Ramalan



Apa lagi lelaki nak bercerita kalau tak pasal bola, jarang nak jumpa lelaki kaki bangku melainkan yang dah melalui proses pembedahan di luar tabii. Mungkin ramai yang membuat ramalan awal Manchester United akan bertemu Barcelona pada peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011, nampaknya ramalan tu semakin menjadi kenyataan.


Ini kerana 2-2 pasukan telah memenangi perlawanan Separuh Akhir pusingan pertama, walaupun gua tak tengok perlawanan 2 gergasi kelab bola sepak ni tapi gua dapat merasakan auranya. Terlebih dahulu Manchester United melakar kemenangan ke atas Schalke 04 dengan 2 berbalas 0, ini merupakan 1 bekalan yang selesa yang di bawa MU untuk pertarungan pada peringkat kedua pula.


Manakala Barcelona membenam musuh tradisi Real Madrid juga dengan kemenangan yang sama 2-0, Messi merupakan pemusnah bagi Real Madrid pada pertarungan malam itu. Apa-apa pun ini baru perlawanan pusingan pertama, segala keputusan akan ditentukan pada perlawanan peringkat kedua. Gua masih dengan ramalan gua, Manchester United akan bertemu Barcelona pada pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011.


Berbulu

Nak story sikit pasal berbulu ni, bukan bulu yang ada kat anggota badan lu orang dan juga bukan ulat bulu yang warna hijau tu. Ini bulu lebih dasyat, tak tahu warna apa. Nak kata hitam tak hitam, nak kata hijau tak hijau. Bulu jenis berbulu ni gua sifatkan dia sebagai 1 perasaan dalam hati la, senang cerita. Perasaan ni akan selalu terasa di hati apabila lu bengang dengan sesuatu atau seseorang, ini di panggil BERBULU. Sampaikan lu tengok seseorang tu kecik besar kecik besar je, gua rasa lu orang paham bukan?

Jadinya sekarang ni, gua tengah berbulu. Tak tau la tebal mana tahap berbulu dalam hati gua ni terhadap beberapa orang yang gua berbulu tadi ni, ada je benda yang tak kena. Elok gua tengah berbulu, ada pulak orang lain yang tolong tambahkan tahap berbulu gua ni tadi. Lagi la gua bertambah berbulu, berbulu yang pertama tadi pun tak padam lagi ni tambah berbulu tahap atau peringkat yang kedua pulak.

Tak cukup dengan tu, gua bertambah berbulu di tahap ketiga bila check gaji tak masuk-masuk lagi. 26 haribulan dah ni beb, tak ke gila ke kalau tengok akaun bank tinggal tahap yang paling minimum. Sepatutnya dalam akaun gua dah ada beribu-ribu ringgit pada ketika dan saat ini, memang bikin gua berbulu. Kalau la perasaan berbulu ni boleh dicukur takpe lagi, kurang-kurang bole berkurang sikit tahap berbulu gua ni, masalahnya tak boleh. Memang kecik besar kecik besar je gua tengok semua orang, tak tahu la nak cerita macam mana lagi.

Tapi gua masih boleh berfikir secara waras dan bernas lagi, gua tak buat benda-benda yang bukan-bukan. Gua berfikir secara positif, mungkin ni semua dugaan nak menguji tahap kesabaran dan kebuluan gua. Kunci utama dalam meniti kehidupan, SABAR je la.

Tenggiling terguling

Dilahirkan pada tahun 2006 dan sah dimiliki oleh gua beserta geran, hasil dari duit elaun belajar dulu. Wawasan gua tinggi, tak membazirkan duit elaun belajar dengan sesuka suki. Dilahirkan dengan mempunyai kapasiti 110 cc, disaluti warna hitam berkilat dan bertayar hitam berbunga tebal.

Sekarang usianya sudah melangkaui 5 tahun, semakin uzur kudratnya. Hari ni die meragam, nasib tak tersadai kat tepi highway pagi tadi. Mungkin ade yang die tak puas hati dengan gua, merajuk mungkin. Gua akan hantar die berjumpa pakar esok pagi, harap semuanya ok. Walaupun kudratnya uzur tapi jasanya pade gua memang tak terbilang, gua panggil die 'motor cari makan'. Tenggiling gua semakin nazak...

