Memaparkan catatan dengan label PENDAPAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENDAPAT. Papar semua catatan

Ujian

Ujian hidup ni datang takde hint, kadang-kadang tak tau pun tengah kena uji. Bila dah tersepit, terseksa dan ter ter lagi baru la sedar yang sedang di uji, peringatan untuk diri sendiri. Ujian bukan masa susah je, masa senang pun sebenarnya ujian juga, gua pun kadang-kadang terlepas pandang. Biasalah manusia, asyik dan selesa sangat sampai terlupa. 

Kalau lu rasa lu sorang je kena uji, lu silap. Kalau lu tengah kena uji ini bermakna orang rapat dengan lu juga sedang di uji, macam tak percaya je. Contoh macam ni, gua demam bermakna gua sedang di uji, turut di uji bini gua sebab dia nak kena jaga gua, dia kena layan kerenah demam gua, ujian untuk dia. Sama juga kalau bini gua demam, dia sedang di uji dan gua juga sedang di uji, orang rapat juga di uji. Contoh lagi, gua MC sebab demam, kawan sekerja kena back-up kerja gua kat opis, ujian buat dia.

Ujian tak berat, sebab ujian pada kita ni sebab ALLAH tahu kita mampu hadapi ujian tu, hadapi jelah dengan tenang dan sabar. Tengah hadapi ujian tu jangan lupa asas kita, jangan lupa tanggungjawab kita, jangan lupa asal kita, semoga kita tak lupa semuanya. Untuk bini gua yang sedang menginap di hospital tu, semoga cepat sembuh dan tabah hadapi ujian, penyakit tu penghapus dosa InsyaALLAH.




Berjiwa jiwa

Pemimpin berjiwa rakyat, rakyat berjiwa pemimpin

Bila masa banjir kita la pakar kaji cuaca, kalah orang yang belajar bertahun-tahun pasal cuaca. Bila masa minyak naik, kita la pakar oil & gas dunia, siap boleh bentangkan kira-kira lagi. Bila masa ekonomi jatuh kita la pakar ekonomi, nak diikutkan ekonomi asas tingkatan 4 pun jahanam. Bila kapal terbang hilang kita la pakar ramalan, duduk bahan-bahan bomoh 1 Malaysia tapi kita teruk dari dia. Apa je yang jadi kat Malaysia ni kita cakap ini semua politik, kita la jadi pakar politik, pung sana pang sini.

Sekali sekala kita pun kena la berjiwa seperti seorang rakyat, hormat pemimpin-pemimpin kita, kalau tak hormat dia sebagai pemimpin pun hormat la dia sebagai orang yang lebih tua dari kita, tak kira la pemimpin dari parti atau puak mana pun.


Inspirasi

Gua suka dengan benda-benda yang berinspirasi, benda yang boleh naikan semangat dan memajukan gua. Baru tadi ni gua tengok video seorang mamat luar negara kurangkan 100kg dalam masa 2 tahun, bukan gua nak kuruskan lagi badan tapi video tu bagi gua terfikir yang setiap benda pasti ada jalan walau berat dan susah. Memang perit la gua tengok cara dia nak kuruskan badan tu tapi dengan semangat dan ketabahan dia tu buatkan dia berjaya.

Gua pernah lepak dengan jutawan, boleh dikatakan jutawan muda. Mamat ni jutawan dalam usia awal 30-an, gila gempak. Dalam lepak-lepak tu dia ceritakan macam mana dia boleh jutawan, apa kerja yang dibuat, bertapa susahnya dia sebelum bergelar jutawan. Hasilnya dalam akaun bank ada 1,000,000.00 lebih, yang tu dalam akaun, rumah ada 2 biji 400,000.00 sebiji 600,000.00 sebiji. Kereta 6 biji, yang tak jalan 4 biji, bukan pasal rosak atau tak bayar, pasalnya dia beli atas suka-suka, yang paling pelik mamat dia mengumpul stokin limited edition dan rare. Sampai tahap macam tu dia punya banyak duit, belum dengar sekali dia shopping berapa puluh ribu dia perhabis.

