Jeruk Mangga Asam Boi

Buat sendiri je, asik-asik tengok orang duk update pasal jeruk mangga asam boi ni je. Google resepi, ingat kan susah, senang je. Terfikir nak buat jual, fikir punya fikir gua tarik diri nak jadi seller, malas nak kopek mangga, jadi buat untuk diri sendiri je.






Kalau gua jadi ketua kampung Taman Cheras Jaya

Pertama sekali gua akan minta majlis hapuskan gerai-gerai tepi jalan, menyemakkan mata pemandangan jadi serabut, sampah sarap bersepah dan gua rasa banyak buruk dari baik. Gua rasa gua dapat hindarkan macam-macam masalah dari tu, masalah denggi bekurang, masalah keracunan makanan tak berlaku dan persekitaran yang bersih. Gua tak la kejam sangat, lepas gua hapuskan gerai-gerai tak bertauliah tu gua akan mohon majlis perbandaran bina satu medan selera untuk peniaga-peniaga tadi tu, dengan kos sewa yang paling rendah, Sekurang-kurangnya pengguna dan penduduk boleh dapatkan semua makanan di satu tempat dan lagi senang boleh makan terus kat situ. Majlis juga senang nak pantau kebersihan gerai peniaga dan gua rasa peniaga juga boleh kembangkan perniagaan bila dah ada gerai yang bertauliah.

Lepas tu gua akan mohon majlis sekali lagi untuk menaiktaraf taman permainan kanak-kanak dan padang awam. Kalau lu orang kat tempat gua ni mesti lu orang sedih, dah macam padang jarak padang terkukur da. Bebudak main atas jalan, pasalnya padang tempat gua ni berbatu, batu jenis kecik-kecik, batu bukit. Pertama yang gua akan minta gelanggang futsal berpagar dan berlampu, sedih gua tengok kampung-kampung ceruk hulu langat pun ada gelanggang futsal. Cukup la kalau dapat gelanggang futsal tu, gua rasa bebudak lepas SPM tak lari kemane kalau ade gelanggang ni, masalah mat rempit gua pasti berkurang.

Selain tu gua akan buat satu kerjasama dengan majlis dan jabatan alam sekitar untuk tangkap atau menyaman penduduk yang buang sampah kat tempat yang tak patut, kat tempat gua ni ada satu jalan yang dorang akan buang sampah, kadang-kadang sampai dah tak boleh jalan kat situ. Ni nak bagi kesedaran supaya dorang tahu setiap tindakan bodoh pasti ada hukumannya, otak kat lutut.

Setakat ni je yang gua terfikir nak buat kalau gua jadi ketua kampung, nanti petang gua jenjalan lagi pusing taman untuk buat pantauan. Sekian dari gua yang bercita-cita untuk menjadi ketua kampung....


Gua tak suka COC tapi layan Racing Rivals

Ni jelah game yang aku layan kat fone, game lain memang gua tak minat. Ape sekarang tengah top COC, dengar sampai bercerai berai, ntah la. Aku game-game strategi ni payah sikit, tu sebab tak minat game macam tu. Kalau game racing, boleh la di ketengahkan, tu pun takde la layan sangat pun. Agak-agak rasa boring gua layan la, takde la macam COC tu, tengah drive pun kena layan, punah macam tu.








Inspirasi

Gua suka dengan benda-benda yang berinspirasi, benda yang boleh naikan semangat dan memajukan gua. Baru tadi ni gua tengok video seorang mamat luar negara kurangkan 100kg dalam masa 2 tahun, bukan gua nak kuruskan lagi badan tapi video tu bagi gua terfikir yang setiap benda pasti ada jalan walau berat dan susah. Memang perit la gua tengok cara dia nak kuruskan badan tu tapi dengan semangat dan ketabahan dia tu buatkan dia berjaya.

Gua pernah lepak dengan jutawan, boleh dikatakan jutawan muda. Mamat ni jutawan dalam usia awal 30-an, gila gempak. Dalam lepak-lepak tu dia ceritakan macam mana dia boleh jutawan, apa kerja yang dibuat, bertapa susahnya dia sebelum bergelar jutawan. Hasilnya dalam akaun bank ada 1,000,000.00 lebih, yang tu dalam akaun, rumah ada 2 biji 400,000.00 sebiji 600,000.00 sebiji. Kereta 6 biji, yang tak jalan 4 biji, bukan pasal rosak atau tak bayar, pasalnya dia beli atas suka-suka, yang paling pelik mamat dia mengumpul stokin limited edition dan rare. Sampai tahap macam tu dia punya banyak duit, belum dengar sekali dia shopping berapa puluh ribu dia perhabis.

Benda-benda macam ni lah buat gua lebih semangat nak memajukan diri, nak menyenangkan masa depan gua dan keluarga. Kalau boleh memang la nak kaya raya tapi gua rasa tu terlalu high expectation, jadi gua nak hidup gua ni lebih senang berbanding semalam. Dalam banyak-banyak kisah berinspirasi yang gua tengok dan dengar, gua dapat 1 kunci utama dalam memajukan diri, hati kena kering, maksudnya nak buat apa-apa jangan takut-takut. Sekarang gua rasa takut dan gementar, susah beb.


