Header Selamat Hari Raya

Mood raya dah sampai, kuat sangat rasanya ni, membuak-buak. Header blog pun dah bertukar, semangat punya pasal, tak nak kalah dengan blogger lain. Gua nak jadi orang yang pertama ada blog header raya, haha. 


SPECIAL STEAMBOAT - IFTAR

Steamboat paling special gua pernah makan, macam-macam jenis menu untuk dimakan, bebola udang, bebola ketam, bebola sotong, bebola ayam, bebola ikan, telur puyuh, ketam, udang, mee segera dan macam-macam lagi. Paling special bagi gua dah tentu la ketam, isi gemuk-gemuk, puas hati makan, udang pun terbaik, segar dan manis isinya. Telur puyuh pun menarik, antara kegemaran gua, kecur air liur sembang pasal makan ni.

Steamboat special yang gua maksud kan ni dibuat oleh mak gua, berbuka puasa di rumah mak, teringin nak makan steamboat katanya. Siap beli periuk steamboat lagi, senang nak masak katanya. Semua jenis bebola mak gua beli, nak puas hati katanya, ketam besar-besar mak beli, kalau kat kedai steamboat lain mak cakap ketam halus-halus, tak puas. Pinjam gua punya dapur camping sekali, macam makan kat kedai steamboat betul. Cayalah mak...

Bendi dengan Kobis Bunga pun ada

Udang segar

Telur Puyuh

Sebahagian menu

Buah tak tinggal - Betik & Mangga

Kanan Tomyam, kiri Sup



Tesco EXTRA Cheras, Taman Midah - Aduan

Gua nasihatkan kepada pihak pengurusan Tesco Cheras ni supaya pantau barang-barang yang dijual, malu kalau Tesco sebesar ni tapi jual barang rosak, dukacita gua maklumkan gua kecewa sebab barang yang rosak tu barang yang gua nak beli.

Ahad lepas 28 Julai 2013 gua ke Tesco Cheras untuk membeli barang dapur dan sikit persiapan hari raya, dalam senarai barang yang nak dibeli tu ada la termasuk kerusi mudah alih yang kecil untuk kegunaan harian, memang kat Tesco ni ada jual dan murah la tetapi malangnya kerusi yang gua cari dan nak beli tu rosak teruk.


Berkarat

Kusam

Koyak

Patah

Bukan 1 yang rosak, semuanya rosak dan memang tak boleh pakai. Kalau jual barang macam ni memang tiada siapa nak beli, kalau kedai tepi jalan takpe la jugak, ni Tesco, pasaraya besar. Memang sepatutnya tak berlaku, gua membuat kesimpulan pekerja Tesco cuai dan pihak pegurusan tidak membuat pemantauan, amat memalukan.



Semperit/Dahlia Sedap 2013

Harga untuk sebalang Semperit/Dahlia Sedap RM23 sahaja (50 Biji), harga masih lagi terkawal sejak dari tahun lepas. Ramuan untuk Semperit/Dahlia Sedap ini di adun dengan bahan-bahan tambahan yang lebih melemakkan rasa dan membuatkan ianya lebih enak di makan, apa yang lebih membuatkan kualiti rasa Semperit/Dahlia Sedap ini lebih sedap, ia diadun dengan kuantiti yang sedikit untuk menjamin kesedapan dan segala ramuan dan aduan benar-benar sebati keseluruhannya, ramuan tambahan ini adalah hasil dari uji kaji dari pelbagai resepi Semperit dan telah di olah untuk rasa yang lebih umpphh. Sempena Syawal yang bakal tiba, disini ada promosi untuk tempahan yang melebihi 1 balang, WOW....!! Hubungi 012-2779803 untuk maklumat lanjut






Memasak untuk juadah berbuka puasa

Ini yang pertama kali gua memasak secara serius untuk juadah berbuka puasa, memang cabaran yang hebat kerana gua khuatir rasanya tawar ataupun terlebih masin, gerak hati banyak membantu dalam penambahan garam dalam masakan. Tidak mendukacitakan, rasanya perfect macam masak pada bukan bulan puasa, walaupun tanpa merasa, masakan gua baik juga, boleh la makan untuk berbuka. 





