Rate terbaru

Di kenang memang bergenang air mata, nak kejar memang tak dapat, nak simpan makan tahun, nak loan belum tentu lepas. Gua rasa tersentap bila dengar cerita-cerita "makcik²" dan bakal "makcik²" becerita pasal rate hantaran kawen. RM10,000, hamek ko. Jual ganja la kot lepas ni, takpun jual pelacur kelas atasan berstatus anak dara.

RM10,000, wajar atau tak?




p/s:- gua hanya mampu bagi kasih sayang je, huahuahua...


Biskut Lutut


Gambar pinjaman dari google ↑↑


Inilah yang terjadi apabila menjadi warga kota, lepu sentiasa. Mungkin kerana asap-asap di jalanan yang di sedut bebas mahupun bunyi-bunyi bising yang lahir dari hentakan batu pembinaan bangunan selain terlalu asyik dengan kerja-kerja di pejabat yang sentiasa menaikkan darah tinggi.

Pengalaman gua hidup di kota di cabar pagi tadi dengan perbualan yang secara tidak langsung mencetuskan pertanyaan beberapa lagi warga kota termasuk gua. Sedang asyik berbual dan bertukar pendapat tentang apa yang harus gua beli sempena menghilangkan rasa kelat tekak di kala bekerja di pejabat tiba-tiba seorang gadis berasal dari Perak menyuruh gua membeli Biskut Lutut.



Gua dan beberapa lagi warga kota yang megah mentertawakan gadis itu, warga kota la katakan. Gadis itu dengan beriya-iya mempertahankan dirinya, warga kota masih lagi mentertawakannya. Selesai perbualan dan sesi ketawa-menawa, gadis itu melukis dan menerangkan ciri-ciri biskut itu. Beberapa warga kota beransur faham tentang biskut itu, cume panggilannya di kota lain.



Selain biskut lutut ada juga nama biskut mayat, mungkin ramai juga yang tidak tau, Biasalah, warga kota. Starbucks, Chili's, Toni Romas, biasalah warga kota. Ingat kita juga punya warisan dan budaya yang perlu diwarisi dari Tok Moyang kita.






p/s:- Biskut Lutut + Teh Tarik = stimmmmmmmm...



Tolong Menolong

Apabila adik berhubung dengan abangnya melalui talipon (SMS) ketika ibu bapanya bercuti, ikuti jalan cerita berikut.


"Ko dah basuh pinggan dalam sinki belum?" gua memulakan SMS

"Asal?" abang gua membalas kejam

"Dah berbau, nanti ko masak la skali eh" gua membalas tenang tanpa rasa sakit di hati

"Ko bile nak belajar masak?" SMS gua di pintas oleh abang gua

"Orang lak balik kul brape" gua masih lagi tenang

"Pagi² masak r" abang gua menambah baik SMS beliau

"Nak pegi keje lg, ko tu tak keje tolong la bt. Xkan sume org nak bt" gua membalas secara pro

"Kow bt ape" sekali lagi gua di kecam, tergamam seketika

"Keje la" gua balas sedikit sakastik

"Org dulu keje balik wat umah tolong ayah bancuh simen, tak ape pun. Keje opis pon letih?" abang gua bersakastik pula

"Ko tak keje, duk umah je bt la bukannye bnyk pun. 2-3 ketul je pggan. Ape ko ingat keje opis tak penat? Try la keje dulu" gua sedikit down

"Dh try tapi mengantuk dok opis" abang gua taknak kalah

"Itu xde keje mmg la ngantok, cube ade keje. Ari² balik mlm, ape rase?" cube menyakinkan abang gua

"Rentong r" balasnya pendek

"Tau pun ko, jd ko tolong masak n kemas umah. Orang balik rentong" gua membalas sambil tersenyum

"Baguih²" balas abang gua sambil gua membace dengan senyuman di bibir

"Xpe, tolong menolong" gua mengakhirkan perhubungan sambil puas di dada


*Rentong = Tidur/Penat



Keputusan gua

Setelah gua menilai secara teperinci selain menanyakan beberapa pendapat pakar-pakar dan khidmat nasihat yang di berikan beberapa Prof-prof terkemuka, akhirnya gua buat keputusan. Sebenarnya tak mudah untuk gua membuat keputusan macam ni tapi inilah yang di katakan kehidupan manusia sehari-harian, penuh dugaan. Keputusan manusia kadang-kadang membuatkan orang sekeliling terasa hati, marah dan sebagainya.

