Perhimpunan Haram

Sebelum lu menyertai sesuatu aktiviti pastikan lu faham apa tujuan aktiviti itu diadakan, selain tu lu kena kenali siapa penganjur aktiviti itu. Pastikan juga aktiviti itu sah atau tidak? Adakah aktiviti itu mendatangkan kebaikan? Apakah niat penganjur untuk mengadakan aktiviti itu? Pastikan aktiviti itu tidak melanggar undang-undang! Apa faedah yang lu dapat sekiranya lu menyertai aktiviti itu? Kenapa perlu lu menyertai aktiviti itu?

Tolong la lu fikir sebelum lu menyertai perhimpunan yang melibatkan undang-undang, perkauman, pertumpahan darah, kerosakan harta benda dan beberapa perkara yang tidak baik yang lain. Jangan kerana kan parti, ketua, kawan-kawan, mak ayah, lu sertai perhimpunan seperti itu. Fikirlah sejenak, gunakan ilmu yang penuh didada sebagai panduan. Jangan jadi seperti orang yang tidak berpendidikan, masih banyak cara lain yang boleh digunakan selain mengadakan perhimpunan haram.

Gua dengan tegas mengatakan, GUA BOIKOT PERHIMPUNAN BERSIH!

I'm on The Great ChurpChurp Race. Are you in it too?! #Churp2Race

I'm on The Great ChurpChurp Race. Are you in it too?! #Churp2Race

Lumba yang paling selamat dan berbaloi, lumba alaf baru. Boleh dapat untung kalau menang, kalau la. Boleh la ramai-ramai sertai lumba jenis ni, klik link INI. Mana yang belum daftar klik link INI


Bela Membela

Rumah besar, gaya moden, harga ratus-ratus ribu, kereta mewah, pakaian up to date, anak cantik, ubah suai rumah ala english style, siap marmar, memang terpegun bila melihat tapi sayang bela binatang. Rumah tengah bandar tapi bela kucing, kena langgar marah kat orang. Berak pun merata-rata, sepah sana sepah sini. Kalau nak bela sangat buat la sistem kurung dalam sangkar, takla menyusahkan orang lain, itu lebih selamat dari lepaskan. Mungkin kucing masih boleh diterima, ni bela ayam. Memekak tak kira masa, duduk tengah bandar pun nak bela ayam ke? Ingat zoo? Pastu lepaskan, berak merata-rata. Bela la ikan dalam akuarium, kan nampak lebih bergaya dan kena dengan suasana. Bayangkan zaman 2020 masih ada orang bela ayam dalam rumah, moden la sikit jangan nak ikut cara dan gaya lama.

Marah gua ni kepada yang tak pandai membela binatang tapi nak bela, kadang-kadang tu makan pun tak bagi, bodoh. Nasib la ada jiran-jiran yang perihatin bagi gak makan kucing-kucing ni kat belakang rumah

Cinta Gua Cinta Rock

Mula saling berkenalan sekitar tahun 2003, menuntut di sebuah kolej yang sama. Perbezaannya cuma dia senior dan gua junior, umur kami berbeza setahun. Tiada panggilan kakak atau adik digunakan sepanjang perkenalan kami, walaupun begitu kami adalah kawan sekolej tak lebih dari itu. Kukuhnya persahabatan kami juga adalah kerana dia merupakan kawan rapat bekas kekasih gua masa kolej dulu, segala permasalahan dia merupakan orang tengah, tempat merujuk dan tempat meluahkan perasaan.

Lepas kolej masing-masing dengan haluan sendiri, jarang berjumpa dan jarang menghubungi sesama sendiri. Kerjaya diutamakan, ia berlaku dari sekitar tahun 2006 - 2010. Masa berlalu agak pantas, banyak benda yang berlaku ketika itu sehingga membuatkan gua dan dia jadi rapat semula. Saling berhubung, saling berjumpa tetapi atas dasar kawan. Gua menjadi tempat dia mengadu dan dia menjadi tempat gua mengadu, kami saling menyelesaikan masalah dan menjadi pendengar yang baik. Hubungan yang dulu hanya sebagai kawan telah berbeza, perasaan juga sudah lain. Perantaraan aku kau yang digunakan dulu juga telah bertukar, kami saling memanggil nama untuk melembutkan lagi perbualan harian.

Kami saling jatuh ke dalam lubang cinta tanpa disedari, tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk kami saling bercinta. Perasaan bertukar tika kami saling meluahkan perasaan, sehinggakan hingga ke hari ni perasaan seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku menghantui fikiran. Kami lalui keadaan ini dengan baik tanpa menoleh belakang, mungkin inilah jodoh. Gua menerima keadaan ini, gua gembira ada dia, gua rasa bahagia ada dia. Dia seorang yang tenang, penyabar, berpendirian, bercita-cita, sikapnya banyak buat gua rasa senang. Tulang belakang gua adalah dia, banyak sokongan moral dan kata-kata semangat dari dia buat gua semakin tabah. Gua suka..

