Nor Hashidah Harmi VS Khairul Fahmi Che Mat

Kosmo online (01/12/2011)

Heboh sana-sini mengenai mamat penjaga gol Malaysia dengan Shida, bergambar dalam keadaan berpelukan. Memang kontroversi, hangat 1 badan tengok gambar. Shida ni memang gua tak kenal la siapa tapi boleh tahan la, Apek dah tentu-tentu la ada rupa ramai pula perempuan-perempuan perasan yang gila kat dia.


Cerita sebenar hanya mereka berdua je yang tahu, berskandal ke, bercinta ke atau berkawan je. Masa seronok memang lupa semua, semuanya indah masa tu. Bila dah tersebar macam ni memang tak terkata la, habis-habis menafikan je. Pandai-pandai lah bawa diri, yang salah tetap salah tapi sendiri mahu ingat.


Google Image

Google Image

Google Image

Google Image




Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011

Kelab Terbaik: Selangor PKNS FC

FA Terbaik: Selangor FA

Pemain Harapan: Wan Zack Haikal (Vion FC)

Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Mohd Salim

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)

Midfield Terbaik: Safiq Rahim (Selangor FC)

Defender Terbaik: Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA)

Best Keeper: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)

Pemain Paling Bernilai SUPERMOKH: Norshahrul Idlan Talaha


- Rata-rata yang memenangi anugerah adalah pemain yang sudah dijangka, keseluruhannya gua berpuas hati. Tahniah kepada semua pemenang, ni masanya untuk tingkatkan lagi prestasi. Tahniah juga kepada pemenang Anugerah BiskutMarie 2011 dibawah, ni masanya untuk buktikan KEHANDALAN sebenar!


Anugerah BiskutMarie 2011:-

Penyerang Paling Pemalas: Thamil Arasu

Keeper Paling Malang: Sarbini Alawi

Midfield Paling Comel: Nazmi Faiz Mansor

Pemain Paling Banyak Kena Maki: Ahmad Fakri Saarani


Kasut Futsal

Gua memang ada penyakit "Gigil Futsal" ataupun "Gila Futsal", dalam pada masa gua menggilai futsal sedar tak sedar gua dah ada banyak kasut futsal. Kasut yang masih dalam simpanan dan telah menjadi aset gua ada sebanyak 4 pasang kasut, berlainan jenama dan kesesuaian. Tu baru cerita pasal kasut, belum lagi gua cerita pasal berapa kali seminggu gua main futsal. 


Nike Mercurial
Ini kasut gua yang terawal, Nike Mercurial. Harga tak usah cerita lah, memang agak mahal sebab gua beli masa tu baru lagi keluarannya. Beli kat butik Nike KLCC, jelas lagi ingatan gua pada kasut ni. Calar memang dah banyak yang melekat kat kasut ni, sayang nak rosakkan jadi gua pakai kadang-kadang je.

Pan Vigor Blue
Ini kasut buatan Thailand, PAN Vigor. Di Thailand jenama PAN cukup terkenal dalam sukan Futsal, mereka mengutamakan jenama negara mereka sendiri. Kasut ni sesuai untuk gelanggang outdoor, harga murah je RM60. Selesa dan ringan, calar pun dah banyak dan gua banyak guna bila main gelanggang terbuka je.

Figos
Kasut Figos ni baru lagi gua beli, tak sampai 2 bulan. Calar pun sebaris dua je, Figos adalah buatan Malaysia. Selesa dan murah, gua beli hanya pada harga RM69. Sesuai untuk gelanggang indoor, gua baru pakai 2-3 kali je kasut ni. Utamakan barangan buatan Malaysia!

X-MUNICH Tournament
Ini kasut baru, tak sampai sebulan. X-Munich adalah buatan Spain, sama macam Thailand di Spain jenama ini cukup terkenal. Gua baru pakai kasut ni 3 kali, bau dia pun ada lagi. Selesa cuma sedikit berat, amat sesuai untuk gelanggang bersaiz FIFA dan indoor. Harga mahal, lebih kurang macam Nike tadi.


Gua merasakan lebih banyak kasut futsal yang akan gua beli, ada 2 kasut idaman yang gua idam-idamkan. Yang pertama adalah kasut Nike Gato 5 Street, memang cantik. Yang kedua Kelme buatan Spain, nampak selesa dan ringan.


Gato 5 Street

Kelme



Fenomena Senja

Pemandangan yang menarik, berlaku semalam (24/11/2011) sebelum masuk waktu Maghrib. Unik dan menarik, jarang dapat melihat kejadian sebegini. SubhanALLAH, ALLAHuakbar.






Kenangan - Al-Fatihah

Kita akan mula mengingati 
Kita akan mula menyayangi 
Kita akan mula hormat 
Kita akan mula sedih
Kita akan mula rindu


bila semuanya sudah tiada.......


Al-fatihah buat arwah abang, Faizal Bin Ali Anui . Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang-orang yang beriman. Kami benar-benar rasa kehilangan...



