je cuma gua nak main masak-masak kat rumah tapi tak tau nak masak apa. Sebelum gua buat lu orang terliur cerita pasal makan baik gua mohon maaf andai ada tersalah dalam masa gua berblog ni, tersalah taip atau terasa hati dengan entri gua. Harap-harap puasa kita tahun ni yang paling mantap, yang paling mendapat keberkatan, insyaALLAH.

Ni gua selit sikit iklan tidak berbayar, kalau ada sesiapa nak beli kuih raya Semperit/Dahlia boleh lah roger, susah nak cari semperit dahlia ni, bentuk bunga atas ade ceri merah, kebanyakan orang buat semperit biase, ni kuih raya orang dulu-dulu. Kuih raya dulu-dulu yang lain pun ada, Mazola, Makmur, Tart Nenas, kuih yang lain-lain tu gua tak fikir lagi. 


Selamat Berbuka... 

Sepah Di Buang

Berlaku dalam kehidupan, tengah manis orang sanjung lu bagai nak rak. Lu pun dengar cerita-cerita indah macam lu ni tiada tandingan, tanpa lu sedar yang lu tengah 'di hisap' . Setiap madah yang keluar lu percaya bulat-bulat, tanpa lu sedar lu 'di gula-gulakan'. 

Pada satu masa baru lu jaga yang manis lu sudah habis kena sedut, tak sampai beberapa lama lu tahu lu ni da jadi sepah yang akan di buang. Baru lu sedar madu yang lu hasil kan boleh bertahan beberapa ketika, cukup masa madah berhelah. Kata indah terus lupa, sembang kencang kalah taufan, itu semua penyedap cerita.

Jangan lupa dan jangan alpa, sudah jatuh bangun semula. Pengalaman pengajar kehidupan, yang pahit pasti ada manisnya semula. Harini lu merana mungkin esok lu berjaya, tuah manusia tiada siapa yang sangka. Bangun dan hidup semula tapi perlu lebih hati-hati, ingat pengalaman lama untuk kejayaan bukan untuk lunas dendam.

 

Peraturan Cermin Gelap Bermula 1 Mei 2015 - JPJ

Dulu tertunda, sekarang dah mai balik. Bermula 1 Mei ni hati-hati la kawan-kawan mana yang dah terlebih peraturan di tetapkan tu, kalau tak naya la kena bayar saman.





Aquaria KLCC

Cerita lama, selak-selak gambar kat phone nampak pula gambar-gambar masa ke Aquaria ni. Pendedahan awalan untuk Iman Khalish, boleh agak apa dia minat dan apa yang dia tak minat tapi dia macam tak berapa minat sangat sebab dia mengamuk masa dalam Aquaria. Bagi susu tak kena, bagi makan tak kena, dukung tak kena, jalan tak kena, tunjuk ikan tak kena, hahaha.









Sebelum berjaya

Jangan ingat dah ada perniagaan dah di kira berjaya, jangan ingat orang yang meniaga dah berjaya, jangan ingat orang dah ada kedai dah berjaya, di sebaliknya tidak. Biasalah anggapan orang, ingat dah ada bisnes dah hidup senang, nak senang bukan senang. Lebih kurang macam kais pagi makan pagi, tak mengais tak bergaji malah kena tanggung kos lagi. Nak taknak, susah senang, hujan ribut, kena juga teruskan, rezeki ALLAH itu pasti cumanya kita tak tahu bila rezeki tu datang. Kalau tak harini mungkin esok, kalau tak esok mungkin minggu depan atau mungkin bulan depan tetapi usaha kena berterusan.

Semua orang nak mewah, semua orang nak senang, semua orang nak bergaya, bagi gua kalau nak semua tu gua kena usaha, jangan harapkan orang. Labur sikit duit, labur sikit tenaga, labur sikit kepenatan, insyaALLAH ganjarannya pasti. Kita tengok orang meniaga kita rasa nak meniaga, hakikatnya kita tak tahu apa yang orang tu lalui. Mana yang rasa gua hidup senang dengan bisnes kecik yang gua ada ni, gua nak bagitahu bukanlah semudah tu nak uruskan. Ada rezeki ada, takde rezeki memang kepisangan, dengan panas, dengan hujan, dengan lapar, dengan haus, itu yang orang lain tak tahu dan ramai juga yang terlupa itulah cabaran nak maju. 

Rezeki ALLAH luas, kalau tak dapat di darat cuba di laut, kalau tak dapat di bandar cuba di hutan, kalau tak dapat pada waktu siang cuba waktu malam. Gua cuba mencari di setiap tempat, walaupun sikit ia cukup mematangkan fikiran, walaupun sikit ia cukup mengenyangkan, walaupun sikit ia cukup menggembirakan. InsyaALLAH rezeki gua rezeki orang lain juga, semoga gua tak lupa prinsip ini.








Janda Baik International Rainforest - A0006

Sesi ulang belakang atau #throwback, blogspot pun gua hash-tag juga. Bulan tiga haritu gua join trail running Janda Baik, running pembukaan di tahun 2015, niat tahun ni running trail je, tak mau marathon. Sambil-sambil beraktiviti gua bawa sekali family kecik gua, bagi bau-bau hutan sikit. Konsep ala camping, khemah, sungai, basic je lah sebab anak gua kecik lagi, wife gua pun bukan biasa camping-camping ni. Ini sesi pengenalan aktiviti outdoor buat wife dan anak gua, lepas ni gua perkenalkan sesi yang lebih dalam sikit, at least boleh tahu macam mana hidup dalam hutan, boleh juga tahu susah senang gua cari makan dalam hutan.

