Selamat Tahun Baru 2011

Gua mengucapkan selamat tahun baru kepada semua followers gua dan juga silent reader gua, semoga hidup lu orang semua lebih bermakna dan bahagia.

Gua bertahun baru di Penang, gua sekarang berada di Batu Ferringhi. Pertama kali menjejakkan kaki di Penang, excited la jugak. Perjalanan jauh dan memenatkan tetapi berbaloi dan puas.

Gua dah jejak kaki di HardRock Hotel Penang, boleh tahan besar tempatnye. Rambang mata, risau ketumbit je. Tak logik kalau dah singgah HardRock tak mebelah, rambang mata lagi sekali.

Makan malam gua tadi kat Restoran Kapitan di tengah-tengah pusat bandar, Nasi Beriyani Ayam pilihan gua beralaskan Milo ais kurang manis. Jengah-jengah gak Padang Kota Lama tapi tak berjalan pun sebab hujan da mula turun walaupun renyai.

Gua tak tahu apa yang menarik kat sini jadi malam ni gua duk bilik je sambil layan TV8, MTV (ulangan). Esok pagi-pagi lagi gua nak bangun, banyak tempat lagi gua nak pergi. Ni gua tengah study apa yang menarik kat sini

Walau di mana pun gua berada, lu orang tetap dalam blog gua. Gua akan bawa lu orang sekali bersama gua tapi dengan 1 syarat lu orang kena selalu baca blog gua, hahaha. Ok semua, 5,4,3,2,1 kabooommm, kedebommm, kebabom, SELAMAT TAHUN BARU.

Mata gua di duga



Mata gua sakit, merah je bangun tidur tadi. Pergi klinik, doktor cakap salur minyak kat mata tersumbat. Gua pun tak tau tersumbat yang macam mana, gua pun pelik gak macam mana dia tahu salur mata tu tersumbat. Kecik je kot salur tu tapi gua percaya sebab gelaran dia doktor, kang gua cakap lebih mau dia cakar mata gua. Dia bagi 2 ubat, 1 ubat titis 1 lagi ubat sapu. Ubat sapu tu bukan sapu kat luar mata tapi sapu dalam mata, tah macam mana la gayanya gua nak sapu nanti. Kan bagus ada bini, haih...



*gua tak skodeng orang ok, walaupun penyokong perempuan pasukan Indonesia. Tidak sama sekali



Gua & Twitter



KONDISI

Kondisi gua tak berapa cun, hidung berair, mata sakit, tekak perit, selera tak berapa nak ada, mood tak berapa nak ceria. Ni biasa terjadi kat gua kalau baru² nak demam, doa gua sembuh cepat. Gua taknak sakit.






*Cuaca tak berapa cantik sejak bermenjak ni





Masa Makan: Terminal Satay Zul, Kuantan Pahang

Terminal Satay Zul, terletak di pusat bandar Kuantan

Menu utama, satay dengan nasi impit ↑

Sebahagian pelanggan yang memenuhi ruang bawah restoran ↑
Hiasan dan struktur tiang & dinding yang menarik ↑

Menu 'board' elektronik ↑

Wartawan bertugas ↑


Terminal Satay Zul, restoran menjadi santapan makan malam gua. Selain satay sebagai menu utama ada juga masakan lain seperti masakan ala thai. Pesanan gua kepada yang ingin menikmati keenakan satay di sini supaya memesan makanan sampingan sebagai peneman menunggu satay di hidangkan, kebiasaannya restoran ini di penuhi pelanggan-pelanggan terutama di malam hari (tak pasti restoran beroperasi pukul berapa).


Pelbagai bangsa turut mengunjungi restoran ini, Melayu, Cina dan India. Ini membuktikan keenakan makanan yang terdapat di restoran ini, tak perlu gua huraikan.

XPDC Gunung Nuang 18 Disember 2010 - Bergambar

Alhamdullilah XPDC Gunung Nuang Edisi Pertama pada 18 Disember - 19 Disember (2h1m) berjaya dengan sempurna walaupun ini merupakan pengalaman pertama dalam aktiviti mendaki gunung. Banyak yang di pelajari dari 'otai-otai' yang tidak lokek memberikan tunjuk ajar dan menceritakan pengalaman mereka sepanjang menyertai aktiviti mendaki.Peserta yang ingin menawan atau memasuki Gunung Nuang di wajibkan untuk melapor diri pada ranjer bertugas. Ini bagi mengelakkan sebarang kecelakaan seperti hilang di dalam hutan atau sebagainya.Gunung Nuang terdapat beberapa 'base camp', terdapat 2 'base camp' yang besar. Pertama Kem Lolo dan kedua Kem Pacat. Kem Lolo antara yang menjadi tarikan pendaki untuk mendirikan khemah, ini kerana berdekatan dengan sumber air.Ketinggian Gunung Nuang menjangkau ketinggian 4898 kaki, gunung ini merupakan gunung tertinggi di Selangor. Gunung Nuang juga menjadi tarikan pendaki-pendaki untuk membuat latihan sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi, ini menjadikan Gunung Nuang antara gunung yang menjadi tarikan pendaki gunung.
9 peserta XPDC Gunung Nuang ↑

Seawal 7.00am adalah waktu paling baik untuk memulakan pendakian ↑

Pendakian terus ke Kem Lolo ↑

Setibanya di Kem Lolo kami mendirikan khemah sebelum meneruskan pendakian ↑

Berehat di Kem Pacat ↑

Selaku last man gua di amanahkan untuk menjaga peserta yang terakhir ↑

Tiba di puncak kira-kira 2.00pm ↑
(Edisi kedua bakal menjelma)


Timbul Tenggelam

Bertemankan secawan teh 'o' suam nipis kurang manis, di samping terselit rokok di jari, gua memirkirkan tentang masa depan. Cita-cita, angan-angan susah gua bezakan. Untung, rugi susah gua kirakan. Panas, sejuk susah gua rasakan. Dulu, sekarang susah gua lupakan.

Gua mengambil jalan untuk hadapi saja apa yang mendatang, gua cuba menjadi lebih matang dan berani selain waras berfikir. Di fikir-fikir sangat memang tak mana, nak cuba memang tak daya. Terima seadanya

Rokok di jari mengakhiri jalannya, teh 'o' di cawan sudah di tahap surutnya. Angkat kaki lambung, badan sakit-sakit ni. Sakit naik, turun gunung tak habis lagi. Nanti gua upload gambar, lambat sikit takpe kot.

entri bergambar, klik sini



p/s: hidup, bagaikan pentas opera


XPDC Gunung Nuang 18 Disember 2010 - II

Aduiii, badan gua sengal-sengal ni. Ape pun sakit yang menimpa, gua tetap menyukai XPDC Gunung Nuang kali ni. Pengalaman pertama mendaki gunung, memang best. Nanti gua 'upload' gamba, tak sempat nak 'transfer' lagi.