Apa yang gua rasa keputusan gua tepat, dan dengan ini gua memutus untuk balik kerja pukul 5:30. Ok, cau....

Setuju?

Setuju tak kalau gua mengunakan pendekatan "saya, awak" dalam penulisan blog gua lepas ni?



*entri "Saya suka awak" tidak bermaksud apa-apa, saja menge-test market. hahahaha

Salmah Binti Din

Mak gua bersama Puteh (Pangkor 2010)

Gua nak semue orang tengok kalendar sekarang, brape hari bulan? Betul, 23/9/2010. Hari Khamis, minggu gaji bagi sebilangan orang. Gua nak balik kebelakang beberapa tahun, pada 23/9/1958. Pada tarikh dan tahun tu gua belum di lahirkan, kalau lu orang perasan tarikh tu dah setahun kite merdeka. Negara kite masih lagi bergelar Malaya, perdana menteri pade ketika itu adalah Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan perdana menteri yang pertama.


Berbalik pada tarikh 23/9/1958, tarikh itu juga merupakan tarikh kelahiran mak gua dan pada hari ini genap lah umur mak gua yang ke-52 tahun. Alhamdulillah mak gua masih sihat dan masih boleh bekerja. Dengan ini gua ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepade mak gua, semoga di kurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki. InsyaALLAH, amin.


Kurang Ajar Ni

Perkara ni gua perhatikan sejak zaman gua mula² menggunakan motorsikal berkuasa 110cc lagi, semakin lama gua perhati semakin gua geram. Mungkin apa yang gua perhatikan tak menjadi masalah pada lu orang tapi sebagai pengguna jalan raya yang prihatin, gua merasakan perkara yang berlaku ni adalah tidak adil. Seolah-olah ada sifat endah tak endah dan membeza-bezakan antara 1 sama lain.

Perkara yang gua perhatikan di kebanyakan jalan² yang ada di Malaysia, di luar negara tu gua tak tau la lagipun gua malas nak masuk campur hal² global ni. Kebanyakan pengguna² kenderaan besar berstatus roda 4 dan keatas, maksudnya pengguna kereta dan keatas. Mereka seolah-olah tidak memberikan perhatian terhadap penunggang motosikal dan juga pejalan kaki, ini yang sering di suarakan penunggang² motosikal. Di himpit kereta, memotong rapat dengan motor, memecut laju ketika di lopak air hingga menyimbah penunggang motosikal mahupun pejalan kaki, tidak memperlahankan kenderaan semasa pejalan kaki melintas di "zebra crossing". Terang² zebra crossing memang tempat untuk pejalan kaki melintas

Perkara² sebegini mungkin nampak remeh bagi mereka yang berkenderaan besar, apabila di fikirkan balik ia amat membahayakan pengguna jalan raya yang gua maksudkan tadi. Gua merasakan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini tidak pernah berjalan kaki mahupun menunggang motosikal, di sebabkan ini mereka tidak tahu apa yang di rasakan pejalan kaki dan penunggang ini. Gua sendiri pernah alami situasi sebegini masa gua bergelar si penunggang, ini membuatkan gua lebih prihatin semasa gua memandu.

