Salam Perantauan

Awal gila gua sampai kampung, mak ayah gua nak blik awal. Gua selaku pemandu pribadi kena la ikutkan, anak yang baik kena macam tu.

Awal subuh gua dah mulakan perjalanan, elak kesesakan kononya. Alhamdulillah selamat sampai, semuanya selamat tu yang penting.

Gua tengah layan bola ni, selamat ada kedai yang ada astro. Takda la bosan sangat, sambil pekena teh kampung. Nyamuk tak yah cerita la, gua ni dah jadi lauk makanan dorang.

Salam Aidilfitri gua ucapkan pada semua pembaca dan peminat gua, haha. Ada salah dan silap harap maafkan, sorry.


Sent from my iPhone

Pukup 2 pagi

Semalam malam gua sibuk mengemas beg dan baju-baju balik kampung, berus gigi, deodorant, lampu suluh, pakaian dalam, pakaian basahan. Gua sempat juga basuh baju kerja yang gua dah guna minggu ni, senang balik dari kampung baju kerja dah siap basuh. Walaupun dalam mood cuti gua masih ingat lagi kerja, bagusnya gua.


Semalam sempat beli barang sikit di Alamanda Putrajaya, berbuka plak di JM Bariani. Boleh tahan la nasi beriani dia, tempah awal kalau rasa nak berbuka kat sini. Aman kalau pergi Putrajaya ni, jalan tak sesak. Pasaraya pun tak padat, cumanya kurang pilihan. Sekarang ni tinggal nak amek baju melayu je, jangan tertinggal sudah. Mau tak meriah raya sebab 1 keluarga besar pakai baju sama warna, pakcik makcik gua, sepupu sepapat gua, anak-anak buah gua, mak ayah gua, abang adik gua. Pertama kali buat macam ni, syok.


Asyik kemas mengemas barang, gua tidur pukul 2 pagi. Gua didalam khayalan sekarang ni, bergoyang-goyang rasa kepala. Hari ni buka puasa dengan mak ayah dan abang gua di langat, sempena gua dapat gaji. Bagi mak ayah gua gembira sikit, nanti senang cukup bulan nak pinjam duit.



Berbuka Puasa di Delifrance The Mines

Delifrance The Mines Shooping Fair

Pasta Chicken Bolognaise

Black Peper Chicken Rice

With Lolipop & my friend Norhasmunie (picture)

Side order, Big Apple

Ayam KFC + Sambal Tumis Udang Petai


Gua merasakan inilah juadah berbuka paling terbaik bulan puasa ni, kemanisan ayam KFC dicampur dengan kepedasan sambal udang berpetai. Susah nak bayangkan kelazatannya tu, kena rasa sendiri. Dah lama juga tak pekena ayam KFC, Lolipop belanja KFC buat tapau balik rumah untuk berbuka puasa. Memang berselera makan, nak-nak ada petai. Terbaik... 

Kad Raya Biskutmarie 2011

Ini kad raya gua pada lu orang, tak kira la siapa pun lu orang. Gua buat menggunakan PhotoScape, gambar tu semua cari guna Google, curi-curi. Idea datang dari gua sendiri, yang ni gua tak curi. Silalah ambil kad raya ni ye, ikhlas dari gua.




Nor Fateha @ Puteh - Terkini

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, Puteh dah pun keluar wad. Selera makan masih lagi kurang, ubat masih lagi makan takut naik panas badan. Esok rawatan susulan di hospital, pemeriksaan biasa. Kalau semuanya baik InsyaALLAH Puteh sihat seperti biasa, harap selera makan bertambah baik.



Bazar Ramadhan 2011: Taman Delima, Kajang

Sebuah lagi bazar ramadhan yang sempat gua singgah, berdekatan dengan tempat tinggal gua. Kalau ikut jalan kampung tak yah pakai topi keledar, keselamatan jaga sendiri la. Suasana kampung, rumah-rumah papan, ayam, itik, kambing, lembu, lombong (dah tutup), itu persekitaran yang terdapat di kawasan ni. Lebih kurang macam Kampung Baru, perbezaan yang ketara antara taman rumah gua dengan taman ni. Bazar disini lebih besar berbanding bazar di taman rumah gua, peniaga dan pengunjung juga ramai. Juadah yang dijual juga pelbagai, tradisional dan moden.