Alhamdulillah, 'team' gua selamat tiba di puncak & selamat balik ke rumah


Gambar, klik sini

XPDC Gunung Nuang 18 Disember 2010

Gua memang suka aktiviti lasak macam ni, hari-hari nak segak pun tak syok. Sekali sekala comot & kotor pun best gak, tunggu kepulangan gua dengan gamba.

Pokok & air tunggu kedatangan gua, gua bawak member sekali. Dah tak sabar dah ni. Kengkawan, doakan keselamatan gua.

Klik sini dan sini

NOORAZHANI - Model Loyal Talent

Gua tak tau la mana minah ni dapat no talipon gua, atau mungkin dia main tekan je. Masa 'lunch' tadi gua di kejutkan dengan 1 mesej 'unknown' yang berbahasa begini:

unknown: "dik tlg akak. try tanya member2 sape nak tp tak nak main belakang. akak btl2 terdesak. skrg akak tgh shooting"

gua: "Hah? Sapa ni?" gua membalas

unknown: "eh maaf salah send. malu nye. sory i bkn suke2 nak jual bdn. ada masalah. sorry ye. klau kenal i bg tau. Noorazhani model loyal talent.

gua: terbangang seketika tanpa dapat berfikir secara waras, gua abaikan je dan teruskan menyantap makanan tengahari.


Manusia yang cuba mencapai kemewahan yang murah memang akan cuba sedaya upaya untuk menipu, perkara-perkara macam ni memang kena elak dan sentiasa berwaspada. Banyak cara kita boleh tau sesuatu perkara itu tipu ataupun benar. Semuanya di hujung jari lu orang

Awas kaum Adam, sila abaikan mesej yang di terima seperti di atas. Boleh runtuh iman kalau layan, bahaya. Fuh....


notaberkaki: dunia di penuhi pancaroba dan liku, awas


Perbincangan: Lelaki vs Wanita

Perbincangan kali ini mengenai isu derita Lelaki untuk cuba menyintai Wanita, nampak macam remeh tapi ini merupakan 1 beban yang berat di tanggung Lelaki. Isu ni antara isu yang paling banyak di bincangkan lelaki bujang di kedai mamak.

Semuanya merupakan keluhan si lelaki yang ingin bercinta dan memulakan cinta, keluhan di sebabkan syarat yang di kenakan ataupun prinsip seorang wanita itu sendiri. Ini yang menyebabkan beban terletak di bahu lelaki masa kini.

Contoh beban yang di hadapi dan beban yang bakal di hadapi:-

Kereta - bayaran balik hutang kereta
Rumah - bayaran bulanan rumah
Hantaran - minimum RM10,000

Antara keluhan Lelaki:-
Lelaki 1 - "Nak kuar naik kereta je, moto taknak"
Lelaki 2 - "Hantaran nak paling koman 10k, kurang taknak"
Lelaki 3 - "Memilih, nak cari yang hensem je"
Lelaki 4 - "Nak kawen kena sediakan rumah dulu, kalau tak tangguh dulu"
Lelaki 5 - "Tak stailo macam budak disko takde mane dorang nak pandang"


Rumusan Gua:
Kebanyakan wanita masa kini terlalu memilih dalam bab² cinta, mereka akan menilai segala harta² dan aset² yang si lelaki ada. Yang paling kerap gua dengar pasal kereta, wanita masa kini lebih tertarik kepada lelaki yang berkereta sahaja. Lu naik moto? Bujang sampai tua la jawapnya.

Itu 1 hal, tengok plak bentuk muka. Muka pecah memang dorang tak pandang langsung, nak cari yang muka ala² pelakon korea je. Memilih sangat pun tak boleh. Muka tak hensem tak bererti hati busuk, betul?

Lain² yang gua dengar mesti tanya lu kerja mana, agak² nama company besar & gah confirm melekat. Ada gak yang jenis hati kering tanya gaji pokok lu berapa, ini memang tahap kaki kurap ni. Jumpa wanita macam ni tak yah layan, belum apa² dah tanya gaji. Wanita mata duitan paling senang nak kesan, awas!

Lagi 1 yang biasa gua dengar, memilih pasal tempat makan. Taknak mamak atau food court² biasa, nak yang ada nama je. Jaga standard konon, pegi da. Bukan lu yang bayar pun, balik² lelaki gak yang bayar. Wanita jenis ni lu kena ajar sikit, cakap dengan dia kalau dah sambal belacan tu sambal belacan jugak, takyah nak belagak spageti. Faham?



Apa yang tercatat di atas adalah sebahagian daripada cerita-cerita/perbincangan Lelaki dalam soal Cinta dan Wanita, bagi gua tak semua wanita berperangai dan berprinsip macam tu. Jodoh di tangan ALLAH


Duit menghalalkan undang-undang (Bergambar)

Lu orang da baca entri INI, kalau belum pergi baca sekarang. Nanti ada yang tak paham, susah plak. Lu orang biasa kena tak? Gua dah biasa kena, lagi² kalau masuk Kuala Lumpur. Memang damn.....
Bukan main tengah lagi teksi ni berhenti mengambil penumpang, menyebabkan kenderaan yang nak ke kiri tersangkut ↑

Boleh main garu² kepala & senyum² lagi tu ↑

Eh siap boleh main deal² lagi tu ↑
Perkara² musibat macam ni la yang buatkan gua naik darah, bukan nak sekat rezeki orang tapi bertimbang rasa la sikit. Duit² gak, keselamatan dan perasaan orang kena jaga juga.



Duit menghalalkan undang-undang

Gua ada cerita pasal pemandu teksi, berlaku semasa di waktu puncak (balik kerja) di hadapan kereta gua. Sebelum gua cerita, gua nak tanye lu orang apa pandangan lu orang pasal sikap, cara atau gaya pemandu² teksi di sekitar Kuala Lumpur.

Kebanyakkan gua tengok, pemandu-pemandu teksi ni tidak menghiraukan undang-undang jalan raya, tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan melakukan apa saja yang dia mahu semasa hendak menurunkan penumpang atau menggambil penumpang.

Ini menampakkan mereka mementingkan duit, upah semata-mata tanpa menghiraukan orang lain. Ini apa yang gua nampak di kebanyakkan jalan di Kuala Lumpur. Apa pendapat lu orang?



