Topi keledar baru

Sejak gua bermotor dah banyak kali topi keledar gua hilang, baru-baru ni hilang lagi. Redha je walaupun sakit hati bila kenang, sikit-sikit tu rasa mencarut gak tapi nak buat macam mana. Hilang pula kat rumah, heran gua. 



Modal RM38 dapat topi keledar baru, berat je nak beli. Harga setelah dirunding dapatlah RM36, 2 ringgit duit raya katanya. 2 hari dah gua bertopi baru ke tempat kerja, nampak macam kacak. 



Tunjuk buah dada tanda protes

Macam-macam cara tanda protes, di Ukrine 4 aktivis pertubuhan wanita FEMEN kena tangkap kerana tunjuk BUAH DADA tanda protes terhadap lawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah Michel Platini ke sana.


Gambar dari Kosmo Online

FEMEN sebenarnya menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif untuk melaksanakan program mendidik peminat bola sepak yang ke Ukraine tentang kesan buruk perlancongan seks dan keburukannya. FEMEN juga mendakwa Presiden Ukraine tidak membuat apa-apa tentang program yang dijalankan. Michel Paltini ke Ukraine untuk membuat pemeriksaan tentang persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama Poland untuk kejohanan Euro 2012.

Kalau kat Malaysia jadi macam ni tak tahu la ape jadi, dasyat gila perempuan ni. Pesanan gua, kalau ya pun nak protes gunakan lah cara yang betul. Tak perlu buat kecoh tak tentu pasal, contoh macam perhimpunan BERSIH 2.0 dulu. Niat kita betul tapi cara kita salah, fikir-fikir la ya.


Happy Birthday Mummy - 23 September

Sudah 53 tahun, tak berapa lama lagi nak pencen. Umur dah meningkat tapi mak gua masih lagi cun, gagah dan slim. Selamat Hari Lahir gua ucapkan walaupun hari tu dah ucapkan tapi gua nak ucap lagi bagi lu orang semua nampak kasih sayang gua terhadap mak gua. Bole? 


Kek takda, ganti dengan makan malam. Gua, lolipop (gua punya), Uda (adik gua), Puteh (adik gua), Iwan (sepupu), Ali Anui (bapak gua), Atok dan Salmah (mak gua) makan malam di Village View, Bangi. Makanan kurang memuaskan, potong mood betul. Semua berjalan dengan lancar, Atok gua paling gembira sebab hajat dia nak pakai baju raya dan bergambar tercapai, untuk pengetahuaan atok yang gua maksdukan ni adalah perempuan bukan lelaki.


1 meja panjang

Mak & Bapak gua

Atok gua


Comel tak Atok gua? Umur dia da 90++, alhamdulillah sihat lagi. 



Village View, Bangi






Siakap 3 rasa

Sotong Goreng Tepung

Tomyam Seafood

Telur Dadar

Udang Goreng Tepung

Kailan Goreng

Kangkung Goreng

Mungkin ramai yang dah tahu pasal restoran ni, bagi gua restoran ni biasa sahaja. Makanan memang tak capai piawaian gua, semua makanan yang gua order ada yang tak lengkap. Contoh macam telur dadar, garam tak hancur lepas tu hangit (lihat gambar). Masin semasin masinnya, sayur pula gua minta pedas tapi tak pedas langsung. Rasa pun biasa-biasa je, macam ada yang kurang. Tomyam nampak menarik tetapi rasa kurang, pedasnya tiada. Harap masam dan manis, memang lari dari rasa tomyam sebenar. Ikan siakap kalau tengok memang macam syurga, kalau perasan sirip tepi ikan dan bawah ikan tidak dibuang dengan betul (lihat gambar). 