Dadih
Spring Potato
Roti Farina - roti goreng
Serunding
Nasi Ambeng
Cucur Udang
Popia Basah
Mee Tarik
Ayam Golek
Air Jagung 1 Malaysia
Ayam Panggang

Kebanyakkan juadah yang dijual dibuat depan mata pembeli, jadi boleh nilai sendiri tahap kebersihan dan kelazatan. Antara juadah yang paling menarik minat pengunjung adalah Mee Tarik, mee dibuat sendiri dan secara depan. Mungkin lu orang kena datang tengok sendiri, bazar Taman Delima mempunyai tarikan yang tersendiri. 


Tempahan Kuih Raya 2011 (Sticky Mode)


-Kuih Makmur -RM23/50biji
-Kuih Semperit/Dahlia -RM20/50biji
-Kuih Mazola -RM18/50biji
-Kuih Badam -RM23/50biji
-Almond London -RM23/50biji
-Tart Nenas -RM23/50biji
-Tart Blueberry -RM23/50biji

**Tempahan dibuka sekarang, "1st comes 1st serve". Minimum tempahan adalah 50 biji, tempahan melebihi 150 biji akan diberi diskaun HEBAT! Untuk sebarang pertanyaan boleh hantarkan SMS (sahaja) ke talian 012-2779803 - Fadli


Nor Fateha @ Puteh


Alhamdulillah adik gua selamat menjalani pembedahan pembuangan tonsil di dalam mulut, diharapkan semuanya kembali normal. Selepas pembedahan pembuangan, Puteh muntah-muntah hampir 10 kali dan membuatkan dia lembik dan tak bermaya, oleh sebab itu pihak hospital terpaksa cucuk tangan untuk masukkan air. Selepas pembedahan juga Puteh seperti meracau, bercakap perkara yang bukan-bukan didalam keadaan separa sedar, mungkin kerana kesan bius yang masih kuat. Diharapkan hari ini Puteh lebih baik dari semalam, gua juga mengharapkan pihak hospital tidak melakukan sebarang kesilapan ke atas Puteh.





Sambal Tumis Telur Puyuh

Telur Puyuh memang salah 1 kesukaan dalam keluarga gua, masak la apa pun pasti habis. Orang cakap telur puyuh ni banyak kolestrol, jadi pada yang tinggi kolestrol tu kurang-kurangkan lah. Berbuka semalam gua masak Sambal Tumis Telur Puyuh, masak sendiri tiada bantuan sesiapa. Bahan-bahan takda yang istimewa, biasa saja. 

Bawang Merah
Cili Kering yang dikisar
Telur Puyuh rebus
Cara-cara masak mudah je, mula-mula panaskan minyak masak. Kemudian tumiskan barang merah yang dihiris tadi hingga naik wangi dan sedikit garing, selepas tu masukkan cili kering yang dikisar. Sentiasa mengaul supaya sambal tidak berketul, mengaul sehingga warna bertukar sedikit gelap. Masukkan garam secukup rasa dan tambahkan gula untuk rasa yang lebih sedap, pastikan garam dilebihkan sedikit dari biasa sekiranya menambah gula.
Selepas sambal telah masak, gaulkan sambal tadi dengan telur puyuh. Terbaik...


Sambal Tumis Telur Puyuh versi biskutMARIE


Salam Merdeka Ke-54


Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang jangan lupa hari bersejarah Malaysia, 31 Ogos 1957 merupakan tarikh kemerdekaan Malaysia. Dalam maksud merdeka banyak yang tersirat, erti pengorbanan, erti perjuangan, erti kerjasama, erti kesetiaan.

Berbagai cara kita menyambut kemerdekaan sebelum ni, apa pun cara sambutan kemerdekaan lu orang yang penting lu orang ingat. Ingat kemerdekaan kita, perjuangan kita, kerjasama kita, kesetiaan kita dan pengorbanan kita. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-54


Bocor

Gua pun tak tahu apa sebab meleleh je, seminggu lebih dah ni. Asal pagi je meleleh, asal hujan je meleleh, asal lepas mandi je meleleh, tak tahan da nak mengesat. Nak sumbat kang nampak pelik pulak, asyik nak kesat je dah naik melecet da nih. Gua kalau boleh malas nak pergi klinik, ubat selsemakan mengantok. Ada apa-apa petua nak hilangkan selsema tak selain dari makan ubat klinik?

Untung kerja kerajaan, dapat bonus raya. Boleh la tampung apa yang melopong, rezeki masing-masing. Gua terpaksa beraya sekadar apa yang ada sebab gua kerja swasta, takda bonus.