Apabila hujan

Apabila hujan tak boleh balik rumah, kalau kerja dah takde kat opis ape nak buat? Ye, cube sebaik-baiknye membace blog dan update blog. Sekarang idea tak berape nak ade, jadi gua tulis je ape yang gua nak tulis.

Jari jemari gua sangap nak tulis, jadi gua hayun kan jari jemari gua ni ke papan kunci komputer gua. Gua layankan je ape isyarat otak yang sampai ke jari gua ni, tapi kalau tak di kawal die semakin tak mau berenti. Jadi untuk tidak lebih mengarut atau boleh buat gua mencarut baik gua alihkan jari jemari gua ni ke tempat lain.

Jumpe lagi di hari hujan lain

Tukar pendapat


Gua nak tanya la, untuk perempuan kalau memilih atau memakai jam, elok yang bersaiz besar atau kecil? Saja nak tau apa pendapat lu orang.

Gua berpendapat biar la bersaiz kecil.



Gua baru dapat jam, hitam wooo.


Nasi Arab: Wadi Hadramawt

Harga Rokok Meningkat: Sembilu

macam² rokok gua jumpa sejak harga rokok makin naik, gua masih dengan Dunhill Light


Kebanyakkan lelaki memang perokok tegar, mungkin kerana nikmatnya yang sungguh mengagumkan. Memang tidak di nafikan merokok dapat membuatkan jiwa bergelora kembali tenang dan damai. Antara 'time' merokok paling 'stim' adelah lepas makan, menusuk kalbu dan usus. Tak dapat di bayangkan dengan kate-kate selain menikmatinya sendiri..





Peringatan!! Ini adalah bayangan penulis dan tiada sebarang unsur hasutan. AWAS! Merokok membahayakan kesihatan luar dan dalam!


Militan JI dan kaitannya dengan gua


Ejaan nama da betul, memang ngam tapi bin nye lain. Warganegara juge lain, rupe lagi la lain. Orang macam gua takde mase nak 'join' militan2 ni, banyak 'job' lain yang gua boleh buat.


Di pendekkan cerita, ape yang tersiar dalam surat khabar tu BUKAN GUA.


Berkaca mata lagi (Update!!)

bukan gua punye, gua pekena Twisties je ↑


gua da pandai senyum 'time' amek gamba




Sambungan entri lalu (Update)
Gua nak tengok wayang ni, hahaha. Gua di kelilingi kanak2 dan minah yang suke menjerit, nampak sangat baru 1st time tengok 3D. Gua dah 2nd time, haha. Air merecik, menjerit. Rapunzel melompat, menjerit. Semua bende la die menjerit, elak kena raba je bagi die diam. Gua tak berani, marka ade sebelah. Mau tempang nanti.





Suami orang


Semakin sikit golongan bujang baya-baya gua, ini memungkinkan Persatuan Bujang Kampung Lubuk di bubarkan kerana tidak cukup korum. Ini 1 malapetaka, gua selaku pengerusi akan hilang takhta dan kepercayaan. Situasi amat tegang ketika ini, jangan cube desak gua dengan soalan-soalan tentang persatuaan ni sehingga mesyuarat tergempar di adakan dalam mase terdekat ni. Sekian




*Selamat Pengantin Baru, Omar & Mimi


Panamera Turbo


Ini kereta paling 'superb' gua jumpe atas jalan, damn. Sekarang ni gua bekerja hanya untuk memiliki kereta ni, boleh? Memang gampang



Cerita Kedai Mamak

Muda mudi macam gua memang banyak masa di habiskan di kedai mamak, lebih-lebih lagi hujung minggu. Bila dah ramai kaki, meja makin banyak. Kalah persidangan tahunan AJK Kampung, warga emas hanya mampu geleng kepala.

Semalam cerita kedai mamak agak menarik, tak macam selalu berbual kosong je. Malam tadi cerita pasal perniagaan, memang hebat taknak kalah. Dari perbualan semalam gua berfikir, perniagaan apa yang gua nak buat? Harap makan gaji memang tak makan, nak harap orang bagi makan memang tak boleh harap.

Dari kesusahan makan gaji tu timbul niat untuk memulakan perniagaan, apa yang susah di sini adalah perniagaan apa yang nak di mulakan? Dari kekusutan itu tertimbul plak idea-idea yang menarik dan agak bodoh? Nasib baik lepak 3 orang je, kalau lagi ramai lagi banyak idea-idea bodoh. Gua ada terfikirkan 1 cara perniagaan yang tak memerlukan modal yang besar tapi memerlukan kreativiti dan tahap kesenian sendiri.

Ya, modal tak perlu besar. Gua bagi langkah-langkah dan cara-caranye

1- Perniagaan melalui internet, contoh dalam blogspot. Tak perlu membayar sewa tapak setiap hari mahupun setiap bulan.

2- Perniagaan barang buatan tangan, contoh ukiran kayu-kayu terbiar atau terbuang. Tak perlu modal yang besar untuk di laburkan untuk membeli barang


Idea dah ada tapi masih lagi memikirkan apa yang nak di niagakan, jalan dah nampak dah. InsyaALLAH dalam sebulan dua lagi gua akan merealisasikan impian gua ni.

Impian

Impian gua bukan lah menyertai roda impian, impian gua ada dalam perlbagai bentuk dan rupa. Gua pun macam lu orang gak, gaya ganas tapi dalam kehidupan memendamkan impian yang mungkin akan di capai ataupun tak. Cumanye impian lu orang dengan gua mungkin tak sama, dengan ini gua memperagakan impian gua.

1- Rumah: Ye, gua mengidamkan sebuah rumah yang gua beli sendiri. Tak kira la kecik atau besar, tinggi atau rendah.

2- Simpanan: Ye, gua mengidamkan untuk mempunyai simpanan wang/emas yang banyak. Simpanan ni tak termasuk perempuan simpan ye, tak baik.

3- Kereta: Ye, gua sudah mempunyai kereta. Gua akan jage Lucy gua baik2, ye Lucy tu kereta gua.

4- Keluarga: Ye, gua nak ada keluarga sendiri. Ade bini, anak, cucu.

5- Kerjaya: Ye, gua nak ada kerjaya yang boleh menanggung kelurga gua, bini gua, anak gua. Cucu gua biar bapak dorang tanggung. Alhamdulillah sekarang gua sudah berkerjaya, gua akan menjage reputasi gua.