Anjing tak bersalah

Gua rasa dah surut sikit cerita pasal anjing ni, macam-macam hal. Dalam banyak-banyak majlis boleh buat kenapa la buat majlis sentuh anjing, tajuk pun dah macam menganjing. Macam kita mungkin dah faham pasal najis anjing dan apa perlu dibuat kalau bersentuhan dalam keadaan basah, ada juga yang dah faham tujuan yang dibolehkan untuk membela anjing, agama Islam pun tak kata anjing tu hina tetapi bagi mereka-mereka yang tak faham macam kanak-kanak, anak-anak kita, apa yang dilihat itu yang dibuat. Jadi gua taknak anak gua atau pun anak-anak buah atau anak-anak saudara gua pergi pegang anjing kat luar disebabkan dengan apa yang dilihat dalam majlis-majlis macam ni.

Andai kata nak buat majlis mengenai najis anjing dan cara-cara samak atau sebagainya tak perlu sampai bawak anjing tu, cukup sekadar tunjuk gambar rajah. Itu yang lebih selamat dan tak juga mendatangkan fitnah, benda mudah je tetapi masa sekarang ni benda-benda seperti ni dijadikan budaya, budaya yang lebih kebaratan. Bergambar bersama anjing, pegang secara suka-suka, bila nampak takde batasan ia boleh pengaruhi anak-anak yang belum faham soal najis anjing dan sebagainya. Bagi gua senang je, kalau nampak benda tu lebih mendatangkan keburukan baik takyah join. Banyak lagi binatang lain, kucing tu ha kesayangan nabi kan lagi mulia.

Cop-cop, ada pula yang comparekan majlis sentuh anjing ni dengan hubungan bukan muhrim berpegang tangan, masalahnya disini tiada majlis yang menganjurkan pasangan yang belum berkahwin boleh berpegangan, kalau ada dah tentu dijadikan isu juga. 



Memborong Jersi Murah 2014-2015

Kalau berminat nak mencuba meniaga jersi boleh cari gua, gua sediakan jersi borong, harga boleh cerita sampai jadi, janji borong. Grade jersi Player Issue (Nike) dan Adizero (Adidas), design jersi sama macam jersi player pakai atas padang. Mana yang tahu pasal jersi ni confirm tahu apa yang gua cakap, jersi macam ni jarang ada jual kat butik. Stok yang gua ada buat masa ni

Arsenal Home
Chelsea Home
Liverpool Home
Manchester City Home
Manchester United Home
Manchester United 3rd Kit
Altetico Madrid Home
Altetico Madrid Away
Barcelona Home
Real Madrid Home
Real Madrid 3rd Jersey UCL (Dragon)
Bayern Munich Home
Borussia Dortmund Home
Juventus Home

Gua prefer pada serius buyer, konsep meniaga gua nak tolong orang bukan makan orang. Gua fokus kuantiti barang bukan keuntungan 1 barang, rezeki gua rezeki lu orang juga. Boleh contact gua direct 012-2779803, boleh tengok-tengok FB gua jugak, FB page MF WORLD, intagram pun ada tapi baru lagi MF_World




Bidor Station

Nak pekena lempeng pisang, bubur-bubur kampung, roti bakar ala kopitiam, gulai ala kampung, boleh singgah Bidor Station Taman Seri Taming Cheras. Waktu operasi setiap hari, Isnin 3pm-2am, Selasa-Jumaat 12pm-2am. Biar gambar yang berbicara, gua bagi 4/5 bintang, dari segi rasa makanan dan kebersihan













Hati-hati jualan online

Baca tajuk je memang dah tau khas untuk wanita, wanita ni kaki shopping online, kan? kan? Ni kes kena tipu dalam pembelian online, kadang-kadang tak perasan pun kena tipu. Ramai tertarik dengan #murah #originalbutik #oversea #diskaun #hargaruntuh dan macam-macam lagi hash-tag. Gua panggil dorang ni sebagai penipu, penjual-penjual ni tau macam mana nak godam diri lu orang yang kaki shopping online ni. Gua cuba terangkan kat lu orang kenapa gua panggilkan dorang tu penipu, benda simple je sebenarnya cuma memerlukan lu orang berfikir dulu sebelum membeli.

Barang Original, kes macam ni selalu jadi, penjual cakap barang original, dari oversea kononnya, harga jauh beza dari butik dekat Malaysia, ini penipu. Gua pasti barang tu barang copy original, bukan original dari butik. Kalau harga memang jauh beza dari butik, memang sah barang tu barang tiruan. Kualiti, bentuk, ukuran, jahitan setiap sudut mungkin sama dengan original, jangan tertipu sebab gua dah pergi tengok dah barang-barang gred copy ni, memang 99% original. Pre-Order, kadang-kadang lu order barang kena tunggu 2-3 minggu baru barang akan sampai, sebab apa 2-3 minggu barang baru sampai? Sebab kalau pakai shipping laut memang akan sampai 2-3 minggu dan selalunya barang ni dari China, gua tahu sebab gua pun ambil barang China, tempoh 2-3 minggu untuk barang gua sampai ke rumah.

