Master Chef Celebrity 2 - Final

Debaran yang tak berdebar

Cik Ta terkejut besar

Tahniah Syura

Memang gua dah agak dah Syura akan menjadi juara Master Chef Celebrity 2 ni, masakan-masakan dia gua tengok memang menusuk kalbu perasa-perasa dan juga juri-juri. Dari skill-skill masak dia pun gua boleh rasa aura seorang juara, keayuaan tu memang tak payah cerita la kan walaupun sebenarnya kecomelan Cik Ta lagi menyerlah. Untung Syura dapat pergi Paris percuma, bukan main untung lagi, bukan Parit ye, Paris. Sebut biar betul, jangan nak pelat sangat. Dapat juga menyumbang untuk breast cancer welfare, memang tujuan master chef ini untuk tujuan amal, sumbangan untuk badan-badan yang terpilih.

 Sebelum lu orang merasa teruja dengan kemenangan Syura dan Parisnya, lu orang baca dulu pasal mamat Blogger Master Chef ni pulak. Mamat ni pernah masak Udang Nenas 3 Raya yang dihidangkan di dalam buah nenas yang mengujakan sesiapa sahaja yang melihatnya, rasanya sudah pasti menyelerakan dan membuka selera setiap orang yang mencubanya. Sila terjah link ini --> Udang Nenas 3 Rasa - Blogger Master Chef



Potluck sebelum ramadhan

Dekat tempat kerja gua ni memang terkenal dengan makan-makan, kalau ada je hari-hari penting mesti akan buat makan-makan. Contoh sempena dah nak puasa, sebelum puasa buat makan-makan dulu, potluck. Potluck kali ni lebih meriah dan dibuat secara besar-besaran, macam lepas ni dah tak dapat akan je. Gua ikutkan je, gua suruh mak gua buat mee dan bihun bandung untuk 30 orang makan. Memang gila banyak makanan, macam-macam jenis, macam-macam warna, macam-macam rupa.

Nasi Beriani

Nasi Hujan Panas

Karipap

Laksa

Mee & Bihun Bandung

Nasi Impit

Bukan ni je yang ada, ada kek coklat, kuih-muih macam-macam rupa, sate, roti jala, koktel, nasi kerabu. Nak cerita memang tak habis tapi sebenarnya gua lupa apa lagi yang ada, makan macam lepas ni tak dapat makan, memang kenyang sampai petang. Kali ni jadi lebih meriah sebab semua baru lepas dapat bonus, tu pasal meriah dan pelbagai makanan. Jadi potluck ni meraikan bonus dan juga kedatangan bulan puasa, elok juga ada event-event macam ni, boleh mengeratkan lagi hubungan dengan rakan sekerja, kadang-kadang tahu rupa tapi tak tahu nama, jadi masa ni la nak kenal kan. Okay sekarang dah terliur, cukup la cerita pasal makan ye.



Sapura Kencana Petroleum Inter-Division Futsal Tournament 2013 - OCSSKFC


Aktiviti gua hujung minggu lepas, salah satu aktiviti yang company gua buat. Sebanyak 20 pasukan mewakili company masing-masing yang bernaung dibawah Sapura Kencana menyertai pertandingan futsal ni, termasuk dari Johor, Lumut dan Singapura. Penuh warna warni jersi sepanjang aktiviti, yang menjerit-jerit tolak tepi sebab kalau nak cerita pemain dalam gelanggang pun boleh mental dan terkejut dengar dorang menjerit tapi kalau takde dorang yang sangat mersa alam tu aktiviti tak meriah pulak.


Sepak mula bermula sekitar 9:30 pagi, sepatutnya pukul 9:00 pagi tapi biasalah, nak-nak ada yang datang dari luar kawasan dicampur pulak dengan sesat dan sebagainya. Team gua dalam group C untuk gelanggang 2 bersama group D, jadi untuk group A dan B main gelanggang 1. Ahamdulillah kami mengungguli group C dengan mengumpul 7 mata selepas 4 perlawanan kumpulan, ini melayakkan kami ke perlawanan suku akhir.



Perlawanan suku akhir bermain di gelanggang besar, gelanggang Fifa, masa perlawanan juga dipanjangkan sedikit dari 5 minit kepada 7 minit setiap half. Diperingkat suku akhir kami menerima lawan dari company Lumut, Ramlee FC yang merupakan naib juara peringkat kumpulan D. Pada awal permainan, keputusan nampak positif dengan kami mendapat kelebihan gol pada awal-awal permainan sebelum kami ketinggalan 1-2 pada separuh masa kedua. Setelah melakukan come-back kami bertuah mendapat 2 lagi gol sebelum menang 3-2 dan melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir.