Kalau lu orang takde impian maknenye lu orang belum ade hala tuju, walaupun gua macam ni gua telah merancang untuk mase depan gua. Berjaya atau tak terpulang pada diri sendiri dan kehendak ALLAH, pokoknye hala tuju yang lu mahukan.





Perbincangan: Pengkid a.k.a Tomboi (Edisi 2)

Tanpa Nama berkata...

apa yang lelaki x ade pengkid ada?

1. pesona. lelaki xada pesona.
2. belaian, perhatian , kasih sayang.
3. ro.man.tic. pengkid kaum yg sgt romantic.
4. kemas, sentiasa kemas, wangi dan pembersih.
5. berkongsi segalanya dengan org tersayang.dari kawan2 hinggalah sekecil2 perkara.
6. tak reti nak pegi melepak tepi tembok, main gitar tepi jalan, lepak kedai mamak.
7. rajin kerja, sebab aweq dia tanggungjawap dia. berusaha carik duit walau sesusah mana pun.

oh, tajuk awak tu salah,
pengkid dgn tomboi tu berlainan.
berlainan.

oh,



Ayat bewarna merah di atas adalah komen dari seorang pembaca yang tidak di kenali berkenaan entri gua yang ini. Komen yang agak baik, mungkin bagi sesetengah lelaki ia agak kasar dan menyentuh sensiviti lelaki.

Bagi gua setiap komen atau kata-kata ada baik dan ada buruknya, dari apa yang gua baca dari komen tu ia sedikit sebanyak memberi lelaki tip untuk memenangi hati perempuan. Gua tak tau dia lelaki, perempuan atau pengkid. Mengikut dari amatan gua, mungkin si pengomen mempunyai pengalamannya yang tersendiri.

Terima kasih di ucapkan kepada pengomen tersebut, sekurang-kurangnya lelaki macam gua tahu kelemahan dan kehendak perempuan. Cuma gua tertanya-tanya apakah salah maksud Pengkid bersamaan dengan Tomboi?

Mungkin lu orang ada fahaman yang tersendiri tentang 2 watak itu, bagi gua Pengkid atau Tomboi adalah sama.


*Pengkid romantik? Tapi sama ke dengan romantik si lelaki? Mungkin tidak


-Renungan untuk kita bersama, fikir-fikirkan



Klis sini EDISI 1







Generasi Muda vs Generasi Lama

pemenang anugerah Generasi Harapan, berjaya menumbangkan 2 ekor lembu. Kilang, umur 27 (berbaju coklat)


malu dengan lembu katanya, umur 31 (abang gua) ↑

sekadar menjadi pemerhati bebas dan mula menunjukkan minat, umur 24 tahun


Walaupun tak ramai generasi muda yang turun padang bagi mengambil bahagian dalam ibadah korban tapi masih ada segelintir yang masih mahu menyahut cabaran untuk mengalas tugas ini di masa hadapan, tahniah kepada mereka. Di tempat gua sendiri dengan jelas gua melihat masih ada lagi generasi muda yang turut mengambil bahagian dalam mengerjakan ibadah korban walaupun lebih ramai lagi yang membuta di buai mimpi siang.



40 tahun akan datang

Umur gua bakal mencecah 65 tahun, dah pencen dan tengah menghabiskan duit kwsp sambil lepak depan tv layan cucu-cucu gua. Mase petang lak gua akan pekena futsal kategori veteran pencen dengan beberape orang bandar, kampung dah tak wujud yang tinggal Kampung Baru KL je itu pun rumah semua dah batu, rumah papan dah tak jumpe. Banyak kilang papan tutup perniagaan, banyak bukak kedai buku mase ni.

Hujung minggu gua ke kebun belakang rumah, 'adjust' sikit tanaman dalam pasu gua. Pokok cili, serai, pandan, limau, pokok bonsai pun ade. Bonsai tu cukup haulnye boleh jual, 'market' memang tinggi saing-saing emas. Bini gua tak berape pandai sangat bercucuk tanam, tangan tak bendung tapi kalu bab mengemas rumah die memang 'power' siap agensi pekerja pembantu rumah nak jadikan bini gua pekerja mereka. Gua amuk agensi tu, lari semua acai-acai dan amoi-amoi dalam tu.

Walaupun sudah berumur 65 tahun 'six-pack' gua masih stabil, megah berketul di bahagian perut gua. Pemakanan je yang nak kena jage selain senaman perut yang kerap, itu membuatkan cucu-cucu gua takut dengan gua. Cucu-cucu gua panggil gua Tok Johnny, biaselah pengaruh tv. Mase ni 'Pirates Of The Caribbean' dah episod 11, gua tak layan dah cume teman cucu-cucu gua je. Kadang-kadang bawak dorang pi pangung kat Pavillion, budak-budak macam ni lah.

Bile je menjelang Hari Raya Haji gua akan jadi tukang sembelih, tak ramai yang berani buat kerja macam ni sekarang. Takut darah la, darah gemuruh la. Lagipun dah ramai yang sakit baya-baya gua, ade member gua sorang kudung kaki kencing manis. Mude-mude dulu riak, itulah padahnye. Sorang lagi mata dah tak nampak ape, bukan bute cume kabur tahap maksimum. Takde kanta boleh tolong die, sekarang ni pakai teropong je berjalan ke mane-mane. Kesian

Sebelum aktiviti penyembelihan gua akan asah parang gua setajam-tajamnye, parang 'brasil' gua memang banyak buat anak-anak mude takut dengan gua. Tak payah la gua cerite sejarah parang 'brasil' gua tu, gua dah berubah. Dah banyak lembu tumbang dengan parang gua ni, genap 20 ekor naik la gua jadi Ketua Kampung. Elaun tinggi mase ni, mencecah RM2050 sebulan. Pakaian gua mase aktiviti tu pagoda dengan jeans bundle, pagoda naik balik mase ni, anak mude banyak 'bisnes' bundle. Melayu dah maju

Dengan ini gua sekeluarga serta cucu-cucu gua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha





Pekaka Ungu

Lelong, lelong, lelong....
Mari rapat mari dekat, yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat, yang rapat jangan rapat sangat. Gua nak memperkenal kan seorang blogger baru, masih bergetah lagi. Panas tak panas sangat, tak caye bole rase. Cerita banyak pun tak gune, dengan ini gua memperkenalkan PEKAKA UNGU.

Seorang blogger baru yang berasal dari Negeri Sembilan dan juge seorang peminat burung, nak tau burung ape yang die minati dan burung ape yang beliau miliki boleh terus pergi terjah link. Gua taknak cerite lebih-lebih pasal die sebab die ni budak baru nak up, memang susah la kalau nak top macam gua. Hahahahaha....


