Memaparkan catatan dengan label RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAYA. Papar semua catatan

Hari-hari Hari Raya

Raya punya pasal, semua masalah tolak tepi, gembira je masing-masing, gua nampak semua amalan yang baik-baik je, semuanya okay je. Kan bagus kalau hari-hari hari raya, gua rasa mesti masing-masing takde masalah, kalau ada masalah pun muka boleh senyum, mesti aman je. Selamat hari raya geng, ada salah mohon ampun, insyaALLAH gua tak buat salah lagi.








Ucapan Selamat Hari Raya 2014 Paling Meletup

Kemenangan di syawal selepas ramadhan, alhamdulillah semoga tahun ini lebih berkat. Gua pun tak sepatutnya nak tunggu raya baru nak minta maaf tapi takkan la gua nak post entri hari-hari nak minta maaf. Jadi gua ambil kesempatan syawal ini nak minta maaf andai ada terkasar bahasa dalam penulisan gua, ada terasa dalam mana-mana entri gua, gua manusia normal yang selalu buat silap, mudah-mudahan selepas ini gua lebih berhati-hati dalam entri gua. Biasa gua ikut sedap je, gua pun pasti bukan ramai sangat yang membaca, jadi gua jamin tak ramai yang sakit hati bila buka blog gua ni. Selamat Hari Raya gua ucapkan pada semua semoga lebih bermakna pada tahun ni, gua juga harap maaf gua diterima, pendek cerita kira 0-0 la ye.

Alang-alang dah bercerita pasal raya ni gua belanja sekeping gambar raya, tahun lepas berdua tahun ni bertiga, alhamdulillah. Hitam merah tema katanya, tak bertema sangat pun cuma saje-saje nak memeriahkan suasana, amek mood orang kata.



Semangat Syawal 2014

Sejak gua dah berkahwin ni gua dah duduk asing dari mak ayah, walaupun sebelah rumah je pun tapi segalanya sendiri sekarang. Bila dah duduk asing ni semuanya sendiri, merasa la apa yang mak ayah gua rasa bila dah berkeluarga. Dulu masa menjelang nak raya, maka dengan ayah gua sibuk kemas rumah, cat rumah, buat kuih raya, jadi anak-anak terkena tempias, nak taknak kena juga tolong dan kadang sampai tahap dipaksa buat. Biasalah masa tu anak-anak, memang malas la kan, ada je curi-curi masa lari taknak buat.

Sekarang ni dah berbeza, segalanya gua kena buat sendiri, masa ni gua dapat rasakan apa yang mereka rasa dulu. Boleh je taknak cat rumah, taknak kemas rumah tapi macam tak best pula nanti nak ajak orang datang rumah tapi rumah tak cantik. Sekurang-kurangnya rumah tu bercat baru, takde la kepam dan suram je. Sebenarnya takde la susah sangat mengecat ni, mungkin gua lahir dalam keluarga tukang jadi memang dah diajar untuk bidang-bidang macam ni, setakat mengecat tu memang makanan gua la, cumanya rajin atau malas.

Gua buat pilihan cat balik rumah yang kami duduk sekarang ni, dah setahun lebih duduk tak pernah bercat, cat pun dah kelabu asap, sawang pun dah ada kat sudut-sudut siling. Kalau tak raya bila lagi ye tak, masa ni je semangat nak mengecat ni sampai, semangat nak deco rumah. Gua dah mula mengecat, takde la 1 hari siap 1 rumah, gua cat perlahan-lahan, side by side, maklum la masa terhad. Kira dari mula mengecat haritu dah hampir separuh ruang tamu dah dicat, bunyi macam senang tapi banyak kerja juga sebelum mengecat tu. Nak kena alih dulu sofa, karpet, playmate anak, tolak sana tolak sini, alih sana alih sini.

Mula-mula mengecat haritu
Nanti gua dah siap deco dan cat rumah gua up lagi gambar, sekarang ni rumah agak sempit, mungkin lepas deco nampak ruang nampak besar sikit. Rumah dah cantik baru best nak ajak ramai-ramai datang beraya, lepas deco gua kena fikir pasal kuih raya pula.



