Memaparkan catatan dengan label WEDDING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WEDDING. Papar semua catatan
Pameran Pengantin Januari 2012 (Iklan Murah)
Acara: Pameran Pengantin
Lokasi: Ampang Point
Tarikh: 6 Januari - 8 Januari 2012
Masa: Tunggu Ampang Point buka dan sampai Ampang Point tutup
Gua sedang mempromosikan perniagaan kawan gua sempena pembukaan tapak di pameran pengantin tu, sesiapa yang berminat nak ada video semasa persandingan boleh lah berjumpa mereka. Dengar boleh dapat hadiah lumayan seperti Blacberry, rebet sehingga RM500 dan ada juga hadiah misteri, ini semua hanya di Pameran Pengantin di Ampang Point.
LHMEDIATV tidak asing lagi dalam dunia video untuk perkahwinan, jadi tak perlu ragu-ragu. Kalau nak kan kepastian boleh cuba lihat hasil mereka di YOUTUBE, taip je LHMEDIATV, antara yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka adalah seperti Nabil Rajalawak dan ramai lagi.
Bulan Kahwin
Hujung minggu gua penuh dengan aktiviti tidak sihat, aktiviti yang banyak kolestrol. Setiap minggu ada saja majlis kahwin, dari awal bulan hingga akhir bulan. Nasi minyak oh nasi minyak, ayam masak merah, kari daging & rendang tok memang tak lari dari hidangan wajib selain air sirap yang ternyata merah dengan kemanisannya.
Tahniah gua ucapkan pada kawan-kawan yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan ini, dengan harapan berkekalan hendaknya hingga ke anak cucu. Pada yang dah kahwin, kurang-kurangkan lah kolestrol dalam badan. Banyakanlah senaman, amalkan gaya hidup sihat haha....
Tahniah gua ucapkan pada kawan-kawan yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan ini, dengan harapan berkekalan hendaknya hingga ke anak cucu. Pada yang dah kahwin, kurang-kurangkan lah kolestrol dalam badan. Banyakanlah senaman, amalkan gaya hidup sihat haha....
Reka Bentuk Kad Jemputan Kahwin Alaf Baru
Macam-macam reka bentuk kad kahwin gua dah pernah tengok dan nampak kat mana-mana, semakin hari semakin pelik dan semakin kreatif reka bentuknya. Semuanya mempunyai kreativiti masing-masing, kalau dulu ikut reka bentuk yang di sediakan pembekal tapi kini reka bentuk sendiri untuk kepuasan diri. Contoh seperti kad kahwin Zed Zaidi yang mirip muka depan Facebook, ada juga yang gua pernah nampak kad kahwin dalam bentuk gulungan seperti surat watikah dalam cerita pendekar. Paling baru, kad kahwin bereka bentuk tiket kapal terbang.

Gua tengah memikirkan apa reka bentuk yang akan gua gunakan untuk kad kahwin gua nanti, adakah berupa cek, resit pembelian, nanti la gua fikirkan.
Suami orang
Semakin sikit golongan bujang baya-baya gua, ini memungkinkan Persatuan Bujang Kampung Lubuk di bubarkan kerana tidak cukup korum. Ini 1 malapetaka, gua selaku pengerusi akan hilang takhta dan kepercayaan. Situasi amat tegang ketika ini, jangan cube desak gua dengan soalan-soalan tentang persatuaan ni sehingga mesyuarat tergempar di adakan dalam mase terdekat ni. Sekian
*Selamat Pengantin Baru, Omar & Mimi
Berkat, Selamat
Pada 2 Oktober 2010 merupakan hari pertunangan member gua 1 opis lain department yang agak montel, dengan bertemakan warna purple yang memungkinkan beliau nampak lebih kecil dari size asal. Apa-apa pun gua mengucapkan Selamat Bertunang buat Ani dan pasangannya Zahar (nama gua men petik je ni). Hantaran gua tak pasti, tapi gua syak dalam 10k. Rate terbaru masa kini, bak kata makcik² kat opis. Semoga bahagia ke jinjang pelamin tak kira berapa hantaran dan dulang, amin.......
-tiba-tiba gua terfikir masa depan, seronok......
Wedding (Edisi Sebelah Pompuan)
7/6/2009
Hari besar abang aku, menjadi raje sehari-betul² mcm raje ko erk? korang tengok la ape baju yg die pakai
↓ Majlis Persandingan ↓
↓ Selepas Akad Nikah ↓
upload sikit² sudah, bnyk² nnt terliur lak korang nak kawen cepat! ucapan aku kat bro aku ni- Selamat pengantin baru, semoge kekal ke akhir hayat!!
Langgan:
Catatan (Atom)