Serupa Tapi Tak Sama

tiba-tiba gua berfikir dan bercadang nak membela rambut panjang, ala macam vokalis hujan ke, faizal tahir ke- confirm ramai kawan-kawan lama tak mengenali gua, mungkin juga mak gua halau gua dari rumah- hal gua dengan mak, gua bole kasi kautem- gua jolok la big apple 12 ketul, confirm mak gua tak perasankan rambut gua tengah memanjang saat makan donut berjenama tu- dengan bapak gua pulak gua sogok die dengan seluar jean cap Levis, confirm die tak heran gua bela rambut panjang-

mane nak dapatkan minyak bond kat KL ni? tak sabar lak gua nak tengok rupa gua tika rambut separas bahu, lu orang ingat nanti gua serupa macam sapa? tak mungkin seiras nabil, sebab lolipop gua tak serupa macam irma- mungkin iras faizal tahir kot, sebab mak gua cakap muka gua macam dia- suara je agak ke laut sket, tapi bole adjust- gua bole amek kelas vokal degan ali xpdc, gua dengan die kamceng tapi gua selalu kena kencing- rambut macam ali pun ok gak tapi gua tak se-rock dia dan takut terjejas plak dia nak cari makan nanti- ni kalu ali baca blog gua ni mau die terajang gua bila jumpa kat kedai mek nanti, takpe nanti gua umpan die dengan teh tarik separuh tin-

gua nak pegi berangan dalam toilet office jap, sementara semua tengah lunch ni-

Pabila Larut Malam

berderu kipas berputar lekas, menyejukkan malam kelam- gelisah resah fikiran, lantas cuba mententeramkan- ke kiri kanan serba tak kena, seperti sesuatu menghantui diri- di garu-garu 1 badan yang tak gatal, tidak keruan hati dan perasaan- masa bersilih ganti, saat bertukar minit, minit bertukar jam- malam semakin jauh, sejuk makin mencengkam- hati berbisik-bisik, mulut terkulat-kulat- ingin disuarakan, beginilah gua pabila malam- susah sangat nak tido, haih......


Cuci Mata

inilah kerja gua bila ke 1 tempat, gamba, gamba, gamba- boleh di katakan dah menjadi tabiat gua tangkap gamba di mana-mana saja gua pergi, bukan tebiat, tebiat tu lu orang- ni antara gamba-gamba yang gua tangkap semasa berjalan di tempat orang, tapi masih di dalam Malaysia- gamba ni gua da edit sikit, bagi ton warna tu naik sket- al maklum la pakai kamera hp je, ditegaskan di sini, gamba dibawah hasil kerja tangan gua sendiri- gua tak curi kat mana-mana laman sesawang ataupun di kedai berhampiran- lu orang tengok je la gamba-gamba kat bawah ni, kasi komen sket- sikit je tak yah lebih-lebih, paham?









Jari jemari dah kebas

jari jemari gua terasa amat gatal sejak dua tiga belas menjak ni sebab da lame sangat rasenye tak meng-update blog, gua pun dapat merasakan yang lu orang amat merindui gua- tak yah tipu la gua tau lu orang mesti rindu kat gua punye- gua ade sket masalah baru² ni, masalah tak besar mane la tapi tetap masalah bagi gua- tak bole nak story tentang masalah gua ni, sebab kebanyakkan lu orang ni perempuan- gua segan nak story dan lu orang plak jangan memandai nak meng-andaikan masalah gua- nanti bertambah masalah plak gua- sebenarnye gua xder masalah pun, lu orang je yang ade masalah dengan gua-

ini ade bende gua nak sampaikan lu orang, memandangkan gua da lame tak kemari mesti lu tertanye-tanye ape perkembangan gua sekarang- takde ape yg kembang sangat cume gua nak bagitau yang rambut gua da panjang, da mula rimas- sekian saje taip-an gua untuk kali ni, sehingga berjumpe lagi dihari dan waktu yg kite tak tau- assalamualikum.....


MEncarut

internet kat opis gua mcm haram, gua tak dapat nak update blog- hati gua tengah panas, cilakak- kepade yang merindui gua, jangan rindu lebih²..