Mooj Western - Berkonsepkan lori

Tempat: Suadamai, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, Selangor Darul Ehsan (berdekatan dengan Carefour, Petronas Suadamai)
Waktu Operasi: 4.30pm - 12am *Mengikut pelanggan (Isnin - Sabtu)


Berkonsepkan atas lori, meja dan kerusi disediakan ditepi jalan, menampakkan lebih unik dan menarik untuk dicuba. Harga berpatutan, jauh lebih murah dari kedai makanan barat yang mewah dalam pusat membeli belah. Makanan boleh tahan sedap, yang menarik sos lada hitam dibuat sendiri oleh pemilik kedai, lada hitamnya lebih terasa berbanding sos dalam pasaran.




Antara menu menarik yang boleh dicuba HusinOnn Fries (kalau tak silap), kentang goreng panas yang dilimpahi sos keju yang yang mencair memang asyik dimakan terus. Boleh juga cuba Giant Sosej (kalau tak silap), sosej bersaiz jambo dan berintikan cheese didalam, memang sesuai dicuba peminat sosej.

HusinOnn Fries

Chicken Chop

Giant Sosej

Pemilik kedai cakap 'hot item' adalah Lamb Chop, mana yang datang lambat memang agak tipis nak dapat sebab stok cepat habis. Selain tu ada juga Chicken Chop, Steak dan Combo, Combo ini gabungan Lamb Chop + Chicken Chop + Steak. Ada juga menu salad, mana yang jaga makan tu boleh cuba salad ataupun boleh cuba spageti yang dimasak panas selepas di order. Boleh la datang cuba makan makanan barat ala sempoi ni, untuk percubaan pertama kali memang tidak menghampakan, gua sarankan cuba HusinOnn Fries tu, bagi gua superb!




Cakap tak serupa bikin

Gua semakin tak faham mengenai rakyat-rakyat Malaysia yang terlalu obses untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, gua bukan la memihak pada mana-mana parti politik tetapi gua seorang rakyat yang sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah untuk mengekalkan kedamaiaan dan keharmonian negara. Banyak benda yang gua rasakan tidak masuk akal untuk dibangkit sehingga ada yang sanggup nak hura-harakan keadaan dengan buat perhimpunan atau provokasi secara nyata atau maya. 

Lu orang kutuk gila-gila kerajaan semasa, itu ini lu maki, itu ini lu kata salah tapi duit kerajaan lu ambil, kerja kerajaan lu buat, sekolah kerajaan lu pergi, klinik kerajaan juga lu singgah, hospital kerajaan juga lu jenguk. Kalau lu memang gila-gila anti kerajaan semasa apa kata lu kerja swasta, pergi klinik swasta, hantar anak lu pergi sekolah swasta, bersalinkan anak lu kat hospital swasta, sila bagi kemudahan kerajaan ini kepada yang betul-betul tahu erti bersyukur. Sekian lama gua menanti dapat kerja kerajaan, gila banyak faedah, pinjaman perumahan senang, ada skim pencen, bonus setiap tahun, bonus raya dapat, anak sekolah dapat elaun.

Gua perlukan semua tu, sila tukar perkerjaan lu dengan gua, bagi BR1M lu kat gua, bagi bonus tahunan lu kat gua. Meh rasa hidup dalam semuanya swasta, orang macam lu memang elok kena campak ke negara miskin, belajar cara hidup susah dan bersyukur dengan nikmat dunia. Gua masih ingat lagi kata-kata Tun Mahathir "Jangan terlalu taksub pada politik" sebaliknya balik lah pada Islam, Bangsa dan Negara. Jangan nak sombong sangat dengan pemimpin yang lu banggakan kerana pemimpin kita adalah Rasulullah dengan membawa ajara Islam dari ALLAH. Ini peringatan kepada diri sendiri, kepada orang yang suka mengampu, kepada orang yang gilakan kuasa, kepada orang yang inginkan sesuatu, dan kepada orang yang terlalu duniawi. 



Ketika semalam

Semalam adalah hari bercuti sakit yang tiada sijil sakit, maknanya gua ambil tindakan sendiri untuk bercuti sakit. Mata merah kemerahan, untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk gua ambil keputusan untuk tidak ke pejabat. Sebelumnya gua ke klinik untuk mendapatkan kepastiaan apakah masalah sebenar, ternyata gua tidak faham akan bahasa saintisnya. Apa yang gua faham, sakitnya tidak serius dan tidak memerlukan tindakan lanjut cuma diberikan ubat titis mata, ubat sapu mata dan ubat gatal mata. Gua amalkan ubat titis mata dan ubat gatal sahaja, ubat sapu gua tak guna pun sebab macam sakit ha ha ha..




