Gemilang Futsal

Sudah lama gua berfutsal, bermula dari suka-suka dan hobi semata-mata. Kemudian menjadi serius dengan menyertai pasukan-pasukan futsal, menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Semakin serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pernah menubuhkan pasukan futsal sendiri tetapi akibat tekanan dan komitmen yang tinggi pasukan itu terpaksa dikuburkan. 

Sukan futsal gua tidak terhenti disitu, gua semakin serius berfutsal. Mula menyertai pasukan futsal mewakili tempat kerja, sering mengadakan perlawanan persahabatan bagi memantapkan keserasian berpasukan dan mengukuhkan stamina. Sering juga bermain untuk pasukan lain dan mendapat jemputan dari pasukan luar untuk bermain bersama, perlawanan persabahatan dan perlawanan di kejohanan futsal. 

Bagi gua serius dalam sukan ini tanpa sebarang kejayaan membuatkan gua kadang-kadang rasa jatuh dan merasakan semuanya sia-sia tapi ini semuanya salah kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih, fokus dan jangan cepat mengalah. Minat gua yang mendalam terhadap sukan ini membuatkan gua terus berusaha dan tingkatkan kemahiran gua dalam berfutsal.

Penantian dan usaha gua akhir membuahkan hasil, satu per satu kejayaan datang. Kejayaan ini datang bersama-sama pasukan tempat kerja yang gua wakili, SKPB FC (Sapura Kencana Petroleum Berhad FC). Kejayaan pertama hadir pada Kejohanan Futsal Oil & Gas AVEVA 2012, SKPB FC menjadi juara keseluruhan. Ini merupakan kejohanan pertama yang disertai SKPB FC dan ianya membuahkan hasil setelah sekian lama membuat latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan setiap minggu.



Kejayaan kedua hadir di kejohanan terbesar yang menawarkan hadiah yang lumayan dan mendapat penyertaan besar, di kejohanan Petroleum Futsal League 12, SKPB FC sekali lagi menjadi juara keseluruhan setelah berhempas pulas selama 7 minggu mengharungi saingan yang berkonsepkan liga dan mata. SKPB FC menerajui liga sejak minggu pertama kejohanan sehingga ke minggu ke tujuh, ternyata tekanan selaku peneraju liga amat tinggi selain terdapat masalah komitmen para pemain. Segalanya diharungi secara tenang dan akhirnya ketenangan itu membuahkan hasil yang amat besar. 



Apa yang membuatkan ia lebih manis adalah, gua dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol sepanjang kejohanan berlangsung, dengan itu gua dianugerahkan piala Golden Boot sebagai ganjaran. Ianya memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga, bukan sahaja bergelar juara malah menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Rakan pasukan banyak membantu saya sehigga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak, penghargaan untuk mereka juga.



Kegembiraan menjuarai kejohanan besar itu tidak terhenti disitu kerana ia diikuti dengan kejuaraan ketiga iaitu pada kejohanan Asian Geos Futsal 2012, sekali lagi SKPB FC bergelar juara kejohanan. Walaupun kejohanan ini agak kecil dari sebelumnya, kepuasan bergelar juara tetap dirasai. Menyandang status juara pada 2 kejohanan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemain pada kejohanan itu, pengalaman bermain dalam tekanan pada kejohanan sebelumnya digunakan sebaik-baiknya untuk mengharungi kejohanan dan seterusnya menjuarai Asian Geos Futsal 2012.



Semuanya hadir pada tahun 2012, gua menganggap tahun 2012 adalah tahun paling berjaya gua dalam sukan futsal. Ini akan gua jadikan sebagai pendorong dan semangat dalam mengharungi kejohanan futsal pada tahun 2013 dan tahun seterusnya, diharapkan lebih banyak kejayaan yang bakal gua kecapi.




Terperam

Sejak kebangkitan Harimau Malaya ni, gua pun rasa terbangkit nak kemaskini blog sampah gua ni. Lama dah rasanya tak bercinta dengan biskutmarielemau.blogspot.com ni, ada ke yang tertanya-tanya mana gua hilang? Hahaha...Tak hilang kemana pun, cuma buat-buat sibuk dengan aktiviti luar pintu. Biasalah bujang, masa inilah nak beraktiviti pun.