Mari bersahur

Pembuka sahur dimulakan dengan roti kosong disapu peanut chocolate yang di sapu penuh sehingga ke tepi-tepi roti seakan hampir meleleh, ianya di ikuti dengan pisang yang kekuningan yang penuh dengan karbohidrat, kemanisan buah pisang cukup mengecurkan air liur memenuhi ruang mulut ketika saat mengunyah sehingga ke saat menelan, disusuli pula dengan rasa soya jagung yang lemak dan segar selain sejuk yang pasti menaikkan nafsu dahaga sesiapa saja. Indahnya bersahur, Alhamdulillah



Ekspedisi ke Greenland 2014

Tiba-tiba gua rasa teruja, apakah ini? Tak cuba tak tahu, moh kita anak Malaysia 24 Ogos ini di Stadium UiTM Shah Alam 8:00 pagi, pakai baju sukan ye jangan pakai tali leher pulak.







Salomon S-Lab Kuala Selangor Jamboree Trail Run 2013

Pertama kali mencuba larian trail, jadi boleh dibanggakan juga la, tak banyak yang gua harapkan cuma berharap gua dapat bertahan selama larian ke garisan penamat, Alhamdulillah menjadi 200 peserta pertama sampai ke garisan penamat untuk mendapat topi terhad Salomon. Larian trail memang berbeza sikit dari maraton biasa, pemandangan dan cabaran sangat berbeza, larian trail lebih mencabar dan banyak halangan, pemandangan dah tentu lebih menarik dengan kehijauan flora dan fauna. Jadi lepas ni gua mungkin akan lebih fokuskan pada larian-larian trail, macam seronok pulak.

Gua cerita serba sedikit pasal event Salomon S-Lab ni, sedikit masalah berlaku menyebabkan hampir separuh peserta sesat ke laluan lain hampir 4 kilometer dan terpaksa berpatah balik ke laluan sebenar. Sedikit sebanyak memberi kelebihan peserta di belakang untuk sampai ke garisan penamat lebih awal, kalau tak jadi kejadiaan sesat ni mungkin masa larian lebih baik dari yang gua catatkan. Memang kacau mental la masa dah tau sesat tu, nak patah balik bukan dekat, masa tu pula memang dah guna hampir semua tenaga, memang mental la. Ramai juga yang tak berpuas hati pasal tu, ditambah lagi dengan ada yang peserta tak dapat medal finisher, ada juga yang tak dapat goodies bag yang sepatutnya dibagi, agak bercelaru sikit la event ni.

Apa yang gua faham, Salomon hanya la title sponsor, Mount Design adalah organizer yang sepatutnya bertanggungjawab atas masalah yang berlaku semasa event. Lebih dukacita takde pun permohonan maaf dari pihak Mount Design selepas semua peserta tamat larian, atleast cakap la sesuatu bagi semua peserta puas hati dan cerah pasal apa yang berlaku, mohon maaf ke, sejuk la juga hati kan. Apa pun semuanya dah berlaku dan berlalu, mugkin ni pengalaman pertama Mount Design dalam pengurusan larian ni, harap berlajar sesuatu la dari apa yang dah berlaku jangan sampai ada peserta memboikot event lepas ni.

Muka tak cergas
7.00 pagi sebelum larian
Bersiap sedia untuk berlepas
Menuju ke garisan penamat
1jam20minit
Finisher
Limited Salomon Cap
Bersama Gogonyzer 
Lompat jangan tak lompat
Geng-geng Finisher

Cendol Bakar Kuala Selangor

Akhirnya gua cuba pekena Cendol Bakar, sekian lama hanya lalu dan perhatikan je orang ramai kat situ, kali ni gua singgah. Memang ramai orang yang singgah pekena cendol ni, salah 1 cara nak kurangkan kesesakan beratur, drive thru diwujudkan, jadi tak payah susah-susah beratur panjang-panjang. Selain cendol ada juga makanan lain macam Nasi Ayam Dara, Bakso, Chicken Wing yang lain gua tak perasan sebab tengah fokus beratur untuk cendol. Macam-macam menu cendol ada, VIP, VVIP, Pulut Durian, Pulut Tapai, Selasih, Nata de Coco, banyak lagi la sampai tak tahu nak pilih yang mana. Harga tak mahal pun, harga biasa, berbaloi, dari RM2.00 ke RM3.50 je. Cendol ni nak makan sedap time cuaca tengah terik, memang lega rasanya lagi tambah berbaloi.











Gulai Lemak Udang Pedas + Tempe Goreng + Telur Dadar

Nak cari kedai makan tengahari yang sedap susah, senang cerita masak sendiri lagi baik, lambat tapi puas hati. Gua suka masakan yang pedas-pedas, tak pedas rasa tak puas, dah di latih dari kecil makan pedas, jadi masakan gua selalunya berunsurkan cili api, takde la pedas sangat pun, boleh la dari tak pedas langsung. Tu sebab salah satu gua rasa makanan kan gerai tak sedap, sebab kurang pedas.