Selamat Hari Lahir gua ucapkan kepada si dia yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini 28 Jun 2011 yang ke-27, harap semua yang dihajati akan menjadi kenyataan, berjaya dalam kerjaya dan dimurahkan rezeki, InsyaALLAH.

Jalan cinta gua mungkin tidak semanis jalan cinta lu orang tapi inilah cinta gua, banyak benda pelik yang berlaku tapi itulah dia....



Cari Nahas: Ragut

Mungkin dah kurang kedengaran berita tentang mangsa ragut, meragut, teragut dan seangkatan denganya, mungkin juga jenayah seperti itu sudah tidak mendapat sambutan para penjenayah. Apa tindakan kita untuk terus mengurangkan jenayah ragut?

Gua tengok dan perasan masih ramai yang leka hingga boleh mengundang diri diragut, kebanyakannya makcik-makcik. Leka seperti ini tidak membantu untuk mengurangkan jenayah ragut, sama sekali menarik minat penjenayah untuk lebih melakukan aktiviti meragut. Antara kelekaan yang gua nampak dan perasan terutama di jalan raya:

1- Meletakkan beg tangan dicelah antara penunggang dan pembonceng motorsikal.
2- Memegang beg tangan dengan menyangkutkannya di bahu ketika menunggang motorsikal.
3- Meletakkan beg tangan di dalam bakul motorsikal tanpa menutup atau menyembunyikannya.
4- Memakai barang kemas ketika berjalan atau menunggang berseorangan.

Kelekaan seperti ini boleh mengundang padah pada diri sendiri, diri sendiri perlu lebih berhati-hati & berwaspada dan tidak melakukan kelekaan seperti ini. Ada beberapa cara untuk mengurangkan peratus diragut, antaranya:

1- Berjalan bertentangan arus laluan jika berseorangan dan letak@pegang beg tangan mengikut lawanan jalan (sekiranya laluan jalan sebelah kiri, letak@pegang beg disebelah kanan)
2- Elakan memakai barangan kemas ketika berjalan atau menunggang berseorangan, ini mengurangkan pandangan peragut terhadap lu orang
3- Sentiasa cuba sembunyikan beg tangan sebelum memulakan tunggangan supaya sukar dilihat dan kurang menonjol

Lebih kurang macam itulah cara-caranya, mungkin lu orang ada cara tersendiri. Walau apa pun caranya pastikan ianya dapat mengaburkan mata peragut dari terus melakukan ragut terhadap lu orang. Kepada makcik-makcik diharapkan lebih berhati-hati, kepada anak makcik-makcik sentiasa ingatkan mak-mak lu orang supaya lebih menjaga keselamatan diri. Emas mungkin mahal tapi tak boleh membeli nyawa, ingat!


Kemenangan


Gua nak becerita pasal kemenangan hari ni, elok juga memulakan hari bekerja ni dengan benda-benda yang seronok, barulah semangat sikit. Pertama mengenai kemenangan Sepah dalam program Maharaja Lawak lepas, kepada pegundi memang berbaloi apa yang lu orang buat tak sia-sia. Gua minat Nabil, untuk peserta solo dialah Juara, hadiah pun makan seorang tak perlu share. Pemenang hadiah terbanyak juga Nabil yang menang, kan?

Kedua adalah kemenangan Datuk Lee Chong Wei dalam perebutan kejuaraan Badminton Terbuka Indonesia, ini merupakan kemenangan kali ke-3 berturut-turut Chong Wei di kejohanan itu. Inilah yang harus dilakukan oleh Chong Wei selaku pemain badminton NO 1 DUNIA, abaikan Lin Dan dengan kontroversinya. Tahniah semua JUARA


Adakah Amir menonton Maharaja Lawak?


Harap malam ni takda siapa kacau gua, biarkan gua bergelak ketawa atau maki hamun malam ni. Gua nak tonton Maharaja Lawak Akhir, rumah gua takda internet nak tengok ulangan kat youtube. Jadi harap maklum ya kepada semua, tinggal SMS boleh tapi jangan call kecuali ada hal kecemasan seperti tertelan guli ataupun telinga tersumbat tanah liat. Gua sokong Nabil, apahal? Tak puas hati? Haha..

Akhirnya, SEPAH JUARA


Benda Baru

Untuk hari yang ke-2 English Course (klik link) hari ini, banyak benda baru gua belajar, cara bercakap, sebutan yang betul, loghat bahasa English di Australia & New Zealand pun gua belajar.