*Bertambah lagi 'sekor' blogger


Tokei Babi


Ciri-ciri seorang tokei memang terserlah kat budak ni, gaya memang 'superb'. Mengalahkan jutawan, sembang memang gah. Budak-budak pun dah pandai 'open' sampai tahap macam ni, dunia moden. Langsung tak hormat dan takut melakukan apa saje, tak padan dengan umur.

Musibah

Gua sekarang berstatus 'busy', bukan 'busy body'. Gua benar-benaran 'busy', bukan buat-buat 'busy'. Sila amek serius apa yang gua nak sampaikan, perhatian ye. Oleh kerana ke'busy'an gua ini, gua tidak dapat menumpukan perhatian yang penuh terhadap blog.

Ke'busy'an gua adalah kerana gua menggantikan dan menggambil alih tempat dan kerja yang di tinggalkan oleh rakan sekerja gua, beliau cuti kawen di tambah sekali dengan cuti raya haji. Hampir 2 minggu gua akan menumpukan pada kerja beliau dan di tambah dengan kerja gua sendiri.

Begitulah kesudahan apa yang nak gua sampaikan, titik.



*Terima kasih kerana setia bersama-sama biskutMARIE menjalani hidup berblogging, (",)

Dah pandai dah main tenis

Sekian lame gua belajar akhirnya berbaloi juge, penat lelah aku selama ni akhirnya 'berbayar'. Berkat kesabaran gua membuahkan hasil dan gua berjaya 'memandaikan' diri bermain tenis, mungkin ramai yang tak tau.

Permainannye memerlukan kesabaran dan kekuatan mental yang baik, kekuatan fizikal saje tidak mencukupi. Bermula dengan 'easy' sekarang gua dah boleh main 'hard', memang mencabar game tenis ni. Gua nak sambung 'tournament' ni, nanti gua 'update' lagi.

Testing, testing

Udah rupe budak baru nak belajor teman rase, ate mau idaknye first time teman update entri pakai I-phone. Bukan nok blagok, tapi teman mencube je, heee. Teman beransor dulu la ye, good bye. Cakap orang putih plok, daaa.

Kehidupan gua di pejabat

Selain menggeliat, gua juge sering menguap tanpa menutup mulut. Lupa nak tutup bukan sengaje, kadang-kadang tu gua tutup gak mulut. Selain tu gua suke makan 'cekedis' kat 'desk' gua sambil pekena air sejuk dalam botol 100 Plus, kadang-kadang pekena air dalam cawan cap Darlie.

Rutin gua tiap-tiap pagi mesti nak kena bace surat kabo dulu, 'online' je sebab nak beli kena keluar modal, leceh. Kadang-kadang tu gua bilas dulu minda dan telinga gua dengan 'full set' lagu Maher Zain, cerah sikit mase depan. Kalau dengar lagu-lagu rock 'time' pepagi nampak sangat jahilnye nanti, jadi gua amek pendekatan yang lain.

Ade lagi bende lain yang gua buat kat opis, jarang nak jumpe la lelaki maskulin macam gua ni buat kat mane-mane. Gua bela pokok, name pokok memang gua tak tau. Jarang kan nak jumpe maskulin macam gua bela pokok? Lu orang beruntung sebab dapat tau antara maskulin yang bela pokok, hahaha.


Bekas dah tentu dari IKEA, gua beli khas ok. Ramai makcik-makcik opis ni yang cemburu, lantak pi la





Kini berdua

Dengan ini di umumkan bahawasanya, penulis bagi blog http://shahazril.blogspot.com/ terdiri daripada:-

1- biskutMARIE - selaku empunya blog dan penulis utama (gua la tue)
2- lolipop - selaku penulis blog kedua tapi bukan simpanan (tak bergaji, untung kan)

Lolipop telah di lantik menjadi penulis ke-2 bermula 7 November 2010, di harapkan kehadiran beliau akan menceriakan lagi laman blog gua.


*setiap penulisan beliau akan tertera nama 'lolipop' di bahagian akhir entri


Read...

Read or listen? Which one you are? Do you love read or listen to get information? Nowadays, can say only 45% people who like to read, but the rest they are more prefer to listen. Thats not a big matter if we compare to the number and its not a big issue cause as long you are someone who love and hunger for information. But the things that need to bring here is why now less people especially youngster don't like to read? Newspaper, story book, or anything...survey already proof that now many people are preferable to listen compare to read. the reason why, becasue they feel that listen are more enjoy compare to read. i don't agree with that but i respect their perception. However, now a lot of campaign where they try to bring a spirit of reading to everyone especially they are focus to age 5 and above cause they believe with all the materials that we have today, can be as engine to that groups start to love reads.

So, please support the campaign..."Create a new generation who love reads.. :)

-lolipop...

Outdoor (KLCC)

Sehari bersama kamera DSLR dan budak kecik kategori 'baby', bukan lagu Justin Bieber maksud gua bayi. Sekian lame tak ke KLCC membuatkan gua rase teruja mengalahkan mat-mat indon berambut kerinting bersame gudang garam di mulut.

KLCC tak banyak berubah, tingkatnye masih lagi 88 tingkat dan berstatus kukuh. Butik-butik dalam 'mall' memang banyak buat manusia alpa dan kesempitan wang di mase hujung bulan. Kesian kan mereka tu?

Mase banyak di habiskan dengan mengambil gambar dan bergambar, asah bakat macam ni lah. Model gua kali ni bayi, baru 8 bulan. Gua 'borrow' dari mak die, tiada bayaran die kenakan dan di berikan.




*Sungguhpun botak die masih lagi perempuan, di beri name Zahirah. Cute




Puteh & Merah

Adik gua yang di angkat oleh mak gua sejak lahir telah mencecahkan umurnya yang ke 4 tahun, berbekalkan tarikh 2 November gua belikan die sebijik kek yang tak berape nak besar untuk die main makan-makan dan main tiup-tiup lilin.

Harga kek RM17.00, murah kan? Bajet takde nak sambut 'grand-grand', ape yang ade je yang penting semua orang 'happy' duit gua tak koyak. Acara di mulakan dengan sesi mengenakan pakaian paling menawan terhadap 'birthday girl' yang telah di sempurnakan oleh seorang pereka fesyen terkenal di dalam rumah gua iaitu mak gua.