Gua nak bagi tahu ni, gua dah 9 bulan tak merokok. Kalau ibu mengandung dah keluar anak dah, walaupun rasanya tak sama macam ibu mengandung tapi ini kejayaan paling besar dalam hidup yang gua pernah kecapi. Hidup gua tanpa rokok tapi masih dibelenggu asap rokok kawan-kawan.


BSN Putrajaya Night Marathon 2012

Ini merupakan maraton kedua gua dalam tahun ni, hanya suka-suka selain meng-fitkan lagi tubuh kental gua ni. Maraton malam ni best sikit, cuaca pun sejuk, kepala tak panas sangat, tapak kaki tak bahang, lebih selesa dan mudah. Gua anggap ni salah satu latihan gua sebelum gua melakukan trans gunung Yong Belar, Charlie dan 3 Boundries di Perak. Dakian ini lebih sukar dari larian itu, fahamkan ayat gua tu? Hehe...

Baju jelmaan BROOKS - cantik

Tali kasut harus dirapikan

Kesegakkan juga penting

Gambar-gambar diatas adalah sebelum acara dimulakan, memang jelas kesegakkan terpancar ketika ini. Cuaca juga amat sesuai untuk bergambar bersama kamera talipon bimbit, tak perlu guna flash. Gambar selepas acara tidak dapat digambarkan melalui gambar kerana kudrat sudah tidak bermaya lagi untuk mencari ikon kamera, tiada gambar selepas acara. Keputusan penuh sila lihat lampiran dibawah dan cari nama Mohd Fadli Bin Ali Anui, ya itulah nama penuh saya.

Top 20 - Mereka memang hebat

Nampak tak nama tu? Hehe



Hujan bersama musimnya

Dekat 2 minggu hujan sebelah petang, selang seli di belah pagi. Musim tengkujuh memang cuaca tidak menentu, sentiasa berair dan lembab. Kitaran alam yang memang akan berlaku tiap-tiap tahun, bezanya cepat atau lambat.

Gua rasa semua orang tahu pasal cuaca tahunan ni, tak perlu diterjemahkan lagi. Disini gua selaku orang yang mengambil berat terhadap rakyat jelata meminta semua bersedia menghadapi cuaca hujan ni, gua harap lu orang ingat.

Kepada pengguna kenderaan awam dan pejalan kaki, sila sediakan payung. Kepada penunggang motosikal, sediakan baju hujan. Kepada pengguna kenderaan awam dan pejalan kaki, sila berhati-hati ketika berjalan takut terjatuh dalam lopak air. Kepada penunggang motosikal, berhati-hati ketika menunggang takut termasuk lubang.

Dan kepada penganggur yang dirumah sila setkan alarm setiap 1 jam sekali bagi mengelakkan terlajak tidur, gua tau memang syok tidur ketika hujan. Gua selaku orang yang mengambil berat terhadap rakyat jelata mengucapkan selamat menyambut Musim Tengkujuh.


Alam pejabat

Gua takde kerja? Lu bukan ada dekat tempat gua pun, jadi mana lu tau gua takde kerja? Kerja gua dah selesai, kerja gua da siap. Apa yang gua galas semuanya lengkap, tu sebab gua boleh bersenang lenang. Gua harap lu boleh betulkan statement lu tu balik, tak perlu nak jaja yang gua ni takde kerja. Lu ada nampak bos cari gua pasal gua tak buat kerja? Lu ada nampak bos maki gua sebab tak siap kerja? Takde kan?

Gua pun bukan minta dapat kerja sesenang ni, dah rezeki gua. Jadi jangan lah busuk hati sangat, tak baik macam tu sebab tu menampakkan kekurangan lu. Kalau lu tak boleh nak handle kerja lu tu, angkat tangan serah diri la. Bagi kerja tu kat gua, meh gua sendiri cakap dengan bos. Tak perlu nak cakap yang gua ni takde kerja, senang lenang dan surfing setiap masa. Eh, bab surfing tu tak payah cakap la ye sebab lu pun surfing juga.