Gulai lemak udang antara yang gua selalu makan kat rumah dulu, mak gua suka makan udang, pedas tak ingat, kena siapkan air kat sebelah. Tempe goreng pun antara yang selalu ada, selalu tak selalu sangat la kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Gua suka tempe yang digoreng garing, rangup je bila kunyah pastu ada masin-masin sikit, memang ngam. Telur dadar ni memang selalu ada la, lauk paling mudah nak buat dan paling sedap, gua tak suka telur ada bawang, kalau letak cili gua okay.

Cili sebanyaknya, baru ngam
Udang berkopek, senang nak makan
Santan
Ramuan dan bahan-bahan, kacau
Air sikit,  lagi pekat lagi bagus
Api mesti kena jaga, penting
Udang perkara terakhir 
Serai sebatang, bau harum
Nak garing potong halus-halus
Hiasan biar menarik, baru ada mood nak makan


Amacam masakan gua? Menyelerakan tak? Ha Ha Ha


Makanan tengahari

Gua tak tahu la lu orang ada masalah macam gua atau tak, gua dah kaji dan perhati lama pasal makanan tengahari ni. Baik kat office ataupun sekitar kawasan rumah gua, gua pun tak tahu la apa masalah peniaga-peniaga melayu zaman ni. Tahap rasa makanan lauk-lauk, gulai-gulai semuanya masih ditahap kurang memuaskan, rasa cuma biasa-biasa je, gua punya tekak ni takde la bercitarasa tinggi tapi makanan tengahari yang dorang jual ni semua ditahap gua sendiri boleh masak. Takde satu pun kedai yang boleh sentap citarasa makan gua di tengahari, semuanya setakat boleh la untuk hilangkan lapar. Nak kata untuk kongsikan cerita dekat kawan-kawan tu memang tak la, rasa semua sekadar cukup rasa je takde yang umphh pun. 

Gua ingat dorang ni kena kaji balik resepi orang-orang lama dan lebih fokuskan kepada citarasa pelanggan, dari segi pedasnya, dari segi warnanya, dari segi keistimewaan rasanya. Kalau lu orang jumpa kedai makan tengahari yang ada umphh kasi tahu gua, gua dah bosan makan benda yang sama dan yang tah apa-apa rasanya. Kalau macam ni la tahap masakan dorang, gua sendiri akan bukak restoran nanti sebab gua rasa masakan gua lagi bagus dari dorang. Gua boleh masak Udang Nenas 3 Rasa, Udang Goreng Berlada, Sambal Tumis Telur Puyuh, Nasi Goreng Bujang. Klik link nak tengok dengan jelas, gua tak bohong.


Latihan maraton Putrajaya (Masjid Putra - PICC - Masjid Putra)

Semalam gua buat keputusan drastik untuk buat latihan maraton dekat Putrajaya, ada juga geng-geng maraton yang buat latihan kat sana jadi tumpang sekaki la, takde la bosan lari sorang-sorang. Minggu ni ada maraton Salomon jadi kena buat sikit latihan la walaupun dah last minute, macam masa amek peperiksaan dulu-dulu gak la study last minute. 

Dorang memang fit dan selalu masuk maraton jadi gua amek ilmu dan latihan sikit-sikit dari dorang, mula-mula rasa nervous juga sebab dah lama tak jogging dan maraton, risau pancit tengah jalan. Membanggakan juga la gua dapat buat slow jog tanpa henti sejauh 9 kilometer dari Masjid Putra ke PICC dan patah balik ke Masjis Putra dengan masa lebih kurang 54 minit, gua sendiri terkejut dengan keputusan masa ni sebab tak jangka boleh maintain larian atau mungkin sebab lari waktu malam tak panas dan berangin sikit jadi tak panas tapak kaki. 

Ikut plan Rabu ni nak buat latihan lagi, tempat, waktu dan distance yang sama, itupun kalau sakit kat lutut gua ni berkurangan. Biasalah barang lama, tak berusik pulak tu, sekali usik terus sakit tapi tak serius pun sakit ni, normal. Sesiapa yang nak join dipersilakan, lagi ramai lagi bagus, tak kisah la power ke, fit ke, beginner ke, join je sambil-sambil tambah kawan-kawan.