Sejiwa

lagu Sejiwa nyanyian kumpulan Spring membuatkan gua berderau darah, berdiri segala bulu gua bila mendengar atau mendendangkan lagu tu- cukup sampai disini tentang membuka pekong didada sendiri, gua taknak crite lebih² nanti nampak tak rock- hilang macho nanti

Harapan tinggal harapan...

pencarian gua selame 3 hari berturut sejak dari petang Jumaat masih lagi menemui jalan buntu, nampak gayanye macam harapan sudah tiada lagi- dengan bantuan orang Kg Lubuk pun masih lagi tidak membawa berita gembire, masih lagi gagal- terpakse la gua beli selipar baru, selipar yang lame gua ucapkan selamat tinggal- lu tetap dalam kenangan gua, gua sebak.....



Tragedi Jumaat

ape jenis manusia pun gua tak tau la, agak² la nak buat keje bodoh pun- kenape kat masjid dan kenape selipar gua lu rembat- lu tau tak jalan tar tu panas, nasib baik gua nek moto- kalu tak mau melecur kaki gua nak menyampaikan ke rumah- kenape selipar buruk gua yang lu rembat, banyak lagi selipar yang cantik² kat depan tu- lu betul xder hati perut la, nasib hati gua kental tadi- kalu tau mau meleleh jugak air mata ni- ni pun gua da rase sebak dah ni-

gua ingat lepas ni nak umpan si penyangak selipar tu- gua akan masukkan selipar yg paling mahal dalam sangkar tikus, pasti mengena punye-

Seorang Insan

indahnya saat dapat bersama dengan orang yang kita sayang & cinta disuatu tempat yang di impikan- terasa hanya hidup berdua di dalam dunia, semuanya indah- segalanya serba bahagia, tiada kecewa- tiada lagi kata yang ingin diucapkan saat itu hanya la ungkapan cinta & sayang tiada berbelah bagi-



tapi...



itu semua hanyalah impian seseorang, impiannya hanya lah bahagia dan membahagiakan- pengakhirannya sangat tidak dirancang, kecewa yang mendatang- hancur segala janji² dan sumpah taat setia, hati meretak menunggu hancur- airmata tidak terkira lelehnya membasah pipi, perasaannya tidak terkira rasa kecewa- musnah impian selama perkenalan, janji dimungkiran menyakitkan hati- perancangan semuanya dusta, kata pembunuh jiwa- tiada lagi penyembuh disaat duka, tiada lagi tawa saat gembira- kini hanya keseorangan, menjalani hidup tiada daya- tiada lagi hidup dalam dirinya, runtuhnya kekuatan hati selama ini-



ingat...



pahit bukan selamanya, pasti manis menanti diambil- bangun dari rebah, kuatkan kaki berdiri- belakang bukan lagi tempat untuk disinggah, saat indah menanti di depan- kegagalan untuk dipelajari bukan untuk disesali, kelak menghancurkan diri- bahagia pasti ada pada yang derita, perit pasti ada pada yang gembira- kecewa kita di bawah pasti bahagia kita di atas, indahnya dunia- penuh warna² kegembiraan, menanti insannya yang tabah- bahagia menanti mu......







Panas! (Bahagian ||)

gua tak sangka gua dapat laksanakan jugak bende yang pertama kali dalam hidup gua pada Sabtu lalu- sesuatu yang bermakne bagi gua diawal tahun baru ni, 1 sejarah telah berlaku- akan gua semadikan dalam cerita gua untuk anak² gua nanti, pasti anak² gua nanti bangga dapat ayah mcm gua-

Sabtu lalu menjadi sejarah dalam hidup gua kerana, itulah kali pertama gua jejakkan kaki di IKEA- sebelum ni dengar cerite jer, tapi Sabtu aritu gua pegi sane- bangga nye gua!


selain tu:-
-gua jumpa Siti dengan datuk K kat Starbucks Pavillion
-gua jumpe Michele (ejaan xtau betul ke tak) Melodi
-gua jumpe Sheri kat The Curve





Panas!

esok bakal menjadi sejarah dalam hidup gua, inilah kali pertama bukan saje dalam tahun 2010 tapi sepanjang hidup gua inilah yang pertama kalinya- lu orang mesti tak percaye ape yang gua katekan ni, tapi ni lah kenyataannye-

bukan gua nak berkhatan sekali lagi, mahupun memanjat gunung Kinabalu- ape² pun nantikan entri gua selepas ni, nak crite skunk ni macam tak seronok- sesuatu akan menjadi sejarah dalam hidup gua-

jeng...jeng...jeng........