Gua bukan nak kondem penjual-penjual ni cuma gua nak lu sebagai penjual ni jujur la, jangan la barang fake lu cakap barang original, tu kan menipu namanya. Paling ketara dalam jualan handbeg, prada, gucci, LV, MK dan jenama yang hangat kat Malaysia ni. Ramai yang kena tipu, tak yah jauh-jauh tengok budak-budak office gua dah cukup, gua senyum-senyum je masa dorang duk sibuk membeli, dah dapat barang terkedu. Gua dah pergi dah kedai-kedai di Guangzhou yang menjual secara borong barang-barang grade copy ni, memang sebiji sebentuk, susah nak bezakan dengan barang original. Tu pasal gua berani cakap, banyak gua belajar masa kesana, jadi tak hairan la dorang boleh cakap barang original sedangkan barang sebenar barang copy.

Gua pun taknak terang panjang-panjang, lu orang bukan faham pun. Kalau ada niat nak berniaga secara besar-besaran, gua sarankan lu orang pergi ke China tapi jangan rambang mata pulak nanti. Sebelum pergi pastikan jualan apa yang lu nak buat, jadi sampai sana fokus pada barang jualan dulu baru lu orang jalan-jalan tengok barang lain. Kalau lu orang dah sampai sana nanti baru lu orang faham apa yang gua cakapkan, gua pun akan pergi lagi insyaALLAH kalau semuanya lancar.




Mentah

Gua tak sangka gua ada pembaca senyap, mengikuti perkembangan blog gua. Pertama gua nak ucap terima kasih kat lu anonymous yang cuba tembusi ruang komen gua, gua nak bagitau yang ruang komen gua tu perlukan perlepasan dari gua jadi jangan komen sampai dua kali ye, mungkin lu tak tahu apa-apa pasal blogspot kot, lu pertama kali nak membaca blog ke? Takpe, lama-lama nanti pandai la ye. Gua tak tahu apa tujuan lu kat sini, kalau rasa nak jaga tepi kain gua baik tak payah la ye sebab gua pakai seluar, seluar gua ada tali pinggang, jangan sibuk-sibuk pasal gua ye. Gua nak pergi mana ke nak buat apa ke takde kena mengena dengan lu, gua tak minta duit lu pun. Nasihat gua kat anonymous ni, baik lu fikirkan macam mana nak jaga masa depan lu sendiri sebab masa depan lu tu lu sendiri yang tentukan, jangan dengki sangat gua pegi Guangzhou tu.




Ada Cerita

Gua nak buat entri pasal gua ke Guangzhou haritu tapi gua delete balik, macam tak best je penceritaan gua, mungkin lain kali


Jalan-Jalan Bukit Tinggi

Ni cerita lama, baru harini gua nak up kat sini. Takda la jalan-jalan sangat pun, sebenarnya wife gua ada team building kat sini untuk 1 hari, jadi gua kena jadi baby sitter la sepanjang hari. Nasib baik la baby Thor gua ni baik je sepanjang hari tu dan nasib baik juga ada tempat menunggu yang selesa siap ada tv lagi. Sepanjang menjadi baby sitter tu gua ambil kesempatan berselfie berDUOfie dengan baby Thor.







Boikot

Gua rasa kerajaan kena buat satu iklan tentang maksud boikot, iklan macam memperkenalkan GST atau macam iklan keselamatan jalanraya tu. Pelakon dia Nabil ke, Jep Sepah ke, bagi belia-belia yang konon bijak ni faham maksud boikot yang sebenarnya berlandaskan Islam. Bengong....


Ucapan Selamat Hari Raya 2014 Paling Meletup

Kemenangan di syawal selepas ramadhan, alhamdulillah semoga tahun ini lebih berkat. Gua pun tak sepatutnya nak tunggu raya baru nak minta maaf tapi takkan la gua nak post entri hari-hari nak minta maaf. Jadi gua ambil kesempatan syawal ini nak minta maaf andai ada terkasar bahasa dalam penulisan gua, ada terasa dalam mana-mana entri gua, gua manusia normal yang selalu buat silap, mudah-mudahan selepas ini gua lebih berhati-hati dalam entri gua. Biasa gua ikut sedap je, gua pun pasti bukan ramai sangat yang membaca, jadi gua jamin tak ramai yang sakit hati bila buka blog gua ni. Selamat Hari Raya gua ucapkan pada semua semoga lebih bermakna pada tahun ni, gua juga harap maaf gua diterima, pendek cerita kira 0-0 la ye.