Benda-benda macam ni lah buat gua lebih semangat nak memajukan diri, nak menyenangkan masa depan gua dan keluarga. Kalau boleh memang la nak kaya raya tapi gua rasa tu terlalu high expectation, jadi gua nak hidup gua ni lebih senang berbanding semalam. Dalam banyak-banyak kisah berinspirasi yang gua tengok dan dengar, gua dapat 1 kunci utama dalam memajukan diri, hati kena kering, maksudnya nak buat apa-apa jangan takut-takut. Sekarang gua rasa takut dan gementar, susah beb.


Anjing tak bersalah

Gua rasa dah surut sikit cerita pasal anjing ni, macam-macam hal. Dalam banyak-banyak majlis boleh buat kenapa la buat majlis sentuh anjing, tajuk pun dah macam menganjing. Macam kita mungkin dah faham pasal najis anjing dan apa perlu dibuat kalau bersentuhan dalam keadaan basah, ada juga yang dah faham tujuan yang dibolehkan untuk membela anjing, agama Islam pun tak kata anjing tu hina tetapi bagi mereka-mereka yang tak faham macam kanak-kanak, anak-anak kita, apa yang dilihat itu yang dibuat. Jadi gua taknak anak gua atau pun anak-anak buah atau anak-anak saudara gua pergi pegang anjing kat luar disebabkan dengan apa yang dilihat dalam majlis-majlis macam ni.

Andai kata nak buat majlis mengenai najis anjing dan cara-cara samak atau sebagainya tak perlu sampai bawak anjing tu, cukup sekadar tunjuk gambar rajah. Itu yang lebih selamat dan tak juga mendatangkan fitnah, benda mudah je tetapi masa sekarang ni benda-benda seperti ni dijadikan budaya, budaya yang lebih kebaratan. Bergambar bersama anjing, pegang secara suka-suka, bila nampak takde batasan ia boleh pengaruhi anak-anak yang belum faham soal najis anjing dan sebagainya. Bagi gua senang je, kalau nampak benda tu lebih mendatangkan keburukan baik takyah join. Banyak lagi binatang lain, kucing tu ha kesayangan nabi kan lagi mulia.

Cop-cop, ada pula yang comparekan majlis sentuh anjing ni dengan hubungan bukan muhrim berpegang tangan, masalahnya disini tiada majlis yang menganjurkan pasangan yang belum berkahwin boleh berpegangan, kalau ada dah tentu dijadikan isu juga. 



Boikot

Gua rasa kerajaan kena buat satu iklan tentang maksud boikot, iklan macam memperkenalkan GST atau macam iklan keselamatan jalanraya tu. Pelakon dia Nabil ke, Jep Sepah ke, bagi belia-belia yang konon bijak ni faham maksud boikot yang sebenarnya berlandaskan Islam. Bengong....


Sebelum dan Selepas

Manusia, ini memang lumrah.

Sebelum dapat bonus, semua bertanya bila nak dapat surat. Selepas dapat surat, semua bertanya bila nak masuk duit. Lumrah kan? Kecoh macam gossip artis, kecoh macam kes bunuh, mau tak kecoh, dapat bonus tu. Setahun menunggu nak dapat durian runtuh, siapa nak bagi kan. Lagi kecoh bila dapat surat yang menyatakan berapa bonus dapat, ada yang cakap department tu dapat lebih, department ni dapat kurang, padahal sama je cuma amount nya berbeza sebab ikut tangga gaji. Ini lumrah manusia, tak pernah puas dan cukup, gua pun ada perasaan tu tapi takde la sampai tahap nak tunjuk kat semua orang, jangan ketara sangat.

Apa-apa pun bersyukur dulu, Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH ni. Walaupun rasa tak banyak tapi tetap rezeki yang tak semua orang rasa, walaupun lu duduk sama department. Ingatan untuk gua dan semua juga, duit yang kita dapat belum tentu duit kita, ada pembahagiannya pada yang lain. Contoh macam gua masih punya ayah dan mak, ada anak dan isteri, ini rezeki dorang juga.

