Semangat

Sekarang untuk mengaktifkan diri dengan sukan-sukan dan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan, maklum la dah lama tak merokok. Rasa macam bersih je, kadang-kadang tu kena kuat juga melawan nafsu merokok. Tinggalkan pasal rokok sebab tiba-tiba gua teringat nak merokok, ha ha ha.


Gua ada cerita pasal Standard Chartered KL Marathon 2012 (klik kalau nak tahu) sebelum ni, jadi semangat tu agak membara sehangat api sikit. Dengan semangat tu terbelilah sepasang kasut running jenama Asics, kebetulan tengah sale. Kononnya beli untuk buat latihan menghadapi larian maraton tu nanti, semangat la katakan.


Nak menang tu memang tak la, gua saja nak mencabar diri. Sebelum ni ada sertai maraton tapi tu zaman belajar dulu, dah lama tak ber-maraton. Ni baru nak berkecimpung balik, harapan cuma nak tamatkan larian (:





Bukan senang

Bukan senang lepas kerja nak meniaga pulak, tidur tak tentu, penat dah tentu. Orang ramai cakap usaha tangga kejayaan, jadi gua tengah berusaha untuk berjaya. Meniaga tu 1 hal, ni hal lain pulak, hampir 3 minggu gua tak merokok. Hebat?


Standard Chartered KL Marathon 2012

Lu orang selalu cakap gua asyik panjat gunung je kan, kali ni aktiviti gua sertai maraton. Bunyi nampak hebat, belum tengok larian gua lagi tu. Pantas tu memang tak la tapi gaya larian tu memang mantap macam profesional, berani cuba la bersaing dengan gua. Tak payah cakap gua dah tau lu memang takut nak bersaing, ha ha ha. Eh ni bukan omong kosong la, gua betul-betul sertai KL Marathon, ini buktinya ↓↓↓




Kos kerugian pendaftaran adalah sebanyak RM60.00 sahaja, nampak macam tak berbaloi bukan? Itulah risiko yang gua ambil, sahaja cuba mencabar diri dengan bersaing dengan pelari-pelari dari Kenya yang pastinya juara. Hampir gua terlupa, kasut untuk berlari gua takde, kalau pakai kasut futsal logik tak? Nampak macam logik tapi macam tak sesuai je, ada sesiapa bole tolong menjadi gua punya sponsor? Nanti gua akan iklankan nama lu orang kat baju gua masa lari nanti sebagai sponsor gua, baru nampak ada taraf. Jom lari....