Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang - UPDATED!!

Kesabaran paling utama ↑
Siakap menjadi makanan laut wajib disini ↑
Ikan yang siap dibersihkan dipanggang beralaskan daun pisang ↑
Orang memang ramai, nak-nak malam minggu ataupun hari cuti. Buat tempahan awal kalau taknak tunggu lama, kesabaran paling utama kalau nak makan kat sini. Sape jiwa kacau ataupun baru putus cinta gua nasihatkan jangan pergi kat sini, boleh mendatangkan gangguan mental yang hebat lalu menjadikan lu orang gila.

Makanan boleh tahan, masakan semua rasa takde yang tawar ataupun tertumpah garam. Kebanyakkan makanan laut masih segar, manis-manis rasanya. Tak macam kat kedai depan umah lu orang, stok ikan sebulan lepas pastu jual harga mahal. Puas hati walaupun terpaksa menunggu lama, boleh dikatakan rata-rata yang menunggu hampir 2 jam.

Gua ada beberapa cadangan yang mungkin boleh diguna pakai oleh pihak restoran, oleh kerana pelanggan terpaksa menunggu lama, apa kata sediakan hiburan untuk pelanggan untuk mengelakkan pelanggan cepat berasa marah. Contoh macam sediakan skrin TV besar, sambil-sambil menunggu boleh layan drama ataupun bola. Takde la bosan sangat menunggu, kan? Ataupun sediakan karaoke, ini lagi best. Penat tunggu bole kena karaoke dulu selagu dua, kan?


Waktu perniagaan:- Isnin - Jumaat 5.30pm - 12.30am
- Sabtu, Ahad & Cuti Umum 5.00pm - 1.00am
Untuk Tempahan: - Ayie 017-3432908
- Along 013-3849368

Apa aktiviti gua?

Ye gua bujang lagi tapi gua dah ada 3 orang anak buah, maknanya bapak gua dah jadi atok. Mak gua jadi apa? Ye nenek, pandai pun. Berbalik pada tajuk gua tadi,'Apa aktiviti gua? '. Mungkin ramai yang memikirkan aktiviti-aktiviti & perkara-perkara yang tidak baik, gua cakap mungkin. Tanggapan sebegitu sama sekali salah, tapi kenapa?

Sebab gua tak buat pun perkara-perkara yang tidak baik, tak percaya? Gua buktikan, macammana? Gua akan ceritakan sedikit demi sedikit, perlahan bertambah perlahan, teratur makin berterabur.

Aktiviti gua lebih kepada sukan, gua pekena futsal, gua peradak gunung, gua terkejal blog, gua terkenan bola EPL. Kadang-kadang gua terkinja bercuti, laut, pulau, darat, sungai, pantai, tinggi, rendah, sejuk, suam-suam. Bila sampai tahap kesenian gua membuak-buak, gua akan curahkan kesenian gua kat kamera, gua picit sini, picit sana, edit sini, edit sana.

Aktiviti gua semuanya bermakna dan bermanfaat untuk gua kan? Orang bujang macam gua elok dijadikan suami, dan suami macam gua elok mempunyai isteri 2. Betul ke?



EKSENTRIX FT

Logo Pasukan ↑
Pemain ↑
Penjaga gol

Baru ditubuhkan dan semalam merupakan pelancaran logo dan baju perlawanan yang baru (takyah nak pelancaran sangat la), buat kat kedai makan je. Anak bujang memang suka benda yang sempoi dan santai, tak perlu nak beriya-iya sangat. Logo dan pemilihan baju pasukan dibuat oleh ahli Eksentrix FT sendiri, tak upah designer pun, jimat sikit. Tengah berjimat nak kawen ni.
Pasukan ni pasukan futsal bukan pasukan sorak mahupun pasukan boling padang, semuanya hanya tahu main bola saje sebab bola itu bulat. Takde apa yang menarik sangat yang gua nak cerita pasal benda pun masih bergetah, mungkin lepas da kuar masuk surat kabar baru menarik nak cerita panjang-panjang kan? Pasukan ni takde pengurus, takde jurulatih dan takde sponsor. Berminat jadi sponsor kami? Jangan malu-malu ok

Tugas waktu pagi, gua kan abang

Sejak bermenjak ni gua telah mendapat tugas baru di rumah setiap hari, biasalah guakan abang. Sebelum gua mandi nak pergi kerja gua kena buat tugas tu, sebelum gua siap berkemeja nak pergi kerja gua kena buat tugas tu, sebelum gua bedak muka gua nak pergi kerja gua kena buat tugas tu, sebelum gua sembur minyak wangi nak pergi kerja gua kena buat tugas tu.

Gua kena menyiapkan Puteh, gua kena mandikan dia, gua kena tunggu di berak, gua kena tunggu dia kencing, gua kena sabunkan dia, gua kena gosokan gigi dia, gua kena pakaikan dia baju, gua kena bedakkan muka dia, gua kena sikatkan rambut dia, gua kena belikan dia susu Dutch Lady Strawberi dan roti dan gua kena hantar dia pergi sekolah.