Sebenarnya, dari apa yang gua dengar dari orang ramai, restoran ini menyediakan makanan yang sedap tapi itu mungkin dulu atau mungkin juga tukang masak yang lama dah berhenti kerja. Jadi kepada pemilik restoran sila la pantau kalau nak menjaga pelanggan, servis lambat takpe janji makanan puas hati. Bagi gua, pemandangan memang menarik, parking pun banyak. Memang dah stail da, cuma makanan tu kena pantau. Harap-harap pelanggan lain tak kena macam gua. Apa-apa pun restoran yang masih terbaik dalam hati gua masih lagi ARENA SEAFOOD HULU LANGAT




Kerja VS Maxis

Sejak 2 menjak ni gua sedikit sibuk dengan urusan kerja, ditambah pula dengan kena cover kerja kawan sepejabat yang sedang cuti bersalin. Job scope tu bertambah sikit, nak pulak ada 1 projek baru nak lancar. Meeting sana meeting sini, ada team building pula lagi. Terkejar-kejar


Gua baru je lepas habis 1 team building berkenaan projek baru tu, nasib baik setengahari je ditambah dengan makanan yang memang sedap. Masa pendaftaran makan,  pukul 10:30 tea break, pukul 1:00 makan tengahari. Memang tak sempat lapar, puas hati. Kalau hari-hari ada team building macam ni memang gua secara suka dan rela akan sertai.


Tutup cerita pasal kerja yang memenatkan, ni gua nak cerita pasal talian talipon & broadband Maxis. Untuk pengetahuaan gua dah swap talian & broadband dari Maxis ke Digi, sebelum talian gua di-swap, broadband Maxis telah pun dipotong terlebih dahulu dan pembayaran bil Maxis telah dilakukan sebanyak RM400++ di Pusat Maxis KLCC. Untuk pengetahuan, pembayaran bil Maxis tidak pernah tertunda. 


Selepas seminggu (lebih kurang) memakai talian Digi, Maxis telah menghantar 1 pesanan ringkas menyatakan ada lagi tunggakan bil dan sehingga semalam jumlah tunggakan adalah sebanyak RM300++. Jumlah tunggakan adalah tidak sampai sebulan gua memakai talian Digi, gua merasakan ada sesuatu yang tidak kena kena Maxis.


Gua dah tanya di salah satu agen Maxis di Jusco Taman Maluri, mereka hanya boleh bagitau jumlah tertunggak dan tarikh dari bila ke bila sahaja. Mengapa & kenapa mereka tak boleh nak jawap sebab detail hanya boleh diketahui di Pusat Maxis. Oleh sebab-sebab macam ni lah gua swap talian, ramai yang merungut bila pakai talian Maxis antaranya gua. 



iMBobo

Seorang lagi blogger yang gua nak perkenalkan, entri-entri dia semua fakta bukan auta. Dia juga suka promosi blogger-blogger lain termasuk gua pun dia promosi, bagus kalau diketengahkan. Lu orang nak tau lebih boleh tanya dia sendiri di iMBobo atau klik gambar bawah ni.





Bolasepak Kelayakan Pra Olimpik: Jepun (2) vs Malaysia (0)

Tewasnya Harimau Malaya di bumi matahari terbit, Jepun. Rata-ratanya semua telah menjangkakan kekalahan ini, mungkin juga ada yang tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain-pemain negara. 


Pada pandangan gua, corak yang ditunjukkan para pemain amat teruk yang pernah ditunjukkan, pemain seperti takut untuk bermain dan malu-malu membuat hantaran. Hantaran kepada kawan juga lemah, tidak tepat selain tidak sampai kepada pemain. 


Pemainan di bahagian tengah juga seperti hilang arah selain kelam kabut untuk mara ke pintu gol Jepun, ini membuatkan permainan Malaysia hambar dan tidak bermaya. Ini mungkin kerana pemain terlalu gugup dan berhati-hati untuk bermain dengan pasukan handalan dunia seperti Jepun.


Pertahanan Malaysia juga goyah mempertahankan kubu dengan larian-larian pantas Jepun selain kelam kabut didepan pintu gol sendiri. Perangkap offside juga gagal dilakukan dengan baik, sekiranya perangkap offside dapat dilakukan pasti akan menumpulkan ketajaman pemain-pemain Jepun yang ghairah mencari gol.


Pujian harus diberikan kepada penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi @ Apek kerana berjaya menjaga gawang dengan baik dan cemerlang meskipun dibolosi 2 jaringan gol. Meskipun serangan bertubi-tubi skuad hadapan Jepun dengan cubaan-cubaan merbahaya dihadapan gol, namun ianya dapat dipatahkan dengan ketangkasan dan kecermelangan Apek.

