Nasi Beriani Gam Putrajaya

Makan-makan sempena kedatangan bulan puasa, lebih kurang macam tu la bunyinya. Layan je 2 keping gambar hasil dari kamera HP, gua malas nak cerita.



Saja nak menguji iman & nafsu makan lu orang, memang terliur. Mesti nafsu makan lu orang tengah membuak-buak? Apa juadah idaman berbuka lu orang harini?

Ucapan

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh Malaysia dan dunia, dikesempatan ini gua ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang gua berbloging terdapat kesalahan bahasa yang membuatkan lu orang terasa hati atau pun tahap kecewa yang melampau. Semoga Ramadhan kali ini akan membuatkan hidup lu orang lebih bermakna dan sempurna, InsyaALLAH. Dam dam dum...

Harimau Malaya Terluka

Mungkin ramai warga Malaysia yang sedang berduka ketika ini, inilah yang dinamakan permainan bola sepak. Nasib tidak menyebelahi kita, apa pun tahniah kepada pemain Malaysia yang melangkah dan melakar sejarah yang besar dalam sukan bola sepak.

Perhargaan harus diberikan kepada Safee Sali dan juga Apek kerana permainan yang cukup baik, syabas!!

Sent from my iPhone

Testing testing....... Saja gua testing kemaskini blog melalui iPhone, maklum la baru belajar cara-caranya. Tak la susah cuma lambat sikit la sebab papan kekunci kat phone ni kecik, jadi lepas ni kemana saja gua boleh kemaskini blog.

Gua bukan nak riak ok!!

Sent from my iPhone

Belang Kami Hitam Kuning!


Pastinya semangat semua rakyat Malaysia sedang membara bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura hari ini, kejayaan yang diharapkan. Apa pun segalanya bakal diketahui hari ini, harimau akan membaham. Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium malam ini diharapkan terus memberi sokongan dihadapan kaca tv, semangat lu orang akan gua bawakan ke stadium. PASTI!


Tiket Malaysia vs Singapura HABIS!

Ini berita yang gua terima dari rakan-rakan yang sanggup beratur demi rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan tiket perlawanan pusingan timbal balik diantara Malaysia menentang Singapura di Bukit Jalil esok, menurut mereka tiket sudah habis dijual disemua lokasi jualan. Alhamdulillah, mungkin inilah perlawanan yang peminat-peminat nantikan. Ini menunjukkan peminat-peminat bolasepak tanahair tidak pernah berundur dari memberi sokongan, ya KAMI BANGGA dengan bolasepak Malaysia!

Juruwang Tesco Cheras

Biasalah awal-awal gaji ni membeli-belah barangan pribadi la, deodoran, pencuci muka, berus gigi selain teman Lolipop beli barang dapur. Boleh tahan ramai orang, beli barang dapur menjelang puasa barang kali. Pusing lorong demi lorong ambil barang apa yang perlu, boleh tahan penuh juga la troli. Beratur bayar barang, gua susun barang atas meja kaunter lolipop tunggu barang untuk diplastik-kan.

Apa yang tak kena dengan juruwang kaunter ni pun gua tak tahu, muka usah cerita la dia punye kelat. Muncung panjang sedepa, perempuan muda. Lepas scan barang main campak je barang-barang tu semua, bukannya dia tak tahu barang tu kaca. Kot ye pun lu ada masalah tak perlu la tunjukkan masalah lu tu kat pelanggan, kalau pecah barang tu macam mana? Gua menjeling lolipop bersuara, juruwang tu sikit pun tak pandang, takut kot.

Bagi gua, kalau lu tak boleh berhadapan dengan orang atau lu ni memang tak reti hormat orang lebih baik lu tak payah jadi juruwang. Buat malu syarikat je, lebih baik lu berhenti je. Hormat pun takde sopan apa tah lagi, memang jahanam la. Mungkin juga juruwang-juruwang ni perlu dihantar kursus untuk menjadi seorang juruwang yang bagus, kursus menghormati pelanggan, kursus senyum, kursus kesopanan & kursus menghadapi masalah. Gua percaya tak semua juruwang macam tu, ada 1-2 je yang hancur. Lepas ni gua akan pilih kaunter juruwang yang betul supaya tiada masalah yang berlaku, haih...