Alang-alang dah bercerita pasal raya ni gua belanja sekeping gambar raya, tahun lepas berdua tahun ni bertiga, alhamdulillah. Hitam merah tema katanya, tak bertema sangat pun cuma saje-saje nak memeriahkan suasana, amek mood orang kata.



Kecoh Kakak Steering Lock

Kecoh semua pasal seorang minah mengamuk pakai steering lock, siap kena troll gila-gila, gambar hitler la, gangster punya wallpaper la, video siap lagu pun ada. Ada pula masa keyboard warrior ni nak edit semua tu, kelakar memang kelakar tetapi kalau lu orang tengok lebih dalam lagi sebenarnya ada isu yang dialami oleh beberapa pengguna jalan raya. Bukan pasal mengamuk atas jalan raya tapi isu yang menyebabkan perlanggaran, isu melibatkan darah dan nyawa tu sebab kadang-kadang sampai tahap nak bertumbuk tengah jalan.





Lu orang cuba pusing kuala lumpur tengah waktu puncak, lu orang boleh buat sendiri bancian tahap kekurangan sivik pemandu kereta, paling ketara jadi mangsa penunggang motorsikal. Boleh dikatakan setiap pagi gua marah-marah atas motor dek kerana kebangang-ngan pemandu kereta, gua marah-marah bukan suka-suka. Kalau dah hon puluh kali pun buat dek je memang cari alasan nak bertumbuk la tu, kalau lepas tu angkat tangan tanda maaf ke boleh la gua terima, ni lagi buat muka selamba marah gua balik, abah dia.

Gua nak bagitahu la, kalau ada laluan motor gua akan guna laluan motor tapi kat kuala lumpur takde jalan motor, kena kongsi jalan dengan pengguna lain. Kalau lu orang biasa naik motor lu orang hanya akan guankan laluan tengah garisan putus-putus tu, jadi pemandu kereta sila take note sebab penunggang motor akan guna laluan sempit tu, jadi masa nak tukar lorong tu tolong fikir pasal motor. Apa guna kereta mewah tapi tak pandai tengok side mirror, signal canggih tapi tak pernah digunakan, ni semua ditahap mendatangkan steering lock.

Kepada akak steering lock tu gua tabik sebab lu berani sampai tahap macam tu, apa akak buat memang salah kak tapi gua tau akak puas hati kan? Kita takde ditempat kejadian, video tu pun dirakam lepas dah terjadi perlanggaran, apa yang terjadi sebelum tu kita tak tahu, mungkin ada berlaku perhimpitan nak masuk lorong, mungkin 2-2 taknak mengalah, mungkin akak tu dah hon tapi uncle buat dek, mungkin uncle hon tapi akak selambe badak, dari apa yang gua lihat ada benda yang buatkan akak tu marah sangat, kalau tak takkan la berani sangat akak tu nak buat macam tu. Gua lelaki pun takut nak buat macam tu tapi gua pernah la sepak side mirror kereta kat depan The Mines dulu, kereta foreigner. Dah sepak gua menyesal pulak, benda pun da jadi, gua tengah marah time tu, hon puluh kali buat tak reti, kaki makan dia. 


Office Safety Roadshow

Sempena nak raya ni biasalah office akan buat safety roadshow, sama macam tahun-tahun sudah. Macam biasa berkenaan keselamatan dalam rumah, maklum la balik raya berhari-hari meninggalkan rumah, jadi kena pastikan suis-suis ditutup, plug dicabut terus. Ingatkan dapat hadiah ke, voucher ke, tahun lepas dapat voucher RM50 aligment tayar, tahun ni takde pula. Rupanya company gua sekarang tengah kearah ISO 14001 dan OHSAS 18001, jadi bermacam-macam kempen la dijalankan termasuk la UCUX (You See You Act) dan Home Safety. Ada hadiah lagi safety department ni bagi, hadiah boleh tahan. Gua nak cuba Home Safety punya kempen, macam best lak sebab kena hantar video mengenai Home Safety.



Lu orang mana yang tinggalkan rumah berhari-hari masa raya nanti minta periksa rumah dulu, jangan tahu seronok di kampung je, nanti balik-balik rumah dah hangus. Pintu rumah kunci ketat-ketat, jangan balik nanti segala barang dalam rumah lesap. Beringat sebelum terlambat!


Semangat Syawal 2014

Sejak gua dah berkahwin ni gua dah duduk asing dari mak ayah, walaupun sebelah rumah je pun tapi segalanya sendiri sekarang. Bila dah duduk asing ni semuanya sendiri, merasa la apa yang mak ayah gua rasa bila dah berkeluarga. Dulu masa menjelang nak raya, maka dengan ayah gua sibuk kemas rumah, cat rumah, buat kuih raya, jadi anak-anak terkena tempias, nak taknak kena juga tolong dan kadang sampai tahap dipaksa buat. Biasalah masa tu anak-anak, memang malas la kan, ada je curi-curi masa lari taknak buat.