Permainan dengan Jepun harus dikaji untuk mencari kelemahan-kelemahan pemain dan corak permainan, mungkin juga corak permainan Jepun boleh diterapkan dalam permainan Malaysia. Larian-larian pantas, hantaran 1-2, lorongan-lorongan tepat dan semangat yang kental.


Permainan sudah tamat, kesudahannya Malaysia tewas 0 - 2.


Hari Bebas Kereta Sedunia

Lu orang tau akan kewujudan Hari Bebas Kereta Sedunia? Lu orang tau bila tarikh Hari Bebas Kereta Sedunia? Lu orang tau apa program yang berlaku pada Hari Bebas Kereta Sedunia di Malaysia? Ini semua soalan berbalik, gua pun baru je tau pasal Hari Bebas Kereta Sedunia. Mari gua kongsikan apa yang gua tau dan faham.


Hari Bebas Kereta Sedunia diadakan setiap 22 September, di Malaysia sambutan ini dijayakan Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) dengan mengedarkan150,000 keping kupon LRT dan Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. Kupon mula diagihkan bermula semalam dan akan berakhir 22 September 2012, memang menakjubkan.


Hari Bebas Kereta Sedunia ini diadakan dengan tujuan mengurangkan karbon yang dihasilkan dari kenderaan persendirian selain menggalakkan pengguna menggunakan kenderaan awam. Kalau dikaji memang banyak kebaikannya, dapat megurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan pencemaran udara, penjimatan masa, penjimatan tenaga dan macam-macam lagi.


Persoalannya bolehlah kita menjayakannya untuk sehari? Boleh, Malaysia Boleh! 



Neraka Rabu

Hari Rabu yang kurang berdisplin, inilah hari paling tak berjaya dalam kerjaya. Tidur Selasa malam agak lewat, main futsal 2 jam. Badan agak penat, air kurang dalam badan. Letak je kepala mata terus hanyut, hanyut sampai 9.00 pagi. Memang neraka kalau masuk kerja lambat, kerja banyak tapi sekarang dah siap. Kena pindah tempat, dari tingkat 8 ke tingkat 9. Gua penat tu pasal entri gua pun macam penat, tak guna!


Siapa boleh ceriakan gua?



Sutera Kasih

Lu nak tau lu sendiri klik link di bawah tapi sebelum tu lu kenal tak gua ni siapa?



Impian

1-Kahwin
2-Handphone 
3-Sportrim
4-Rumah
5-Motor berkuasa tinggi
6-Tambah berat badan
7-Berhenti merokok


Impian no 6 & 7 paling susah nak capai, nawaitu memang ada. No 7 tu memang serius susah nak capai, mungkin lepas gua kahwin barangkali (bukan janji). Impian no 6, bukan takda usaha. Macam-macam gua makan, kadang-kadang tu gua tak kunyah pun terus telan je. Sehari 3-4 kali gua sumbat nasi, kadang-kadang tu gua sumbat beras terus.


Lepas puasa haritu berat gua hilang 3 kilo, gua cari balik tapi tak jumpa. Sampai sekarang berat gua berjumlah 47 kilo, apa neraka. Ada yang suruh gua mencuba minuman protein, harga gila mahal mana gua berniat nak membeli macam tu. Gua gantikan dengan milo, habis sesenduk milo gua campur buat macam minum protein tapi macam ni juga tiada perubahan. Malas nak fikir la yang penting ada orang nak kahwin dengan gua, yes.


Impian 1-4 gua dapat merasakan gua akan dapat capai, cepat lambat tu gua tak tau. Rasa tak sabar pun ada, malas gua nak bermain dengan perasaan best ni nanti 1 kerja pun tak siap. Andai kata gua tak dapat berhenti merokok, gua berharap dapat merokok dekat balkoni rumah pun cukup la. Janganlah benci gua, yes.





Happy Birthday To Me - 14 September

Tuah ayam nampak dikaki, bertuahnya manusia siapa yang tahu. Terima kasih Lolipop diatas pemberian sebakul bunga, belanja makan malam dan seketul lappy, bertuah kan gua?

