Memaparkan catatan dengan label ENGLISH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ENGLISH. Papar semua catatan

English - Final Exam

Dilarang membuka kertas soalan sehingga diberitahu

Isi butiran diri dengan lengkap

Tekun

Pening

Dah lama tak ambil periksa, bila dah tua-tua ni baru nak ambil periksa balik memang gementar. Rasa bergegar je 1 badan, seram sejuk dibuatnya. Untuk makluman, gua ada menghadiri kursus bahasa English yang dibuat di pejabat gua ni, cuba tengok ni English Session & Benda Baru. Setelah hampir 3 bulan menghadiri kelas, akhirnya tiba masa peperiksaan akhir. Dah macam SPM rasanya, seram...



Benda Baru

Untuk hari yang ke-2 English Course (klik link) hari ini, banyak benda baru gua belajar, cara bercakap, sebutan yang betul, loghat bahasa English di Australia & New Zealand pun gua belajar.

Australia:

1-Barbie = Barbeque (BBQ)
2-Ooroo (uuruu) = Bye

New Zealand:

1-Fush & Chupps = Fish & Chipps
2-Cuds = Kids

Lepas dari kelas tadi baru gua tau anak kangaroo di panggil JOEY dan dalam 'poket' kangaroo dewasa mempunyai 2 puting tetek untuk JOEY menyusu, cool...



English Session


English gua tak power, tahap adik-adik sekolah rendah je. Keturunan gua memang bukan dari bangsawan Amerika mahupun British, masa belajar memang tak minat nak ambil tahu tapi bila dah tua-tua ni sibuk nak belajar English education. Nak gua suka dan rela pergi ambil kelas English memang tak, kebetulan di pejabat gua ada buat English Session untuk orang-orang macam gua yang nak menambah baik pertuturan dan tulisan dalam English.

Kelas pertama bermula hari ini, 1 sesi 2 jam, seminggu 2 kali selama 12 minggu baru boleh dapat sijil. Sijil yang membuatkan gua tabah nak pergi kelas English ni, untuk masa depan. Nanti kalau anak-anak tanya tak la segan sangat kalau dah ada sijil, untuk hari pertama semuanya dalam keadaan yang baik. Gua enjoy dan terasa semakin hebat, haha...

Bahasa Inggeris sangat

Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung, hebat. Hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri, hebat. Di mana tak tumpahnya kuah kalau tak makan betul-betul ye tak? Hebat.

Sebelum gua lebih merapu dengan peribahasa yang langsung tak kena, baik lu orang layan gamba yang gua amek dengan tangan kanan gua. Tangan kiri gua tak berapa nak 'function' sangat, tapi kalu nak 'try' 'back hand' gua sila lah.



perhatikan perkataan 'SEKENHEND', serabut tul

INTERNET CAF, bukan sepatutnya INTERNET CAFE? ↑


*Belagak sombong ini lah jadinya, kamus kan ade. Malu? Boleh jalan la....