Sekarang ni dah berbeza, segalanya gua kena buat sendiri, masa ni gua dapat rasakan apa yang mereka rasa dulu. Boleh je taknak cat rumah, taknak kemas rumah tapi macam tak best pula nanti nak ajak orang datang rumah tapi rumah tak cantik. Sekurang-kurangnya rumah tu bercat baru, takde la kepam dan suram je. Sebenarnya takde la susah sangat mengecat ni, mungkin gua lahir dalam keluarga tukang jadi memang dah diajar untuk bidang-bidang macam ni, setakat mengecat tu memang makanan gua la, cumanya rajin atau malas.

Gua buat pilihan cat balik rumah yang kami duduk sekarang ni, dah setahun lebih duduk tak pernah bercat, cat pun dah kelabu asap, sawang pun dah ada kat sudut-sudut siling. Kalau tak raya bila lagi ye tak, masa ni je semangat nak mengecat ni sampai, semangat nak deco rumah. Gua dah mula mengecat, takde la 1 hari siap 1 rumah, gua cat perlahan-lahan, side by side, maklum la masa terhad. Kira dari mula mengecat haritu dah hampir separuh ruang tamu dah dicat, bunyi macam senang tapi banyak kerja juga sebelum mengecat tu. Nak kena alih dulu sofa, karpet, playmate anak, tolak sana tolak sini, alih sana alih sini.

Mula-mula mengecat haritu
Nanti gua dah siap deco dan cat rumah gua up lagi gambar, sekarang ni rumah agak sempit, mungkin lepas deco nampak ruang nampak besar sikit. Rumah dah cantik baru best nak ajak ramai-ramai datang beraya, lepas deco gua kena fikir pasal kuih raya pula.



Ramadhan 4

Alhamdulillah sampai Ramadhan yang ke 4 dah, semakin hampir ke Syawal, nampak tak semangat Syawal tu. Sejak dari awal puasa haritu keinginan nak masak tu membuak-buak plak, terajin lebih. Oh ye azam Ramadhan tahun ni 'berjimat cermat', kami berazam kurangkan perbelanjaan di bazar, jadi kami pilih untuk memasak je kat rumah tapi tak tahu la bertahan sampai bila. Menu berbuka Ramadhan 2 dan 3 sambal udang petai, harini cadang nak masak gulai lemak ayam, kasi kaw-kaw.

Semangat world cup makin pudar, semangat lain yang sampai ni, raya raya raya........


Ramadhan 2014

Pantas betul masa berlalu, sedar tak sedar dah Ramadhan. Alhamdulillah masih segar Ramadhan tahun ni, masih sempat menikmati ibadah puasa. Moga tahun ni lebih sempurna dan lebih dirahmati, InsyaALLAH.

Semalam berbuka bersama keluarga mertua, berpanggang ayam gua semalam. Hari pertama berpuasa anak-anak buah sebelah isteri dah main bunga api, rancak betul. Cumanya mood gua tak sampai lagi nak main bunga api sama-sama, kalau tidak taktau la apa nasib budak-budak tu semalam, mau ada yang menangis bunga api tak cukup.

Macam biasa, tahun ni gua nak bersederhana je, kalau boleh berbuka semuanya nak masak, jimat. Dengar cerita makanan kat bazar naik, gua pun tak sempat nak tengok bazar semalam, hari ni gua pergi terjah. Kalau naik sekalipun biar la berpada dengan kualiti makanan, jangan harga naik tapi rasa entah apa-apa.

Cukup la untuk entri kali ni, buat cuci blog katanya. Gua nak ucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam Malaysia dan seluruh dunia, macam gah pulak blog gua ni kan nak seluruh dunia. Semoga kita menerima manfaat dan nikmat yang baik dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ni, mohon maaf juga pada yang terasa hati dan terguris perasaan selama gua berblog, bukan niat nak melukai, maaf kan gua ye. 

Gua nak muat turun lagu raya jap 

Mendaki luar negara - Gunung Kerinchi Indonesia

Siapa sangka mendaki gunung pun boleh buat kita pergi ke luar negara, bunyi macam hebat tapi sebenarnya kebetulan je. Ramai pendaki Malaysia ni berminat mendaki kat Indonesia, mendaki gunung berapi. Pengalaman baru dan hebat, yelah untuk pertama kali ke luar negara, pertama kali ke Indonesia, pertama kali mendaki gunung berapi, pertama kali mendaki di luar negara, semuanya pertama kali.

Nak cerita pasal Indonesia memang tak banyak beza dengan Malaysia, cuaca sama, hutan sama, semuanya lebih kurang, yang bezanya gunung berapi. Banyangkan pengalaman mendaki gunung dengan bau sulfur, memang sesak nafas. Semakin tinggi semakin lembut permukaan gunung, permukaan berbatu kecil bukan tanah, sekali pijak terbenam kaki, licin sikit, bahaya masa turun sebab kiri kanan gaung ataupun kawah gunung berapi.