Gua bukan nak burukkan lu tapi gua nak lu sedar yang apa lu buat tu tak betul, lu pun bukannya tak pandai nak nilai orang. Belajar tinggi-tinggi tak kan la nak buat perangai macam ni, gua belajar kurang tinggi je dari lu tapi gua masih boleh fikir cara waras sebelum nak bercakap. Lu kena ingat, setiap orang ada kerja dia masing-masing. Jangan dengki dan iri hati, nanti susah nak maju diri. Harap bersabar la buat kerja lu tu ye, nak gua tolong boleh je tapi buat cara nak minta tolong la ye. Tu pun kalau gua nak tolong la, sebab gua rasa sakit hati la dengan lu sekarang ni.

Gua dah takde kerja, kerja dah siap. Jadi gua boleh surfing dan berjalan sana sini, lu kerja belum siapkan? Buat kerja elok-elok ye, nanti bos marah pula. Tak perlu nak perhatikan gerak geri gua lagi, mungkin lu ni teringin sangat nak jadi supervisor kot. Gua doakan lu akan capai cita-cita lu tu, aminn.....
 

5 tip menaikkan semangat kerja

Ni apa yang gua rasa bernas, gua rasa ianya menjadi pada gua. Tak tahu lah pada lu orang...

1- Pakaian baru - Cuba lu orang beli pakaian kerja baru sebulan sekali, bagi gua bila berbaju baru ni semangat nak pergi kerja tu lain macam sikit. Ini memang betul-betul menaikkan semangat kerja gua setiap kali berbaju baru

2- Kemas meja - Kalau lu orang ada meja kerja, kemas-kemas kan sikit kasi teratur. Sekali sekala ubah sususan komputer dan barang-barang lain bagi nampak kelainan, tak la boring tengok benda yang sama je. Gua selalu kemas meja sebelum gua balik, jadi esok pagi sampai pejabat tak la semak tengok benda bersepah

3- Hiasan - Hias sikit meja kerja lu orang tu bagi nampak berwarna warni, contoh hias dengan fridge magnet, keychain dan lain-lain. Kat meja gua banyak hiasan ni, tak larat nak susun. Teddy bear pun ada :)




4- Lagu - Muat turun lagu-lagu yang buatkan lu orang goyang kepala sambil senyum sorang-orang, nyanyi sorang-sorang, pasti semangat kerja tu sampai. Ni banyak membantu gua dalam menaikkan semangat kerja, pastikan pakai earphone.

5- Sarapan - Apa pun sebelum mula kerja kena sarapan dulu, tenaga dan semangat kerja datang dari sarapan pagi. Mula kerja dengan perut lapar memang tak semangat, ini pasti.

Lu orang cuba dulu 5 tip gua ni, kalau tak semangat juga nak kerja baik lu berhenti kerja je sebab lu memang dah takde harapan untuk sembuh lagi




Cara-cara pemasangan sportlight Myvi


Masa sekolah gua tak belajar di sekolah teknik ambil pelajaran automotif, sbb gua takde motif untuk belajar bidang tu. Bila dah mula pakai kereta, gua terpaksa mempelajari bidang ini kerana motifnya senang bila kereta gua rosak atau memerlukan pembaikan. Contoh macam menggantikan lampu sporlight ni, jadi gua kongsikan cara-caranya. Terima kasih kat kawan gua sebab dia menjadi mekanik malam itu, gua selaku videographer je.



Tiada Komen




MERDEKA??

Mungkin ada yang dah baca artikel DISINI, emel dari seorang wanita rakyat Malaysia tentang luahan hatinya mengenai Malaysia dan Kemerdekaan pada tahun ini. Macam-macam respon diterima, ada yang salahkan kerajaan, salahkan slogan, ada yang cakap meraih undi, ada yang cakap sambutan kali ini berbaur politik. Ini antara-antara respon mengenai emel yang dikirimkan seorang wanita yang perihatin tentang Malaysia, respon ada yang positif dan ada yang negatif. Masih ramai lagi yang sayangkan Malaysia rupanya...




Melalui pengamatan gua mengenai emel dan apa yang cuba disampaikan, dia menganggapkan sambutan kemerdekaan telah pudar dari matlamat asalnya. Dari apa yang gua faham, ambang kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun ni adalah acara kita meraikan kemerdekaan yang telah kita kecapi, meraikan kemenangan para pejuang kemerdekaan, menghargai perjuangan pahlawan-pahlawan Tanah Melayu dan acara untuk kita mensyukuri kemerdekaan ini masih lagi milik Malaysia.