Kerja Korban Anak Muda 2011


Aidiladha adalah perayaan terbesar bagi umat Islam seluruh dunia, di Malaysia hari raya Aidiladha telah jatuh pada 6 November 2011. Bagi gua dan rakan-rakan lain, kami tidak melepaskan peluang untuk menghayati dan menyambut Aidiladha pada tahun ini. 


Pada tahun ini kerja-kerja korban dijalankan secara gotong royong, yang membuatkan ia lebih bermakna apabila turut dihadiri kaum-kaum muda pelapis bagi warga emas. Tahun ini kerja korban boleh dikatakan dijalankan oleh anak muda, hebat anak muda Cheras Jaya kini.


Ketua Anak Muda


Lebih kurang 30 anak muda turut menjayakan kerja korban tahun ini di Madrasah An-Nuriah Cheras Jaya, dari kerja melapah, memotong, membersih, memasak dan memanggang. Seekor kambing telah disedekahkan pihak surau khas untuk anak muda Cheras Jaya untuk dikerjakan, alhamdulillah.

Sate Daging
Selain sup tulang dan rendang yang disediakan orang-orang lama, turut ada juga sate dan kambing panggang yang disediakan sendiri oleh anak-anak muda. Dari merempah, menghidupkan api, membakar, mencucuk, membasuh dan memotong semuanya dikerjakan oleh anak muda. Memang tabik spring dari gua kepada semua yang turut menjayakan kerja korban tempoh hari.

Orang Lama

Mungkin lepas ini orang lama hanya menjadi pemantau bagi kerja korban sahaja, biar sahaja anak-anak muda yang mengerjakan kerja korban. Siapa kata anak muda tak boleh buat, di Malaysia semuanya boleh. Anak muda kini semakin bijak dan prihatin, awas orang lama mungkin selepas ini lu orang sudah takde kerja yang dapat dibuat lagi.

Selamat Aidiladha dari gua buat semua...






Sampah

Gua tak faham kenapa kena buat macam ni sedangkan masalah itu lu orang yang cari, bole fikir sendiri. Isu sampah banyak kita dengar dalam berita, surat khabar, radio, internet dan macam-macam saluran lain tapi terfikirkah dari mana datangnya sampah kalau tak dari kita sendiri. Kenapa perlu buat bantahan atau menyalahkan pihak lain? Tak logik langsung, kalau semua menjaga kebersihan tak akan ada masalah sampah, bau busuk, pencemaran dan sebagainya.


Buang sampah merata-rata, lepas tu salahkan orang itu dan orang ini. Kebersihan kan tanggungjawab bersama, mungkin akta kebersihan belum cukup berkuasa untuk menakutkan rakyat yang tak prihatin. Gua tak cakap gua ni pembersih sangat tapi sekurang-kurangnya gua tidak menyalahkan mana-mana pihak bila isu sampah ni timbul di tempat gua mahupun ditempat lain, gua fikir logik.



Contoh macam penduduk Taman Bukit Teratai ni, boleh bayangkan tak dari mana sampah-sampah ni datang kalau bukan dari penduduk taman tu sendiri. Dari gambar kita boleh lihat dengan jelas kategori sampah yang mereka buang, ada ke patut buang tilam di tong sampah yang diletak khas untuk sampah kategori sampah dapur? Logik ke nak salahkan pihak lain?

Ada cara lain yang boleh menyelesaikan masalah yang tak sepatutnya berlaku ni, buat gotong royong setempat dan kumpulkan semua penduduk bagi mengatasi masalah sampah ni. Mudahkan? Tapi kenapa tak buat? Sebabnya masa membantah memang ramai yang turun padang tapi bila masa gotong royong 3-4 orang je yang turun padang. Betul tak?

Bukan setakat dibandar-bandar sahaja masalah sampah ini timbul, ditempat-tempat tumpuan ramai seperti gunung-gunung, bukit-bukit, tempat peranginan, tempat perlancongan juga tidak dapat lari dari masalah ni. Sila tengok sini --> BKG 1 & BKG 2

Fashion Food

Model dengan rekaan pakaian dari Rumpai Laut dan aksesori dari Telur Burung Puyuh

Pembikinan pakaian dari Rumpai Laut dari Roland Trettl

Gambaran dekat  fesyen dari seorang model

Pakaian yang diperbuat dari Rumpai Laut dan Sotong

Ada sesiapa berani mengayakan tak fesyen ni? Memang tabik spring la tapi tak busuk ke? Ini idea gila yang cuba untuk menarik perhatian dunia, mungkin dah takde idea lain untuk mereka fesyen. Fesyen ini hanya sebagai pameran sahaja dan untuk tujuan photography, pameran gambar-gambar model yang mengayakan fesyen ini akan dipamerkan di Muziam Komunikasi di Berlin bermula 29 Oktober sehingga 29 Januari 2012.