5 Perkara Paling Tak Boleh Blah Pasal Tandas Office

  1. Bersembang dengan member sambil kencing berdiri, bersebelahan
  2. Bercakap talipon macam projek juta-juta, macam dato' dato'
  3. Abu dengan puntung rokok berterabur, rasa nak seligi je
  4. Tengah setting-setting nak masuk kan baju cleaner perempuan masuk, gua plak yang malu, cleaner buat dek je
  5. Tisu berterabur, tong sampah dah besar dah tapi tisu masih kat lantai.
Bagi gua tandas adalah sepatutnya menjadi tempat paling private, kena senyap, bersih, nyaman dan segar. Baru tenang jiwa nak 'beradu', tiada gangguan yang akan memotong nikmat 'beradu'. Lagi 1 gua nak sarankan, mana-mana manager yang kawal bahagian tandas ni supaya Wi-Fi tu lepas sampai ke tandas, oleh kerana kadang-kadang mengambil waktu yang lama dalam tandas gua boleh minta nyawa bila gua memerlukan ketika main candy crush. Dekat tandas-tandas awam pun boleh wujudkan Wi-Fi percuma, ini boleh menarik minat orang untuk membuang dari menyimpan, boleh batu karang tau.

Kehilangan MH370

Semakin hari semakin hangat orang bercakap pasal MH370, bermacam-macam yang dikaitkan. Gua pun tak terlepas dari mengikuti perkembangan MH370 ni, daripada tv, radio, suratkhabar, sembang kedai kopi, fb dan ke blog-blog. Bermacam-macam andaian, bermacam-macam spekulasi, bermacam-macam fikiran, bermacam-macam tomahan, bermacam-macam kritikan dan bermacam-macam lagi.

Dari bacaan gua, dari fikiran gua, dari pengamatan gua, dari kehilangan MH370 ni ada kejadiaan sebenar yang kita tidak tahu dan kita juga tidak perlu tahu. Ikut logikal akal gua, perkara ni telah melibatkan beberapa negara jiran dan beberapa negara kuasa besar. Malaysia selaku tuan rumah pastinya ingin menjaga kedaulatan negara dan tidak akan sewenang-wenang nya mendedahkan kelemahan negara seterusnya akan mendedahkan kelemahan keselamatan negara.

Apa yang berlaku sekarang telah melibatkan negara, melibatkan keselamatan negara, melibatkan asset negara, melibatkan kedaulatan negara, jadi apa yang dikeluarkan kepada media telah ditapis setapis tapisnya untuk tidak mendedahkan mana-mana ruang yang menunjukkan kelemahan negara. Lu orang bayangkan, 1 dunia perhatikan Malaysia, tumpuan dunia sekarang pada negara kita. Gua percaya ada beberapa negara akan cuba mengambil kesempatan atas apa yang berlaku seperti yang telah berlaku kepada negara-negara lain.

Malaysia ada kekuatannya yang tersendiri, ini tidak berkaitan dengan politik dalam negara. Gua percaya penggerak Malaysia ini adalah yang termahir dan terlatih, tiada siapa yang boleh sangkal. Biarlah mereka membuat kerja mereka, dah memang kerja mereka. Kita buat kerja kita, jangan sibuk nak jatuhkan negara sendiri walau terlalu benci dengan pemimpin, kisah MHU370 telah berkaitan dengan soal keselamatan negara. Tolong la bagi semangat sikit, bukan suruh jadi komando atau perisik pun.


BR1M 3.0 membawa fenomena

BR1M ni memang membawa fenomena kat Malaysia ni, BR1M ni bermakna Bantuan Rakyat 1 Malaysia hanya untuk yang kurang berkemampuan dan yang layak je. Gua cakap membawa fenomena sebab bila masa BR1M ni diumumkan sampai la ke BR1M 3.0 ni kecoh dalam FB, blog, twitter dan lain laman sosial cakap pasal BR1M. Setiap kali BR1M dikeluarkan pasti kecoh, pihak pembangkang maki, kutuk, keji bantuan ni, pihak kerajaan semasa gembira, puji, sanjung.

Gua ni jenis suka memerhati, kalau dalam FB tu gua baca la komen-komen yang meleret-leret tu, kadang-kdang tergelak pun ada. Sanggup bergaduh pasal BR1M ni kat dalam FB, apa ke hal nya korang nak bertekak kat situ. Kalau rasa BR1M tu tak baik atau tak membantu tak payah la claim BR1M tu, kalau rasa BR1M tu membantu, claim dan belanja kan jela. Bagi gua tak payah nak compare kan wang bantuan tu dengan kos sara hidup lu orang, kalau lu orang pakai kereta memang tak akan cukup la dengan wang bantuan tu, kita fikir logik sudah, dah nama pun bantuan.