Pendapat gua kita sendiri yang mencorakkan acara sambutan kemerdekaan itu, bukan menunding menyalahkan mana-mana pihak mengenai slogan kemerdekaan atau mengaitkan acara sambutan kemerdekaan dengan politik atau menyalahkan acara sambutan suram dan tak meriah. Jangan mengharapkan kerajaan menyediakan semuanya setiap kali sambutan kemerdekaan tiba, jangan mengharapkan ada jet-jet atau roket-roket berterbangan diawangan membuat aksi-aksi menakjubkan baru nak cakap sambutan kemerdekaan itu meriah.

Gua mempunyai ramai kawan-kawan outdoor, kawan-kawan seangkatan mendaki gunung. Mereka meraikan sambutan kemerdekaan di puncak gunung, mendaki beramai-ramai bersama bendera Malaysia. Tidak mengeluh sambutan kemerdekaan suram atau kurang meriah, malah berkobar-kobar mendaki gunung mengerah tenaga untuk mengibarkan bendera Malaysia tinggi di puncak sempena sambutan merdeka. Ini yang gua maksudkan kita yang mencorakkan acara sambutan kemerdekaan Malaysia bukan orang lain. Acara ini bukanlah yang pertama kali bahkan sudah menjadi acara tahunan bagi mereka setiap kali menjelang 31 Ogos.




Kepada perjuang Janji Bersih gua mengharapkan mereka sedar bertapa bodohnya mereka dalam sambutan kemerdekaan baru-baru ni, siap ada yang menunjukkan bontot, memijak gambar pemimpin negara dan ada yang membawa bendera kononnya menggantikan Jalur Gemilang yang sedia ada. Ini adalah bodoh dan sangat tak masuk akal, gua pasti ramai yang tidak dapat menerima perbuatan kutuk tu. Lu pijak gambar orang lu suka tapi kalau gambar lu kena pijak lu suka? Janji Bersih? Apa motif? Apa yang lu bersihkan malam tu? Sampah pun buang merata-rata, lu sendiri kotor la. Memalukan agama dan bangsa sendiri, agama tak ajar untuk kurang ajar dengan orang lain. Biar HODOH jangan BODOH







PROGRAM HIJAU ASTRO - eBILLING

Astro membuat program hijau selain membantu menyelamatkan pokok-pokok, dengan ini Astro memberi ganjaran 150 iPads kepada pendaftar baru e-Billing. Daftar e-Billing untuk berpeluang memenangi iPads selain dapat membantu menghijaukan lagi program ini. Menarik, untuk daftar klik link di bawa↓↓↓





→ASTRO eBilling←


Sambil daftar eBilling dapat mengurangkan penggunaan kertas dan menyelamatkan pokok-pokok selain boleh menang iPads!! 

→150 iPads←

Lemang

Semua orang tahu lemang, dibentuk mengunakan buluh, isinya pulut, ditambah santan, harganya mahal. Jangan tak tahu di Malaysia lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi, hebat lemang ni. Selain orang bandar yang tercari-cari lemang masa musim raya, lemang ni juga merupakan makanan orang asli Negrito di Kelantan. Orang Minangkabau pun suka lemang, sampaikan kota Tebing Tinggi dikenali dengan jolokan Kota Lemang. Lemang mungkin akan pupus ditelan zaman dan akan tinggal kenangan dalam sektor makanan, sebelum ianya hilang didunia gua rasa baiklah lu orang buat rumah terbuka berjuadahkan lemang. Jangan lupa rendang dan serunding nya sekali, baru ada rasa. Ha ha ha.....


Sekurang-kurangnya gua dah pernah rasa bakar lemang sebanyak 2 kali, yang terbaru malam raya lepas. Panas dan lama menunggu, kalau buat tengah puasa alamat memang jahanam puasa gua. Lepas ni gua nak belajar cara nak buat isi lemang, mana tau boleh buat meniaga masa gua pencen nanti. He he he...