Untungnya dapat abang macam gua, gua kan abang!

Malaysia vs Pakistan - KEMASKINI

Apakah kemenangan yang dimiliki ataupun mampu meraih keputusan seri ataupun menerima kekalahan? Apa pendapat anda? Menang atau kalah? Berapa kosong?


Kemaskini ↓↓

Akhirnya terjawab sudah segala teka-teki berkenaan kesudahan perlawanan bolasepak antara Malaysia bertemu Pakistan semalam, keputusanya memihak kepada Malaysia dengan 2 gol berbalas 0. Mungkin ada yang berpendapat Malaysia harus dan boleh memenangi perlawanan dengan jumlah gol yang lebih besar? Mungkin ada juga yang mengatakan serangan pasukan Olimpik Malaysia tumpul? Apa kata lu orang?

Uban dan Tua

Sedang gua berasyikkan dengan sebatang rokok yang hampir sampai penamatnya sambil dijerubui kepulan asap putih bernakotina tiba-tiba gua terfikir dan berfikir, kenapa rambut beruban apabila tua? Kenapa tak lepas lahir? Kenapa tak lepas SPM?

Hitam Merah Pelamin

Bertemakan hitam dan merah pelamin gua berhias indah berlatarbelakangkan bunga hidup yang segar, diserikan pula dengan cahaya lilin didalam kaca membarisi perjalanan ke pelamin. Berkarpet hitam dan ditaburi kelopak bunga mawah merah membuatkan langkah makin bergaya, dipadankan pula dengan sut hitam berbilas merah didalam menyerikan lagi suasana.

Indah mimpi gua, haha (gelak puas)

Sibil Restaurant & Cafe

Makanan Arab menjadi keutamaan ↑
Perkhidmatan Wi-Fi ↑
Ruang duduk bersila boleh memuatkan 8 ke 10 orang ↑
Gaya lepak santai menjadi pilihan ↑


Restoran Arab dekat Serdang Perdana, alamat gua tak tau yang gua tau restoran ni berdekatan dengan South City Plaza atau Segi Kolej. Restoran agak nyaman & damai disebelah malan, lebih santai dan rileks. Restoran ni ada 2 jenis tempat duduk, selain duduk atas kerusi ia juga menyediakan 4 ruangan duduk bersila beralaskan karpet dan bantal untuk bersandar.


Selain makanan Arab menjadi keutamaan restoran ini juga menyediakan perkhidmatan wi-fi, syisha dan dendangan lagu-lagu Arab. Boleh try lepak restoran ni sambil usha awek-awek Arab yang pasti menyelerakan, haha.

Maybank minta kemaskini maklumat pribadi

contoh penipuan yang dibuat adalah seperti meminta kemaskini maklumat pribadi ↑

Minta perhatian kepada semua pemegang dan pemilik akaun bank, pihak bank tidak akan memberi atau meminta sebarang maklumat pribadi anda melalui emel anda. Sila ambil berat atas penipuan yang cuba dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap ini dan sila abaikan emel-emel yang diterima yang tertera nama mana-mana bank di Malaysia.

Ingat! Segala maklumat pribadi anda adalah hak anda, jangan sesekali cuba berkongsinya dengan orang yang tidak anda kenali.


tiba-tiba lak gua rase macam ahli politik, damn...


BBQ

Jangan bermain dengan api kelak membakar diri ataupun ayam ↑
Keadaan sebenar ayam sebelum menjadi kehitaman ↑
Gua yang 'terpanggang' hebat ↑
Udang yang dipanggang hebat ↑
Aktiviti sebelum memanggang ↑
Ayam juga dipanggang hebat ↑


Gua bersama rakan pejabat dengan aktiviti BBQ pada cuti Maulidur Rasul lepas, semuanya ok walaupun bukan di tepi pantai mahupun di dalam hutan.

Mentor VS Raja Lawak

Dua-dua sama lawak, pecah perut gua dibuatnya. Mentor memulakan rancangannya bermula semala (Ahad 13 Februari 2011), macam-macam hal.

"Di Hulu Langat mereka gelar saya penganti Awie, datang beribu-ribu orang tapi malu, macam ni ke nak jadi artis" Awin meluahkan pendapatnya sebelum dihalau polis bertugas


Original VS Cetak Rompak

Kenapa nak beli yang mahal kalau boleh dapat yang murah? Ini masalah yang dihadapi pemilik filem atau yang berkaitan dengannya, masalah CD/DVD/MP3 cetak rompak tidak akan selesai. Kualiti cetak rompak juga tidak mendukacitakan, murah, senang dapat. Salah siapa? Kualiti filem cetak rompak setanding dengan yang original, salah siapa? Kalau difikirkan balik, agak-agaknya dari mane sumber mereka mendapatkan filem? Yang pasti bukan rakaman terus dari panggung wayang seperti dulu, filem jelas dan terang tanpa sebarang kecacatan beserta sari kata.