Jadi semalam gua 1 hari duduk rumah sambil menonton tv dan sambil tv menonton gua, sedar-sedar dah pukul 1 tengahari. Gua syak tidur gua terganggu sebab lapar, apa lagi yang boleh gua lakukan selain merajinkan diri untuk memasak. Tak banyak pilihan, hanya berbekalkan ilmu di dada dan sedikit idea maka terjadi lah menu makan tengahari gua semalam. Tak hebat mana, cukup lah untuk gua makan, sekurang-kurangnya gua tak kelaparan.


Hasilnya terjadilah sup sayur ditambah telur, ikan goreng seekor dan sambal cili kicap untuk pemedas rasa, Gua ni makan tak pedas rasa macam tak cukup, jadi kena pedas-pedas sikit baru ummpphh. Kenyang gua sampai ke malam, nikmat masak sendiri tu memang hebat walaupun rasa tak seberapa. Untuk pengetahuaan mata gua dah beransur pulih, merah dah kurang. Jadi pengambilan ubat dihentikan serta merta untuk mengelakkan sakit lain, gua sudah cukup bersedia bekerja untuk hari ini. Oh pejabat....


Perang Gerila

Mengikut pembacaan gua, Perang Gerila ini membawa maksud peperangan yang beroperasi dalam bilangan pejuang yang kecil. Pejuang tidak bergerak dalam kelompok yang besar sebaliknya bergerak dalam kumpulan yang kecil tanpa ada barisan hadapan yang rasmi, ia dipercayai lebih strategik dalam peperangan di dalam hutan untuk mengelak dikesan musuh dan juga memudahkan pergerakan. Dari fahaman gua pula, jenis serangan ini lebih kepada "tembak dan lari" selain melakukan serang hendap.

Seperti yang umum sedia maklum melalui berita-berita negara, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya yang di kepong di Lahad Datu oleh anggota pertahanan Malaysia supaya melancarkan serangan gerila. Mengikut sejarah, puak Sulu berpengalaman dalam peperangan gerila di Selatan Filipina sejak 1899 lagi. Situasi ini mungkin menyukarkan misi anggota pertahanan Malaysia untuk melakukan Operasi Daulat dan kemungkinan operasi ini mengambil masa yang lebih panjang, namun pengalaman Angkatan Tentera Malaysia yang juga telah mengamalkan teknik serangan gerila ketika berhadapan dengan Komunis pada tahun 1984 dan 1989 mampu melumpuhkan pergerakan dan taktik pengganas puak Sulu.

Terbukti bila semakin ramai pengganas mati semenjak Operasi Daulat di lancarkan, ini juga membuktikan teknik dan taktik anggota pertahanan Malaysia berjaya melumpuhkan serangan gerila yang di lakukan pengganas. Diharapkan peperangan yang berlaku di Lahad Datu dapat diatasi dan berakhir dengan cepat, gua mendoakan keselamatan para anggota pertahanan yang berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia. Kepada mereka yang masih belum jelas dengan apa yang berlaku dan menganggap ini 1 mainan politik silalah pilih negara lain yang anda rasa sesuai kerana anda tidak layak digelar warganegara Malaysia, negara tidak memerlukan rakyat seperti anda.


Oh Kehidupan Baru

Hari kedua masuk pejabat sebelum pukul 8, maklumlah kehidupan baru. Mati kutu tak tahu nak buat apa datang pejabat awal-awal buta, nak sarapan takde geng, nak tido takde tempat. Gua kena biasakan diri dengan keadaan ini, mungkin makan masa sikit. Kepada kawan-kawan yang datang dan terkejut tengok gua ada pagi-pagi buta tolong jangan tanya soalan "Eh Fadli, kenapa datang awal?" atau yang sama maksud dengannya kerana ia boleh mendatangkan kemarahan yang berganda.