Tiket Online Malaysia vs Singapura

Kalau nak tempah tiket secara maya boleh pergi ke TicketHotline, gua baru lepas pergi website tu. Malangnya tiada tempahan untuk tiket berharga RM50, apa sebab gua tak pasti. Gua baru nak tempah tiket berharga RM50, yang ada cuma RM30 dan RM5 (kanak-kanak) sahaja. Boleh siapa-siapa boleh tolong jelaskan kenapa takda tiket RM50? Untuk tempahan tiket secara maya, mereka akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM3.00. Aduhh....



PASTI Harimau Malaya MENGAUM!

Antara berita bola sepak yang memenuhi ruang akhbar di Singapura selepas kemenangan mereka ↑


Media Singapura membakar mental pemain-pemain skuad utama bola sepak Malaysia selepas Singapura menang 5-3 keatas Malaysia pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia pada Sabtu lepas, ini menghangatkan lagi perlawanan pusingan kedua yang bakal berlangsung pada 28/07/2011 (Khamis) di Bukit Jalil. Apa yang gua pasti, skuad Harimau Malaya pasti akan MENGAUM dan MEMBAHAM Singapura yang sedang angkuh dengan bekalannya. Kita pastikan Singa pulang dengan tempang dibaham Harimau Malaya, penyokong-penyokong diseru mengaum di Bukit Jalik beramai-ramai memberi semangat dan seterusnya meraikan kemenangan Malaysia. PASTI!!

Wings tonton Hangover 2 @ Jusco Cheras Selatan

Sedikit penerangan pendek tentang filem Hangover 2 yang sedang ditayangkan di pawagam, ianya mengesahkan masalah yang dihadapi 3 sahabat baik Alan, Doug, Stu dan bakal adik ipar Stu iaitu Teddy. Masalah mereka tiba selepas parti bujang yang diadakan sempena perkahwinan Stu, selepas parti mereka tersedar di 1 tempat yang tidak diketahui dan tidak mengingati apa-apa yang berlaku sebelumnya selain kehilangan Teddy, mereka perlu pulang untuk perkahwinan Stu dan membawa Tedyy bersama. Filem komedi yang confirm buat lu orang tergelak dan terfikir apa kesudahan perkahwinan Stu dan dimana Teddy menghilangkan diri.


Selepas menyaksikan perlawanan pertama bola sepak kelayakan piala dunia antara Malaysia dan Singapura di Restoran Pelita KLCC yang berkesudahan dengan kekalahan Malaysia 3-5, gua mengambil kesempatan menonton wayang bersama Lolipop. Lokasinya Jusco Cheras Selatan, ceritanya Hangover 2, waktunya 12.05 pagi. Keseluruhan filem amat memuaskan, tak berhenti gelak. Mungkin gua kena tengok Hangover 1 dulu untuk gambaran yang jelas tentang 4 orang sahabat yang terdapat dalam filem ini, 4 bintang dari 5 bintang.


Barbican BUKAN Arak

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman jenama Barbican boleh diminum oleh umat Islam di Malaysia, menurut Kosmo hari ini.




Gua tak pandai berenang

Gua tak berapa suka mandi-manda macam air terjun atau laut, water park dan sebagainya. Pasal gua tak berapa suka adalah kerana gua tak pandai berenang, keluarga gua pun bukan datang dari jaguh renang. Setelah gua jumpa lubuk air terjun di hutan Gunung Nuang, gua berasa tercabar dan teruja untuk mencuba kedalaman dan merasai kesejukan air tu sendiri. Dengan kehijauan air dan kedalam dipercayai hampir 2 meter pasti membuatkan sesiapa saja yang melihat berasa teruja, apa kan daya gua tak pandai berenang. Tengok dari tepi jela sambil ambil gambar buat kenangan, sedih. Air terjun ni gua panggil Air Terjun Bomoh Ali kerana beberapa sebab, boleh tengok gambar.