Gua merasakan, oleh kerana ketidak berperikemanusiaan ini membuatkan ramai penunggang motorsikal dan pejalan kaki terlibat kemalangan yang turut melibatkan kematian. Gua ingin tekankan di sini, gunakan kemudahan di dalam kereta seperti cermin pandang belakang, cermin sisi, "signal", brake untuk membuat sebarang pertukaran lorong mahupun memotong kenderaan lain. Beri perhatian kepada pengguna² jalan raya yang lain terutama pejalan kaki dan penunggang motorsikal. Lesen boleh beli tapi undang² kena belajar!!


p/s:- gua marah ni!!

Apabila orang Kolumpo balik kampung, stailo

Balingan yang jauh perlu bagi menjamin keselamatan diri

Tidak di galakkan bermain bahan letupan tidak memakai baju, bahaya

Cara balingan bahan letupan paling menarik, hebat

Permainan yang paling tidak mendapat sambutan tapi selamat

Persediaan yang rapi perlu sebelum di letupkan




Kalau kat Kolumpo kena tangkap, jiran sebelah buat report nanti. Time kat kampung je dapat melepaskan gian bermain letupan, tanah lapang, jiran tak komplen. Mak gua pun tak marah, kawan nak main letupan pun ramai. Pakcik gua pun join, memang stailo.





**Amaran: Bermain bahan letupan adalah di haramkan di Malaysia!



Skandal gua

↑↑ Skandal gua yang ke-1 (Munie @ Giler) ↑↑

↑↑ Skandal gua yang ke-2 (Dila @ Gemuk) ↑↑

abaikan peha si giler tu, ntah bile la ko nak kurus kan? haha

asal gua angkat je kamera mesti dorang posing, tak paham gua

2 ekor ni kalau dapat kamera mmg sawan sket, maafkan dorang

Yang sebenarnya kami adalah kawan 1 opis asalnya, timbul isu skandal ni dari opis. Biase la mulut makcik² kat opis, ade yang kate gua skandal dgn si giler, ade plak yang kate gua skandal dengan si gemuk. Macam², pertama kali tau memang gelak besar la, nak² si giler dgn si gemuk tu. Gelak sampai tersembur air liur, nasib baik gua elak. Gua dengan budak 2 ekor tu memang rapat giler, giler giler rapat tapi tak serapat gua dengan mak gua la. Heee...




*gua rindu saat² macam ni, haih




Raya, Raya, Raya

Fuh, penat gua jerit "Raya, Raya, Raya" sempena tajuk entri gua kali ni. Nasib baik boleh minum air, tak macam bulan sebelum ni. Tahun ni merupakan tahun pertama gua beraye dengan Lucy, gua tengok die pun macam suke je raya kat Perak. Steady! Kesian kat anak² buah dan sepupu² yang masih kecik sebab tak dapat duit raya dari gua, bukan kedekut tapi gua tengah saving nak kawen ni. Hahaha, gua tipu. Gua pun tak dapat duit raya gak, kira adil la tu. Lagipun sampul duit takde, tak manis la kalau gua bagi duit raya takde sampul kan? Gua nak story sket kisah raya gua tahun ni

****************************************************************
Sehari Sebelum Raya

Hebat, cukup hebat. Pasalnya gua memandu balik kampung tanpa lesen, kan hebat tu. Kelalaian gua membuatkan penumpang dalam kereta gua berdebar semasa perjalanan, selamat takde roadblock. Hari nak balik tu baru gua nak renew, sekali akak gemuk depan kaunter pejabat pos tu cakap "JPJ offline". Damn! Baru hari ni gua renew roadtax, lesen ni pun panas lagi baru lepas leminet. Hebat!

**************************************************************
Hari Raya Pertama

Bangun memang cukup awal, walaupun mate memang berat sangat. Mau tak bangun awal, kalu lambat mau kena penyapu dengan makcik gua. Kalau dengan mak gua takpe lagi sebab gua dah biasa, hebat. Air telaga pagi² tak sejuk sangat, suam² la. Sapa kate gua mandi air telage, kampung gua da maju sket dah ade air paip. Air telage buat tadah air pi jamban kat belakang umah je, hebat. Menu pagi nasi minyak beralaskan kari ayam, ni antara yang paling hebat. Baju raye gua pakai kemas tapi gua boleh terlupa beli butang baju, nasib baik pakcik gua bawak lebih. Walaupun batu butang baju tu tak sebesar ibu jari macam abang gua punye, hebat. Hujan lebat membuatkan gua tersadai di rumah tanpa mengerjakan solat Aidilfitri bersama yang lain, hebat. Tak dapat gua nak eksen dengan orang kampung, ramai yang tau gua dari Kolumpo. Hebat!