Di peringkat separuh akhir perlawanan kembali tenang dan tidak se-agresif pada suku akhir, permainan kami agak teratur dan dapat mengawal sepenuhnya perlawanan itu. Dari penguasaan itu kami menang dengan jaringan 2-0 dan melayakkan diri sekali lagi ke perlawanan akhir. Kepenatan memang antara penghalang utama permain, setelah berhempas pulas dari pagi hingga ke petang, perlawanan akhir merupakan saat paling mencabar. Penat diketepikan seketika, apa yang perlu dilakukan adalah all-out. Kami perlu menguasai perlawanan untuk melambatkan tempo pergerakan pihak lawan selain mempraktikkan segalanya semasa latihan di dalam gelanggang sebelum ini.

Perlawanan akhir bermula dengan menjadi perhatian kepada semua pasukan diluar, dengan gelaran juara yang kami bawa pada perlawanan sebelum ini, banyak pasukan mahu kami dikalahkan. Gelaran juara yang dibawa juga sedikit memberi bebanan dan tekanan buat kami untuk mengekalkanya. Perlawanan agak seimbang dan agak berhati-hati pada separuh masa pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan, bermula separuh masa kedua permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan mencari gol awal. Keadaan seakan berakhir dengan seri tanpa jaringan sebelum gua menggegarkan jaring pihak lawan pada minit-minit akhir perlawanan dan membuatkan pasukan kami OCSSKFC dinobatkan selaku juara perlawanan. Apa yang lebih manis, gua juga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan penjaga gawang gua dinobatkan sebagai penjaga gawang terbaik kejohanan.


Alhamdulillah, hilang sekejap rasa sakit-sakit kaki masa tu. Rezeki dapat juara dan pemain terbaik, kiranya gua harumkan company gua la. Mana tahu nanti bos nak bagi gua elaun ke saguhati tambahan ke, hahaha..





Panduan Tambah 5kg Dalam 10 Minggu oleh Kevin Zahri

Hebat tajuk entri gua kali ni, macam teruja nak tulis entri pasal ni. Gua baru membeli e-book dalam laman web Kevin Zahri, kos RM40. Apakah hasilnya? Gua masih belum sempat nak membaca lagi, gua akan kemaskini proses menaikan 5 kg dalam 10 minggu ni. Harap-harap berhasil, tak sabar nak mula membaca dan mencuba untuk menaikkan 5kg dalam 10 minggu. Hi hi hi...







Olympic Day Fun Run 2013 - TUNDA

Sepatutnya hari ni gua bermaraton tapi penganjur telah menunda ke 1 tarikh yang lain yang akan dimaklumkan nanti, ditunda atas sebab persekitaran yang agak berjerebu yang boleh merbahayakan kesihatan. Tindakan yang baik untuk semua, lagipun gua tengah penat lagi berfutsal semalam, sakitnya masih terasa. Nasib baik futsal semalam buat dalam pintu jadi kurang sikit la berhadapan dengan jerebu, keadaan sekarang amat teruk jadi kurang-kurangkan la beraktiviti luar ye. Oleh sebab itu gua abaikan jemputan majlis kahwin harini, masa untuk melepak dalam rumah yang bahang.


\



Kena pandai

Semua orang nak kahwin kan, ni pesanan gua pada lelaki yang bakal dan akan menjadi ketua keluarga. Lu orang kena pandai pasang paip mesin basuh dan pandai pasang kipas siling! Bukan senang nak buat sebab gua baru lalui pengalaman tu semalam, nasib baik pernah tengok dan ikut bapak gua buat semua benda-benda tu masa gua bujang dulu. Bunyi macam mudah, nampak macam senang, selagi lu orang tak buat sendiri lu orang tak akan tahu kepayahannya. Alhamdulillah gua berjaya membuat 2 tugasan tu semalam, walaupun mengambil masa yang agak lama dan hasilnya baju kotor mesin yang basuhkan, badan panas kipas yang sejukkan. SUKSES....





Tidak perlu menggonyoh lagi

Kalau nak tunggu cabutan bertuah memang bertuah la nak dapat kan, jadi beli sendiri la senang. Alah membeli menang memakai, jadi harga tak la nak murah sangat kan, dengan harapan boleh pakai seumur hidup AMIN. Jadi tugasan bersama dalam rumah menjadi ringan sikit, masa yang lama untuk merendam dan menggonyoh baju tu dah boleh buat kerja lain dengan ada mesin basuh baru ni, ALHAMDULILLAH.