Ajal bas

Mungkin sudah tiba masenye, gua rase tak perlu la nak timbal balik ape-ape. Ini untuk kebaikan bersame, kebaikan untuk mase hadapan, bukan pentingkan diri sendiri tapi ini kepentingan bersame. Gua mengharapkan pihak kerajaan, pihak berwajib dan yang seangkatan dengannye memantau kenderaan awam terutama sekali bas yang sudah 'lanjut usia'.

Keadaan fizikal pun teruk, asap hitam, bunyi bising, kualiti pun tak mencapai piawaian. Tayar botak, brek berbunyi-bunyi, gua merasakan tahap keselamatan tu tersangat kurang. Selain tu persekitaran juga terjejas, pencemaran bunyi, pencemaran udara tidak sesuai bagi sebuah negara moden dan maju.

Selain penumpang yang tak selesa, pengguna jalan raya yang lain juga tak selesa dengan keadaan ini. Gua berpendapat bas yang melepasi tahap 'umur' 15 tahun keatas wajar di pantau tahap 'kecergasanya' atau dilupuskan, ini boleh menjamin prestasi sebagai negara moden dan maju selain mencapai Wawasan 2020 dan mengurangkan risiko menaiki kenderaan awam.

Sebab-sebab lelaki selalu lambat pergi kerja


  1. Bola Sepak - Tengok bola sampai pagi, masa tengok memang syok, tak ngantuk, sorak sana, sorak sini. Bila tido da lewat paham-paham jela, gempa bumi 9 skala ritcher pun tak sedar.

  2. Futsal - Main futsal mana ada main pagi, kurang-kurang pukul 9 malam keatas. 1 jam tak puas, main 2 jam. Badan penat, tido lewat, paham-paham la kan. Kain sarung dah terlucut pun tak sedar, syok sangat tido.

  3. Downtown - Jenis suka berjalan pegi bazar malam, downtown, uptown. Tak beli ape-ape pun, saje suke berjalan. Bazar malam dah tentu bukak malam, pukul 10 malam keatas baru syok nak pegi. Selagi tak tawaf 2-3 kali tak sah, kurang-kurang 1 jam pusing-pusing. Tido lewat lagi, orang conteng muke pun tak sedar.

  4. Lepak - Berjam-jam, berbual kosong, air segelas je pun. Pung pang pung pang, jam dah kul 1 pagi. Tak sedar, letak kepala terus hanyut. Alarm jam sebesar jam dataran pun tak dengar, tau-tau da tengahari. Call bos, "Boss arini saya lambat sikit, ade emergency la", ayat-ayat penyelamat.

  5. Tak boleh tidur - Kes ni selalu jadi pada mat-mat yang selalu dan dah terbiasa tido lewat, tiba-tiba nak tido awal, memang agak terkejal la mata. Terkebil-kebil, pusing kiri, pusing kanan, telangkup, tiarap, serba tak kena. Kira kambing, terbayang awek cun, fikir masa depan, macam-macam care buat tapi tak boleh tido gak. Dah subuh baru boleh tido, memang tak akan bangun kul 7 pagi la kan. Lewat lagi, macam biasa, guna ayat penyelamat.

Rawatan Terseliuh

Tips untuk mengendalikan atau merawat masalah terseliuh pada anggota badan (kaki, tangan), mudah dan cepat:-

1. Ais - Tuamkan ais pada sendi tempat terseliuh, kalau boleh rendam dalam ais lagi bagus. Tak menyakitkan tapi kena tahan sejuk sikit la, memang mujarab. Ini kerana ais tadi akan membeku kan darah dan mengelakkan anggota badan dari bengkak. Kelegaan yang cepat, sesuai untuk ahli sukan.

2. Urut - Cara tradisional yang paling mujarab bagi mengurangkan bengkak, sakit yang dialami adalah kerana angin memenuhi bahagian yang terseliuh, disebabkan itu bahagian terseliuh naik bengkak. Urutan akan memecahkan gumpulan angin yang terkumpul serta mengurangkan kesakitan. InsyaALLAH.