Australia:

1-Barbie = Barbeque (BBQ)
2-Ooroo (uuruu) = Bye

New Zealand:

1-Fush & Chupps = Fish & Chipps
2-Cuds = Kids

Lepas dari kelas tadi baru gua tau anak kangaroo di panggil JOEY dan dalam 'poket' kangaroo dewasa mempunyai 2 puting tetek untuk JOEY menyusu, cool...



Reka Bentuk Kad Jemputan Kahwin Alaf Baru

Macam-macam reka bentuk kad kahwin gua dah pernah tengok dan nampak kat mana-mana, semakin hari semakin pelik dan semakin kreatif reka bentuknya. Semuanya mempunyai kreativiti masing-masing, kalau dulu ikut reka bentuk yang di sediakan pembekal tapi kini reka bentuk sendiri untuk kepuasan diri. Contoh seperti kad kahwin Zed Zaidi yang mirip muka depan Facebook, ada juga yang gua pernah nampak kad kahwin dalam bentuk gulungan seperti surat watikah dalam cerita pendekar. Paling baru, kad kahwin bereka bentuk tiket kapal terbang.


Gua tengah memikirkan apa reka bentuk yang akan gua gunakan untuk kad kahwin gua nanti, adakah berupa cek, resit pembelian, nanti la gua fikirkan.


Berani Mati

Zoom in untuk gambaran lebih jelas aksi kebodohan di aras 5 ↑

Sungguh pun gua di lahirkan sebagai lelaki tulen tetapi gua belum cukup berani nak buat kerja-kerja macam ni. Nampak macam berani tapi sebenarnya bangang, betul kan?


English Session


English gua tak power, tahap adik-adik sekolah rendah je. Keturunan gua memang bukan dari bangsawan Amerika mahupun British, masa belajar memang tak minat nak ambil tahu tapi bila dah tua-tua ni sibuk nak belajar English education. Nak gua suka dan rela pergi ambil kelas English memang tak, kebetulan di pejabat gua ada buat English Session untuk orang-orang macam gua yang nak menambah baik pertuturan dan tulisan dalam English.

Kelas pertama bermula hari ini, 1 sesi 2 jam, seminggu 2 kali selama 12 minggu baru boleh dapat sijil. Sijil yang membuatkan gua tabah nak pergi kelas English ni, untuk masa depan. Nanti kalau anak-anak tanya tak la segan sangat kalau dah ada sijil, untuk hari pertama semuanya dalam keadaan yang baik. Gua enjoy dan terasa semakin hebat, haha...

Barbican bebas ALKOHOL


Bagi peminat makanan dari negara Arab mungkin biasa dengan minuman Barbican yang sebelum ini di andaikan mengandungi alkohol dan tidak halal di minum. Akhirnya terjawap sudah persoalan yang bermain di fikiran orang ramai mengenai kandungan alkohol dalam minuman Barbican, mengikut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati minuman ini bebas dari alkohol dan selamat di minum selain halal di minum oleh pengguna beragama Islam.

Mungkin ramai yang menarik nafas lega setelah berbotol-botol minum minuman Barbican sebelum ini, kesilapan andaian tanpa membuat kajian mungkin akan menghuru-harakan keadaan semasa seperti apa yang telah berlaku pada minuman ni. Soal alkohol, halal & haram bukan perkara yang boleh di pandang mudah, mungkin selepas ni perlu di buat kajian dan penyelidikan sebelum membangkitkan isu tersebut


Harga Minyak RON97 Turun

Ya, harga minyak RON97 turun sebanyak 10 sen sejak tengah malam semalam (Rabu- 15/6/2011). Ini menjadikan seliter RON97 menjadi RM2.80 berbanding RM2.90 sejak 5 Mei lalu. Kelegaan kepada pengguna RON97, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan.

Hari-hari

Semua orang dalam pejabat gua sibuk, mesyuarat sana mesyuarat sini, bincang sana bincang sini, lari sana lari sini, tulis sana tulis sini, buat salinan sana buat salinan sini, kemaskini sana kemaskini sini, turun naik sana turun naik sini, talipon sana talipon sini tapi gua tak pun? Gua pun hairan, dorang ni buat-buat sibuk atau betul-betul sibuk?