Perasaan teruja pada mula sampai Indonesia tu takde la sangat, tapi bila da nak sampai puncak gunung tu, SubahanaALLAH, indahnya ciptaan ALLAH, nak cerita pun tak tahu macam mana. Sangat indah, nyaman, cantik, superb, sejuk, susah nak digambarkan. Gunung Kerinchi merupakan gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia, gunung kedua tertinggi di Indonesia. Gunung Kerinchi telah di tawan, semakin tinggi cita-cita ini, banyak lagi yang ingin ditawan, mungkin lepas ni gunung salji pula, inshaALLAH.









Saingan VS Tikam Belakang

Gua tengah run perniagaan Tamiya, mana yang tak tahu Tamiya tu ape boleh google tengok ataupun hint die Dash Yonkuro, cerita kartun dulu-dulu. Gua buat dengan kawan gua, memandangkan benda ni tengah hangat so gua decide nak bisnes la, nampak macam tak boleh pergi jauh tapi untuk rolling duit hari-hari gua merasakan ianya perniagaan yang pantas. Memandangkan kos barang spare parts Tamiya ni semakin mahal so ramailah peminat Tamiya ni dari golongan bekerjaya, bukan lagi permainan budak-budak.

Saingan VS Tikam Belakang....

Gua tak pasti la ini merupakan saingan gua atau pun jenis memang kaki suka tikam belakang punya orang, gua pendekkan ceritanya. Bermula lebih kurang macam ni la, sebelum gua nak run bisnes ni gua ada cari la beberapa sumber untuk gua dapatkan segala aksesori Tamiya selain daripada gua borong online. Jadi untuk mendapatkan sumber tu adalah lebih terbaik kalau dapat member yang menetap di Jepun memandangkan Tamiya ni asalnya di Jepun dan harganya lebih murah berbanding di Malaysia. Lepas beberapa pertanyaan member opis gua ni ada seorang member belajar di Jepun, sebelum tu gua minta member opis gua ni tanya kat member dia tu boleh tak minta pertolongan dia, dan gua janjikan gaji kat mamat tu.

Lepas beberapa perbincangan dengan mamat tu, gua disentak dengan 1 whatsapp yang menyatakan dia pun nak bisnes Tamiya sedangkan pengetahuaan dia pasal Tamiya semua datang dari gua memandangkan dia tak tahu menahu pasal aksesori Tamiya ni. Pengetahuaan dia pun atas sebab kepercayaan gua kat dia, so gua ceritakan semuanya pasal Tamiya dan perkembangan Tamiya di Malaysia, apa yang orang Malaysia cari dengan Tamiya ni, apa yang limited, apa yang rare, apa yang mahal, apa yang susah nak dapat. Di Malaysia memang ada barang yang dianggap sangat rare padahal di Jepun macam benda biasa je dan sangat murah di sana berbanding di Malaysia.

Al-kisahnya perbincangan tu jadi sia-sia, lepas gua luahkan isi hati gua kat mamat tu dia minta maaf kat gua, maaf yang gua anggap macam takde makna sebab dia still go on dengan Tamiya yang baru dia kenal tu. Gua anggap tu sebagai rezeki dia, rezeki dia dengan keluarga dia. Gua ingat habis kat situ je, tambah pedih ulu hati gua bila barang-barang yang dijual lebih murah dari apa yang dijual kebanyakan seller di Malaysia. Kalau murah sikit tu tak kisah la sangat kan, murah banyak, gua tahu la lu boleh dapat lagi murah dari seller Malaysia tapi harga tu munasabah lah sikit, jaga la jugak market barang-barang ni kat Malaysia.

Pasal harga ni pun gua ada slow talk dengan mamat tu, macam-macam la gua cakap pasal harga barang Tamiya di Malaysia ni tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan, lantak lu la bro, rezeki lu. Lu kena ingat la jugak bro, periuk nasi sendiri taknak berkerak tapi periuk nasi orang lu jangan kacau la. Kesian kan distributor Tamiya Malaysia macam Stargek Malaysia di One Utama, jadi distributor tapi tak dapat nak kawal seller-seller on off ni, harga lagi murah dari kedai dorang, sewa kedai nak kena bayar lagi, gaji pekerja nak bayar lagi. Lu senang la hidup meniaga online, kos pun murah, sewa kedai tak payah bayar, gaji pekerja takyah bayar, untung makan atas angin.

Sebelum dan Selepas

Manusia, ini memang lumrah.

Sebelum dapat bonus, semua bertanya bila nak dapat surat. Selepas dapat surat, semua bertanya bila nak masuk duit. Lumrah kan? Kecoh macam gossip artis, kecoh macam kes bunuh, mau tak kecoh, dapat bonus tu. Setahun menunggu nak dapat durian runtuh, siapa nak bagi kan. Lagi kecoh bila dapat surat yang menyatakan berapa bonus dapat, ada yang cakap department tu dapat lebih, department ni dapat kurang, padahal sama je cuma amount nya berbeza sebab ikut tangga gaji. Ini lumrah manusia, tak pernah puas dan cukup, gua pun ada perasaan tu tapi takde la sampai tahap nak tunjuk kat semua orang, jangan ketara sangat.