Rumah itu mahal

Rumah itu mahal, kepada adik-adik  yang sedang belajar dan inginkan rumah idaman dimasa akan datang sila lah belajar rajin-rajin supaya mendapat pekerjaan yang lumayan ataupun silalah mengumpul duit dari sekarang sehingga mampu menampung perbelanjaan 10% wang deposit rumah. Harga rumah sangat tinggi lebih-lebih lagi dibandaraya besar macam Kuala Lumpur, rumah setinggan pun sewa 5-6 ratus sebulan. Esok dah ada anak bini kena sediakan rumah yang kukuh dan selesa untuk mereka, sekali lagi gua nak cakap, rumah itu mahal.

Ataupun, sesiapa yang mempunyai ayah bertanah luas silalah bodek diwasiatkan kepada anda supaya nanti boleh didirikan rumah diatas tanah itu. Ha ha ha....


Rumah Contoh




Syok raya

Macam-macam nak cerita, dari malam raya, pagi raya sampai la ke raya semalam. Buat itu, buat ini, pergi sana, pergi sini, jalan sana, jalan sini, makan itu, makan ini. Apa yang paling tak senonoh bila tengok baki dalam akaun simpanan, syoknya raya sampai baki pun sikit. Benda jadi tak seronok bila sentuh bab duit, sambung bulan depan 26 haribulan sebab masa tu gaji dah masuk. Selamat Hari Raya...



Pemberian Kad Raya

Benda tak banyak, kira siapa cepat dia dapat. Sesiapa yang nak gua kirimkan kad raya terus kepada lu orang sila emel-kan alamat rumah/pejabat lu orang kat gua, 5 kad raya untuk kawan-kawan blogger dan 5 kad raya untuk kawan-kawan facebook. Kalau gua dah tau alamat lu orang senang sikit gua nak hantar kad kahwin nanti, hahaha.

Jangan lupa emel-kan alamat kat chip_munks85@yahoo.com, insyaALLAH gua akan poskan kad beserta ucapan raya ikhlas dari gua. Kalau takde yang nak kad raya gua ni, nampak gayanya gua gantung jelah kad-kad ni kat ruang dapur rumah kasi nampak berseri. Lupa nak perjelaskan disini, pemberian kad-kad raya ini adalah ikhlas dari gua dan gua tak mengharapkan pembalasan dari lu orang. Hehehe...


Kad Raya

Masa gua kanak-kanak gua rajin membeli kad raya tukar-tukar dengan budak-budak sekolah, ada juga yang gua pos masuk dalam peti merah. Untuk yang lelaki gua bagi yang kelakar-kelakar, untuk yang perempuan gua bagi yang manis-manis. Ada sampai 1 tahap tu gua hampir nak beli yang siap ada musik, pengaruh punya pasal. Dalam kad tu gua tak tulis banyak pun sebab semua apa yang gua nak tulis dah memang tertulis, tak perlu nak kerah keringat sangat nak menulis apa. 

Gua kalau nak pos kad tak payah beli setem sebab ada pakcik gua yang memang kaya setem, dah jimat dah kat situ dari segi kos setem. Lagi satu gua tak pakai air liur nak lekat kan sampul surat tu jadi kemas, gua ambil sikit air dari paip buat penganti air liur. Selalunya gua tidak akan letak nama gua pada kad atau sampul tu, inilah yang dinamakan kejutan dihari raya. Gua lebih gembira kalau kawan-kawan tertanya-tanya siapa gerangan pengirim kad raya tu, nampak manis kan?

Semua yang diatas adalah pembohongan semata-mata, saja nak memaniskan kenangan kanak-kanak. Saja nak mengembalikan mood raya zaman kanak-kanak yang sangat meriah tu tapi macam tak berjaya je. Hahaha...


Shortfilm Raya 2012 - WARKAH


Sebuah filem pendek dari LHmediatv sempena Raya 2012, filem pendek ini mengisahkan perjalanan hidup 2 orang adik beradik setelah kematian ibu dan bapa mereka. Ini merupakan pengalaman pertama krew-krew, kameraman dan pelakon-pelakon dalam industri filem pendek. Minta pendapat dan komen-komen semua supaya ianya dapat diperbaiki lagi selepas ini selain dapat memberi semangat untuk meneruskan lagi karya mereka.