Trail running gua sukses tanpa kecederaan, trail running ni biasa la, lari jalan raya sikit, lari hutan sikit, lari naik turun bukit sikit, lari redah sungai sikit. Sikit campur sikit campur lagi sikit ada la 21 km gua lari, akhirnya dapat la medal finisher dengan t-shirt.













Ujian

Ujian hidup ni datang takde hint, kadang-kadang tak tau pun tengah kena uji. Bila dah tersepit, terseksa dan ter ter lagi baru la sedar yang sedang di uji, peringatan untuk diri sendiri. Ujian bukan masa susah je, masa senang pun sebenarnya ujian juga, gua pun kadang-kadang terlepas pandang. Biasalah manusia, asyik dan selesa sangat sampai terlupa. 

Kalau lu rasa lu sorang je kena uji, lu silap. Kalau lu tengah kena uji ini bermakna orang rapat dengan lu juga sedang di uji, macam tak percaya je. Contoh macam ni, gua demam bermakna gua sedang di uji, turut di uji bini gua sebab dia nak kena jaga gua, dia kena layan kerenah demam gua, ujian untuk dia. Sama juga kalau bini gua demam, dia sedang di uji dan gua juga sedang di uji, orang rapat juga di uji. Contoh lagi, gua MC sebab demam, kawan sekerja kena back-up kerja gua kat opis, ujian buat dia.

Ujian tak berat, sebab ujian pada kita ni sebab ALLAH tahu kita mampu hadapi ujian tu, hadapi jelah dengan tenang dan sabar. Tengah hadapi ujian tu jangan lupa asas kita, jangan lupa tanggungjawab kita, jangan lupa asal kita, semoga kita tak lupa semuanya. Untuk bini gua yang sedang menginap di hospital tu, semoga cepat sembuh dan tabah hadapi ujian, penyakit tu penghapus dosa InsyaALLAH.




Borong Guangzhou China

Lubuk perniagaan dunia, mana lagi kalau bukan Gunagzhou. Cakap je apa barang nak cari semua ada, cuma sediakan modal je. Kos murah, ikut kuantiti, shipping pun murah siap sampai depan rumah, cuma ambil masa 2-3 minggu. Makanan halal jangan risau, di sekitar Guangzhou masih banyak kedai makan halal, ala mee tarik dan makanan arab, mana yang ada masalah dengan makanan boleh bawak makanan segera atau makanan tahan lama dari Malaysia. Contoh makanan yang biasa dibawa, maggi, serunding, roti, biskut, minuman 3in1, nak bawak lebih pun takpe, senang makan kalau-kalau lapar tengah malam.

Tandas, yang ni ada malasah sikit. Kita kalau ke tandas memerlukan air tetapi tandas awam kat sana takde air, jalan penyelesaiannya bawak tisu dan botol air kosong. Mana la tahu tina-tiba tengah shopping ada rase nak memerut, gunakan botol kosong untuk isi air kat sinki tandas, sangat membantu botol kosong ni. Peringatan juga untuk menjaga barangan peribadi, contoh macam duit, passport dan wallet. Digalakkan bawa beg galas belakang, letak semua yang berharga dalam beg, keselamatan lebih terjamin.

Andai memborong sila check barangan yang diborong satu per satu, biar lambat asal selamat, kes-kes kena tipu ni biasa di sana. Selalunya kalau memborong dengan kuantiti yang banyak, minta kedai hantarkan barang ke hotel dan bayar hanya deposit sahaja, lepas barangan sampai ke hotel dan lepas di check baru bayar balance. Andai kata ada barang yang rosak kita boleh reject terus barang tu tanpa membayar satu sen pun, apa pun kena komunikasi secara baik, jangan risau peniaga sana professional.











Ni ada peluang mengikuti pakej memborong di Guangzhou selama 5 hari 4 malam, untungnya di sini peserta deal terus dengan pemborong sana tanpa ada orang ketiga, dapat belajar shipping, dapat buka akaun shipping jadi next time pegi just bagi number account shipping je tuk penghantaran barang.

PAKEJ BORONG GUANGZHOU RM2299 (30 APRIL 2015 - 5 MAY 2015)

-VISA
-PENERBANGAN KUALA LUMPUR-GUANGZHOU & GUANGZHOU-KUALA LUMPUR
-PENGANGKUTAN AIRPORT-HOTEL & HOTEL-AIRPORT
-HOTEL 5HARI 4MALAM
-GUIDE LEADER

 Ada apa-apa nak tanya boleh contact terus 012-2779803



Cerita hutan

Lepak hutan paling lama dalam sejarah, 7 hari 6 malam gua dalam hutan. Misi menawan Gunung Tahan, tertinggi di Semenanjung Malaysia. Macam kerja gila tapi menarik, kalau dah minat sebulan dalam hutan pun sanggup. Trek memang hardcore tapi bila sampai puncak terus lupa sakit-sakit badan, rasa macam taknak turun dah. 

Alhamdulillah kesihatan masih lagi baik, tak la sampai lenguh-lenguh badan 2-3 hari, siap boleh main futsal lagi lepas turun gunung. Trip minta nyawa, bila fikir-fikirkan kenapa la gua sanggup trekking berhari-hari hanya untuk mendaki gunung, benda ni kalau nak cerita dalam sangat. Meh layan gambar