Memaparkan catatan dengan label GOSIP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GOSIP. Papar semua catatan

Nor Hashidah Harmi VS Khairul Fahmi Che Mat

Kosmo online (01/12/2011)

Heboh sana-sini mengenai mamat penjaga gol Malaysia dengan Shida, bergambar dalam keadaan berpelukan. Memang kontroversi, hangat 1 badan tengok gambar. Shida ni memang gua tak kenal la siapa tapi boleh tahan la, Apek dah tentu-tentu la ada rupa ramai pula perempuan-perempuan perasan yang gila kat dia.


Cerita sebenar hanya mereka berdua je yang tahu, berskandal ke, bercinta ke atau berkawan je. Masa seronok memang lupa semua, semuanya indah masa tu. Bila dah tersebar macam ni memang tak terkata la, habis-habis menafikan je. Pandai-pandai lah bawa diri, yang salah tetap salah tapi sendiri mahu ingat.


Google Image

Google Image

Google Image

Google Image




Aaron Aziz warganegara Malaysia?

Siapa tak kenal aktor Aaron Aziz, tampan, sasa, manis dan macam-macam la anggapan peminat dia. Lakonan pun hebat, nampak hidup dan bertenaga. Semua orang tahu Aaron Aziz berasal dan warganegara Singapura, dengar cerita dia dah minta kerakyatan Malaysia. Selesa hidup dan kerja di Malaysia katanya, Aaron juga telah menjual asetnya di Singapura. Ni mungkin bagi menyenangkan Aaron sendiri ke lokasi pengambaran, rezeki tengah mencurah di sini.



Ni gua nak bagitahu lu orang ni, cerita ni tiada siapa yang tahu kiranya lu orang lah yang pertama tahu. Ada orang cakap muka gua ada iras-iras Aaron, tu kalau pagi. Kalau tengahari pula ada yang kata macam Faizal Tahir, itu orang kata lah. 





Kemenangan


Gua nak becerita pasal kemenangan hari ni, elok juga memulakan hari bekerja ni dengan benda-benda yang seronok, barulah semangat sikit. Pertama mengenai kemenangan Sepah dalam program Maharaja Lawak lepas, kepada pegundi memang berbaloi apa yang lu orang buat tak sia-sia. Gua minat Nabil, untuk peserta solo dialah Juara, hadiah pun makan seorang tak perlu share. Pemenang hadiah terbanyak juga Nabil yang menang, kan?

Kedua adalah kemenangan Datuk Lee Chong Wei dalam perebutan kejuaraan Badminton Terbuka Indonesia, ini merupakan kemenangan kali ke-3 berturut-turut Chong Wei di kejohanan itu. Inilah yang harus dilakukan oleh Chong Wei selaku pemain badminton NO 1 DUNIA, abaikan Lin Dan dengan kontroversinya. Tahniah semua JUARA


Adakah Amir menonton Maharaja Lawak?


Harap malam ni takda siapa kacau gua, biarkan gua bergelak ketawa atau maki hamun malam ni. Gua nak tonton Maharaja Lawak Akhir, rumah gua takda internet nak tengok ulangan kat youtube. Jadi harap maklum ya kepada semua, tinggal SMS boleh tapi jangan call kecuali ada hal kecemasan seperti tertelan guli ataupun telinga tersumbat tanah liat. Gua sokong Nabil, apahal? Tak puas hati? Haha..

Akhirnya, SEPAH JUARA


Piece Yo - AC Mizal

Gua dengan AC Mizal siapa lagi macho? Jujur cakap la, haha...