Pelakon-pelakon, krew dan kameraman terdiri daripada kawan-kawan gua, tanda sokongan gua kat mereka gua post kan kat sini. Mana lah tahu lepas ni gua pula yang jadi pelakon dalam filem-filem pendek diorang, tanpa dialog pun okay. Percuma pun tak kisah janji masuk you-tube, hahaha...




Masalah brek

Dah banyak kejadian kemalangan maut yang kita dengar dari masalah brek, terbaru semalam sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan 9 buah kenderaan yang dikatakan berpunca dari masalah brek sebuah bas. Ini adalah tanda dan pengajaran untuk kita, sempena raya nak berjalan jauh ni bawa-bawa la kereta lu orang pergi servis. Check atas bawah, brek, air, enjin, tayar dan sebagainya. Biarlah keluar duit banyak sikit pun takpe, asalkan lu dengan pengguna jalanraya yang lain selamat. Peringatan ni untuk gua juga, sentiasa berwaspada. 


Gambar Harian Metro (Klik)

Kebetulan gua baru lepas servis pacuan 4 roda gua, gua cerita sikit la. Pertama mekanik tukar minyak hitam la macam biasa, lepas tu tukar filter bagai. Check air dan tambah, jangan sampai kering lak air dalam kereta. Check tayar 4-4, air kena cukup dan tidak terlebih, brek juga di check supaya betul-betul cengkam bila ditekan. Tu semua gua serahkan pada pakar untuk buat, gua cuma pantau apa yang dibuat. Selain tu gua suruh mekanik check sekali angin tayar simpanan, tu juga penting jika berlaku masalah tayar utama. Jangan lupa lampu sekali, check juga lampu depan dan lampu brek. Pastikan menyala semuanya, barulah terasa perjalanan tu selamat.











Ber- WALL CLIMBING

Bulan Ramadhan tidak menghadkan aktiviti baru gua ni, memanjat dinding tiruan. Lepas terawih pun boleh memanjat, selain dapat beraktiviti yang menyihatkan dapat juga belajar mengenai aktiviti ini. Cara ikatan tali, cara memanjat, cara memasang alat-alat keselamatan, dan lain-lain.


Gua tak pro lagi, masih lagi belajar-belajar. Untuk amatur macam gua layak main dinding yang mudah dan percuma macam ni, mungkin dah mahir sikit gua nak cuba dekat Putrajaya Chalenge Park. Alatan di sana dikenakan bayaran dan juga dikenakan yuran masuk, harga gua tak berapa pasti sangat.









Menurut SIFU, permainan ini tidak tertumpu pada kekuatan tangan semata-mata. Kekuatan kaki juga memainan peranan selain dari teknik yang betul, dari segi pijakan mahupun pautan. Gua mula jatuh cinta dengan aktiviti ini, gua sudah mula mengimpikan sepasang dinding tiruan seperti ini di halaman rumah idaman gua. Best...


Permintaan Awek Comel

Jarang-jarang sekali awek ni meminta-minta, mungkin sifat malu yang tebal yang memungkin kan dia jarang meminta. Permintaannya bukanlah yang berat ataupun yang bukan-bukan, permintaannya berkenaan dengan Syawal yang bakal tiba. Melihat pada baju kurung yang akan dipadan pada Syawal nanti, sandal merah menjadi idaman, permintaan itu sangat lah bersederhana dan kecil jika hendak dibandingkan dengan pengorbanannya. Akan gua tunaikan permintaanya, InsyaALLAH.


Atok (Awek yang dimaksudkan)

"Nanti belikan Atok kasut ye, merah" Atok meminta kecil
"Baiklah" Gua mengangguk faham dan sebak



Ramadhan datang lagi

Ramadhan tahun ni gua masih lagi bujang, makan pun masih mengharapkan mak dan ayah tolong masakkan. Gua hanya tolong belikan santan, serai, kunyit, beras dekat kedai depan rumah. Kekadang ke bazar tapau sebuku roti john ataupun tepung pelita, mengikut keadaan. Paling kasar pun kerja gua buat bancuh air 1 jug buat berbuka, kadang manis kadang tawar. 