Selesai itu sesi bergambar di mulakan dan telah mendapatkan khidmat jurufoto tersohor di dalam rumah itu iaitu gua, hebat. Acara meniup lilin dan makan beradap di mulakan selepas itu, tiada nyanyian lagu di kenakan sebagai menghormati azan Isyak.

Sila lihat lampiran di bawah untuk pandangan yang lebih jelas, sebarang kutukan tidak di terima. Hanya pujian-pujian di alu-alukan, hahaha. Dah macam tulis syarat-syarat nak masuk 'tournament' bola sepak 9 sebelah plak.









Bahasa Inggeris sangat

Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung, hebat. Hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri, hebat. Di mana tak tumpahnya kuah kalau tak makan betul-betul ye tak? Hebat.

Sebelum gua lebih merapu dengan peribahasa yang langsung tak kena, baik lu orang layan gamba yang gua amek dengan tangan kanan gua. Tangan kiri gua tak berapa nak 'function' sangat, tapi kalu nak 'try' 'back hand' gua sila lah.



perhatikan perkataan 'SEKENHEND', serabut tul

INTERNET CAF, bukan sepatutnya INTERNET CAFE? ↑


*Belagak sombong ini lah jadinya, kamus kan ade. Malu? Boleh jalan la....




Pesta Cahaya

Di kesempatan ni gua mengucapkan Selamat Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dan serata dunia, terima kasih.......



Meriah perayaan ni kat sini, segala jenis bunyi letupan gua dengar. Memang pesta cahaya lah orang cakap, hebat. Kalau kat 'mall' lak lu orang akan nampak ada 'art' berwarna warni kat lantai. Ntah apa namanye ntah la, gua pun tak tau



Time ni lah lu orang boleh nampak minah-minah India cun melecun pakai sari, pergh nampak pusat tu. Sekali tengok takpe, masuk kali ke-2 jadi dosa.



*cahaya = TNB/Deepavali???

Kemalangan melibatkan treler (KATO)


Keadaan treler (KATO) terbalik setelah melanggar pembahagi jalan sehingga masuk ke laluan bertentangan, keadaan pemandu tidak di ketahui. Berapa kenderaan yang terlibat juga tidak di ketahui, dari pandangan dan andaian awal mendapati treler mengalami masalah tayar


Keadaan menjadi sesak kerana manusia-manusia yang sangat prihatin dengan mangsa sehingga sanggup memperlahankan kenderaan hanya untuk menonton, kesesakan di jangka melebihi 2 kilometer. Kejadian berlaku di saat waktu puncak, di jangka berlaku antara pukul 5:30 petang ke 5:45 petang.


**klik gamba + zoom untuk gambaran yang lebih jelas

Nama-nama pelik

Jauh gua berjalan, luas pemandangan gua lihat. Maksud gua macam-macam gua lihat sepanjang gua hidup, luar dalam gua nampak. Macam-macam jugak gua dengar sepanjang itu, bingit. Dalam banyak-banyak tempat gua pergi hanya 1 tempat yang banyak menyimpan kenangan, tempat gua menetap sekarang ni. Macam-macam gua dengar dan lihat di sini, lu orang pernah dengar nama orang yang pelik-pelik?


- Edong (pasal hidung)
- Kilang (pasal bapak dia bawak bas kilang)
- Gamat (pasal bapak die meniage gamat kat Msjd India)
- BGD (pasal no plat moto die BGD)
- Speaker (pasal hp N-Gage die dulu ade speaker besar kat belakang)
- Misai (pasal misai dia paling lebat)
- Apis Anjing (pasal cerite dia dengan anjing)
- Kontrek (pasal die ni bekas buruh binaan)
- Alip tempang (pasal pernah accident & patah kaki)
- Lomang (pasal die meniage lemang kat Bukit Dukung)



*nama pelik tapi orang tak pelik





'Belalai Gajah' Comel

Gua tak tahu la lu orang ada ke tak gambar-gambar lucah 'time' korang kecik-kecik dulu, gua ada sekeping. Gua pun tak tau tahun bile, apa yang gua tau gua belum lagi di 'potongkan'. Malu gua bile mak gua tunjukkan gamba tu kan sedare mare gua, cet. Mau ade yang berimaginasi nanti, segan gua.

'Time' gamba tu di 'capture', kulit gua putih selain gebu dan comel 'opkos'. Gigi gua pun belum sopek lagi, masih tersusun rapi macam kanak-kanak dalam iklan Colgate. Leher gua plak ade tangkal elak kencing malam barangkali, gua pun tak pasti. Lu orang pun mesti ade tangkal mase kecik kan? Jangan nak 'kencing' gua la, hehehe.

Lu orang mesti tertunggu-tunggu gua 'upload' gamba tu kan, gua akan 'upload' gamba tu nanti tapi jangan harap. Gua taknak nanti lu orang tercengang depan 'pc' lu orang, mungkin juga lu orang boleh terkena sawan berbuih mulut plak. Jangan menharapkan dan memakse gua meng- 'upload' gamba tu ye.




*tibe-tibe gua rase malu (mcm haram ayat)


Pening diriku membawa kekusutan

Pening gua bukan kerana masalah dengan family, bukan kerana masalah dengan awek, bukan kerana masalah migrain, bukan kerana masalah sakit sendi, bukan masalah sakit tuan, bukan keranan masalah kelenjar ataupun bukan masalah bulu kening gua tak lentik. Apa yang buat gua pening adalah ChurpChurp, lu orang pernah dengar?

Gua baru sign up, gua dah jadi Chuper dah sekarang ni. Masalahnya gua masih tak berapa jelas apa motif ChurpChurp ni, yang gua nampak sekarang ni boleh dapat duit. Gua memang mata duitan, sejak beberapa bulan kebelakangan ni je. Gua pun tak tau kenapa, asal nak bt sesuatu je gua fikir duit. Hahahahaha...

Lu orang faham pasal ChurpChurp? Gua faham duit je, heee...

Opera Hidup

Tisu
Putih bersih dirinya
Lembut halus hatinya
1 rupa pelbagai guna
Tersentuh, musnahlah ia

Pokok
Hijau, tenang melihatnya
Berserabut pada akarnya
Hidup tenang air di dalamnya
Kemarau tiba, pupus hidupnya

Pembaris
Panjang lurus bentuknya
Setiap inci boleh di kira
Dibentuk pula pelbagai warna
Tapi patah kerana kerasnya

Pemetik Api
Di pandang cantik
Di belek menarik
Di usik pelik
Di simbah minyak perit



Hidup ibarat tisu, pokok, pembaris dan pemetik api.