SAP ECC6



Gua tengah belajar dan selami ilmu mengenai sistem baru yang di perkenalkan dan di bawa masuk dalam tempat gua bekerja, SAP ECC6. Mulai Julai 2011 semua kerja akan melalui sistem ni, tak perlu Excel atau Word lagi, tak perlu tanya orang sana sini. Penggunaan sistem ini memudahkan lagi perjalanan sesuatu kerja, lebih-lebih lagi bila melibatkan tuntutan duit kepada pelanggan (claim to client). Kalau seposen dua takpe lagi tapi ni melibatkan duit yang berjuta ringgit, kemasukan sistem ini bakal melicinkan lagi perjalanan aliran tunai (cash flow).

Mungkin di tempat-tempat lain SAP ini telah lama di gunakan, kebanyakannya di jabatan kewangan (finance department). Di tempat gua bekerja ianya baru di bawa masuk (kecuali finance deparment), penggunaannya di seleraskan di semua jabatan mulai Julai ini. Gua pun tak berapa faham sangat mengenai SAP ini tapi dari trainning pertama semalam sedikit sebanyak membuatkan gua faham apa tugas utama sistem ni.


LIMA Tarik

Apa yang terjadi sekiranya sedang lu orang bersama rakan-rakan yang lain rancak berbual 'keling' tiba-tiba salah seorang dari lu orang tersalah cakap dan perkataan yang di keluarkan teramat jelas?

A- Gelak
B- Buat tak tau
C- Perbetulkan perkataan tersebut
D- Ambil gambar

Agak-agak mana 1 pilihan jawapan lu orang? A, B, C atau D? Gua mengambil pilihan A dan D, untuk tidak lu melupakan saat-saat gelak yang tidak mungkin akan berulang lagi.

Si Pesalah di jatuhkan hukuman supaya di ambil gambar sebagai kenangan ↑

Kesalahan yang di lakukan adalah tersalah meminta pesanan minuman, sepatutnya Milo tarik tetapi pesalah telah memesan LIMA TARIK. Satu kesalahan yang tidak dapat di maafkan, teruskan bergelak ketawa. Haha...


*Berbual 'Keling' = Berbual Kosong


Bandaraya Ipoh, Perak

Menu harapan yang tinggal harapan ↑

Char Kuey Teow ↑

Yong Tau Fu ↑

Nasi Goreng Ayam Penyet ↑

Bercuti sambil pergi kenduri kahwin, boleh tahan jemputan kahwin minggu lepas. Kira-kira balik memang tak terkira, gua pula bukan jenis berkira punya orang. Oleh sebab dah berjanji nak pergi kenduri kahwin kawan 1 pejabat jadi gua menghala ke Lenggong Perak. Sehari sebelum kenduri singgah dan bermalam di Bandaraya Ipoh, sambil-sambil tu pekena makan.

Kebetulan di Padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di adakan sambutan ke 23 Ipoh sebagai Bandaraya, macam-macam aktiviti yang berfaedah yang gua nampak masa tu walaupun dah malam. Lapar punya pasal gua dah tak kisah dah aktiviti yang ada, motif utama makan. Banyak kedai atau gerai di tepi pinggiran padang tu cuma kena pastikan meja tu kosong je, pesan je apa lu orang nak makan. Apa yang gua nak tekankan disini, gua jumpa AC MIZAL (try sini). PIECE YOO....

Lorong kecemasan untuk yang cemas - PLUS Highway






Saman mungkin boleh di bayar, apadehal kalau kena saman pun. Nak cepat, tak suka menunggu lama-lama. Mungkin hari ni lu bernasib baik tapi esok lusa siapa yang tahu, sebelum ni lu menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan peribadi lu tanpa memikirkan orang lain. Bayangkan lu dalam sebuah ambulans dan tengah bertarung nyawa, lu perlu ke hospital dengan kadar yang segera kalau tidak nyawa lu tidak boleh di selamatkan lagi, lorong kecemasan pula di penuhi kereta-kereta yang kurang bijak macam yang pernah lu lakukan dulu. Fikir la sejenak...



Mungkin di tepi-tepi jalan tu patut di wujudkan papan tanda bertulis yang memberi kesedaran tentang penggunaan lorong kecemasan yang betul dan bukan untuk kepentingan sendiri, lu mungkin kaya tapi belum tentu bijak!


Ray Tech - Tinting






Akhirnya, Lucy telah di tinted. Setelah setahun setengah gua peradak Lucy baru semalam gua tinting-kannya, gelap tak berapa gelap la. Ray Tech Bangi berdekatan Nissan showroom menjadi tempat pilihan gua, member yang perkenalkan. Secara keseluruhannya memuaskan, ruang menunggu yang mempunyai TV, penghawa dingin, sofa lembut, Wi-Fi dan air minuman selain tandas yang bersih.

Jogging

Gua tak paham kenapa orang nak jogging kena pergi kat tasik, tak kisah la tasik mane pun. Padalah kat taman permainan depan rumah pun boleh jogging, gua hairan la