Apa-apa pun bersyukur dulu, Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH ni. Walaupun rasa tak banyak tapi tetap rezeki yang tak semua orang rasa, walaupun lu duduk sama department. Ingatan untuk gua dan semua juga, duit yang kita dapat belum tentu duit kita, ada pembahagiannya pada yang lain. Contoh macam gua masih punya ayah dan mak, ada anak dan isteri, ini rezeki dorang juga.

5 Perkara Paling Tak Boleh Blah Pasal Tandas Office

  1. Bersembang dengan member sambil kencing berdiri, bersebelahan
  2. Bercakap talipon macam projek juta-juta, macam dato' dato'
  3. Abu dengan puntung rokok berterabur, rasa nak seligi je
  4. Tengah setting-setting nak masuk kan baju cleaner perempuan masuk, gua plak yang malu, cleaner buat dek je
  5. Tisu berterabur, tong sampah dah besar dah tapi tisu masih kat lantai.
Bagi gua tandas adalah sepatutnya menjadi tempat paling private, kena senyap, bersih, nyaman dan segar. Baru tenang jiwa nak 'beradu', tiada gangguan yang akan memotong nikmat 'beradu'. Lagi 1 gua nak sarankan, mana-mana manager yang kawal bahagian tandas ni supaya Wi-Fi tu lepas sampai ke tandas, oleh kerana kadang-kadang mengambil waktu yang lama dalam tandas gua boleh minta nyawa bila gua memerlukan ketika main candy crush. Dekat tandas-tandas awam pun boleh wujudkan Wi-Fi percuma, ini boleh menarik minat orang untuk membuang dari menyimpan, boleh batu karang tau.

Kehilangan MH370

Semakin hari semakin hangat orang bercakap pasal MH370, bermacam-macam yang dikaitkan. Gua pun tak terlepas dari mengikuti perkembangan MH370 ni, daripada tv, radio, suratkhabar, sembang kedai kopi, fb dan ke blog-blog. Bermacam-macam andaian, bermacam-macam spekulasi, bermacam-macam fikiran, bermacam-macam tomahan, bermacam-macam kritikan dan bermacam-macam lagi.

Dari bacaan gua, dari fikiran gua, dari pengamatan gua, dari kehilangan MH370 ni ada kejadiaan sebenar yang kita tidak tahu dan kita juga tidak perlu tahu. Ikut logikal akal gua, perkara ni telah melibatkan beberapa negara jiran dan beberapa negara kuasa besar. Malaysia selaku tuan rumah pastinya ingin menjaga kedaulatan negara dan tidak akan sewenang-wenang nya mendedahkan kelemahan negara seterusnya akan mendedahkan kelemahan keselamatan negara.

Apa yang berlaku sekarang telah melibatkan negara, melibatkan keselamatan negara, melibatkan asset negara, melibatkan kedaulatan negara, jadi apa yang dikeluarkan kepada media telah ditapis setapis tapisnya untuk tidak mendedahkan mana-mana ruang yang menunjukkan kelemahan negara. Lu orang bayangkan, 1 dunia perhatikan Malaysia, tumpuan dunia sekarang pada negara kita. Gua percaya ada beberapa negara akan cuba mengambil kesempatan atas apa yang berlaku seperti yang telah berlaku kepada negara-negara lain.

Malaysia ada kekuatannya yang tersendiri, ini tidak berkaitan dengan politik dalam negara. Gua percaya penggerak Malaysia ini adalah yang termahir dan terlatih, tiada siapa yang boleh sangkal. Biarlah mereka membuat kerja mereka, dah memang kerja mereka. Kita buat kerja kita, jangan sibuk nak jatuhkan negara sendiri walau terlalu benci dengan pemimpin, kisah MHU370 telah berkaitan dengan soal keselamatan negara. Tolong la bagi semangat sikit, bukan suruh jadi komando atau perisik pun.


Jersi World Cup 2014

Untuk si gila bola macam gua, nak sambar jersi world cup 2014 boleh roger, ingat nak up gambar tapi ada problem pula blog ni. Gua senaraikan apa yang ada dalam simpanan gua dulu ye, nanti da elok gua up gambar kasi lu orang tengok.

