Memaparkan catatan dengan label PERBINCANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERBINCANGAN. Papar semua catatan

Anjing tak bersalah

Gua rasa dah surut sikit cerita pasal anjing ni, macam-macam hal. Dalam banyak-banyak majlis boleh buat kenapa la buat majlis sentuh anjing, tajuk pun dah macam menganjing. Macam kita mungkin dah faham pasal najis anjing dan apa perlu dibuat kalau bersentuhan dalam keadaan basah, ada juga yang dah faham tujuan yang dibolehkan untuk membela anjing, agama Islam pun tak kata anjing tu hina tetapi bagi mereka-mereka yang tak faham macam kanak-kanak, anak-anak kita, apa yang dilihat itu yang dibuat. Jadi gua taknak anak gua atau pun anak-anak buah atau anak-anak saudara gua pergi pegang anjing kat luar disebabkan dengan apa yang dilihat dalam majlis-majlis macam ni.

Andai kata nak buat majlis mengenai najis anjing dan cara-cara samak atau sebagainya tak perlu sampai bawak anjing tu, cukup sekadar tunjuk gambar rajah. Itu yang lebih selamat dan tak juga mendatangkan fitnah, benda mudah je tetapi masa sekarang ni benda-benda seperti ni dijadikan budaya, budaya yang lebih kebaratan. Bergambar bersama anjing, pegang secara suka-suka, bila nampak takde batasan ia boleh pengaruhi anak-anak yang belum faham soal najis anjing dan sebagainya. Bagi gua senang je, kalau nampak benda tu lebih mendatangkan keburukan baik takyah join. Banyak lagi binatang lain, kucing tu ha kesayangan nabi kan lagi mulia.

Cop-cop, ada pula yang comparekan majlis sentuh anjing ni dengan hubungan bukan muhrim berpegang tangan, masalahnya disini tiada majlis yang menganjurkan pasangan yang belum berkahwin boleh berpegangan, kalau ada dah tentu dijadikan isu juga. 



Kiri kanan gaung

Lu orang pernah alami situasi dimana lu orang seolah-olah berada di daratan yang terhad tanahnya, langkah kiri jatuh gaung langkah kanan jatuh gaung. Pilihan yang ada hanya berdiri selama mungkin di daratan itu tetapi lambat laun lu orang mati juga, dengan ketidakbanyakkan pilihan yang lu ada tu sebenarnya lu boleh pilih mana-mana pilihan yang lu nak sebabnya apa je pilihan lu semuanya 'mati'. Mati bagi lu tapi tidak pada orang lain, alang-alang mati biar mati semua, mungkin itu akan memuaskan lu dari 'mati' seorang diri. Bunyi macam kejam entri ni tapi sebenarnya situasi macam ni sering berlaku dalam kehidupan kita.


Benar atau Palsu?

Lu orang rasa la kan, gambar mana satu yang telah di edit? Ataupun salah satu gambar ini adalah camera trick? Gua musykil sebenarnya, susah nak sahkan mana satu gambar yang benar-benar asli? Kalau lu orang perasan ada kelainan pada dua gambar ni, cuba tenung betul-betul lepas tu bagitau gua jawapannya.


Gambar 1

Gambar 2

Hantu Villa Nabila

Kepada yang percaya akan terus percaya, kepada yang tidak percaya akan tidak akan percaya, kisah hantu-hantu ni macam-macam spekulasi. Ada beberapa rumusan yang gua rumuskan untuk kes Villa Nabila baru-baru ni 

1- Takde penyakit jangan cari penyakit
2- Berita belum sahih jangan gembar-gemburkan
3- Masa cuti sekolah jangan seronok sangat
4- Keluar rumah minta izin mak ayah dulu
5- Nak bercinta boleh jangan sampai datang rumah
6- Jangan reka alasan bodoh
7- Jangan cakap tak tahu kalau memang dah tau
8- Jangan malukan keluarga mak ayah
9- Biar muka tak hensem jangan perangai macam hantu
10- Menyesal lah dulu sebelum menyesal kemudian

Minyak RON97 turun

Alhamdulillah, harga minyak untuk RON97 turun 20 sen tengah malam semalam menjadi RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ni. Gua sebagai pengguna minyak RON97 untuk motorsikal gua bersyukur dengan penurunan ini, 20 sen untuk kegunaan harian mungkin tak banyak tapi sebagai bahan api memang melimpah minyak dalam tangki motor gua ni. Ini info mengenai harga minyak petrol yang gua baru tahu dan gua nak kongsikan kepada semua yang masih belum tahu, harga minyak petrol ditentukan menggunakan sistem apungan yang mana penentuaan harga dibuat setiap bulan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik berasaskan harga minyak dunia. Bergunalah info ini pada gua, berharap info ini juga berguna pada lu orang.