Gua memang tak pandai potong kek

Acara membuka hadiah

Farah turut memeriahkan lagi makan malam

Malam yang tak dapat gua lupakan dalam hidup gua, Lolipop memang pandai buat gua terkejut. Terima kasih banyak-banyak atas segala-galanya, Love You...


Bunga & Kelahiran

Gua bukanlah seorang mat bunga mahupun mat taman, gua adalah seorang belia yang normal dengan berkeinginan untuk berkahwin. Dalam pejam celik gua dah semakin berumur, matang barangkali. Pendekkan cerita, gua dapat bunga. Terima kasih Lolipop - malu





Blogger MasterChef Yang Pertama

Gua memang layak untuk diiktiraf sebagai Blogger MasterChef yang pertama sebab gua mempunyai resepi istemewa yang gua pelajari dari mak gua, ini bukan cakap kosong punya. Gua pernah post entri mengenai resepi rahsia iaitu Nasi Goreng Bujang (klik link), rasanya memang sedap hingga menjilat kuali. Pasti ramai yang terliur melihat gambar di entri tu, baru lihat dah terliur belum lagi cuba merasakan keenakanya.

Gua juga arif tentang BBQ, segala rempah ratus dan adunan gua cipta sendiri. Rasa yang pasti tidak dapat dimana-mana restoran berhampiran. Rasa sekali pasti suruh gua bukak kedai, percayalah. Lihat saja gambar yang terdapat dalam entri ini, BBQ (klik link). Pastikan air liur anda tidak menitik semasa melihat gambar-gambar itu, terbaik!

Bukan setakat Nasi Goreng & BBQ saja, resepi untuk lemang juga ada dalam simpanan rahsia gua. Sudah pastinya ianya resepi yang terbaik, dibawa khas dari kampung. Ini yang membuatkan lemang gua lain daripada yang lain, sila lihat entri ini Lemang Kampung (klik link). Andai tidak penuh kesabaran pasti lemang menjadi arang, hanya orang-orang seperti MasterChef Fadli saja yang mampu membuat lemang sebagus di pasaran.

Menu rahsia paling menarik minat pembaca setakat ini adalah Sambal Tumis Telur Puyuh (klik link), pastinya gua dinobatkan sebagai Blogger MasterChef sekiranya pengadil pertandingan merasai sendiri keenakan serta kelainan rasa sambal tumis ini. Tunggukan saja pengumumanya nanti, ini bukan cerita kosong.

Pemenangnya adalah........... Mohd Fadli..... hahaha

--------------------------------------------------------------------------------
MasterChef Information:

- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Background Information on MasterChef – MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!


Ulang Tahun Kelahiran




Thanks to friends & family for the wishes, I Love You guys. Thank you!



Berwajah baru

Gua mencari website yang boleh membantu gua untuk mencari layout baru untuk blog gua ni, selain tu gua juga bercadang nak tukar header. Lu orang tau tak mana-mana website yang boleh gua rujuk? Saje nak cari mood baru, kasi lebih bersemangat lagi. Header & layout ni pun biasa dan dah lama gua guna, boring.



Rumah Terbuka 11/9/2011

Rumah Pertama


Menu utama Nasi Dagang Spesial Kelantan,gua memang tak berapa nak pandai makan Nasi Dagang ni. Ini kira percubaan pertama, gua pun tak tau nak makan dengan apa. Apa yang ada atas meja tu gua letak je, untuk percubaan yang pertama makan Nasi Dagang gua makan sikit je sebab takut tekak tak boleh terima. Menu sampingan ada kek, tart telur & kuih raya.








Rumah Kedua


Menu utama Laksa, gua tak tanya pulak laksa mana. Gua dah kenyang jadi gua jamah tembikai dan beberapa cawan teh-o panas, berjabat tangan dengan kawan-kawan erat silahturahim yang menjadi keutamaan dari makan. Menu sampingan ada Nasi Goreng & kuih raya.






Rasa Food Court KLCC

Hujung minggu gua yang penuh:

1- Rumah terbuka - Cheras & Balakong
2- Cari hadiah - iSetan KLCC
3- Bercinta - KLCC
4- Beli jam (temankan je) - Swatch KLCC
5- Makan malam - Rasa Food Court KLCC


- Menu wajib kalau makan di Rasa KLCC tak lain tak bukan, Bihun Kari + Wantan goreng. Memang wajib, gua pun tak paham kenapa. Bihun Kari dia memang boleh tahan sedap, penuh dengan isi. Gerai No 7 Noodles, selain Bihun Kari terdapat juga Wantan Mee, Bihun/Mee Sup dan lain-lain.