Buat Hal Di Bulan Ramadhan

Waktunya dalam pukul 4.30pm - 5.00pm, gua baru keluar pejabat. Gua dengan tenggiling gua memang takda masalah, kiteorang pun tak bergaduh. Elok lepas naik flyover ada 1 kenderaan ni himpit gua & tenggiling gua lepas dia buat 1 pusingan U, maknanya dia terus nak masuk laluan lurus gua. Dikiri gua ada kereta, dikanan gua kenderaan yang himpit gua tu, gua takda pilihan. PIIINNNNN, hon dilepaskan geram. Tak pasal-pasal pemandu kenderaan tadi tu balas hon gua dan marah gua, konon-konon dia tak buat salah. Gua angkat tangan tunjuk ke arah pemandu tanda tak setuju, dia tak puas hati ikut rapat dari belakang.

Kenderaan dia besar dan gua hanya bermotosikal, gua tak puas hati lalu ajak dia munggunakan isyarat tangan. Sedang dia ikut rapat gua sesekali membrekkan tenggiling gua, itu protes gua. Gua lepas halangan pertama, kenderaan tadi ketinggalan dibelakang, kebetulan kenderaan banyak ketika tu. Sampai didepan gua memperlahankan tenggiling gua dan mengeluarkan talipon gua, dari jauh kenderaan tadi bawak laju menghampiri gua. Konon-konon nak langgar, gua tak goyang sebab gua dah panas hati. Sampai sebelah gua dia perlahankan kenderaan, pastu sound-sound gua. Gua buat bodoh, kalau ikutkan hati gua nak ajak dia berhenti tepi. Gaduh, gaduh la bukan salah gua pun.


Lepas die membebel dia bergerak laju, gua gunakan kamera talipon gua untuk ambil gamba kenderaan tu. Pemandu seorang Cina, tak hormat orang, tak tahu undang-undang jalanraya. Gua berpuasa tapi dia cabar gua, gua naik motor tapi dia tak hormat gua, gua ikut laluan gua tapi dia masuk laluan gua. Gua memang aim kereta dia, mungkin semalam tak jadi apa-apa tapi jangan harap akan datang tak jadi apa-apa.



Bazar Ramadhan 2011: Taman Cheras Jaya, Balakong

Bazar ni adalah bazar kat kawasan rumah gua, kecil je tak besar pun. Tak berpeluh pun kalau pergi tapi ramai orang kilang, kawasan rumah gua ni kawasan kilang. Dah lama gua tak ke bazar ramadhan, hujan tiap petang. Antara juadah yang ada di bazar ni:


Roti Boom & Murtabak ↑

Ayam Percik ↑

Sata & Otak-Otak (adik gua dengan kawan dia punya) ↑

Roti John Abang Malaya (kawan punya) ↑

Air (Macam-macam warna) ↑

Air Soya gua dah rasa, roti boom gua dah rasa, boleh tahan. Rasa semua ada, mungkin satu hari nanti gua nak cuba menu lain. Gua jarang pergi sini sebab kurang pilihan, serius.

AG HotFM adalah warganegara Malaysia

Benda dah berlalu, orang cakap benda yang lepas jangan dikenang. Anggap je takde rezeki, mungkin lain tahun kita punya. Patut entri ni lama da gua post, ntah apa sebab ntah gua tak post. Oo gua tak nak sedihkan lagi keadaan sebab masa tu kita baru sangat untuk menerima kekalahan dengan Singapore, tu pasal gua tak buat entri pasal ni.

Gua tak nak ulas pun apa sebab kita kalah dengan Singapore, semua orang dah pun ulas. Gua pun tak nak kritik, semua orang dah pun kritik. Kita buat baru, semangat baru, cara baru & mungkin orang baru. Maksud gua pemain-pemain baru, yang lebih tenang dalam padang. Kata Harimau....

Perkara paling penting sekali yang gua nak lu orang semua tahu adalah, gua dan AG HotFM adalah penyokong NO 1 Harimau Malaya. Ngaum....



Lagu Raya

Bulan Syawal memang tak lengkap kalau takda lagu raya, gua pun tak dapat nak pastikan kenapa. Mungkin manusia ni suka bermain dengan jiwa, dengar lagu sedih-sedih pastu teringat kampung, teringat mak ayah, teringat adik beradik. Padahal masa bulan-bulan lain tak ingat pun semua tu, manusia kan..

Mungkin juga dengan mendengar lagu-lagu raya dapat menaikan mood raya, baru rasa gembira tahap cipan tersampuk setan. Itu memang tak dapat dielakkan, inilah dia aura yang dibawa oleh sesuatu lagu raya. Banyak kesan mendalam yang ditinggal bila mendengar lagu raya ni, semuanya menjadi-jadi. Luar biasanya..