****************************************************************
Hari Raya Kedua

Gua bersama yang lain ke Pulau Pangkor, hebat. Maklum la sejak dah bergelar driver ni memang kena follow function² macam ni, walaupun memenatkan. Koyak gak la duit tapi bukan duit gua, duit bapak gua. Gua tolong habiskan je, hebat. 1 Pulau Pangkor kecoh dengan kehadiran orang Kolumpo yang ghairah macam gua, tak hebat pun. Tempat yang gua pergi, Kota Belanda. Itu sebutan baku tapi kalu orang Perak panggil Kote Belande, hebat. Selain tu, gua pergi Tokong Cina, Coral Beach, Kilang Ikan Bilis, hebat! Seronok tapi bukan gua, dorang yang seronok. Penat drive balik kampung pun tak hilang ni sambung drive pi Pulau Pangkor, balik hari de. Hebat.

*****************************************************************
Hari Raya Ketiga

Pagi² lagi abang gua ajak balik Kolumpo, tak raya langsung. Pukul 11 pagi lebih kurang, gua menekan minyak menuju Kolumpo tanpa menoleh kebelakang lagi. Walaupun mate gua di mamah ngantok tapi perjalanan gua selamat dan selesa memandangkan yang lain nyenyak tidur tanpa gangguan, hebat! Gua syak jalan jem, bajet nak ikut jalan lame je tapi gua kentalkan jugak hati ni. Walaupun kereta banyak tapi trafik lancar, lebih kurang 2.30 petang gua da sampai depan umah. Gua tengok pokok² bapak gua melompat girang menyambut kepulangan gua walaupun layu kekuningan, hebat.

***************************************************************
Hari Raya Keempat

Main PSP dengan kaum, semangat raya memang dah takde dalam diri dorang tu. Hebat!

***************************************************************

Hari Raya Keempat

Gua dah start keja, damn! Juga merupakan hari kelahiran gua ke muka bumi, dah 25 tahun gua hidup. Ini memang HEBAT!!!




*Selamat Hari Raya



Perasmian!


Gua ade lagi 1 blog yang baru gua wujudkan, blog bisnes. Sila²lah menjadi follower. Malas nak cerita panjang², lu orang bole klik sini.


Dengan ini gua merasmikan blog Katering Bonda


Selamat!


Silalah amek sorang satu tempek kat blog masing² ye, nak bagi kad modal mahal. Jadi gua buat e-Kad Raye, senang sket. Boleh copy paste je, nak buat pun tak susah tak sampai pun 10 minit. Walaupun buat tak susah tpi gua nak lu orang amek & tempek kat blog lu orang tanda menghargai hasil gua bersempena hari raye ni.


Gua mengucapkan Selamat Hari Raye, mohon ampun zahir & batin. Mane² silap salah, terase merase, terkasar mohon maaf dari gua.



*Semoga selamat semuanya



Raya Sangat






Inilah persiapan raya gua, tak banyak beli pakaian untuk menggantikan yang lama. Mak gua cakap lagi lusuh lagi bernilai, hebat. Shopping? Gua ingat buat masa ni mungkin tak, budget gua lari sikit. Penangan raya memang hebat, banyak buat orang jadi hilang akal. Tak caya pergi Masjid India. Lucy gua dah kasi cantik dari dalam, setelah 5 jam gua tunggu. Damn. Terasa nikmat bila bawak Lucy setelah di serviks, silap service. Gua rasa 160 da tak rasa lepas ni, minta simpang.