Gua mengharapkan bahan letupan untuk memeriahkan keadaan di tahun ini tidak terputus bekalannya, umur banyak macam gua memang dah layak bermain letupan (AMARAN: Bermain bahan letupan seperti mercun adalah sangat merbahaya). Gua alah dengan asap yang banyak dan dengan itu gua menolak permainan bunga api yang boleh melemahkan pernafasan gua, lebih-lebih lagi sejak gua dah berhenti merokok.

Apa yang gua harapkan, Ramdhan kali ini lebih bermakna buat diri gua dan keluarga gua. Biar pun kami sekeluarga telah kehilangan orang yang disayangi, ingat ALLAH lebih sayangkan Angah. AL-FATIHAH....





KUIH RAYA & KEREPEK RAYA

KUIH RAYA 2012 ↓↓↓

Kuih Makmur - RM23 (50 biji)
Kuih Semperit/Dahlia - RM20 (50 biji)
Kuih Mazola - RM18 (50 biji)
Kuih Badam - RM23 (50 biji)
Tart Nenas - RM23 (50 biji)
Tart Blueberry - RM23 (50 biji)
Almond London - RM23 (50 biji)


KEREPEK RAYA 2012 ↓↓↓


Ubi Masin - RM14 (1 kg)
Ubi Pedas Kering - RM15 (1 kg)
Ubi Pedas Basah - RM15 (1 kg)
Ubi BBQ - RM15 (1 kg)
Pisang Masin - RM19 (1 kg)
Pisang Manis - RM18 (1 kg)
Kerepek Bawang - RM15 (1 kg)
Tumpi/Tempeyek Kacang Dal - RM22 (1 kg)
Tempeyek - RM23 (1 kg)


Hubungi Mohd Fadli 012-2779803 untuk tempahan atau pertanyaan, terima kasih.



Bulan Mendatang

Ramadhan pengganti Sya'aban, berpuasa sebulan menahan lapar dahaga. 27 kali gua melalui bulan mulia ini, disaat kanak-kanak, disaat remaja dan disaat kini. Ceritanya hanya gua yang tahu, mungkin cerita itu menguatkan lagi semangat untuk gua menghadapi rukun Islam yang ke-3 ini. Gua sudah cukup matang untuk melengkapkan rukun ini, pastinya ia amat mengujakan bagi gua. Diharapkan cerita Ramadhan kali ini penuh dengan kesuciaan dan keberkatan, InsyaALLAH.


Dengan kemunculan bulan penuh MULIA ini, gua ingin memohon keampunan keatas kesalahan yang telah gua lakikan sepanjang perjalanan gua diatas nuka bumi ini. Salah silap mohon diampunkan, moga sama-sama kita memperolehi keberkatan InsyaALLAH. Selamat menyambut bulan Ramadhan sekali lagi kepada semua umat ISLAM keseluruhannya, moga kita diberkati di bulan mulia ini. Amin...




GAMBAR HIASAN

Festival Bunga & Flora 2012 Putrajaya

Sekitar Festival Bunga & Flora di Putrajaya, walaupun gua agak extreme kadang-kadang perlu juga pergi tempat-tempat berbunga. 














BERPERANG!

Disaat tangan ini memegang senjata, tiada lagi kata halus dapat diluahkan. Hanya percikan darah dimerata-rata yang mengambarkan suara, tiada lagi budi bicara. Hebat kata-kata gua, macam pahlawan lama. Aktiviti gua selain menggunung, ye berperang.








Hutan Lipur Chemerong Dungun Terengganu - Anjuran REDTOP

Lama sudah gua pendam nak kemaskini blog, ha ha ha. Gua mulakan dengan aktiviti gua pada 1 Jun hingga 3 Jun lepas ke Hutan Lipur Chemerong, menawan Gunung Chemerong dan Gunung Berembun selain menikmati keindahan Air Terjun Lansir. Aktiviti yang sangat berbaloi-baloi, nak cerita pun susah.



Hutan Lipur Chemerong

Keindahan Alam

Pokok Penaga Berlubang

Puncak Berembun

Jejaka MANGGA

BerCANYONING
Mandi-manda

Photoshoot - Tema KOREAN/JAPANESE