Lemang

Semua orang tahu lemang, dibentuk mengunakan buluh, isinya pulut, ditambah santan, harganya mahal. Jangan tak tahu di Malaysia lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi, hebat lemang ni. Selain orang bandar yang tercari-cari lemang masa musim raya, lemang ni juga merupakan makanan orang asli Negrito di Kelantan. Orang Minangkabau pun suka lemang, sampaikan kota Tebing Tinggi dikenali dengan jolokan Kota Lemang. Lemang mungkin akan pupus ditelan zaman dan akan tinggal kenangan dalam sektor makanan, sebelum ianya hilang didunia gua rasa baiklah lu orang buat rumah terbuka berjuadahkan lemang. Jangan lupa rendang dan serunding nya sekali, baru ada rasa. Ha ha ha.....


Sekurang-kurangnya gua dah pernah rasa bakar lemang sebanyak 2 kali, yang terbaru malam raya lepas. Panas dan lama menunggu, kalau buat tengah puasa alamat memang jahanam puasa gua. Lepas ni gua nak belajar cara nak buat isi lemang, mana tau boleh buat meniaga masa gua pencen nanti. He he he...



Lelaki Ini (18 SX)





Kacak, sasa, macho, putih, bergaya, sopan. Memang idaman perempuan yang perasan cantik, lebih-lebih lagi yang lebih mengutamakan rupa paras seorang lelaki. Jangan tertipu, rupa paras tak melambangkan seks seseorang itu. Mungkin lelaki itu tadi seorang yang suka bontot lelaki sahaja, perempuan yang mantap sedang-sedang pun tak dapat menganggu iman dia.


Walaupun gua tak sekacak Brad Pitt sekurang-kurangnya gua bukan gila bontot lelaki, sedikit nafsu pun tak bila tengok lelaki. Apa punya lelaki lah, elok ada kesedapan yang ditentukan boleh pula lu tukar citarasa. Apa yang lazat sangat pun gua tak tahu lah, takde beza pun.


Kepada lelaki itu, sila lah tukar selera anda. Untuk makluman, gua memang mencarut habis kat mat-mat gay. Minta jangan ada lah golongan tu dalam keluarga gua, mencarut lagi sekali.







Final Piala Malaysia - Peminat Boikot

Ada suara peminat-peminat bola sepak negeri dan negara membantah harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung pada Sabtu ini yang menemukan pasukan Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, suara bantahan dan boikot ini dilakukan kerana kenaikan harga tiket kepada RM50 yang dibuat oleh FAM. Berikut adalah antara gambar-gambar boikot dan bantahan peminat sukan bola sepak:





Mengikut harga biasa perlawanan akhir mempunyai 2 harga, terbuka RM30, tempat duduk utama (grand stand) RM50. Menurut FAM, selarasnya harga tiket RM50 dibuat kerana ada yang membeli tiket harga RM30 tetapi melompat masuk ke tempat duduk utama (grand stand) yang berharga RM50. Dengan penyelarasan harga tiket ini, FAM mengharapkan semua pihak berpuas hati. Pastinya FAM ada alasan yang tersendiri, kita tunggu dan lihat.



Perbincangan: Lelaki vs Wanita (Edisi 2)

Perbincangan kali ini sambungan dari entri INI. Merujuk kepada isu kali ini, mungkin banyak pendapat dan pandangan lu orang tentagnya. Mungkin juga ada yang terasa hati mahupun marah tentangnya, itu yang gua mahu kan. Gua mahukan pendapat, pandangan dan luahan hati lu orang.

Memang benar perkara seperti ini tidak akan selesai sampai lu orang mati, itu memang tidak di nafikan. Gua berkata begitu kerana beberapa sebab yang nyata, pertama sifat. Sudah tentu sifat wanita dan lelaki berbeza, tidak akan sama dan tidak mungkin boleh di samakan. Sifat wanita dengan sifat kewanitaannya, sifat lelaki dengan sifat kelelakiannya. Faham bukan? Sudah tentu perbezaan pendapat, jadi bila akan sependapat? Lu orang sendiri tentukan

Tinggalkan pasal sifat, berbalik kepada keriteria seorang wanita terhadap lelaki dan keriteria lelaki terhadap seorang wanita. Apa yang sebenarnya yang di mahukan? Gua merujuk kepada ungkapan seorang orang lama kepada gua, katanya "dalam dunia ni manusia ada hak untuk memilih, jadi dengan itu pilih la yang terbaik untuk diri sendiri". Itu ungkapannya kepada gua dan bila di fikirkan ianya adalah sangat benar dan sangat bagus untuk di gunakan tapi kena percaya dan terima ketentuan datang dari ALLAH S.W.T.

