Kalendar 2012 - 18 SX













Topi

"Banyak topi lu kan?" peminat topi menyapa gua. Alasannya mudah, gua jarang-jarang nak potong rambut dan kepala gua akan pening bila pakai minyak rambut lebih 8 jam. Pelik bukan? Untuk mengelakkan gua kelihatan serabut tak tentu pasal gua pakai topi, gua dah jimat RM18 untuk 2 bulan untuk kos potong rambut. Itu kalau gua potong kat mamak, kalau terasa nak kena usap kepala dengan amoi gua pergi salun. Kos kerugian gua dah berkurangan disitu, jimat bukan?


Bagi mengelakkan kepala gua pening tak tentu pasal bila masa bercanda dengan gadis, gua akan pakai topi juga. Tak payah gua nak berdepan dengan cermin muka selama lebih kurang 30 minit nak set rambut kasi pacak, gua dah jimat masa dan jimat duit beli minyak rambut yang ntah apa-apa. Cerita gua ni nampak hebat dan cool bukan? Niat gua nak simpan rambut panjang sering kali terkandas, lebih-lebih lagi bila kena pergi kenduri kahwin dengan bapak gua. Dia cakap rambut kena kemas, gua hormat.


Moralnya disini, walaupun lu banyak topi dalam simpanan, lu kena hormat orang yang lebih tua dari lu orang. Faham?

Basikal

Satu pengangkutan yang kurang utama, hanya banyak digunakan untuk aktiviti riadah dan angkat tayar depan belakang sambil pakai full cap ke belakang. Di zaman gua main basikal dulu masa budak-budak je, zaman tu tayar mati warna-warni. Tak perlu risau pasal tayar pancit atau bocor, mana nak redah pun tak kisah. Bila dah besar sikit nak basikal betul, dah tak main dah basikal tayar mati tapi pada masa tu bukan lah rezeki gua nak dapat basikal yang gua impikan. Makanya pakai lah basikal ala Mountain Bike sisa dari abang gua, janji berkayuh.


Zaman baru ni gua dah tak naik basikal dah walaupun tengah hangat cerita pasal basikal Fixie, budak sekarang ni pandai ikut zaman. Budak kecik pun dah tak naik basikal tayar mati warna warni, roda 2 tambahan belakang pun dah tak pakai walaupun masih kecik. Ada pula yang kreatif tahap keluarga Wright, basikal pun dah ada radio. Hebat budak India tu, berbasikal biru, tergantung telur seplastik di pemegang basikal sebelah kiri, terletak radio beserta bateri di tempat duduk belakang bersama lagu rancak.



Lelaki Ini (18 SX)





Kacak, sasa, macho, putih, bergaya, sopan. Memang idaman perempuan yang perasan cantik, lebih-lebih lagi yang lebih mengutamakan rupa paras seorang lelaki. Jangan tertipu, rupa paras tak melambangkan seks seseorang itu. Mungkin lelaki itu tadi seorang yang suka bontot lelaki sahaja, perempuan yang mantap sedang-sedang pun tak dapat menganggu iman dia.


Walaupun gua tak sekacak Brad Pitt sekurang-kurangnya gua bukan gila bontot lelaki, sedikit nafsu pun tak bila tengok lelaki. Apa punya lelaki lah, elok ada kesedapan yang ditentukan boleh pula lu tukar citarasa. Apa yang lazat sangat pun gua tak tahu lah, takde beza pun.


Kepada lelaki itu, sila lah tukar selera anda. Untuk makluman, gua memang mencarut habis kat mat-mat gay. Minta jangan ada lah golongan tu dalam keluarga gua, mencarut lagi sekali.







