Pertemuan dengan Indonesia adalah penentu ke perlawanan akhir Sukan Sea sekali gus mempertahankan pingat emas pada 2 tahun lalu di Indonesia, perlawanan yang sememangnya dijangka hangat kerana ia dianggap perlawanan balas dendam Indonesia terhadap pasukan Malaysia setelah tewas dalam perlawanan akhir pada Sukan Sea lalu.
Pada aksi babak pertama aksi Nampak seimbang sebelum permain Indonesia iaitu Bayu menjaringan gol pertama dengan larian pantas dan hantaran satu dua yang cantik sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gawang Malaysia. Permainan babak pertama kekal dengan jaringan 1-0.
Pada aksi babak kedua seakan dikuasai Malaysia dengan hantaran-hantaran dan kawalan bola yang kemas dibahagian tengah tetapi seakan tiada gerakan penyudah yang mampu dilalukan oleh penyerang Negara, selain gopoh cuba mencari gol penyamaan. Dengan keadaan menampakkan kekalahan pasukan Malaysia, Thamil mencuri tumpuan dengan jaringan hasil dari hantaran sepakan sudut. Gol penyamaan ini mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit seterusnya menghidupkan kembali peluang ke perlawanan akhir.
Pada perlawanan masa tambahan babak pertama kelihatan kedua-dua pasukan agak berhati-hati dalam corak perlawanan, secara keseluruhannya Malaysia Berjaya mendominasi perlawanan dengan kawalan bola yang baik, babak pertama berakhir tanpa jaringan.
Aksi pada masa tambahan babak kedua menunjukkan penguasaan Indonesia dengan pergerakan-pergerakan yang mencemaskan barisan pertahanan Malaysia namun berjaya dipatahkan. Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalty, ia seperti mengulangi perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan di Sukan Sea 2011 yang ditentukan dengan sepakan penalti yang berpihak kepada Malaysia.
Kegagalan sepakan pertama dan kedua oleh Malaysia menutup ruang Malaysia ke perlawanan akhir dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea, dendam Indonesia terbalas selepas sepakan penalti yang kelima. Tamparan buat skuad OKS kerana harapan rakyat Malaysia sudah tentu mengharapkan emas buat pasukan bola sepak, apa pun segalanya telah ditunjukkan sehingga ke penentuan sepakan penalti. Syabas buat semua pemain dan pegawai-pegawai yang terlibat, tak lupa juga untuk jurulatih OKS.
Memaparkan catatan dengan label MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MALAYSIA. Papar semua catatan
Perang Gerila
Mengikut pembacaan gua, Perang Gerila ini membawa maksud peperangan yang beroperasi dalam bilangan pejuang yang kecil. Pejuang tidak bergerak dalam kelompok yang besar sebaliknya bergerak dalam kumpulan yang kecil tanpa ada barisan hadapan yang rasmi, ia dipercayai lebih strategik dalam peperangan di dalam hutan untuk mengelak dikesan musuh dan juga memudahkan pergerakan. Dari fahaman gua pula, jenis serangan ini lebih kepada "tembak dan lari" selain melakukan serang hendap.
Seperti yang umum sedia maklum melalui berita-berita negara, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya yang di kepong di Lahad Datu oleh anggota pertahanan Malaysia supaya melancarkan serangan gerila. Mengikut sejarah, puak Sulu berpengalaman dalam peperangan gerila di Selatan Filipina sejak 1899 lagi. Situasi ini mungkin menyukarkan misi anggota pertahanan Malaysia untuk melakukan Operasi Daulat dan kemungkinan operasi ini mengambil masa yang lebih panjang, namun pengalaman Angkatan Tentera Malaysia yang juga telah mengamalkan teknik serangan gerila ketika berhadapan dengan Komunis pada tahun 1984 dan 1989 mampu melumpuhkan pergerakan dan taktik pengganas puak Sulu.
Terbukti bila semakin ramai pengganas mati semenjak Operasi Daulat di lancarkan, ini juga membuktikan teknik dan taktik anggota pertahanan Malaysia berjaya melumpuhkan serangan gerila yang di lakukan pengganas. Diharapkan peperangan yang berlaku di Lahad Datu dapat diatasi dan berakhir dengan cepat, gua mendoakan keselamatan para anggota pertahanan yang berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia. Kepada mereka yang masih belum jelas dengan apa yang berlaku dan menganggap ini 1 mainan politik silalah pilih negara lain yang anda rasa sesuai kerana anda tidak layak digelar warganegara Malaysia, negara tidak memerlukan rakyat seperti anda.

Langgan:
Catatan (Atom)