Bak kata manusia, dari mata turun ke hati, tak kenal maka tak cinta. Manusia punyai hak untuk memilih dan menilai seseorang yang bakal dipilih sebagai pasangannya, benar bukan? Jika ditanya apa keriteria yang dimahukan bagi memilih pasangan, sudah tentu yang baik-baik sahaja. Sedap mata memandang, baik hatinya, beriman, berilmu, hormat orang dan macam-macam lagi tapi lu sendiri tu tergolong ke dalam keriteria macam tu sedangkan lu mahukan keriteria sebegitu? Sudah tentu mahukan yang terbaik untuk diri sendiri, jangan nafikan.

Gua terkenang seketika perbualan antara kawan-kawan yang mengatakan wanita ketika ini terlalu memilih, seolah-olah kaum Hawa ini hanya memandang pada harta, kekayaan dan paras rupa seseorang lelaki itu. Benarkah kenyataan ini? Wanita ketika ini terlalu mementingkan kerjaya dari kehidupan. Benarkah kenyataan ini? Apakah yang dicari dan dilihat oleh wanita ketika ini, apa yang dicari wanita moden kini?

Perbincangan: Lelaki vs Wanita

Perbincangan kali ini mengenai isu derita Lelaki untuk cuba menyintai Wanita, nampak macam remeh tapi ini merupakan 1 beban yang berat di tanggung Lelaki. Isu ni antara isu yang paling banyak di bincangkan lelaki bujang di kedai mamak.

Semuanya merupakan keluhan si lelaki yang ingin bercinta dan memulakan cinta, keluhan di sebabkan syarat yang di kenakan ataupun prinsip seorang wanita itu sendiri. Ini yang menyebabkan beban terletak di bahu lelaki masa kini.

Contoh beban yang di hadapi dan beban yang bakal di hadapi:-

Kereta - bayaran balik hutang kereta
Rumah - bayaran bulanan rumah
Hantaran - minimum RM10,000

Antara keluhan Lelaki:-
Lelaki 1 - "Nak kuar naik kereta je, moto taknak"
Lelaki 2 - "Hantaran nak paling koman 10k, kurang taknak"
Lelaki 3 - "Memilih, nak cari yang hensem je"
Lelaki 4 - "Nak kawen kena sediakan rumah dulu, kalau tak tangguh dulu"
Lelaki 5 - "Tak stailo macam budak disko takde mane dorang nak pandang"


Rumusan Gua:
Kebanyakan wanita masa kini terlalu memilih dalam bab² cinta, mereka akan menilai segala harta² dan aset² yang si lelaki ada. Yang paling kerap gua dengar pasal kereta, wanita masa kini lebih tertarik kepada lelaki yang berkereta sahaja. Lu naik moto? Bujang sampai tua la jawapnya.

Itu 1 hal, tengok plak bentuk muka. Muka pecah memang dorang tak pandang langsung, nak cari yang muka ala² pelakon korea je. Memilih sangat pun tak boleh. Muka tak hensem tak bererti hati busuk, betul?

Lain² yang gua dengar mesti tanya lu kerja mana, agak² nama company besar & gah confirm melekat. Ada gak yang jenis hati kering tanya gaji pokok lu berapa, ini memang tahap kaki kurap ni. Jumpa wanita macam ni tak yah layan, belum apa² dah tanya gaji. Wanita mata duitan paling senang nak kesan, awas!

Lagi 1 yang biasa gua dengar, memilih pasal tempat makan. Taknak mamak atau food court² biasa, nak yang ada nama je. Jaga standard konon, pegi da. Bukan lu yang bayar pun, balik² lelaki gak yang bayar. Wanita jenis ni lu kena ajar sikit, cakap dengan dia kalau dah sambal belacan tu sambal belacan jugak, takyah nak belagak spageti. Faham?