Faham bukan kenapa ia bernama Air Terjun Bomoh Ali ↑

Tak pandai berenang lepak tepi jela ↑

Cerita penuh boleh klik link ----> B K G !!!!!

Berniaga

Masa untuk meniaga sudah hampir tiba, walaupun hanya sebulan, kadang-kadang tu tak sampai sebulan pun. Inilah masanya menambah pendapatan, cari duit lebih bagi menanggung perbelanjaan besar. Maklumlah dah nak raya, masa bulan puasa ini lah ramai peniaga-peniaga keluar berniaga secara besar-besaran. Tidak tertinggal juga yang tak pernah berniaga pun turut menjadi peniaga baru, inilah yang dinamakan bulan rezeki.

Ada yang meniaga lauk-pauk, air minuman, ayam panggang, nasi kukus, kuih-muih, roti john, lemang rendang, ikan bakar, kuih raya, jahit baju melayu, baju kurung dan macam-macam lagi. Meriahnya di bulan Ramadhan, selain peniaga orang yang berpuasa pun turut terkena tempias kemeriahan bulan Ramadhan ni. Masa ini lah kita dapat melihat perlbagai jenis masakan tradisional, kuih-kuih tradisi, buah kurma dari pelbagai negara, perlbagai jenis minuman panas dan sejuk, ayam golek yang dipanggang secara depan, murtabak yang besar dan macam-macam lagi makanan yang dihasilkan dari kreativiti peniaga sendiri.

Kepada peniaga-peniaga di bazar ramadhan atau juga di rumah, gua mengharapkan biarlah ikhlas dalam perniagaan. Jangan taksub pada keuntungan semata-mata, kalau meniaga kuih tu biarlah ada rasa manisnya, kalau meniaga lauk-pauk biarlah ada rasa masinya, kalau meniaga kuih raya biarlah cukup sukatnya, kalau meniaga menjahit baju biarlah betul jahitannya. Buat sesuatu tu biarlah dari hati, baru ada jiwa.

Tahu BKG?

Lu orang tahu apa itu BKG? Kenal ke siapa BKG? Apa BKG buat? Apa nama panjang BKG? Siapa yang tubuhkan BKG? Kenapa BKG? Sejak bila ada BKG? Tak payah susah-susah fikir atau cuba cari dalam internet, meh sini gua cerita serba sedikit pasal BKG, lebih kurang promosi juga la. BKG adalah singkatan kepada Budak Kaki Gunung, BKG ini adalah pasukan yang ditubuhkan lewat tahun 2010. Asalnya hanya menumpukan pada aktiviti mendaki gunung dan sukan lasak yang lain, BKG bermula dengan menawan puncak Gunung Nuang. Sehingga ke hari ini BKG telah menawan puncak Gunung Nuang sebanyak 3 kali, meredah hutan Gunung Nuang 5 kali. Mencuba laluan baru yang menemukan 2 air terjun & lubok dalam, sekali.

Sejak kebelakangan ni BKG telah menerima 2 undangan menjadi guider untuk ke Gunung Nuang, undangan pertama dari 10 orang bekas pelajar UITM. Aktiviti menawan puncak Gunung Nuang, Alhamdulillah BKG berjaya. Undangan kedua adalah undangan yang paling ramai peserta, 44 peserta dari IPG Kampus Pendidikan Islam bangi. Aktiviti menuju ke Kem Lolo Gunung Nuang, Alhamdulillah sekali lagi BKG berjaya dalam menjadikan aktiviti itu selamat dan sempurna.