Punggung Besau?

lu orang berpunggung besar? kalau ya, lu orang kena bangga beb- menurut kajian, wanita berpunggung & peha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis- bukan saja mengiurkan tapi jugak kurang berisiko menghidapi penyakit- dengan ini ciri² wanita idaman gua bertukar serta merta-



lagi berita kat SINI



Indahnya Merah

bosan melanda gua harini, blackout, takde keje dan sebagainye- ini lah hasil dari kebosanan gua harini, untuk tatapan lu orang dan bukan untuk santapan, gua mempersembahkan.....



2009

diam, tengok je gamba ni- jangan tengok lame-lame plak lagi² yang berperasaan kat lelaki, gua bukan gay- untuk awek² yang nak request gamba gua bole bagitau, nanti gua pos- awek² je, yang len² jgn nak memandai plak




Dilema

gua dalam dilema, hidup gua buat masa ni ibarat berdiri die sebuah sampan kecil- tunggu masa hendak jatuh, gua memerlukan sebuah sampan yang lebih besar ataupun kapal yang lebih stabil untuk gua berdiri ataupun berlari- gua takut kalau² gua terjatuh, hidup gua tengah terumbang ambing, bergelora-



kontrak gua dah nak tamat, tak ada tanda² yang positif setakat ni- gua dah cuak ni, tinggal lagi sebulan lebih je lagi sebelum kontrak gua tamat- kunyah tanah la kalau gua ditamatkan kontrak, Lucy gua nak makan apa nanti? gua gelisah, resah, kesah- gua tak macho skunk ni, tak bole nak macho sangat kalau kontrak ditamatkan



inilah Lucy gua, cantik tak?

Jarum Halus

lu orang mesti tahukan pasal kontroversi kegunaan "ALLAH" yang sedang hangat di Malaysia hari ni- ada yang setuju ada yang bangkang tentang isu ini, apa pendapat lu orang pasal ni? bagi gua kegunaan "ALLAH" yang dibolehkan untuk agama lain boleh di ibaratkan macam jarum halus yang di masukkan ke dalam sebiji telur-

memang di bolehkan kegunaan "ALLAH" untuk agama lain selagi tidak disalahgunakan untuk tujuan menghina, tapi cuba bayangkan akibatnya di kemudian hari jika kegunaan "ALLAH" digunakan di gereja²- ia boleh menimbulkan keraguan dan kekeliruan pada umat Islam akan datang, contoh kepada anak² atau adik² kita nanti- bagi mereka yang baru mahu mengenal Islam akan mudah terpedaya dengan kegunaan ini, akan mudah terkeliru dengan kegunaan ini- ini akan lebih terarah kepada murtadnya lebih ramai umat Islam di sini!

nak ke anak kita nanti sembahyang di gereja kerana disitu juga ada "ALLAH", walaupun sebenarnya itu bukanlah ALLAH yang sepatutnya kita sembah- ini mungkin terjadi sekiranya kegunaan "ALLAH" di bolehkan untuk agama lain, ini yang gua maksudkan jarum halus dalam telur- kita tak nampak tapi akibatnya sangatlah teruk! Wallahua'lam-




Azam

gua malas nak becerite harini, sebabnye gua mengesyaki lu orang mesti da bosan dengan janji² gua pasal nak muat naik gamba Lucy- bukan gua taknak muat naik gamba Lucy, cumenye usb takde- esok kalu kakak opis gua ni bawak usb gua upload gamba Lucy, tu la masalah gua selame ni- azam pertama tahun baru ni, gua nak beli usb cap ayam berpeleseran- pasti settel segale permasalahan yang bakal melanda di tahun baru ni, yeah...! (gua ber-semangat kembali, gaya gedik tahun baru)