Apa yang tercatat di atas adalah sebahagian daripada cerita-cerita/perbincangan Lelaki dalam soal Cinta dan Wanita, bagi gua tak semua wanita berperangai dan berprinsip macam tu. Jodoh di tangan ALLAH


Perbincangan: Pengkid a.k.a Tomboi (Edisi 2)

Tanpa Nama berkata...

apa yang lelaki x ade pengkid ada?

1. pesona. lelaki xada pesona.
2. belaian, perhatian , kasih sayang.
3. ro.man.tic. pengkid kaum yg sgt romantic.
4. kemas, sentiasa kemas, wangi dan pembersih.
5. berkongsi segalanya dengan org tersayang.dari kawan2 hinggalah sekecil2 perkara.
6. tak reti nak pegi melepak tepi tembok, main gitar tepi jalan, lepak kedai mamak.
7. rajin kerja, sebab aweq dia tanggungjawap dia. berusaha carik duit walau sesusah mana pun.

oh, tajuk awak tu salah,
pengkid dgn tomboi tu berlainan.
berlainan.

oh,



Ayat bewarna merah di atas adalah komen dari seorang pembaca yang tidak di kenali berkenaan entri gua yang ini. Komen yang agak baik, mungkin bagi sesetengah lelaki ia agak kasar dan menyentuh sensiviti lelaki.

Bagi gua setiap komen atau kata-kata ada baik dan ada buruknya, dari apa yang gua baca dari komen tu ia sedikit sebanyak memberi lelaki tip untuk memenangi hati perempuan. Gua tak tau dia lelaki, perempuan atau pengkid. Mengikut dari amatan gua, mungkin si pengomen mempunyai pengalamannya yang tersendiri.

Terima kasih di ucapkan kepada pengomen tersebut, sekurang-kurangnya lelaki macam gua tahu kelemahan dan kehendak perempuan. Cuma gua tertanya-tanya apakah salah maksud Pengkid bersamaan dengan Tomboi?

Mungkin lu orang ada fahaman yang tersendiri tentang 2 watak itu, bagi gua Pengkid atau Tomboi adalah sama.


*Pengkid romantik? Tapi sama ke dengan romantik si lelaki? Mungkin tidak


-Renungan untuk kita bersama, fikir-fikirkan



Klis sini EDISI 1







Perbincangan: Pengkid a.k.a Tomboi

Entri Perbincangan ini akan membincangkan isu-isu semasa di Malaysia, bagi menguraikan kesulitan pemikiran dan berkongsi pendapat-pendapat dari lu orang semua. Untuk entri ini, gua akan menyediakan beberapa soalan dan juga pendapat gua. Untuk permulaan episod entri Perbincangan ini, mari kita huraikan isu Pengkid a.k.a Tomboi.


Pendapat Gua:
Perempuan lebih suka berdamping dan bemersa dengan Pengkid selepas gagal dalam bercinta, pada pendapat gua ini di sebabkan Pengkid lebih memahami perasaan perempuan kerana naluri Pengkid dan sifatnya adalah perempuan jadi mereka tahu apa yang di perlukan oleh perempuan. Ini membuatkan perempuan lebih selesa dengan mereka, tak hairan lah mereka lebih memilih untuk bersama Pengkid walaupun terang-terang dalam ISLAM melarang dan mengharamkan hubungan sesama jantina (jenis).

Pengkid bijak mengambil hati perempuan dan memujuk, ini yang tidak dapat di lakukan oleh kebanyakan Lelaki. Walau ada yang pandai tapi masih tidak setanding dengan golongan Pengkid, ini terbukti. Cukup ke dengan adanya sifat-sifat begitu untuk menandingi Lelaki? Bagi gua golongan Pengkid ini masih tidak dapat menandingi sifat Lelaki, ini hakikatnya. Kejadian ALLAH tiada tandingan dan tiada tolok bandingnya.

Nasihat gua pada mereka (perempuan) yang setia kepada Pengkid ini, kembalilah ke pangkal jalan. Banyak keburukan dari kebaikan, percayalah. Percayalah Perempuan hanya untuk Lelaki bukan untuk Pengkid! Kepada Pengkid, semoga menemui jalan yang betul semula.

Soalan Gua:
1) Apa yang di cari seorang perempuan bersama Pengkid? Wang? Keseronokan? Kebahagian?
2) Apa yang di cari Pengkid bersama perempuan?
3) Di mana lahirnya Pengkid?


-Kongsikan pandangan anda atau mungkin anda pernah melalui pengalaman bersama Pengkid mari kita sama kongsikan.


Klik sini EDISI 2 !!!