Memaparkan catatan dengan label Bazar Ramadhan 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bazar Ramadhan 2011. Papar semua catatan

Bazar Ramadhan 2011: Taman Delima, Kajang

Sebuah lagi bazar ramadhan yang sempat gua singgah, berdekatan dengan tempat tinggal gua. Kalau ikut jalan kampung tak yah pakai topi keledar, keselamatan jaga sendiri la. Suasana kampung, rumah-rumah papan, ayam, itik, kambing, lembu, lombong (dah tutup), itu persekitaran yang terdapat di kawasan ni. Lebih kurang macam Kampung Baru, perbezaan yang ketara antara taman rumah gua dengan taman ni. Bazar disini lebih besar berbanding bazar di taman rumah gua, peniaga dan pengunjung juga ramai. Juadah yang dijual juga pelbagai, tradisional dan moden.

Dadih
Spring Potato
Roti Farina - roti goreng
Serunding
Nasi Ambeng
Cucur Udang
Popia Basah
Mee Tarik
Ayam Golek
Air Jagung 1 Malaysia
Ayam Panggang

Kebanyakkan juadah yang dijual dibuat depan mata pembeli, jadi boleh nilai sendiri tahap kebersihan dan kelazatan. Antara juadah yang paling menarik minat pengunjung adalah Mee Tarik, mee dibuat sendiri dan secara depan. Mungkin lu orang kena datang tengok sendiri, bazar Taman Delima mempunyai tarikan yang tersendiri. 


Bazar Ramadhan 2011: Taman Cheras Jaya, Balakong

Bazar ni adalah bazar kat kawasan rumah gua, kecil je tak besar pun. Tak berpeluh pun kalau pergi tapi ramai orang kilang, kawasan rumah gua ni kawasan kilang. Dah lama gua tak ke bazar ramadhan, hujan tiap petang. Antara juadah yang ada di bazar ni:


Roti Boom & Murtabak ↑

Ayam Percik ↑

Sata & Otak-Otak (adik gua dengan kawan dia punya) ↑

Roti John Abang Malaya (kawan punya) ↑

Air (Macam-macam warna) ↑

Air Soya gua dah rasa, roti boom gua dah rasa, boleh tahan. Rasa semua ada, mungkin satu hari nanti gua nak cuba menu lain. Gua jarang pergi sini sebab kurang pilihan, serius.

Bazar Ramadhan 2011: Taman Tenaga, Cheras

Alhamdulillah kita sudah pun sampai di hari ke-4 Ramadhan, tak terasa pun hari berlalu. Alhamdulillah juga kerana gua masih kuat dan tabah untuk berpuasa, harap dijauhkan la dugaan-dugaan yang merosakan. Semalam di hari ke-3 berpuasa gua sempat berkunjung ke Bazar Ramadhan Taman Tenaga Cheras, berdekatan dengan Petronas. Bazar disini tidak sesibuk Bazar Ramadhan Tasik Permasuri & Bazar Ramadhan Jalan Jujur 1 tetapi juadah yang dijual tetap menarik selera pengunjung. Antara juadah yang ada disini:-

Pulut Panggang ↑

Otak-otak ↑

Murtabak - Maple Stlye ↑

Ayam Golek ↑

Popiah Goreng - Panas, panas ↑

Agar-agar ↑

Pecal ↑

Nasi Ayam ↑

Nasi Tomato ↑

Selain juadah makanan dan minuman terdapat juga kaunter zakat bagi yang ingin menunaikan zakat, bayaran yang ditetapkan di Kuala Lumpur RM7.00 sahaja. Selain kaunter zakat terdapat juga 'kaunter' bunga api, harga gua tak tahu.

Kaunter Zakat - RM7.00 ↑

'Kaunter' Bunga Api ↑


Nasihat gua kepada mak ayah & kanak-kanak, bunga api dan mercun adalah sangat merbahaya bagi kesihatan. Mak ayah tolong pantau anak-anak, walaupun bunga api dilihat selamat tetapi sebenarnya merbahaya. Asap yang keluar dari bunga api boleh menyebabkan kesesakan nafas, tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. Malang tidak berbau....


Bazar Ramadhan 2011: Jalan Jujur 1 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Di hari kedua puasa semalam gua ke Bazar Ramadhan Jalan Jujur 1 Bandar Tun Razak, majoriti peniaga adalah penduduk tetap di situ. Walaupun peniaga tidak seramai di Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri, pengunjung tetap ramai membeli juadah untuk berbuka. Antara gerai yang mencuri tumpuan adalah Din Roti John, pengunjung perlu beratur panjang untuk mendapatkanya. Antara menu menarik yang lain:-

Taufu-fa & Air Soya - Panas, sejuk ↑

Karipap Ayam ↑

Apam Balik ↑

Roti John - Din Roti John ↑

Aneka Minuman ↑

Burung Puyuh Goreng ↑

Nasi Goreng, Bihun Goreng, Mee Goreng ↑

Ayam Percik ↑

Kuih Tepung Pelita/ Kuih Sampan ↑

Singa Popeye ↑

Juadah yang sempat gua sambar semalam adalah Pau Kacang RM1, Roti John RM4, Kuih Tepung Pelita RM2 dan Singa Popeye RM2. Gua tengah memikirkan dimana bazar gua nak terjah hari ni? Gua juga masih mencari menu-menu menarik dan pelik, haih...

Bazar Ramadhan 2011: Tasik Permaisuri, Cheras

Sempena bulan Ramadhan ni gua akan cuba terjah seberapa banyak Bazar Ramadhan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan seangkatan denganya, selagi gua larat. Destinasi pertama kali ini di Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri Cheras, memang menakjubkan. Pengunjung mula membanjiri bazar sekitar jam 6:00, berlaku sedikit kesesakan di jalan raya. Bazar ini menyediakan pelbagai juadah yang menarik serta memberi banyak pilihan kepada pengunjung. Antara menu yang menarik di sekitar bazar:-

Kuih Muih Tradisional ↑

Pulut Kuning ↑

Murtabak Gombak ↑

Murtabak Keramat ↑

Samosa - Ayam, Daging ↑

Nasi Lemak - Nasi Lemak Warisan ↑

Roti John & Burger Kukus ↑

Kuih Akok ↑

Sup Utara - Pak Long Sup Utara ↑

Roti Boom ↑

Cendawan Goreng ↑

Kepak & Peha Panggang ↑


Ini antara menu menarik yang sempat gua muat naik, keadaan sesak dan masa yang tidak mencukupi membataskan gua. Kepada yang nak datang gua sarankan datang awal bagi mengelakkan kesesakan..