Baru selesa nak bawak Go-Kart esok, terasa diri macam pro. Keyakinan begini penting buat gua untuk memenangi cabaran go-kart esok, ada wang tunai dengarnya. Andai menang boleh la buat belanja beli kasut bola padang pulak, he he he......
biskutMARIE LEMAU
suka suki menghibur hati (",)
Keyakinan Kaca Mata
Ya gua memang nampak segak berkaca mata, boleh sembunyikan mata gua yang tak cantik mahupun berwarna kelabu. Dengan adanya ciptaan untuk mata ni gua dapat lebih keyakinan bila melihat pemandangan tanpa disedari ramai dan sangat yakin.
Lulus
Ni yang buatkan gua suka kerja kat sini, tekanan kurang, suasana meriah, ramai Melayu, makan murah, rumah dekat, cuti senang lulus. Ha ha ha ha....
Pasal parking kereta memang gua taknak cerita la, tak kisah la parking jauh pun yang penting cuti gua dah lulus. Hi hi hi...
Aktiviti Mei
Dah lama tak beraktiviti luar, kebetulan tiada masalah rakyat yang hendak gua selesaikan jadi dengan itu gua memenuhkan aktiviti gua. Pilihanraya pun macam lambat lagi, takde la bertindih aktiviti dengan kempen. Aktiviti bulan Mei dimulakan dengan aktiviti Sapura Community Go-Kart Challenge 2012 pada 26/5/2012, bunyi aktiviti macam gah je. Ni aktiviti pejabat gua, kos kerugian RM20 je. Gua memang suka aktiviti-aktiviti kurang kos ni, ha ha.
Aktiviti seterusnya mendaki gunung Chemerong+Berembun+Lansir Dungun Terengganu, aktiviti bersama kumpulan yang diberi nama REDTOP dari Bangi Selangor. Aktiviti diadakan pada 31/5/2012 sehingga 2/6/2012, agak lama aktiviti ni. Dah lama gua tak mendaki gunung, rindu nak berkempen kat gunung. Harap-harap kekuatan dalaman masih lagi di dalam keadaan yang baik dan memberangsangkan, fuhh.

![]() |
| Kalendar bulan Mei |
![]() |
| T-Shirt untuk Go-Kart Challenger |
![]() |
| T-Shirt untuk Chemerong+Berembun+Lansir |
Burger Jiwa - Add On
Burger Jiwa selangkah kehadapan lagi dengan menu tambahan yang pasti menambat hati peminat-peminat burger, ayat gua memang hebat. Sebelum ni gua ada tunjukkan beberapa menu biasa yang luar biasa dari Burger jiwa, boleh klik BURGER JIWA. Kali ini Burger Jiwa ada membuat tambahan Chicken Meat Loaf dan juga Mustrad yang bole ditambah pada menu utama.
Permintaan untuk Chicken Meat Loaf akan dikenakan tambahan RM1.00 sahaja dan Mustard percuma (buat masa ini). Burger Jiwa juga sedang cuba membawa masuk menu-menu lain bagi memenuhi permintaan peminat-peminat burger, diharapkan dengan penambahan menu ini akan membuatkan Burger Jiwa terus maju. InsyaALLAH....
Gambar-gambar dibawah adalah contoh hidangan dengan tambahan Chicken Meat Loaf dan Mustard bersama menu-menu utama ↓↓↓

| Chicken Burger Special + Cheese + Chicken Meat Loaf + Mustard |
![]() |
| Chicken Burger + Chicken Meat Loaf + Mustard |
"Truly Different"
Gua dengan Mickey Mouse
Serius gua tak pandai naik LRT, muka ada macam ghairah sikit masa tu. Nampak ala comel je dengan baju Mickey Mouse dan muka ala riang, kan.
Masa Bowling
Selagi bujang orang cakap joli puas-puas nanti dah kahwin kaki dah kena kunci dengan bini, tu orang cakap la. Masa gua tak tahu lagi macam mana, mungkin gua boleh berjoli lagi ke kan.
Kalau ramai-ramai macam ni memang boleh runtuh bangunan batu, yang penting semua orang gembira. Mana lah tahu lepas ni dah tak boleh bersama lagi, gambar-gambar ni boleh la jadi kenangan. Entri bersama kawan-kawan ni gua label kan sebagai FAMILI
Mamak
Roti canai kalau pekena petang-petang yang dingin macam baru lepas hujan renyai memang asyik, peluh sikit sebab di bilas dengan teh O suam. Cerita tak mengalah pung pang pung pang, macam nak runtuh kedai mamak. Lagi lama bercerita lagi penuh gelas dan cawan atas meja, lepas satu, satu lagi. Ceritanya dari saat baru lahir sampai besar, tak pernah bosan walaupun dah biasa dengar.
Ceritanya hampir sama setiap hari, itu pun masih boleh tergelak besar sampai tak peduli meja sebelah. Semakin lama semakin ramai yang sampai, dari satu meja menjadi dua tiga meja. Senyum je mamak hantar pesanan, melintas mamak disebelah gua. Mak ai baunya, bau macam benda terbakar. Saatnya berlalu cepat tapi masih terbayang berjam-jam lamanya, potong selera nak bergelak. Puuiiii....

Langgan:
Catatan (Atom)