Main Kotor

Minggu ni ada main-main kotor sikit, ada kumpulan ajak. Ada la dalam 15 orang kesemuanya, cukup la tu. Harap tak hujan sebab tak nak kotor sangat, nanti berat pula bila baju basah lenjun. Tak lama pun, cuma 2 hari 1 malam je. Mungkin ini je cara gua boleh cari duit lebih buat tampungan hujung-hujung bulan, mana tau boleh buat sampai jadi punca pendapatan tetap. 


Bukan semua yang suka permainan kotor macam ni, ada yang kata bahaya, ada yang kata tak ada masa, ada yang kata tak cukup kuat. Apa nak buat ni je minat gua selain futsal, kalau boleh jangan sampai jemu asyik dengar benda yang sama tapi gua berharap gua akan jemu dengan semua benda ni.


Oleh sebab kesibukan benda-benda macam ni gua tak suka bazirkan masa yang ada sebab tak nak nanti jadi isu, harap semua yang berdekatan dengan gua boleh faham. Famili gua, cinta gua, kawan gua, harap lu orang boleh faham minat gua. Cuma 1 gua nak bagitahu yang minat gua ni pun sebenarnya bukan sia-sia sebab boleh buat duit juga, tak la nanti ada yang merasakan minat ni hanya minat.


Jadi kepada orang-orang yang berdekatan dengan gua, harap dapat panjangkan doa agar segala perjalanan gua, aktiviti gua berjalan lancar.



Putu Perak

Lu orang kenal Putu Perak? Putu Perak ni sejenis makanan, kategori kuih. Sesuai di makan pada waktu pagi dan petang, pekena pulak teh O panas memang asyik. Putu Perak asal dari Perak, sekali pandang nampak macam putu biasa tetapi Putu Perak agak pejal dari putu biasa.



Inti Putu Perak adalah kelapa gula bukan gula melaka/merah macam putu biasa, saiznya juga agak besar berbanding dari putu biasa. Rasanya juga lain dari putu biasa, tak cuba tak tahu.


Nak dapatkan kuih ni boleh datang kat Kampung Gajah Perak, tempat lain di Perak gua tak pasti kat mana. Di Kuala Lumpur pun boleh dapatkan kuih ni, pergi pasar malam Sungai Besi. Kat pasar ni je setakat ni yang gua jumpa ada orang jual kuih Putu Perak. Kuih wajib cuba sebab rasanya lain dari yang lain, ewah....




Dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah - Part 2


Cuba teka apa isi dalam bungkusan plastik ni? Mula gua dapat tahu pun gua terkejut, kenapa di bungkus dalam bungkusan plastik? Ini semua hanya di Kampung Gajah, Perak. Terbaik...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ianya adalah sebungkus Nasi Lemak, hebat bukan? Hahaha




Ninja Wanita Iran - Superb woman










Wanita boleh tapi bolehkah wanita di Malaysia? Pergi shopping ye memang boleh, tepuk dada tanya selera. Kahkahkah...


Paku Payung

Berukuran lebih kurang 8 cm - 10 cm panjangnya, kegunaanya biasa untuk memaku bumbung jenis asbestos. Berfizikal teguh dan diperbuat dari besi bagi mengukuhkan lagi fizikalnya, berwarna perak berkilat menampakkannya lebih cantik. Kali ini paku payung ini telah memaku di tempat yang tidak sepatutnya, dirinya kini boleh terpaku dimana-mana sahaja. Contoh di tayar kereta, semalam paku payung telah memakukan dirinya. Nasib baik tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, setelah di baik pulih kos kerugiaan berharga RM6.00.






Kehebatan paku payung usah diragui kerana ia boleh membinasakan, seram kan? Kahkahkah



Dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah

Gua hayunkan buaian membuai diri bersama redup petang yang membawa angin meniup alam, bertemankan sepasang arnab dan kicauan burung dan kokokan ayam memecah kesunyian desa. Dalam keasyikan diri terhuyung terbuai, pandangan jelas lalu menjadi kabur fikiran melayang berterabur lantas jiwa menjadi kosong gua akhirnya terlena ditemani tidur. 


Baru 2 hari gua duduk kampung dah pandai bermadah berhelah, terlalu indah inilah jadinya.


Hamba Derhaka

Gua lu, gua lu
Hidup jangan terburu-buru
Gua lu, gua lu
Kita sama tak perlu malu
Gua lu, gua lu
Setia pada yang MAHA satu
Gua lu, gua lu
Tuhan yang ESA dalam hatiku


Khayalan dunia porak poranda
Jangan kita turut terleka
Hidup ini cuma sementara
Pasti kembali pada yang ESA


Hidup dunia mudah dibeli
Seperti masa tidak terhenti
Punca kita menjadi rugi
Badan binasa ketika mati


Sujud kebumi tanda bersyukur
Membentuk diri mengelak kufur
Mengabdi diri petanda akur
Menjadi bekalan didalam kubur



Gua lu, gua lu
Hidup jangan terburu-buru
Gua lu, gua lu
Kita sama tak perlu malu
Gua lu, gua lu
Setia pada yang MAHA satu
Gua lu, gua lu
Tuhan yang ESA dalam hatiku




Terciptalah sebuah lagu berunsur ketuhanan dari gua, gua memilih genre Hip Hop dan Rapping untuk mudah lagu ini meresap masuk kedalam jiwa muda mudi. Harapan gua lagu ini akan menjadi juara AJL pada tahun hadapan, InsyaALLAH. 




Motif

Gua cuba buat blog ni gila owesome macam berkelip-kelip je bila orang datang, kadang cuba gak nak buat ala-ala sweet penuh dengan cerita-cerita lelaki perempuan ayat bunga-bunga. Ada sampai 1 tahap tu gua bercadang nak buat blog ni jadi macam kelas sastera, penuh dengan puisi-puisi dan sajak-sajak. Alhamdulillah otak gua masih lagi waras untuk tidak melangkaui garisan ketidakwarasan, atau tidak melangkaui batas kegagahan gua.


Gua mengambil langkah untuk tidak membuatkan blog ni owesome, sweet atau penuh kesasteraan. Biarlah blog ni macam ni, cukuplah untuk lu orang tau yang gua ni seorang lelaki normal dan bukannya lelaki songsang. Akibat kekurangan sumber nak kemaskini blog, inilah jadinya. Untuk pengetahuan, filem Haywire tak best. Mengantok dan sangat perlahan