Bagi gua BR1M ni hanya wang bantuan kepada yang berkelayakan, Alhamdulillah bagi yang dapat tu setidak-tidaknya dapat la juga sikit duit tanpa berkerja jeras. Bagi yang betul-betul mengharapkan bantuan ni mereka dah tentu sangat bersyukur dengan wang bantuan ni, kita yang tak sesusah yang lain ni patut bersyukur jugak dengan bantuan yang sedikit ni dapat la juga fakir-fakir miskin ni merasai nikmat yang terlalu berharga bagi mereka. Cuba bayangkan bantuan semacam ni dihentikan, apa yang akan dilalui fakir miskin yang sangat mengharapkan bantuan macam ni?

Pendek kata, jangan gaduh-gaduh, yang sikit sama dirasa yang banyak sama dibagi. Rasa taknak BR1M tu kita sedekah dekat rumah anak-anak yatim, masjid/surau, atau derma lah kat mana-mana yang lu orang rasa nak derma

Soalan lazim selepas bersalin

Soalan-soalan lazim yang ditanya selepas isteri bersalin, terutama anak pertama/sulung.

- Anak lelaki ke anak perempuan?
- Berat berapa?
- Nanti isteri berpantang kat mana?
- Takde gambar ke?
- Nama anak apa?
- Bersalin pukul berapa? Dan macam-macam soalan lagi

Tetapi kan tetapi ada tak yang tanya pasal si suami? Dah tidur ke? Dah makan ke? Sihat ke? Sengkang mata menunggu, makan memang tak sempat la kan, tak senang duduk. Nama pun anak sulung, ramai yang ambil berat tapi ambil berat kat isteri je........

Mati naik banana boat

Lu orang kalau ada anak kecik jangan bawak naik banana boat, itu cari penyakit namanya. Permainan tu untuk orang dewasa, bukan budak berumur 2 tahun. Apa alasan pun bapak mangsa tu nak bagi semua tidak masuk akal, mana mungkin naik banana boat bawak perlahan, apa ke peliknya la bapak mangsa ni. Lagi 1 perkara gua nak ingatkan, anak kecik jangan bawa naik moto jalan-jalan, walaupun dalam kawasan taman, itu mengundang padah tu. Tak selamat bawak moto sebelah tangan pegang handle dan sebelah tangan lagi pegang anak, kalau-kalau terlanggar batu kecik pun bole tergolek, itu bukan pasal minta benda buruk berlaku tapi ni peringatan untuk tidak berlaku perkara yang libatkan nyawa.


 
 

Warga Prihatin

Kebelakangan ni ramai orang jadi sangat-sangat prihatin tak bertempat, prihatin tu tak jadi masalah kalau kena dengan tempat dan cara. Kalau setakat prihatin dalam facebook tak guna, ibarat bercakap depan cermin, pantul balik kat diri sendiri, guna bahasa pun kasar dan mengaibkan. Konsep gua mudah, gua lebih pandang pada keliling gua, gua akan lebih prihatin kepada orang-orang sekeliling gua je, ahli keluarga gua, ahli keluarga mertua gua, kawan-kawan gua. Jadi kalau gua nak perbetulkan pun gua perbetulkan orang-orang ni dulu. Kalau gua nak berdakwah pun gua akan berdakwah dengan orang-orang ni dulu, kalau gua nak buat baik pun gua akan buat baik dengan orang-orang ni dulu, kerana apa? Kerana orang-orang ni lah yang akan mandikan jenazah gua, kerana orang-orang nilah yang akan doakan gua, orang-orang ni lah yang akan mengamin kan doa arwah untuk gua nanti.

Tak guna tegur orang itu dan ini kalau tak berani tegur ahli keluarga sendiri...