Sambutan malam Hallowen segelintir umat Islam di Malaysia

Tak kurang hebatnya malam Hallowen ni di Malaysia terutama di Kuala Lumpur, meriah. Caranya berbeza dan berlainan sekali dari negara asal pesta malam Hallowen, di Kuala Lumpur mereka meraikan pesta ini di 'night club' atau dalam bahasa lainnya disko.

Bukan kebanggaan bagi gua kalau umat Islam Kuala Lumpur meraikan malam Hallowen, 1 tindakan yang sama sekali jauh dari ajaran Islam untuk meraikan pesta-pesta sedemikian dengan berpakaian ala-ala 'devil' atau dengan bahasa yang paling tepat iblis.

'Bertanduk' merah menyala, mewarnakan muka, memakai sayap ala pari-pari, Mungkin ini tidak menampakkan lagi kejahilan mereka, di tambah pula berskirt pendek menampakkan peha dan mengenakan dengan baju menampakan dada yang sejemput.

Bagi mereka ianya hebat tanpa menghiraukan apa pandangan orang lain yang juling mata melihat gelagat mereka, dasyat. Mereka mungkin tidak sedar mereka di lahirkan dari golongan dan dalam golongan umat Islam. Tidak perlu berpesta sampai berperwatakan seperti iblis, kesian.



*iblis tengok pun 'confirm' geleng kepale


Q Bistro Cheras port Gay

Gua sekarang berada di Restoran Q Bistro, tiada apa yang menarik di waktu siang. Hanya beberapa keluarga makan petang membawa anak-anak, selain beberapa 'couple' bergadget di sini.

Itu di sebelah siangnya tapi tahukan lu orang bagaimana suasana malamnya? Memang 'happening' dan pening melihat gelagat kumpulan-kumpulan' mat gay. Di sini memang tempat melepak dan bertemu 'pasangan' bagi golongan ini.

Meluat dan geleman melihat gelagat dan kerenah mereka, bertubuh sasa, muka 'macho' tapi sayang gay. Jangan tertipu dek wajah yang tampan dan tubuh badan yang mengiurkan, di sini mereka adalah gay.




*Mereka tak se-macho gua lagi, kalau gua tak macho tak kan la 'minah-minah' nyah usha gua. Mintak simpang.....



Yes

Hari ni gua tewas, gua tak tau nak update apa. Yes..........
Minggu depan gua nak muat naik gamba banyak² dalam blog gua, oh gosh.......


miRC

kau: asl plz?
dia: 16/m/kl, awk?
kau: 16/f/kl, awk kl area mane?
dia: cheras, awk?
kau: cheras gak
.......................................................................


Masa ni gua masih sekolah lagi dan masih bergetah walaupun tak semacho sekarang, zaman berubah. Berapa agak² umur lu orang 'time' ni? Channel ape lu orang selalu masuk? Mamak? Kampung?


* Time ni galak kena kan orang, haha...


Pelakon Terbaik

Gua tau berita ni pun dari 'paper', meriah je gua tengok. Happy je gua tengok muka dia dalam 'paper' tu, ala bernasib baik je. Nasib sebab gua bukan pelakon, kalau gua pelakon mesti susah jugak Bront nak menang anugerah Pelakon Terbaik. Gua tau bakat lakonan gua memang ada dalam diri, malas je nak serlahkan. Takpe lah, gua pendam kan je dulu.

"Di umumkan pemenang anugerah pelakon terbaik bagi tahun 2010 adalah.....(paluan gendang yang mendebarkan)..... BISKUTMARIE" (gemuruh dewan dengan tepukan artis² yang baru nak naik).




* mat jenin pun tak macam ni





Uncle, uncle

'Uncle, uncle tau bancuh air milo?' pertanyaan seorang kanak berumur 3 tahun semasa gua tengah kusyuk memandu kenderaan selaju 80 kmj. Gua geleng kepala sambil tergelak yang membuatkan gua hilang fokus semasa memandu, bahaya betul.

Tak beberapa selepas tu, dia tanya gua lagi. 'Uncle, uncle tau bukak lampu bilik air?'. Gua tak boleh tahan, gua gelak sampai urat belikat gua lari sket. Agak 'funny' budak tu, kadang-kadang memang buat orang tua macam gua gelak sampai hilang akal.


*Lu orang tau bukak lampu bilik air?


Penangan Maher Zain

Sedang gua asyik mendengar keasyikan alunan muzik lagu serta merdu suara Maher Zain di corong speaker komputer opis, gua di sapa keras oleh rakan sekerja.

Member gua: "Ko boleh pakai 'earphone' tak? Aku dah bingit dengar lagu yang sama je"

Gua hanya mampu menelan air liur sambil terkebil-kebil, sungguh dahsyat hinaan itu. Gua akan maafkan beliau esok, pedih ni.

1995

Gua berada di tahap umur 10 tahun, masih comel dan bergetah. Gaya sikat rambut belah tengah menjadi kegilaan pada waktu itu, bukan setakat kanak-kanak je malah abang-abang remaja juga turut mengayakan gaya rambut begitu.

Pada tahap umur yang masih terlalu muda gua di berikan 1 nikmat kehidupan yang agak aneh pada ketika itu, gua sudah mempunyai awek. Apa pun bukan gua yang ayat, minah tu yang ayat gua. Pada masa tu tiada lagi sifat ingin menjadikan minah tu sebagai isteri gua, kanak-kanak mana tau apa-apa.

Berkawan lebih kurang 2 tahun, berjumpa hanya di sekolah itupun malu-malu. Tiada isitlah "hangout" atau "dating", tarikh lahir minah tu pun gua tak tahu. Apa yang gua tahu masa tu, nama dia, nama bapak dia dan kelas apa.

Masa darjah 6 gua 1 kelas dengan minah tu, gua di lantik menjadi ketua kelas dan minah tu di lantik menjadi penolong gua. Kebetulan semuanya berlaku, konon kata orang jodoh. Kanak-kanak mana tau apa-apa.

Tamat persekolahan darjah 6 gua dengan dia terputus hubungan kerana kami di sekolah menengah yang berbeza, tiada cara untuk berhubung ketika itu. Handphone mana ada, telepon rumah plak kena kunci hanya boleh tekan 999 je. Lagipun gua tak pernah tau no telepon rumah minah tu.

Takde perasaan apa-apa pun tika saat terpisah, kanak-kanak mana tau apa-apa. Itulah 1 nikmat kehidupan yang gua lalui seawal umur 10 tahun, terlalu awal bagi seseorang untuk menjiwai hubungan sebagai kekasih.

