Peniaga haram depan Maybank

Lu orang mesti biasa kan nampak ada peniaga-peniaga meniaga depan-depan bank, bukan siang je, malam pun ada. Kat tempat gua Cheras Selatan depan Maybank dah macam pasar malam, sampaikan nak masuk dalam kawasan ATM pun susah. Tempat jadi terhad dan sempit, memang menyusahkan pengguna. Ada peniaga yang jenis nak terang menerang pasal barang-barang yang mereka nak jual, orang nak ke bank bukan nak dengar semua penerangan macam tu. Gua sebagai pengguna menjadi rimas, semak, rasa nak marah, rasa nak maki, ini serius. Dah lah meniaga secara haram lepas tu nak paksa memaksa dengar penerangan lu orang, dah cakap tak nak sekali tu faham la. Gua tahu lu tu melayu dan bukannya gua tak nak tolong melayu tapi lu sebagai peniaga mesti tahu undang-undang meniaga, lu dah menyusahkan pengguna bank. Tak cukup dengan tu lu orang mesti selalu nampak depan-depan bank ada penjual DVD, CD, kalau dulu buka meja 1 - 2, sekarang nah kau sepanjang panjang kaki lima penuh meja penjual DVD, CD. Ini 1 lagi yang menyemakkan ruang berjalan bagi pengguna-pengguna bank, kena pula masa gaji atau hujung bulan lagilah sesak. Gua rasa pihak bank dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan undang-undang sebelum semuanya sudah menjadi kebiasaan kepada peniaga-peniaga haram ni, gua rasa pihak sudah lama tahu tentang ni sebab terdapat CCTV yang memang 24 jam terpasang, jadikan rakaman tu 1 bukti kukuh menegakkan undang-undang.







Dua Puluh

Inilah maksud dua puluh yang sebenarnya, betul-betul berjiwa peminat susah mati je faham erti dua puluh ini. Ha ha ha...

















Vegas Pro 10.0

Sekarang gua tengah kemaruk terbitkan video, dulu kemaruk edit gambar. Mula-mula nak faham tu memang makan hari, sekarang ni da boleh la nak naikkan video-video syok sendiri. Serius lepas siap je video tu rasa macam bangga degan diri sendiri walaupun gua tahu video tu jauh lebih jahanam dari orang lain, sekurang-kurangnya ter terbit juga la video yang gua nak tu kan. 

Sudah ada 3 video yang gua terbitkan, semuanya untuk kumpulan aktiviti menggunung gua, Budak Kaki Gunung. Serius cakap tiada siapa pun yang ajar gua macam mana nak buat, dengan bantuan kawan gua ter-install la Vegas Pro 10.0 ni kat laptop gua, bermula lah kehidupan gua terkial-kial dengan benda alah ni. Atas ketekunan dan kesabaran gua akhirnya dapat la juga gua hasilkan video-video tu, kualiti dan hasil masih tak memuaskan. Setakat ni dah ada 3 video yang gua hasilkan, bangga bangga. Jom layan.....










Mesin pencetak dan hasilnya

Di pejabat gua ni memang ada masalah nak ambil hasil cetakan, print bukan main banyak tapi tak ambil. Lu ingat ada orang lain nak tolong hantar depan muka lu? Kekadang sampai berterabur atas lantai, overload, menyemakkan pemandangan. Kalau dah rasa print salah bertanggungjawab la sikit ambil dan buang atau buat recycle paper, jangan nak harap orang lain buangkan untuk lu. Lagi satu masalah bila ambil hasil cetakan, kalau lu dah tau tu bukan lu punya letak la balik elok-elok. Ini main campak, kertas pun jadi kedut-kedut, dah tak cantik. Orang yang penting diri sendiri macam inilah yang gua paling benci sekali dalam pejabat, menyusahkan orang lain. Dah lama memang nak tulis pasal ni, cuma harini baru tergerak hati nak buat post pasal ni sebab gua nampak ada beberapa kumpulan kertas berterabus atas lantai berdekatan mesin pencetak. Jangan harap la gua nak ambil kan dan letak balik walaupun tempat gua ni berdepan dengan mesin, cukup la berbaik sekali sekala.