Wantan Mee - Lolipop

Bihun Curry - Mine






In-House Training: Finance for Non-Finance Professional

Bukan main panjang lagi nama training yang gua kena pergi Isnin minggu depan ni, gua dah janji dengan diri sendiri yang gua akan hadir setiap kursus atau latihan yang pejabat gua buat. Semuanya untuk masa depan gua, gua nak simpan semua sijil-sijil kursus dan latihan yang dibagi. Gua dah hadir kursus Exel tahap pertengahan, kursus dan latihan English tahap pertengahan dan atas, latihan sistem SAP versi terbaru.




Terbaru kursus dan latihan Finance, dapat sijil kalau lengkap 90% kedatangan. Dijalankan selama 2 hari di Palm Garden Hotel Putrajaya, pasti makan sedap. Ketiadaan gua selama 2 hari dipejabat membuatkan laman blog ini sunyi, jangan rindu gua lebih-lebih. 



Barang baik

Barang baik, baru je dapat. Barang panas lagi, kat mana-mana pun tak jual. Cari la kat mana-mana pun pasti tak jumpa, percaya lah. Kalau ada yang nak beli pun gua taknak jual, nilainya bukan dengan wang ringgit. Lebih kurang macam maruah diri, sama dengan la. 



Pas kerja gua yang terbaru, hebat bukan? Kacak bukan? Gua akan menjaga pas kerja ni macam gua jaga maruah diri gua, ya. Kena denda kalau rosak atau hilang, kos kerugian macam tu. Gua akan pastikan pas ni dalam keadaan baik sepanjang masa, lebih-lebih lagi bahagian muka gua tu.



TGV Birthday Suprise! Thanks

Salam September, bulan kelahiran gua. Tarikh keramat tu hampir tiba, sikit je lagi. Sempena hari kelahiran gua ni, Nuffnang dan TGV telah memberi kejutan dengan memberi 4 pas wayang. Teruja rasa pun ada, jarang nak dapat kejutan dan peluang macam ni.


Terima kasih Nuffnang dan TGV kerana kejutan ni, cumanya sekarang gua tengah fikir nak tonton filem apa. Final Destination dah tonton, apa lagi cerita baru yang best? Pas ada 4, gua 1, lolipop 1. Lain? Kejutan yang terkejut. Kredit kepada Nuffnang & TGV


http://www.nuffnang.com.my/tgv/

Terbaru

alamat blog gua yang baru 
↓↓
↑↑


Maxis to DiGi

Masa untuk melakukan perubahan, ramai kata DiGi jimat lebih-lebih lagi dalam isu internet. Gua telah melakukan perubahan talian dari Maxis kepada DiGi, dengan harapan bil tak melambung. Gua pun mengharap talian masa malam raya tak sibuk macam masa gua pakai Maxis, susah gua nak berdrama di malam raya.




Kepada kawan-kawan yang terasa macam mahal sikit bil masa telepon aku tu faham-faham lah, gua dah tak pakai talian Maxis. No masih lagi sama, jangan risau. Untuk pengetahuaan, bukan talian talipon je gua tukar, broadband pun gua pakai DiGi. Katanya laju & pantas, walaupun gua tau tak sepantas Uni-fi.




Final Destination 5 @ Pavillion

Cheezels + Mineral


Cerita yang pasti membuatkan lu orang terangkat dari tempat duduk, teperanjat dan ngeri. Secara keseluruhan cerita ni memuaskan, walaupun tak se-ngeri episod-episod lepas. 


Kos kerugian + Couple sit


Lemang Kampung

Idea memang dah ada nak buat lemang masa raya, idea tu gua luahkan. Mak ayah gua beli buluh lemang, makcik-makcik gua buat isinya (pulut + santan). Gua dan beberapa yang lain siapkan tempat membakar dan mencari bahan bakar (kayu & tempurung). Nak sediakan bahan mentah tak susah mana, agak mudah dan tak susah sangat pun.