Gua maklumkan sekali lagi, gua akan berada di pejabat sebelum pukul 8 bermula Isnin 18 Mac 2013 hingga keseterusnya, selagi gua kerja kat sini. Kepada kawan-kawan yang datang sama waktu dengan gua boleh la ajak gua bersarapan ya, boleh juga sembang-sembang. Lagi 1 perkara, sebelum terlupa selain datang awal gua juga akan balik lambat, jadi tolong jangan ajukan soalan "Eh Fadli, lambat balik harini?" atau sama maksud dengannya kerana ia juga boleh mengundang kemarahan berlipat kali ganda. Oh kehidupan baru.....



Bersekolah ganti

Memandangkan mak dan ayah ada kursus haji harini jadi gua lah yang menjadi 'pemandu' yang menghantar Puteh ke sekolah, sekolah ganti yang menggantikan cuti Raya Cina haritu. Masa menyiapkan Puteh ada benda yang tak cukup, tali pinggang untuk baju sekolah. Habis puas dia cari tak jumpa, mula lah nak nangis, muka sedih. Duduk dalam kereta pun diam, gua taknak die sedih sangat jadi gua pun diam.



Maaf la Puteh, abang tak pandai nak pujuk-pujuk ni, hi hi hi. Gua belikan dia air buat bekal ke sekolah, nak air mineral katanya. Selain tu ada bekalkan dia biskut buat makan, Puteh ni tak makan nasi sangat, biskut dan roti tu selera lah dia. Tak kahwin dengan anak raja tak tahu lah Puteh, susah nak jaga budak ni, ha ha ha.




Dalam pada masa bersedih dan merajuk tu sempat lagi pusing dan pesan nanti talipon mak pesan suruh ambil dia balik sekolah nanti, iyolah Puteh. Gua pasti nanti masa balik sekolah pasti ada aduaan mengenai kehilangan tali pinggang dia tu, orang manja dengan mak ayah memang macam tu. Apa pun belajar pandai-pandai, abang doakan Puteh berjaya 1 hari nanti.


Burger Bakar Abang Burn Jajahan Cheras Perdana

Tiba-tiba macam teringin nak makan burger bakar, kebetulan pula Burger Bakar Abang Burn baru membuka cawangan di kawasan berdekatan dengan gua. Hanya perjalanan tidak sampai 10 minit gua dah boleh menikmati burger bakar, jadi untuk makan malam ini gua menyantap burger bakar. 

Lokasi Abang Burn jajahan Cheras Perdana ni dekat medan selera Cheras Perdana, berdekatan dengan Sekolah Menengah Cheras Perdana, tak susah nak cari. Parking selesa, ada skrin tv besar memang sesuai untuk layan bola, ada juga kedai-kedai lain seperti kedai tomyam, roti canai dan air buah. Boleh cuba bagi yang belum pernah mencuba...










Kehidupan Baru

Ini cerita yang paling terbaik yang gua pernah hasilkan kerana cerita ini membongkar kehidupan gua yang baru, cerita memang menarik tetapi gua malu (tipu). Pada 8 haribulan 3 di tahun 2013 gua telah sah menjadi suami orang, dengan sekali lafaz akad nikah kehidupan baru gua bermula, Alhamdulillah majlis akad nikah gua berjalan dengan lancar dan selamat. Perasaan ketika sebelum akad nikah hanya lelaki yang sudah berkahwin sahaja tahu, yang belum berkahwin tu sila-sila lah bersedia. Dengan mengenakan sepasang baju Melayu berwarna perak bersamping 3D dan bersongkok kan kehitaman gua menghadapi majlis yang serba mendebarkan, berkadikan bakal bapak mertua (sebelum majlis) suasana menjadi semakin hangat gua rasakan. Semuanya gua hadapi dengan tenang dan cuba mengawal keadaan dan akhirnya majlis selesai tidak sampai 30 minit, segala debaran yang gua rasakan sebelumnya akhirnya menjadi satu perasaan gembira yang sukar di gambarkan. Sekarang gua bergelar SUAMI, gua tak percaya. Ha ha ha . . . . .





Bertroli





Melihat pada gambar di atas terdetik di hati untuk lebih prihatin mengenai isu longgokan troli di parkir-parkir kereta sehingga menyusahkan pengguna lain untuk memakirkan kenderaan mereka, tidak susah sebenarnya untuk kita menjadi prihatin. Cukup tanamkan dalam diri "Sudah pinjam pulangkan" dan tempatkan balik di mana ia sepatutnya berada, mudah dan menyenangkan semua pengguna. Peringatan untuk diri sendiri juga....