Cerita orang lama

Contoh kata-kata orang lama, kalau bini mengandung jangan memancing ikan nanti anak sumbing mulut. Kalau bini mengandung jangan masuk hutan main ikat-ikat tali kat pokok nanti tali pusat anak terbelit, dan lain-lain cerita. Bagaimana pula jika mereka mencari rezeki dengan cara sebegitu?  Apa yang berlaku mungkin adalah kebetulan dari kegiatan seharian si bapa, tidak semestinya anak yang dikandung terkenan atas aktiviti atau kegiatan si bapa. Dari apa yang diceritakan tidak semestinya kita perlu ambil bulat-bulat dan percaya akan kebenaranya, berdoa agar kesihatan bayi dan ibu yang mengandung sentiasa di lindungi dan sihat sempurna. Berikan makanan yang sihat dan sentiasa membuat pemeriksaan bulanan di klinik ataupun hospital, mengurangkan membuat kerja-kerja berat bagi si ibu yang mengandung. Kemungkinan kata-kata orang terdahulu ini hanya untuk mengingatkan kita supaya lebih menjaga kandungan dan melindungi si ibu yang sedang mengandung, usaha untuk menjaga dan melindungi lebih baik dari hanya mendengar kata-kata orang lama dari zaman ke zaman. Mudah-mudahan kepada ibu yang sedang mengandungkan bayi ketika ini diberikan kesihatan yang baik, kesihatan bayi yang sempurna, dan akan melahirkan dan dilahirkan secara normal dan sihat keduanya inshaALLAH AMIN...


Aduan - Shell Petrol Station Taming Jaya, Balakong

Mungkin pengasingan pam minyak untuk motorsikal bagi memudahkan perlambakkan pengguna motor untuk mengisi minyak diwaktu-waktu puncak, nampak berkesan pada mata kasarnya. Saya pengguna minyak Shell dan juga pengguna kad Bonuslink, setiap wang yang saya gunakan untuk mengisi minyak saya akan gunakan kad Bonuslink untuk mata ganjaran, nama saya Mohd Fadli dan saya boleh dihubungi di talian 012-2779803. Masalahnya disini, pam pengasingan untuk motorsikal di Shell Taming Jaya Balakong tidak mesra pengguna Bonuslink.

1. Pengguna motorsikal hanya boleh membayar tunai sahaja di pam motorsikal kepada pekerja yang menjaga pam motorsikal (pekerja warga asing).
2. Pengguna motorsikal tidak dibenarkan untuk menggunakan pam lain selain pam motorsikal yang disediakan.
3. Tiada kemudahan untuk pengguna kad Bonuslink di pam motorsikal, pengguna motorsikal perlu pergi sendiri ke kaunter dalam kedai mesra selepas mengisi minyak, sedangkan bayaran untuk minyak hanya kepada pekerja warga asing yang menjaga pam motorsikal.
4. Pekerja warga asing bersikap kurang ajar.


Situasinya berlaku pada 6/6/2013 ketika waktu lebih kurang 3:30pm - 3:40pm (resit tak ambil). Saya mengisi minyak untuk motorsikal LC135 dipam motorsikal yang disediakan, saya menggunakan RON97. Saya menghulur sekeping RM10 beserta Kad Bonuslink, pekerja tersebut mengarahkan saya untuk ke kaunter dalam untuk Bonuslink, duit RM10 di ambil pekerja tersebut. Sambil mengisi minyak saya menyuarakan suara saya sebagai pengguna, pekerja dengan angkuh mengatakan saya perlu ke kaunter dalam sambil meletakkan kad Bonuslink saya diatas peti motorsikal (Box Givi). Tindakan yang kurang ajar ditunjukkan dan saya bertindak untuk tidak meletakkan kembali pam ditempat yang sepatutnya, saya meletakkan pam di atas lantai tanda protes. Selepas mengisi minyak saya ke kaunter dalam, sekali lagi saya menyuarakan suara saya sebagai pengguna. Menurut pekerja kaunter ya pengguna motorsikal perlu untuk masuk ke dalam untuk swipe Bonuslink.

Persoalannya:

1. Adakah pengasingan pam untuk motorsikal memudahkan pengguna Bonuslink?
2. Apakah sebab pengguna motorsikal tidak boleh ke pam minyak yang lain dan berurusan terus dengan kaunter dalam?


#Shell #ShellMalaysia #ShellTamingJaya