  1. Argentina (Home)
  2. Brazil (Home)
  3. Germany (Home)
  4. Japan (Home)
  5. Spain (Home & Away)

Size yang ada SS, S, M, L, semua stok gua baru ambil (baru tak baru la). Gua nak bagitahu 1 rahsia, semakin dekat dengan world cup semakin mahal harga, jadi lu faham-faham la ye. Lupa pula nak bagitahu lagi 1 rahsia, gua ada baju kelab dari EPL jugak, size sama macam yang di atas, hihi

  1. Manchester United (Home)
  2. Liverpool FC (Home)

Harga gua bagi RM40 sehelai, kalau nak gua poskan tambah RM6 untuk pos laju, jersi dijamin sampai kalau pakai poslaju ni, kalau pos biasa gua risau terkandas dalam bakul motor abang posmen je. Kalau nak ambil banyak sikit boleh bincang dengan gua, nego sikit-sikit tu gua okay je, whatsapp gua 0122779803. Kalau nak tengok apa barang lagi yang gua ada leh tengok fb https://www.facebook.com/khalishsportsandhobby, terima kasih


BR1M 3.0 membawa fenomena

BR1M ni memang membawa fenomena kat Malaysia ni, BR1M ni bermakna Bantuan Rakyat 1 Malaysia hanya untuk yang kurang berkemampuan dan yang layak je. Gua cakap membawa fenomena sebab bila masa BR1M ni diumumkan sampai la ke BR1M 3.0 ni kecoh dalam FB, blog, twitter dan lain laman sosial cakap pasal BR1M. Setiap kali BR1M dikeluarkan pasti kecoh, pihak pembangkang maki, kutuk, keji bantuan ni, pihak kerajaan semasa gembira, puji, sanjung.

Gua ni jenis suka memerhati, kalau dalam FB tu gua baca la komen-komen yang meleret-leret tu, kadang-kdang tergelak pun ada. Sanggup bergaduh pasal BR1M ni kat dalam FB, apa ke hal nya korang nak bertekak kat situ. Kalau rasa BR1M tu tak baik atau tak membantu tak payah la claim BR1M tu, kalau rasa BR1M tu membantu, claim dan belanja kan jela. Bagi gua tak payah nak compare kan wang bantuan tu dengan kos sara hidup lu orang, kalau lu orang pakai kereta memang tak akan cukup la dengan wang bantuan tu, kita fikir logik sudah, dah nama pun bantuan.

Bagi gua BR1M ni hanya wang bantuan kepada yang berkelayakan, Alhamdulillah bagi yang dapat tu setidak-tidaknya dapat la juga sikit duit tanpa berkerja jeras. Bagi yang betul-betul mengharapkan bantuan ni mereka dah tentu sangat bersyukur dengan wang bantuan ni, kita yang tak sesusah yang lain ni patut bersyukur jugak dengan bantuan yang sedikit ni dapat la juga fakir-fakir miskin ni merasai nikmat yang terlalu berharga bagi mereka. Cuba bayangkan bantuan semacam ni dihentikan, apa yang akan dilalui fakir miskin yang sangat mengharapkan bantuan macam ni?

Pendek kata, jangan gaduh-gaduh, yang sikit sama dirasa yang banyak sama dibagi. Rasa taknak BR1M tu kita sedekah dekat rumah anak-anak yatim, masjid/surau, atau derma lah kat mana-mana yang lu orang rasa nak derma

Mini 4wd

Kalau lu orang zaman-zaman gua mesti lu orang ingat permainan kereta Mini 4wd, yang paling popular keluaran Tamiya. Kalau masih ingat pasti terbayang-bayang cerita Dash Yonkuro, pengembaran sekumpulan peminat kereta Mini 4wd dan gua pasti lu orang pasti ada beli sebiji, main dalam longkang kecik dengan kawan-kawan. Kalau semua tu betul memang kita geng..

Nampak macam dah pupus permainan ni tetapi sebenarnya tidak, gua dah terjumpa kumpulan-kumpulan peminat tegar Mini 4wd ni, perghh ramai lagi peminat ni sebenarnya. Siap ada pertandingan lagi di hujung minggu, jangan terkejut peminat ni semua bukan lagi kanak-kanak. Kalau dah tegar tu memang tak kira umur la kan, tua ke muda ke, dekat ke jauh ke, memang sanggup.

Gua berkecimpung dalam hobi ni tapi lebih kepada pembekal barangan kereta dan spare-part, meniaga la kiranya. Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan barang-barang yang berkaitan boleh contact gua, kalau lu orang mula nak start main pun boleh contact gua. Boleh beli barang start dari kosong sampai ke tahap juara, gua berani jamin sebab kawan gua dah expert gila main menatang ni. Sampaikan enjin pun balut sendiri, custom made. Hebat la...

Team Building 2013

Team building ni memang banyak mendatangkan kebaikan pada company, ni masa pekerja kenal antara satu sama lain. Nama pun tak kenal sebelum ni, kerja dah bertahun-tahun, setakat kenal muka tapi nama haram tak tahu., dari team building ni baru tahu nama. Dari team building juga baru nampak perangai masing-masing, kat office bukan main seriusnya, masa team building baru nampak sikap periang nak-nak part kena buat persembahan berkumpulan, menyanyi dan menari, masing-masing macam kemaruk microphone. Memang happening la setahun sekali dapat bergembira bersama dengan pekerja dan bos, masa ni takde sapa yang berkuasa, kena bekerja dan duduk bersama, tiada taraf istimewa. Semua kena buat tugasan, semua kena panas, semua kena berlari, semua kena menari, semua kena menyanyi, makan bersama, baju semua sama, best best.