Dengan pengalaman pernah menjadi guider dan mendaki Gunung Nuang lebih dari sekali, BKG mengalu-alukan kepada syarikat-syarikat, sekolah-sekolah, institut-institut, universiti-universiti atau individu yang ingin menggunakan perkhidmatan guider untuk ke Gunung Nuang. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di laman blog www.budakkakigunung.blogspot.com atau emel chip_munks85@yahoo.com. Untuk gambaran yang lebih jelas boleh pergi ke blog BKG, segala gambar dan info ada disana.



Menabung


Dari kecik lagi kita dah mendengar pasal amalam menabung, cikgu sekolah pun selalu pesan suruh menabung. Masa tu tak berminat pun nak menabung, buat tak tahu je apa yang dipesan, kalau menabung pun baru nak mencapai tahap RM2 mesti da guna. Penyudahnya duit tu habis, kesian. Mintak suruh mak belikan tabung tomato la, tembikai la tapi habuk pun takde. Mana yang ada bakat seni yang melampau siap buat tabung sendiri, dari tin milo la, botol minuman la, macam-macam.

Masa zaman sekolah dah berpuluh tahun berlalu, sekarang zaman mempertahankan kerjaya. Keluar pagi balik malam, cukup bulan ambil gaji. Bila tengah sesak, baru teringat kata-kata cikgu dan pesan mak ayah lalu terfikir dan berkata " Kan bagus kalau aku menabung dari kecik". Sayang, semuanya sudah berlalu tapi masih belum terlambat untuk memulakan tabungan. Jom menabung....


Mana lah tau dari hasil menabung ni boleh buat kerja kahwin, tak payah nak buat pinjaman bank. Mak ayah pun tak pening kepala nak tambah perbelanjaan yang tak cukup nanti, pasti semua orang senang hati. Banyak faedah dari menabung ni kan? Lu orang agak duit dalam gambar tu cukup ke nak kahwin?



Sepetang ke senja

Basikal biru ber-sport rim kuning, adik gua punya. Puteh ↑↑

Pokok-pokok yang segar dan gubahan yang cantik hasil seni tangan bapak gua, cantik ↑↑

Pondok berbumbung hijau mudah alih & meja kayu tu bapak gua bikin sendiri, bapak gua seorang yang hebat ↑↑


Nanti gua cerita apa yang bapak gua buat kat atas meja kayu tu, sangat teliti dan halus hasil kerja bapak gua. Waktu petang ramai golongon pakcik-pakcik lepak kedai kopi sembang hal BERSIH dan sebagainya tapi itu tak terjadi pada bapak gua. Waktu petang banyak dihabiskan pada pokok-pokok dan kayu-kayu, habuk dalam rumah gua banyak terhasil dari kesan kerja kayu bapak gua. Kalau dah minat tak boleh nak buat apa, kenapa lah tak tumpahnya kuah pada nasi... Haih....


Gua patut kahwin! 18SX

Dah lama sangat gua membujang, tu tak kisah lagi mungkin boleh dibawa berbincang. Masalahnya sekarang gua dah penat gosok baju kerja untuk seminggu, basuh baju sendiri, lipat baju sendiri, kemas tempat tidur sendiri, bancuh air sendiri, makan ambil sendiri, kadang-kadang makan kena masak sendiri, tidur sendiri, mandi sendiri.

Gua perlukan orang yang boleh meringankan beban yang gua tanggung sendiri, sejak dari sekolah menengah gua buat semua sendiri. Gua dah penat, tak larat. Mana nak main futsal lagi, panjat gunung lagi, lepak tengok bola lagi, tak sempat nak buat semua tu. Kalau dah kahwin semuanya ada pertolongan, gosok baju ada orang tolong, basuh baju ada orang tolong, lipat baju ada orang tolong, kemas tempat tidur ada orang tolong, sampaikan mandi pun ada orang tolong.

Jeng jeng jeng......