Apa yang membuatkan penyediaan lemang menjadi susah ketika membakar, teknik mau ada. Kena tau apa yang perlu & apa yang tidak perlu, pendek kata kena berlembut dengan bakal lemang ni. Nak lambat tak boleh, nak cepat pun tak boleh. Saat membakar adalah yang paling penting sekali dalam penyediaan lemang, api, isi pulut dan santan kena jaga.



Api kena jauh dari buluh lemang, supaya lemang tak hangus didalam. Isi pulut kena tengok selalu, setiap kali santan mendidih buluh perlu dihentak lembut bagi memampatkan isi pulut. Santan perlu ditambah sekiranya kering, terbantut pulak pulut nak masak kalau kering santan. Bagi memastikan isi pulut masak dengan rata, buluh perlu dipusing-pusingkan. Lepas isi pulut seakan baik, sumbat hujung buluh dengan daun pisang. Memastikan wap panas tidak terus keluar dari buluh, cepat sikit masak nanti.




Sebelum lemang ni pupus baik gua belajar buat, untuk yang baru belajar memang susah. Api nak kena jaga, santan kena jaga, buluh kena jaga, memang rumit. Masa tu je susah tapi bila tengok hasilnya memang berbaloi, rasa macam smpai dipuncak gunung selepas penat mendaki. Lebih kurang macam tu lah perumpamaannya, cubalah ye.




credit to:- bapak gua, pakcik gua, sepupu gua, abang gua (tanpa mereka siapalah lemang)



Isnin 5 September 2011

7 Syawal 2011, hari pertama bekerja bagi kebanyakan orang termasuk gua selepas cuti hari raya hampir seminggu. Siap sudah puasa sebulan, berat badan turun 3 kilogram. Fokus raya nak naikan balik berat badan, boleh bina sixpack. Tu semua mungkin lambat lagi, apa yang pasti kini duit berkurangan. Tol, minyak, duit raya, duit rokok, duit makan dekat R&R, duit beli mercun, duit tambah nilai touch N go, macam-macam jenis perbelanjaan dah keluar. Gamaknya tunggu gaji akan datang la, lebih kurang lagi 20 hari lagi.


Buat masa ni, jimat lebih utama dari bina sixpack. Rumah terbuka mungkin takda, jamah kuih raya aje lah. Jangan risau, air bukan air sirap. Kuih raya banyak lagi, rasanya cukup untuk sebulan. Jemputlah datang rumah beraya, kalau ada anak & adik kecil jangan bawak ramai-ramai sebab gua tak jumpa cari sampul duit raya nak bubuh duit. Kalau ada yang ikhlas hati nak bawak lemang atau ketupat datang rumah silakan, gua tak kisah. Sila lah jemput kerumah beraya, sila....



Hari Raya 2011


Gua nampak terlalu kurus, gua akui. Haih, bila la badan gua nak naik berisi sikit?


Arena Seafood, Hulu Langat

Berbuka puasa bersama mak dan ayah gua, turut serta abang dan isteri. Berbuka sempena dapat gaji, sekarang ni gaji dah habis. Entri ni patut gua post sebelum puasa tapi tak sempat, sibuk buat kuih raya. Alasan yang gua main hemtam je, lantak pi la.

Restoran terletak di Hulu Langat, kalau datang dari arah Kajang restoran ni terletak di sebelah kiri jalan selepas Petronas Taman Sri Nanding sebaliknya kalau datang dari arah Bukit Ampang. Makanan yang disediakan di restoran ini ala Thai, terdapat juga ikan bakar, sate & tauhu bakar dan juga makanan barat.


Siakap 3 Rasa

Sup Tulang
 
Sayur Campur

Antara menu terpilih

Salmah binti Din

Ali Anui Bin Yeop

Makanan memang puas hati, pedas, masam, masin, manis semua rasa. Pesanan kepada yang nak buat acara makan besar dan beramai-ramai sila buat tempahan awal, selalunya restoran ini dipenuhi pelanggan lebih-lebih lagi waktu malam dan hujung minggu. Harga memang berpatutan, kepada sesiapa yang nak tempah meja awal boleh hubungi talian 03-90217777.