Ctrl + Alt + Delete

Kalau hidup semudah Ctrl + Alt + Delete memang dah lama gua jadi pemain bola


Wawasan 2020 Anak Muda

Seawal pembabitan gua bekerja di dalam bilik berhawa dingin memang agak macam haram jadah, dah biasa kerja atas jalan menunggang motor hantar surat barangkali. Gua dinobatkan sebagai QC Operator di sebuah syarikat perfileman, pastinya bukan kerajaan. Kerja gua mengadap filem-filem baru yang dibawa masuk ke Malaysia untuk tayangan di panggung mahupun untuk di CD/DVD kan. Ramai cakap kerja gua best tapi jangan tak tahu untuk 1 filem gua tengok kadang-kadang tu lebih dari 10 kali, bosan. Mula-mula memang seronok, 2-3 bulan memang beronok-ronok, masuk 5-6 bulan sumpah seranah. Masa dulu darah muda membuak-buak lagi, kena tegur sikit melawan. Masuk lambat balik awal, mengular kuat, makan tengahari lama, muda la katakan.


Ada 1 tahap tu gua tertidur tengah buat kerja, filem berjalan tapi gua tidur. Dah tentu tugas gua untuk memastikan perjalanan filem itu tiada masalah seperti video calar, audio pecah, video tersekat, audia perlahan dan sebagainya. Bila tidur maknanya gua makan gaji buta, bos gua ketuk pintu pun gua tak dengar, sampaikan dia kejutkan gua. Sedar dari tidur terus kena masuk bilik bos, gua buat-buat demam. Anak muda memang banyak alasan, nak-nak bila masa kecemasan macam tu. Bila suruh balik lambat gua mula la rasa panas, cari alasan untuk mengelak. 2 tahun gua berkhidmat dalam syarikat tu, gua blah sebab gaji tak naik. Bila gua letak surat berhenti baru nak offer gua gaji naik, masa tu gua dah nekad, darah muda la katakan. Ini semua masa gua muda, makin gua meningkat naik makin gua lebih terbuka bila berfikir.


Sekarang gua terfikir pasal Wawasan 2020, gua terbayangkan kereta terbang.



Jom Tukar Tayar Kapal Terbang - Kisah Benar!

Jarang nak jumpa situasi macam ni, macam teruja nak tengok. Tukar tayar kapal terbang mungkin bukan satu kerja yang mudah, penumpang menaruh 100% kepercayaan kepada mekanik yang menukar tayar. Tidak boleh ada kesilapan, kesilapan kecil boleh mengundang padah. Moga dijauhkan..








Nampak memang mudah, macam tukar tayar kereta je. Risiko tetap tinggi, kesilapan tidak perlu wujud dalam pemasangan tayar. Cara menukar tayar kapal terbang masih sama cara macam menukar tayar kereta biasa, cuma kelengkapan seperti pemutar skru, skru dan jet tayar agak besar dari biasa. Mungkin kalau biasa tukar tayar kereta boleh la tukar tayar kapal terbang, kalau la gua dibagi peluang mencuba tukar tayar kapal terbang kan beronok ronok.


Cuti-Cuti Malaysia - Sabah (Hot Spring)

Laluan ke Hot Spring

Terletak di daerah Ranau, perjalanan dari Kota Kinabalu ke Hot Spring mengambil masa kira-kira 3 jam memandu. Perkhidmatan pengangkutan dari Kota Kinabalu ke Hot Spring terdapat Bas, Teksi dan Kereta Sewa. Perjalanan jauh memang memenatkan walaupun sekadar jadi penumpang, memang segar kalau rendam kaki dalam air panas.

Rendaman kaki yang menyegarkan

Selain dari rendaman kaki, terdapat juga kolah/kolam air panas untuk mandi-manda. Setiap 1 kolah/kolam terdapat 2 paip air, 1 untuk air panas dan 1 untuk air sejuk. Kolah/kolam tu takda la besar sangat, boleh la untuk rendam 1 badan. Masuk percuma, hari cuti memang ramai orang. Di Hot Spring ini tersedia tandas, bilik persalinan dan surau.

Kaki 2 sejoli





Hanya di Sabah