Mini 4wd

Kalau lu orang zaman-zaman gua mesti lu orang ingat permainan kereta Mini 4wd, yang paling popular keluaran Tamiya. Kalau masih ingat pasti terbayang-bayang cerita Dash Yonkuro, pengembaran sekumpulan peminat kereta Mini 4wd dan gua pasti lu orang pasti ada beli sebiji, main dalam longkang kecik dengan kawan-kawan. Kalau semua tu betul memang kita geng..

Nampak macam dah pupus permainan ni tetapi sebenarnya tidak, gua dah terjumpa kumpulan-kumpulan peminat tegar Mini 4wd ni, perghh ramai lagi peminat ni sebenarnya. Siap ada pertandingan lagi di hujung minggu, jangan terkejut peminat ni semua bukan lagi kanak-kanak. Kalau dah tegar tu memang tak kira umur la kan, tua ke muda ke, dekat ke jauh ke, memang sanggup.

Gua berkecimpung dalam hobi ni tapi lebih kepada pembekal barangan kereta dan spare-part, meniaga la kiranya. Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan barang-barang yang berkaitan boleh contact gua, kalau lu orang mula nak start main pun boleh contact gua. Boleh beli barang start dari kosong sampai ke tahap juara, gua berani jamin sebab kawan gua dah expert gila main menatang ni. Sampaikan enjin pun balut sendiri, custom made. Hebat la...

Team Building 2013

Team building ni memang banyak mendatangkan kebaikan pada company, ni masa pekerja kenal antara satu sama lain. Nama pun tak kenal sebelum ni, kerja dah bertahun-tahun, setakat kenal muka tapi nama haram tak tahu., dari team building ni baru tahu nama. Dari team building juga baru nampak perangai masing-masing, kat office bukan main seriusnya, masa team building baru nampak sikap periang nak-nak part kena buat persembahan berkumpulan, menyanyi dan menari, masing-masing macam kemaruk microphone. Memang happening la setahun sekali dapat bergembira bersama dengan pekerja dan bos, masa ni takde sapa yang berkuasa, kena bekerja dan duduk bersama, tiada taraf istimewa. Semua kena buat tugasan, semua kena panas, semua kena berlari, semua kena menari, semua kena menyanyi, makan bersama, baju semua sama, best best.









 




 
 
 
 

Perniagaan Online - Facebook

Ini lebih kurang nasihat la kepada empunya perniagaan online dalam facebook, tolong jangan bagi harapan palsu pada pengguna terdesak macam gua. Pengguna-pengguna macam gua ni akan cari barang bila betul-betul memerlukan dan cara yang mudah adalah dalam online, contoh macam dalam facebook.

TETAPI

Kebanyakan gambar atau barang yang ada dalam ruangan photo tu semuanya dah sold out, nasihat gua pada abang-abang dan kakak-kakak yang kaki meniaga ni sila update perniagaan dan buang gambar-gambar atau barang-barang yang memang dah takde dalam stok lu orang tu. Untuk pengguna macam gua ni tak perlu la nak sroll down nak bukak satu per satu gambar dan baca description yang panjang berjela tu dan ending nya dah sold out.

LAGI SATU

Dalam description gambar atau barang yang lu orang nak jual tu letak la harga terus, tak perlu nak tunggu PM atau komen dari pengguna, Bila pengguna macam gua ni PM atau komen tanya harga lu orang pulak tak reply, seminggu selepas baru keluar notification reply, masa tu dah tak berguna dah brother's and sister's sebab pengguna terdesak macam gua akan cari facebook orang lain.

Cerita PS4

Gua ingat lelaki je nak becerita pasal PS4 ni, perempuan pun ada juga. Akak office gua tanya harga PS4, risik-risik pasal PS4 sebab nak belikan untuk suami dia, untung la lu lelaki dapat PS4 dari isteri. Dia tanya apa perbezaan dari PS3, dan tentu la kualiti dan harga berbeza ditambah harga CD game mahal. Ada lagi seorang member office gua dah beli PS4, geram gua dengar bila dia dah beli tapi bila dia cerita macam mana cara dia berjimat nak kumpul duit untuk beli tu rasa macam tak mampu pula nak buat. Hari-hari makan nasi lauk kentang dekat office, gila hebat daya usaha beliau nak dapatkan PS4 tu, lu mampu? Baik tak makan terus dari hari-hari makan nasi lauk kentang tapi kalau dah memang minat apa benda pun sanggup buat.

Honey, honey taknak hadiahkan PS4 untuk orang ke?


*mencuba tak salah, untung batu tenggelam untung sabut timbul

Kiri kanan gaung

Lu orang pernah alami situasi dimana lu orang seolah-olah berada di daratan yang terhad tanahnya, langkah kiri jatuh gaung langkah kanan jatuh gaung. Pilihan yang ada hanya berdiri selama mungkin di daratan itu tetapi lambat laun lu orang mati juga, dengan ketidakbanyakkan pilihan yang lu ada tu sebenarnya lu boleh pilih mana-mana pilihan yang lu nak sebabnya apa je pilihan lu semuanya 'mati'. Mati bagi lu tapi tidak pada orang lain, alang-alang mati biar mati semua, mungkin itu akan memuaskan lu dari 'mati' seorang diri. Bunyi macam kejam entri ni tapi sebenarnya situasi macam ni sering berlaku dalam kehidupan kita.