Bila dengar je lagu-lagu raya kat radio semua kalut pasang langsir baru, cat rumah, kemas rumah, lap habuk-habuk yang dah setahun melekat, susun atur rumah kasi tampak baru, pasang lampu kelip-kelip. Masa tu lu orang nampak la rumah siapa paling terang menderang.

Jadi untuk menaikkan semangat untuk berpuasa dan menaikkan semangat raya, hari ni gua dengar lagu-lagu raya, "Kini tiba masanya berhari raya ~~~~~~~"


Kisah puasa Ke-4

Semalam gua tak berkesempatan singgah di mana-mana bazar ramadhan, hujan. Lepas meredah hujan waktu balik kerja, gua mandi lalu melempiaskan tubuh gua atas tilam yang dah berpuluh tahun umurnya. Terlelap la juga, pantang letak kepala. Berbuka semalam sekadar apa yang ada je, takda la kuih-muih ataupun roti john. Terawikh semalam pun dalam kesejukan, sepoi-sepoi je angin masuk dalam surau. Muda remaja memang selalu buat 8 rakaat je, selebihnya pekena teh-o. Harapan harini moga sempat singgah bazar sebelum berbuka, cadang nak beli murtabak singapore. Bukan nafsu tapi teringin je, haih....



Bazar Ramadhan 2011: Taman Tenaga, Cheras

Alhamdulillah kita sudah pun sampai di hari ke-4 Ramadhan, tak terasa pun hari berlalu. Alhamdulillah juga kerana gua masih kuat dan tabah untuk berpuasa, harap dijauhkan la dugaan-dugaan yang merosakan. Semalam di hari ke-3 berpuasa gua sempat berkunjung ke Bazar Ramadhan Taman Tenaga Cheras, berdekatan dengan Petronas. Bazar disini tidak sesibuk Bazar Ramadhan Tasik Permasuri & Bazar Ramadhan Jalan Jujur 1 tetapi juadah yang dijual tetap menarik selera pengunjung. Antara juadah yang ada disini:-

Pulut Panggang ↑

Otak-otak ↑

Murtabak - Maple Stlye ↑

Ayam Golek ↑

Popiah Goreng - Panas, panas ↑

Agar-agar ↑

Pecal ↑

Nasi Ayam ↑

Nasi Tomato ↑

Selain juadah makanan dan minuman terdapat juga kaunter zakat bagi yang ingin menunaikan zakat, bayaran yang ditetapkan di Kuala Lumpur RM7.00 sahaja. Selain kaunter zakat terdapat juga 'kaunter' bunga api, harga gua tak tahu.

Kaunter Zakat - RM7.00 ↑

'Kaunter' Bunga Api ↑


Nasihat gua kepada mak ayah & kanak-kanak, bunga api dan mercun adalah sangat merbahaya bagi kesihatan. Mak ayah tolong pantau anak-anak, walaupun bunga api dilihat selamat tetapi sebenarnya merbahaya. Asap yang keluar dari bunga api boleh menyebabkan kesesakan nafas, tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. Malang tidak berbau....


Bazar Ramadhan 2011: Jalan Jujur 1 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Di hari kedua puasa semalam gua ke Bazar Ramadhan Jalan Jujur 1 Bandar Tun Razak, majoriti peniaga adalah penduduk tetap di situ. Walaupun peniaga tidak seramai di Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri, pengunjung tetap ramai membeli juadah untuk berbuka. Antara gerai yang mencuri tumpuan adalah Din Roti John, pengunjung perlu beratur panjang untuk mendapatkanya. Antara menu menarik yang lain:-

Taufu-fa & Air Soya - Panas, sejuk ↑

Karipap Ayam ↑

Apam Balik ↑

Roti John - Din Roti John ↑

Aneka Minuman ↑

Burung Puyuh Goreng ↑

Nasi Goreng, Bihun Goreng, Mee Goreng ↑

Ayam Percik ↑

Kuih Tepung Pelita/ Kuih Sampan ↑

Singa Popeye ↑

Juadah yang sempat gua sambar semalam adalah Pau Kacang RM1, Roti John RM4, Kuih Tepung Pelita RM2 dan Singa Popeye RM2. Gua tengah memikirkan dimana bazar gua nak terjah hari ni? Gua juga masih mencari menu-menu menarik dan pelik, haih...