Kelahiran

Berkongsi bulan kelahiran yang sama, meraikannya serentak memang meriah, bertambah pula dengan kehadiran adik beradik yang lain. BerBBQ, udang, ayam, kambing dan daging cukup membuatkan ramai terliur, yang paling menarik gua yang menyediakan bahan-bahan untuk peraman, pertama kali mencuba tidak menghampakan cuma peraman daging sedikit masin yang lain-lain cukup rasa. Kambing ditaja, siap peraman didatangkan dari kilang Ramly Burger, apa rasa gua tak tahu sebab gua tak makan kambing. Ditambah makanan lain seperti Nasi Kerabu, Sup Cendawan, Spageti Olio, Koktel, Kordial Sarsi memang cukup sempurna majlis ini. Hilang penat bila tengok semua gembira, paling melegakan hasil peraman gua tu tak menghampakan, berbaloi cuti kecemasan hari Jumaat. Hihihi....






Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada ayah gua dan juga mak mertua gua, semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan di limpahkan rezeki yang bermanfaat, inshaALLAH AMIN....



Antena kepada Astro

Akhirnya apa yang gua tunggu-tunggu telah tiba, mata dah sakit-sakit layan tv 'bersemut'. Balik-balik tv3 je yang boleh dilayan, tu pun kadang-kadang keluar bunyi 'cengkerik', mungkin sebab isyarat atena tak berapa bagus. Sekarang semua rancangan gua boleh layan, gambar pun cerah dan bersih je, 'semut-semut' dan bunyi 'cengkerik' dah hilang. Pasang kipas, tarik bantal, silang kaki sambil baring, tangan kanan pegang alat kawalan jauh, nikmatnya. Sekarang terbayang pula kalau boleh tonton Astro guna TV Full HD, lagi nyaman rasanya.

Gua daftar Astro ni dekat Tesco Cheras tingkat 2, sekarang tengah promosi pemasangan hanya dengan RM50 je. Kebanyakan promoter mempromosikan upah pemasangan RM100, jadi sekarang boleh pergi kepada promoter yang mempromosikan upah RM50, jimat RM50 boleh buat beli stok kudap-kudap masa layan Astro nanti.  Pakej boleh pilih masa daftar nanti, oleh kerana hidup sekarang berdua dan banyak kesukaan dan pilihan yang berbeza gua amek pakej penuh dengan kos RM125 sebulan. Apa yang penting rancangan sukan gua ada, cukup la buatkan gua duduk dekat rumah malam minggu dari merayap atau melepak mamak tapi sekali sekala okay kot, kena teh secawan dua dengan kawan-kawan.









Urut RM20 untuk setengah jam

Setengah jam memang tak cukup, kalau boleh nak tambah jam. Dapat pula yang pakar urut, memang asyik la cerita dia. Dah lama tak diurut, sekali sekala diurut memang agak terkejut juga penerimaan urat-urat dalam badan. Semalam kaki agak sakit, merewang 1 hari di kenduri kahwin, dari pagi sampai senja. Memang ngam la hantar kaki pergi urut, lokasi downtown The Mines. 5 minit pertama memang gua gagah la, lepas tu memang terkulat muka menahan sakit. Memang sah, kaki gua banyak angin, bersimpul semua urat-urat kaki gua, biasa lah guakan aktif bersukan. Lepas ni nak cuba urut 1 badan pula, tengok boleh pergi tak boleh pergi, tiba-tiba badan rasa sakit-sakit pula ni. Ha ha ha...

Kemudahan yang disediakan (TV,DVD)

Minyak secukup rasa

Tukang urut yang diyakini

5 minit pertama

Berkerut sedikit

Menahan

Tidak tertahan