Dr. Gua

Bala, bala

Semua orang mengalami masalah yang tersendiri, masalah duit, keluarga, suami isteri, pakwe makwe, macam macam. Ramai yang amek jalan pintas untuk menyelesaikan masalah walaupun sedar tentang keburukannya, semuanya nak cepat. Gua ada beberapa langkah untuk mengelakkan lu orang dari melakukan sesuatu yang diluar jangkaan ketika menghadapi masalah, ni apa yang gua rasakan berguna la.
1- Elakkan dari bersendirian -Terutama sekali apabila waktu malam, selalunya ketika bersendirian mesti macam-macam kita fikir. Jika bersendirian waktu tidur cube buat sesuatu seperti mendengar lagu, membaca buku sampai tertidur


2- Luahkan apa yang terpendam dalam hati, jangan pendam - Cari seseorang yang lu orang percaya untuk meluahkan apa yang terpendam, kalau boleh nangis lagi bagus. Keluarkan semua masalah yang terpendam


3- Penuhkan aktiviti - Cuba cari aktiviti yang membuatkan lu orang terlupa akan masalah, berjalan-jalan, lepak-lepak, SMS, tengok wayang


4- Tanya pendapat pakar - Cari seseorang yang arif/pakar mengenai masalah yang lu orang hadapi, mak ayah, adik beradik, kawan-kawan, Dr Fadzilah Kamsah, tanya pendapat mereka apa yang perlu dibuat. Jangan takut atau malu


5- Senaman - ini penting sebenarnya, senaman ataupun bersukan. Lagi kerap lu orang bersenam/bersukan lagi kuat mental lu orang dari sebarang tekanan.Percayalah, gua tak kencing.
Ini antara contoh langkah yang gua amek dan cadangkan kat lu orang,apa pun masalah lu orang lu orang kena hadapi dengan tenang. Jangan jadi bodoh buat sesuatu yang diluar batasan/jangkaan, merugikan. Tengok jela kes bunuh diri sekarang ni, makin banyak. Balik pada ajaran dan tuntutan Agama, insyaALLAH semuanya baik.

Payudara yang keudara

Gambar hasil dari carian Google Image ↑

Bukan artis je yang macam tu, orang kebanyakan pun macam tu. Itu memang hak lu orang tapi lu kena fikir sensitiviti orang lain, nafsu orang lain, privasi orang lain, pandangan orang lain. Kalau benda lain yang lu nak dedahkan mungkin lelaki macam gua ni boleh tahan nafsu lagi tapi di bahagian dada kot, payudara a.k.a tetek. Dah nak terkeluar da gua tengok, mengigil beb. Masalahnya bila da kena rogol baru nak salahkan lelaki, sebelum tu taknak beringat. Dah kena raba dalam bas, train baru nak buat laporan polis. Lain kali jangan pakai seksi-seksi, mau tak kencang dada lelaki menengok. Kalau gua mungkin gua boleh menahan nafsu lagi, kalau orang lain memang terus terkam je. Nasib lu orang la, sendiri tanggung

Char Koey Teow Permatang Pauh, Penang





Tak lengkap kiranya tak pekena Char Koey Teow kalau sampai Pulau Pinang, baru-baru ni gua telah melayangkan diri gua di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam, dengan kesempatan ini gua cuba menikmati Char Koey Teow yang terletak di Permatang Pauh. Char Koey Teow disini dikata antara yang terbaik di Penang.


Melihatkan jumlah pelanggan yang datang sudah menunjukkan keenakan Char Koey Teow disini, selain Char Koey Teow di restoran ini juga ada menjual Nasi Lemak bungkus dan juga Sate. Gua dan beberapa rakan yang lain telah mencuba Char Koey Teow, memang sedap dan terbaik. Kuahnya pekat dan dihidangkan bersama udang yang besar selain sedikit pedas yang membuatkannya bertambah sedap, memang mengiurkan dan menaikkan selera makan.


Cadangan gua kepada yang bercadang nak ke Pulau Pinang supaya mencuba keenakan Char Koey Teow Permatang Pauh, terbaik...