Sekarang semua sudah berbeza.......



p/s: belajarlah dari pengalaman



Pembayaran PTPTN melalui pemotongan KWSP (Akaun 2)

Mungkin ramai yang liat untuk membayar balik pinjaman dari PTPTN, tak yah cakap orang la, gua sendiri pun liat nak bayar. Salah 1 cara yang boleh kita buat adalah dengan membuat pembayaran melalui pemotongan KWSP (Akaun 2). Cara memang mudah JIKA dokumen yang di perlukan lengkap, pasal gua dah buat. Gua akan kongsikan dengan lu orang dokumen apa yang perlu dan TIDAK perlu dalam membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP.

Cara-cara:-

1- Pergi PTPTN (Bukit Damansara) untuk membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP, nanti dorang akan suruh kita isi form. Mereka akan hantar 1 surat pengesahan ke alamat rumah lu orang (7 hari bekerja), surat tu yang lu orang perlu bawak pergi KWSP nanti. Peringatan! Surat pengesahan tu hanya valid untuk 3 BULAN dari tarikh kepale surat tu, ingatnya.

2- Belum boleh mohon lagi walaupun lu orang dah dapat surat pengesahan dari PTPTN tu, lu orang perlukan dokumen yang lengkap dulu. Dokumen apa? Soalan yang baik, dokumennye adalah:-

a)Kontrak antara lu dengan PTPTN, ala yang lu sain banyak² muka surat tu. Mase mula-mula lu orang mula belajar. Hilang? Macam mana boleh hilang? Tapi takpe, lu orang boleh dapat balik kontrak lu orang tu (salinan). Lu orang boleh dapatkan salinan tu dengan memohon di cawangan PTPTN di KL SENTRAL (bukan di Bukit Damansara), jangan lupa untuk membawa sekali duit RM90.00. Ye, salinan tu berharga RM90.00. Dorang akan hantar salinan kat rumah korang (7 hari bekerja)

b)Surat Pengesahan yang mula-mula gua cerita tadi tu, PTPTN akan bagi 2 helai. Original bagi KWSP (semasa permohonan) salinan lu simpan.

c)Salinan Kad Pengenalan, cara nak buat salinan pun kena betul ye. Salinan di buat ATAS (depan) dan BAWAH (belakang) pada 1 keping kertas. Peringatan! Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN original semasa membuat permohanan. Wajib

d)Sijil Pelajaran (Diploma/Degree), sijil salinan juga nak ye. Sebagai bukti yang lu orang ni adalah pelajar Kolej/Universiti, original pun jangan lupa bawak ye, Wajib.

e)Full Transcript sediakan 1 salinan juga ye. Original pun jangan lupa, wajib.

3- Dokumen pun dah lengkap baru boleh buat permohonan, pertama sekali pergi dapatkan borang di kaunter pengambilan no giliran. Dorang akan bagi 1 borang untuk memohon, siap dengan cara-cara dan dokumen yang di perlukan. Pastikan form di isi dengan betul

4- Lepas isi form baru amek no giliran, menunggu lah anda sehingga ke saat no anda di panggil. Petugas KWSP akan check salinan dokumen lu orang dengan dokumen original, tu sebab dokumen yag original kena bawak sekali. Wajib.

5- Jika semuanya OK, petugas akan tanya berapa banyak pemotongan yang kita nak dari Akaun 2 KWSP kita. Mengikut kehendak kita, nak buat penuh boleh (kalu tak sayang duit dalam akaun 2 la) dan buat sikit pun boleh. Terpulang dan mereka akan tanya kita cek tu nak di hantar terus ke PTPTN atau nak di hantar ke rumah lu orang, tapi nanti lu kena hantar cek tu sendiri la kat PTPTN. Tempoh cek akan siap dalam masa 3 minggu paling maksimum

Dokumen yang tidak perlu di lampirkan:-

1- Penyata KWSP
2- Slip Gaji
3- Surat Beranak mahupun surat pajak



*kalau masih tidak jelas, lu orang boleh tanya pihak KWSP mahupun pihak PTPTN secara terus



Kembali ke sekolah

Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah setelah sekian lama menamatkan persekolah pada tahun 2002, apa yang pasti gua bukanlah menjejakkan kaki ke sekolah lama gua mahupun sekolah lama bapa gua.

Gua menjejakkan kaki ke sekolah adik gua, Muhammad Faiz namanya. Tahun ni SPM, sekolah memang dekat dengan rumah. Untung budak zaman sekarang, sekolah depan mata. Masa gua dulu sekolah berkilo-kilo, basah ketiak menapak ke busten. Zaman dah berubah

Gua ke sekolah adik gua bukanlah mengantikan parents gua untuk mengambil kad laporan mahupun membayar yuran tertunggak, gua ke sana atas urusan adik dan abang. Adik ke sekolah naik motor abangnya dan abangnya nak ke tempat kerja menaiki motonya. Pening? Gua akan terangkan

Gua pergi kerja naik motosikal bukan naik pacuan 4 roda, kadar tol dan harga parking yang melampau membuatkan gua naik moto ke tempat kerja. Lepas gua bersiap nak ke tempat kerja, gua tengok motosikal cari makan gua dah takde. Gua tanya bapak gua, bapak gua jawap adik gua bawak pergi sekolah. Hebat adik gua, bermotosikal ke sekolah sedangkan sekolah depan mata. Adakah beliau berfikir yang gua akan berjalan kaki ke tempat kerja?

Dengan itu gua mengambil langkah menapak ke sekolah beliau dan berjumpa dengan beliau, berminyak jugak muka walaupun jarak antara sekolah dengan rumah agak dekat. Kawalan ketat di sekolah, kena isi form. Nama, no IC, waktu masuk dan waktu keluar, semua kena isi. Bagus, keselamatan adik gua terjamin di sekolah tu. Lepas isi form kena naik pejabat pulak, sampai je pejabat sekolah gua cakap gua nak jumpa adik gua. Sekali cikgu tanya adik gua kelas apa, gua terpinga-pinga. Baru gua tahu arini yang adik gua kelas 5 Harmoni, sedap nama kelasnya.

Selepas selesai semua urusan bertemu lah gua dengan adik gua, perasaan marah gua terpaksa sorok demi menjaga airmuka gua dan airmata adik gua. Riak muka adik gua sedikit menampakkan ketakutan, gua kan abang hahaha. Malu jugak mula-mula masuk sekolah, teringat zaman² sekolah dulu



p/s:- Muhammmad Faiz, kelas 5 Harmoni (gua akan ingat sampai bila-bila)