Tomok Kahwini Pramugari

Sumber dari Kosmo ↑


Tomok mempunyai kelas yang tersendiri selepas memenangi OIAM lepas, selain hadiah RM1,000,000.00 tomok juga memiliki vokal yang mantap. Terus meletup dengan lagu-lagu baru yang meniti ruang radio, antaranya Rindu Terhenti, Arjuna, Merentas Masa. Kini Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail 27 tahun muncul dengan khabar gembira apabila bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai ini bersama pasangan Siti Rahayu 32 tahun. Tahniah di ucapkan, ini mungkin berita sedih bagi peminat-peminat yang ada menaruh hati pada Tomok. Nasib lu orang la...

Payudara yang keudara

Gambar hasil dari carian Google Image ↑

Bukan artis je yang macam tu, orang kebanyakan pun macam tu. Itu memang hak lu orang tapi lu kena fikir sensitiviti orang lain, nafsu orang lain, privasi orang lain, pandangan orang lain. Kalau benda lain yang lu nak dedahkan mungkin lelaki macam gua ni boleh tahan nafsu lagi tapi di bahagian dada kot, payudara a.k.a tetek. Dah nak terkeluar da gua tengok, mengigil beb. Masalahnya bila da kena rogol baru nak salahkan lelaki, sebelum tu taknak beringat. Dah kena raba dalam bas, train baru nak buat laporan polis. Lain kali jangan pakai seksi-seksi, mau tak kencang dada lelaki menengok. Kalau gua mungkin gua boleh menahan nafsu lagi, kalau orang lain memang terus terkam je. Nasib lu orang la, sendiri tanggung

GOSIP: Jejai & Fasha Putus


Tiba-tiba gua rasa nak bergosip, ala sekali sekala. Baca dalam suratkhabar cerita pasal hubungan Jejai dan Fasha dah putus, apa reaksi lu orang? Mungkin ada yang dah agak mereka tidak akan kekal lama, mungkin juga ada yang terkejut, mungkin jugak ada yang tak kisah. Bagi gua, semua kemungkinan tu ada kat gua. Setiap permulaan pasti ada perngakhirannya, kan? Cuma masa dan situasi je yang berlainan dan tidak diketahui.

Dengar dari orang-orang yang suka bergosip, mereka ni putus sebelum Fasha pergi Bali lagi, ala yang kecoh pasal berbikini hari tu. Mungkin Fasha nak release tension pasal hubungan yang dah putus dengan Jejai la kot, patut la tak kisah nak buat apa pun tapi betul ke? Panas dah gua rasa ni, dah macam terbakar je ni.

Dengan terputusnya hubungan antara mereka pasti ada yang berpendapat Jejai dan Nora Danish mungkin akan bersatu semula, ini kemungkinan yang pasti bermain di setiap kotak fikiran lu orang. Kalau ianya perkara baik apa salahnya, kalau jodoh memang tidak kemana.

p/s: Kadang-kadang bergosip ok la


Tokei Babi


Ciri-ciri seorang tokei memang terserlah kat budak ni, gaya memang 'superb'. Mengalahkan jutawan, sembang memang gah. Budak-budak pun dah pandai 'open' sampai tahap macam ni, dunia moden. Langsung tak hormat dan takut melakukan apa saje, tak padan dengan umur.

Q Bistro Cheras port Gay

Gua sekarang berada di Restoran Q Bistro, tiada apa yang menarik di waktu siang. Hanya beberapa keluarga makan petang membawa anak-anak, selain beberapa 'couple' bergadget di sini.

Itu di sebelah siangnya tapi tahukan lu orang bagaimana suasana malamnya? Memang 'happening' dan pening melihat gelagat kumpulan-kumpulan' mat gay. Di sini memang tempat melepak dan bertemu 'pasangan' bagi golongan ini.

Meluat dan geleman melihat gelagat dan kerenah mereka, bertubuh sasa, muka 'macho' tapi sayang gay. Jangan tertipu dek wajah yang tampan dan tubuh badan yang mengiurkan, di sini mereka adalah gay.




*Mereka tak se-macho gua lagi, kalau gua tak macho tak kan la 'minah-minah' nyah usha gua. Mintak simpang.....