Kisah politik

Sekarang ni ustaz-ustaz pun terkait dengan propa politik, bagi gua apa ustaz tu nak buat untuk hidup dia pun gua tak kisah sebab dalam mind set gua ustaz juga seorang manusia, tak lari dari keduniaan. Isu jadi hangat disebabkan beberapa keyboard warrior yang mewakili parti politik ni lantang suka mak ayah je nak cakap sesuatu yang buruk dan nampak  nak melaga-laga antara sesam parti politik. Mungkin tu pandangan si keyboard warrior tapi tak perlu sampai mengaibkan orang tersebut tanpa fakta yang sahih, ustaz ni tak bagus, ustaz ni bagus, kerana ustaz ni parti politik ni ustaz ni bagus, kerana ustaz ni parti politik tu ustaz tu tak bagus. Sangat la tak bertamadun orang yang macam tu..


Lagi 1 kisah bila orang tukar parti, bila orang keluar parti ni pergi parti tu kata terima duit, sebaliknya bila ke parti lain. Matang sikit, kita ni manusia yang berpendidikan, cuba guna akal untuk meluahkan marah. Bagi gua senang je, orang yang suka tukar-tukar parti ni orang yang tidak tetap pendirian, masa parti tu sedap hentam parti ni, bila tukar parti lain hentam balik parti sebelum ni. Malu dengan diri sendiri, ibarat macam dah ludah dijilat-jilat balik, lu memang pengotor. Orang-orang macam ni lah perlu dihapuskan dari Malaysia..



Kereta usia 10 tahun

Majoriti tak bersetuju kereta usia 10 tahan dihapuskan, rata-rata dalam tempoh 10 tahun tu baru habis langsai membayar full installment, mana mungkin nak dihapuskan kereta yang baru je habis dibayar. Dari aspek lain, isu penghapusan kereta berusia 10 tahun ke atas ini mungkin dari aspek keselamatan. Gua ada terfikir cara lain selain dari dihapuskan kereta-kereta ni, kalau gagal baru dihapuskan.

1- Lakukan ujian di Puspakom pada mana-mana kereta yang sudah menjangkau 10 tahun, maksudnya di sini setiap 10 tahun kereta-kereta persendiriaan akan melalui 1 ujian keselamatan oleh Puspakom Malaysia, mana-mana kereta yang gagal melepasi tahap-tahap yang ditetapkan akan diberi 1 tempoh untuk diperbaiki dan datang semula untuk melakukan ujian sebanyak tetapi pastikan ujian itu adalah PERCUMA. Mana-mana kenderaan yang masih gagal dalam saringan ujiaan sebanyak 3 kali dalam temph yang di tetapkan akan di ambil tindakan penghapusan TETAPI diberikan pampasan atau elaun senilai dengan harga kereta tersebut, jadi tak la rugi kalau dihapuskan pun. Bagi gua kereta yang berusia 10 tahun ni tak seteruk mana pun, kebanyakan nya masih lagi boleh beroperasi dengan baik dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Cuma nya disini adalah keraguaan terhadap kereta yang lebih berusia dari 10 tahun, dengan mata kasar pun kita boleh nilai tahap keadaan fizikalnya dan tahap keselamatannya.

2- Kenderaan-kenderaan awam seperti bas-bas bandar, bas-bas sekolah, bas-bas ekspress dan lori-lori perniagaan ini yang sepatutnya dipantau tahap usia dan ciri-ciri keselamatannya. Gua rasa kenderaan yang membawa nyawa dan mempertaruhkan nyawa orang lain ini yang harus dihapuskan setelah 10 tahun kerana sering berlaku kemalangan jiwa akibat dari masalah sistem keselamatan, majoritinya kenderaan yang sudah berusia 10 tahun ke atas. Tidak perlu risau atas penghapusan kenderaan ini kerana perniagaan mereka lebih menguntungkan dalam tempoh 10 tahun penggunaan kenderaan tersebut, jika penghapusan dilaksanakan pun mereka masih mempunyai modal untuk membeli yang baru selain keselamatan semua dapat dijamin di atas jalanraya.


