Bersedekah Al-Fatihah

Al-Fatihah

Hanya itu mampu dilakukan, tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi ucapan Selamat Hari Lahir kerana kau telah tiada, pada yang sensitif linangan air mata menjadi peneman. Sudah pasti orang yang paling merasai kehilangan kau adalah mak, ditalian talipon yang beberapa minit lalu mak bertanya lupakah aku pada tarikh hari ni (28 Feb 2013). Masih lagi kuat ingatan aku pada hari lahir kau, ya hari ini hari lahir Angah tekan aku pada mak lalu terdengar sangkut-sangkut suara mak menahan sebak lalu menangis kesedihan. Sebagai seorang anak dan juga seorang adik kepada abang yang telah kembali ke rahmatullah hanya mampu cuba menguatkan semangat mak yang sedang kesedihan walau diri ini sendiri berasa sedih, merelakan kau pergi pada ketika itu adalah saat paling getir dalam hidup aku. Kekesalan dulu semuanya sudah tidak berguna lagi, merelakan dan menerima dengan redha ketentuan ALLAH ni adalah jalan yang tinggal. ALLAH lebih menyayangi kau, amanlah kau disana semoga kau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.......



Little E&E Boutique

Gua nak mempromosikan 1 kedai maya yang diusahakan oleh sepupu gua di dalam laman sosial facebook, boleh klik LIKE dan lihat sendiri barangan yang dijual di Little E&E Boutique page. Barangan yang dijual adalah barangan bayi dan kanak-kanak, dari kaki hingga ke hujung rambut. Segala proses pembelian dan penghantaran boleh komen di page facebook Little E&E Boutique dan bertanya sendiri pada admin page, gua tolong promosikan je. Antara barangan yang dijual sila lihat gambar dibawah ↓↓↓↓

















LTDL 2013 - Tapah to Kapar (Picture)

Date: 24 February 2013
Location: Sungai Panjang, Selangor
Camera: Blackberry 9900













credit: Kosmo!





Jabatan Agama Islam Selangor Cawangan Kajang - Perlukan perubahan

Assalammualaikum,

Pada tahun yang serba moden dan bertambah maju ini mungkin kita mengharapkan ada perubahan dalam sistem yang melibatkan ramai orang, lebih-lebih lagi melibatkan sektor kerajaan. Contoh tempat yang gua rasa ianya perlu ada perubahan adalah JAIS Cawangan Kajang, pertama sekali struktur bangunan yang agak dah terkebelakang dari segi reka bentuknya, yang keduanya sistem yang digunakan masih lagi secara manual dan nampak kurang terurus dari segi pencariaan fail dan sebagainya, yang ketiganya keluasan ruang menunggu yang agak terhad dan ada yang terpaksa menunggu di luar pintu semasa menunggu giliran, yang keempatnya masalah kaunter yang kurang dan ini melambatkan proses urusan dan orang ramai terpaksa menunggu lebih lama.

Dengan adanya perubahan dan penggunaan sistem yang terkini mungkin urusan di pejabat agama ini dapat dipercepatkan dan memudahkan semua pengguna termasuk pekerja di jabatan agama tersebut, gua melalui saat menunggu semasa berurusan dibahagian nikah, cerai, rujuk. Diharapkan ada perubahan pada suatu masa nanti, untuk urusan sesama Islam mudah-mudahan ianya membawa kebaikan.





Budi bahasa seorang juruwang

Juruwang warga asing lebih ramah dan lembut kata dari juruwang warga Malaysia, ini apa yang gua perasan di kebanyakan tempat seperti kompleks membeli belah, stesen minyak dan lain-lain tempat. Juruwang warga Malaysia ni mungkin ada 'level' yang tersendiri, tu sebab muka pun macam tak ikhlas nak buat kerja, senyum memang susah nak tengok, terima kasih lagi la berat nak ucap, bungkus barang pun main campak-campak je. Berbeza dengan juruwang warga asing, sentiasa senyum, sering bertanyakan tambahan barang untuk dibeli, ucapan terima kasih juga jelas dan lebih ikhlas dan tertib melakukan kerja.

Gua tak agung-agungkan warga asing cuma gua mahu rakyat Malaysia sendiri lebih bagus dari orang luar, kalau mereka boleh kenapa kita tak boleh? Rendahkan sikit rasa ego diri sendiri mungkin boleh melawan dan bersaing dengan mereka, tak susah nak senyum dan ucap terima kasih.




Pengecas Mudah Alih - Power Bank

Zaman canggih, penggunaan talipon bimbit juga canggih. Semuanya serba talipon pintar, mudah layari internet, facebook, emel, bbm, whatsapp, dan lain-lain, serba serbi dihujung jari. Pasti pengguna mengalami masalah kehabisan bateri disaat-saat memerlukan, gua juga melalui saat sukar itu. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga gua telah membeli pengecas mudah alih atau lebih dikenali sebagai power bank dikalangan pengguna talipon pintar, masalah kehabisan bateri disaat-saat penting dapat dielakan dengan mudah.

Gua membeli power bank ni melalui MilkADeal, kalau lu orang tau la. Laman membeli secara maya di internet, kebetulan masa tu ada offer. Power bank yang gua beli ni berkuasa 20,000 mAH yang dijangka bole digunakan sebanyak 6 kali cas atau mungkin lebih. Harga promosi ketika itu RM99 sahaja, bagi gua ia amat murah dengan kuasa yang cukup besar. Konsep pembeliaan di MilkADeal ni sama macam laman membeli secara maya yang lain, cumanya ia mengambil masa selama 21 hari sebelum barang dijangka sampai. InshaALLAH barang yang dibeli akan sampai, buktinya gua dah menerima barang gua ni seperti yang dijanjikan.




Setelah diperiksa, barang berfungsi dengan baik. Segala yang dijanjikan gua dapat, tiada 1 pun yang tertinggal. Gua harap barang ni dapat bertahan lama, kalau tidak gua akan menuntut jaminan yang diberikan. Dengan pembayaran sebanyak RM99 gua rasa pembeliaan ini berbaloi, selain mengharapkan ianya happy ending :)