Persoalan timbul bila difikirkan, adakah dalangnya dari orang perfileman itu sendir? Ada pihak yang sanggup menjual salinan asal kepada pembekal cetak rompak? Rasuah membuatkan gejala cetak rompak berleluasa? Semua ini ada kemungkinannya, ada logiknya. Pembeli tidak boleh dipersalahkan, mereka ada hak mereka, mereka ada kemahuan mereka yang tersendiri. Tepuk dada tanya selera.

Asal usul sambutan Hari Kekasih / Valentine Day

Mengingati seorang paderi yang telah mati kerana cintanya kepada seorang wanita semasa dipenjara, hmmm. Paderi? Penjara? Cinta? Haram? Sudah tentu haram sekiranya kita menyambut hari kekasih, sendiri boleh fikirkan?

P.M.S

Apa jadah la PMS ni kan, menyusahkan je. Ini perasaan gua pertama kali disuruh mengisi berhelai-helai muka surat kertas yang dipanggil PMS, Melayu kata PMS ni lebih kurang macam penilaian pencapaian individu. Tulis pasal ape kerja lu, selain dari tu ape lu buat, ape pencapaian terbesar lu dalam mase setahun dan macam-mcam lagi. Dari PMS ni lah nak tentukan rating lu, bonus lu, pangkat lu, kenaikan gaji lu dan macam-macam lagi pasal lu.

Penting jugak benda alah ni, gua ingat main suke-suke je isi. Nak isi pulak bukan boleh main suke-suke je, apa yang lu tulis mesti kena dapat kelulusan dari bos lu. Tak boleh sesuke hati puji diri sendiri je, rating pun tak bole sesuka hati lu je nak letak berapa. Fuhh, berat.

Sekarang ni gua tengah sibuk pasal PMS ni la, semua orang duk tengah isi benda alah ni, fokus gila-gila punye pasalnya nak dapat bonus. Patutla semua orang buat bersungguh-sungguh tapi orang macam gua dapat ke? Jangan ditanya, sakit hati nanti. Gua nak sambung isi PMS ni, vrrooommmm...

Energy Drink Manchester United

Original ↑
Lemonade ↑


Cool hah? Only for MU, not for Chelsea or Liverpool hahaha

Penang Village Alamanda Putrajaya

Selain di Malaysia, Penang Village juga terdapat di Indonesia. Maklumat lanjut layari http://www.penangvillage.com.my/

Penang Nasi Tomato berharga RM14.90 menjadi menu utama makan tengahari ↑

Minuman Sirap Bandung berharga RM3.90 menjadi pilihan ↑

Restoran yang penuh susun atur kaum Cina dan sedikit klasik ↑


Langkah Pertukaran Pinjaman PTPTN (3%) ke Pembiayaan Pendidikan Ujrah (1%)

Ikut langkah-langkah berikut:


1- Pergi ke laman web PTPTN (http://PTPTN.gov.my) & klik kotak/ruangan Laman Web Rasmi (seperti gamba rajah di atas). ↑

2- Seterusnya akan keluar 1 laman PTPTN - Anjung & anda akan lihat 1 kotak berwarna kuning seperti gambar rajah di atas dan klik maklumat ujrah untuk langkah seterusnya. ↑

3- Kemudian 1 laman Penukaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN akan keluar (seperti gamba rajah di atas), masukkan NO Kad Pengenalan & alamat e-mel anda untuk permohonan. ↑

4- Setelah selesai mengisi maklumat tadi, PTPTN akan menghantar 1 permohonan di alamat e-mel anda (lihat gamba rajah di atas). ↑
5- Permohonan tadi haruslah di kemaskini terlebih dahulu, segala butiran anda, ibu dan bapa harus di isi. Setelah selesai mengisi segala butiran klik teruskan, PTPTN sekali lagi akan menghantar 1 e-mel menyatakan tentang permohonan anda dan akan di proses. Segala maklumat akan di maklumkan melalui e-mel. ↑



Sebarang kesulitan boleh terus menghubungi pihak PTPTN

Kaki di Melaka






Bukan senang nak berjalan tempat orang, banyak pakai duit, tenaga & masa. Jika sampai negeri orang tak sah kalau tak mengambil gambar sebagai kenang-kenangan, tak gitu. Cuti lepas sempat menjengah Melaka Bandaraya Bersejarah sambil pekena sekeping dua gamba tepi Kelebang tatkala angin bayu membadai tubuh.

Alamat baru

Gua nak tukar alamat blog gua ni, tak kena lak guna alamat shahazril.blogspot. Gua ingat nak pakai alamat yang ada kena mengena dengan biskutmarie ataupun gua, gua tengah fikir idea. Lu ada idea? Meh kongsi sikit, kurang sket beban gua disini

Puteh dan KLCC

Jarang sekali dia dapat suapan mesra sebegini dengan abang-abangnye ↑

Sesuatu bermain dikotak fikirannya ↑


Ya pertama kali Puteh ke KLCC, selalunya Mines & Jusco Balakong je. Jadi haritu gua bawak dia pergi pekan Kolumpor pusing-pusing tempat orang kaya

Kali kedua


Gua dipuncak Gunung Nuang buat kali kedua, cerita dan gamba selebihnya kat sini. Hmmm....