Perkahwinan termahal

Gua rasa perkahwinan gua dah cukup termahal, gila susah nak cari duit nak buat persiapan majlis. Serabut kepala fikir tentang majlis, mana nak cekau duit dan buat barang hantaran, katering, duit hantaran dan macam-macam lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat, duit katering semuanya cukup, barang hantaran semua cukup, duit hantaran cukup, tak nampak la cacat majlis gua tu. Setiap benda yang baik pasti ada jalan nya, mendirikan masjid perkara wajib dan amat mulia di sisi Islam, pasti ALLAH akan menolong kita tapi jangan pula la harap ada yang nak taja perkahwinan lu orang melainkan lu orang tu popular atau kenamaan. Setiap usaha pasti ada ganjaran, untuk lebih usaha kena lebih, rezeki ada dimana-mana tapi jangan la mengharap perkahwinan yang gah kalau hidup cukup-cukup makan, buat sekadar mampu. Nak gah macam-macam cara ada, tak semestinya kena belanjakan duit yang banyak, contoh macam majlis gua, gua rasa gah je majlis gua tu sebab melangkaui pemikiran gua, bergotong royong, ada permainan antara pengantin dengan tetamu, cabutan bertuah, meriah kan?

Untung Zain dengan Rozita Che Wan, rezeki jangan ditolak, sebat aje lah.


Makanan tengahari

Gua tak tahu la lu orang ada masalah macam gua atau tak, gua dah kaji dan perhati lama pasal makanan tengahari ni. Baik kat office ataupun sekitar kawasan rumah gua, gua pun tak tahu la apa masalah peniaga-peniaga melayu zaman ni. Tahap rasa makanan lauk-lauk, gulai-gulai semuanya masih ditahap kurang memuaskan, rasa cuma biasa-biasa je, gua punya tekak ni takde la bercitarasa tinggi tapi makanan tengahari yang dorang jual ni semua ditahap gua sendiri boleh masak. Takde satu pun kedai yang boleh sentap citarasa makan gua di tengahari, semuanya setakat boleh la untuk hilangkan lapar. Nak kata untuk kongsikan cerita dekat kawan-kawan tu memang tak la, rasa semua sekadar cukup rasa je takde yang umphh pun. 

Gua ingat dorang ni kena kaji balik resepi orang-orang lama dan lebih fokuskan kepada citarasa pelanggan, dari segi pedasnya, dari segi warnanya, dari segi keistimewaan rasanya. Kalau lu orang jumpa kedai makan tengahari yang ada umphh kasi tahu gua, gua dah bosan makan benda yang sama dan yang tah apa-apa rasanya. Kalau macam ni la tahap masakan dorang, gua sendiri akan bukak restoran nanti sebab gua rasa masakan gua lagi bagus dari dorang. Gua boleh masak Udang Nenas 3 Rasa, Udang Goreng Berlada, Sambal Tumis Telur Puyuh, Nasi Goreng Bujang. Klik link nak tengok dengan jelas, gua tak bohong.


Cerita orang lama

Contoh kata-kata orang lama, kalau bini mengandung jangan memancing ikan nanti anak sumbing mulut. Kalau bini mengandung jangan masuk hutan main ikat-ikat tali kat pokok nanti tali pusat anak terbelit, dan lain-lain cerita. Bagaimana pula jika mereka mencari rezeki dengan cara sebegitu?  Apa yang berlaku mungkin adalah kebetulan dari kegiatan seharian si bapa, tidak semestinya anak yang dikandung terkenan atas aktiviti atau kegiatan si bapa. Dari apa yang diceritakan tidak semestinya kita perlu ambil bulat-bulat dan percaya akan kebenaranya, berdoa agar kesihatan bayi dan ibu yang mengandung sentiasa di lindungi dan sihat sempurna. Berikan makanan yang sihat dan sentiasa membuat pemeriksaan bulanan di klinik ataupun hospital, mengurangkan membuat kerja-kerja berat bagi si ibu yang mengandung. Kemungkinan kata-kata orang terdahulu ini hanya untuk mengingatkan kita supaya lebih menjaga kandungan dan melindungi si ibu yang sedang mengandung, usaha untuk menjaga dan melindungi lebih baik dari hanya mendengar kata-kata orang lama dari zaman ke zaman. Mudah-mudahan kepada ibu yang sedang mengandungkan bayi ketika ini diberikan kesihatan yang baik, kesihatan bayi yang sempurna, dan akan melahirkan dan dilahirkan secara normal dan sihat keduanya inshaALLAH AMIN...