Kesan BERSIH 2.0

Belum lagi waktunya berlaku tetapi kesannya sudah dirasai harini, sekatan jalan raya dibuat dan berlaku kesesakan luar biasa, banyak kesan buruk dari yang baik. Ini kesan sebelum berlakunya Perhimpunan Bersih, bayangkan kesan sekiranya terjadi perhimpunan di jalanan? Fikir-fikir la wahai penganjur dan pengikut perhimpunan Bersih 2.0 sekalian, banyak lagi cara lain yang lebih baik dari apa yang dirancangkan. Jangan wujudkan sejarah hitam seperti yang telah berlaku dahulu, waraskan dan bersihkan diri dulu sebelum membuat keputusan. Kembali melihat agama sejenak sekiranya jalan dunia dilihat hitam, pegangan kita pada ISLAM! InyaALLAH bersih.....



Pejabat

Bekerja sudah 3 tahun, ini merupakan yang paling lama gua bertahan dalam satu-satu kerja. Dulu paling lama pun 2 tahun, tahap mental gua semakin kuat. Dulu zaman muda-muda mental tak berapa kuat, ada masalah sikit berhenti, silap sikit berhenti. Biasalah darah muda, cepat panas. Sekarang gua lebih memikirkan masa depan, apa la gua nak makan kalau tak bekerja. Macam mana nak kahwin kalau tak berduit, macam mana nak ada awek kalau tak berharta. Lebih kurang macam tu la ceritanya, sekarang lebih bijak membuat keputusan.

Banyak benda lagi yang gua kena belajar kalau hendak terus berjaya menjadi kaya, kalau tak kaya pun, cukuplah sekadar taraf hidup gua di tahap yang memuaskan. Mungkin boleh mak ayah gua tersenyum bangga dengan pencapaian gua, sejuk la sikit hati dorang tu nanti walaupun banyak hutang gua kat dorang. Macam mana lah gua nak langsaikan hutang gua kat dorang sedangkan hutang PTPTN pun gua belum langsaikan, mungkin 1 hari nanti.

Nak berjaya bukannya senang, usaha kena lebih tapi kena pandai bahagikan masa juga. Tak pasal-pasal pulak jadi isu bila lu asyik bekerja je, sekali sekala kena luangkan masa dengan mak ayah, adik beradik, makwe/pakwe, suami/isteri, baru lah adil. Hasil dari gua bekerja 3 tahun ni banyak yang manis dari yang kelat tapi macam biasalah yang kelat juga kita ingat. Betul tak? Jadi gua pendekkan cerita, gua baru dapat 'uniform' kerja size S. Semangat sikit nak bekerja kalau ada 'uniform' ni, nak-nak pakai pada hari Isnin yang blues. Selain tu, gua juga baru dapat sijil SAP hasil dari berminggu-minggu masuk 'training'. Tersenyum la jugak...



Aktiviti hujung minggu

Asyik layan bandar je, sekali sekala layan hutan pun syok juga. Nyaman je air terjun, sejuk mata memandang kehijauan tumbuh-tumbuhan. Rileks sikit kepala otak aku ni dari keserabutan bandar, pencemaran lagi nak hadap tiap hari. Hujung minggu lepas gua pekena hutan dicampur mandi air terjun, boleh tahan juga. Cumanya gua tak pandai berenang, jadi main pinggir air je. Dalam sangat lubuk air dia, seram gua. Semua cerita gua pasal hutan dan mandi air terjun ni ada kat ----------> SINI <----------


Bulan Kahwin

Hujung minggu gua penuh dengan aktiviti tidak sihat, aktiviti yang banyak kolestrol. Setiap minggu ada saja majlis kahwin, dari awal bulan hingga akhir bulan. Nasi minyak oh nasi minyak, ayam masak merah, kari daging & rendang tok memang tak lari dari hidangan wajib selain air sirap yang ternyata merah dengan kemanisannya.

Tahniah gua ucapkan pada kawan-kawan yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan ini, dengan harapan berkekalan hendaknya hingga ke anak cucu. Pada yang dah kahwin, kurang-kurangkan lah kolestrol dalam badan. Banyakanlah senaman, amalkan gaya hidup sihat haha....