Peniaga haram depan Maybank

Lu orang mesti biasa kan nampak ada peniaga-peniaga meniaga depan-depan bank, bukan siang je, malam pun ada. Kat tempat gua Cheras Selatan depan Maybank dah macam pasar malam, sampaikan nak masuk dalam kawasan ATM pun susah. Tempat jadi terhad dan sempit, memang menyusahkan pengguna. Ada peniaga yang jenis nak terang menerang pasal barang-barang yang mereka nak jual, orang nak ke bank bukan nak dengar semua penerangan macam tu. Gua sebagai pengguna menjadi rimas, semak, rasa nak marah, rasa nak maki, ini serius. Dah lah meniaga secara haram lepas tu nak paksa memaksa dengar penerangan lu orang, dah cakap tak nak sekali tu faham la. Gua tahu lu tu melayu dan bukannya gua tak nak tolong melayu tapi lu sebagai peniaga mesti tahu undang-undang meniaga, lu dah menyusahkan pengguna bank. Tak cukup dengan tu lu orang mesti selalu nampak depan-depan bank ada penjual DVD, CD, kalau dulu buka meja 1 - 2, sekarang nah kau sepanjang panjang kaki lima penuh meja penjual DVD, CD. Ini 1 lagi yang menyemakkan ruang berjalan bagi pengguna-pengguna bank, kena pula masa gaji atau hujung bulan lagilah sesak. Gua rasa pihak bank dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan undang-undang sebelum semuanya sudah menjadi kebiasaan kepada peniaga-peniaga haram ni, gua rasa pihak sudah lama tahu tentang ni sebab terdapat CCTV yang memang 24 jam terpasang, jadikan rakaman tu 1 bukti kukuh menegakkan undang-undang.







Cakap tak serupa bikin

Gua semakin tak faham mengenai rakyat-rakyat Malaysia yang terlalu obses untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, gua bukan la memihak pada mana-mana parti politik tetapi gua seorang rakyat yang sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah untuk mengekalkan kedamaiaan dan keharmonian negara. Banyak benda yang gua rasakan tidak masuk akal untuk dibangkit sehingga ada yang sanggup nak hura-harakan keadaan dengan buat perhimpunan atau provokasi secara nyata atau maya. 

Lu orang kutuk gila-gila kerajaan semasa, itu ini lu maki, itu ini lu kata salah tapi duit kerajaan lu ambil, kerja kerajaan lu buat, sekolah kerajaan lu pergi, klinik kerajaan juga lu singgah, hospital kerajaan juga lu jenguk. Kalau lu memang gila-gila anti kerajaan semasa apa kata lu kerja swasta, pergi klinik swasta, hantar anak lu pergi sekolah swasta, bersalinkan anak lu kat hospital swasta, sila bagi kemudahan kerajaan ini kepada yang betul-betul tahu erti bersyukur. Sekian lama gua menanti dapat kerja kerajaan, gila banyak faedah, pinjaman perumahan senang, ada skim pencen, bonus setiap tahun, bonus raya dapat, anak sekolah dapat elaun.

Gua perlukan semua tu, sila tukar perkerjaan lu dengan gua, bagi BR1M lu kat gua, bagi bonus tahunan lu kat gua. Meh rasa hidup dalam semuanya swasta, orang macam lu memang elok kena campak ke negara miskin, belajar cara hidup susah dan bersyukur dengan nikmat dunia. Gua masih ingat lagi kata-kata Tun Mahathir "Jangan terlalu taksub pada politik" sebaliknya balik lah pada Islam, Bangsa dan Negara. Jangan nak sombong sangat dengan pemimpin yang lu banggakan kerana pemimpin kita adalah Rasulullah dengan membawa ajara Islam dari ALLAH. Ini peringatan kepada diri sendiri, kepada orang yang suka mengampu, kepada orang yang gilakan kuasa, kepada orang yang inginkan sesuatu, dan kepada orang yang terlalu duniawi. 



Bertroli





Melihat pada gambar di atas terdetik di hati untuk lebih prihatin mengenai isu longgokan troli di parkir-parkir kereta sehingga menyusahkan pengguna lain untuk memakirkan kenderaan mereka, tidak susah sebenarnya untuk kita menjadi prihatin. Cukup tanamkan dalam diri "Sudah pinjam pulangkan" dan tempatkan balik di mana ia sepatutnya berada, mudah dan menyenangkan semua pengguna. Peringatan untuk diri sendiri juga....