Syawal - Kad Hari Raya 2013

Sekejap betul masa berlalu, sekarang dah hampir ke syawal 2013, sedar tak sedar. Eh tak lupa puasa pun dah hampir sebulan dilalui, hebat dan Alhamdulillah masih berpuasa lagi sehingga ke hari ini. Jadi gua boleh beraya sebulan la, parti meriah ni. Gua ingat tahun ni gua nak buat puasa enam, nak belajar-belajar, mak gua pun pesan suruh belajar buat puasa enam, harap-harap berjaya lah, dugaan puasa pada bulan bukan ramadan ni sangat la hebat ye. Gua merasakan blog ini pasti nya senyap untuk beberapa hari jadi kesempatan ni gua nak memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca blog ni yang terasa dengan entri-entri gua, segala kekurangan gua disini adalah dari diri sendiri dan yang baik disini datang dari ALLAH S.W.T. Gua juga nak mengingatkan supaya kita lebih berhati-hati pulang ke kampung, patuhi undang-undang, mengantuk tu tidur dulu, mana yang berjalan malam tu bawa la jajan-jajan dalam kereta, pastikan kereta dalam keadaan yang baik, tayar spare pastikan di isi angin, mana yang naik kenderaan awam macam bas dan keretapi tu bawak baju sejuk, butang baju melayu jangan lupa bawa, songkok sekali, dan yang paling penting jangan lupa zakat fitrah.

Gua mendoakan semuanya berjalan lancar, semoga syawal tahun ni lebih bermakna untuk kita semua. AMIN....




Header Selamat Hari Raya

Mood raya dah sampai, kuat sangat rasanya ni, membuak-buak. Header blog pun dah bertukar, semangat punya pasal, tak nak kalah dengan blogger lain. Gua nak jadi orang yang pertama ada blog header raya, haha. 


Kad Raya

Masa gua kanak-kanak gua rajin membeli kad raya tukar-tukar dengan budak-budak sekolah, ada juga yang gua pos masuk dalam peti merah. Untuk yang lelaki gua bagi yang kelakar-kelakar, untuk yang perempuan gua bagi yang manis-manis. Ada sampai 1 tahap tu gua hampir nak beli yang siap ada musik, pengaruh punya pasal. Dalam kad tu gua tak tulis banyak pun sebab semua apa yang gua nak tulis dah memang tertulis, tak perlu nak kerah keringat sangat nak menulis apa. 

Gua kalau nak pos kad tak payah beli setem sebab ada pakcik gua yang memang kaya setem, dah jimat dah kat situ dari segi kos setem. Lagi satu gua tak pakai air liur nak lekat kan sampul surat tu jadi kemas, gua ambil sikit air dari paip buat penganti air liur. Selalunya gua tidak akan letak nama gua pada kad atau sampul tu, inilah yang dinamakan kejutan dihari raya. Gua lebih gembira kalau kawan-kawan tertanya-tanya siapa gerangan pengirim kad raya tu, nampak manis kan?

Semua yang diatas adalah pembohongan semata-mata, saja nak memaniskan kenangan kanak-kanak. Saja nak mengembalikan mood raya zaman kanak-kanak yang sangat meriah tu tapi macam tak berjaya je. Hahaha...


KUIH RAYA & KEREPEK RAYA

KUIH RAYA 2012 ↓↓↓

Kuih Makmur - RM23 (50 biji)
Kuih Semperit/Dahlia - RM20 (50 biji)
Kuih Mazola - RM18 (50 biji)
Kuih Badam - RM23 (50 biji)
Tart Nenas - RM23 (50 biji)
Tart Blueberry - RM23 (50 biji)
Almond London - RM23 (50 biji)


KEREPEK RAYA 2012 ↓↓↓


Ubi Masin - RM14 (1 kg)
Ubi Pedas Kering - RM15 (1 kg)
Ubi Pedas Basah - RM15 (1 kg)
Ubi BBQ - RM15 (1 kg)
Pisang Masin - RM19 (1 kg)
Pisang Manis - RM18 (1 kg)
Kerepek Bawang - RM15 (1 kg)
Tumpi/Tempeyek Kacang Dal - RM22 (1 kg)
Tempeyek - RM23 (1 kg)


Hubungi Mohd Fadli 012-2779803 untuk tempahan atau pertanyaan, terima kasih.



Kerja Korban Anak Muda 2011


Aidiladha adalah perayaan terbesar bagi umat Islam seluruh dunia, di Malaysia hari raya Aidiladha telah jatuh pada 6 November 2011. Bagi gua dan rakan-rakan lain, kami tidak melepaskan peluang untuk menghayati dan menyambut Aidiladha pada tahun ini. 


Pada tahun ini kerja-kerja korban dijalankan secara gotong royong, yang membuatkan ia lebih bermakna apabila turut dihadiri kaum-kaum muda pelapis bagi warga emas. Tahun ini kerja korban boleh dikatakan dijalankan oleh anak muda, hebat anak muda Cheras Jaya kini.


Ketua Anak Muda


Lebih kurang 30 anak muda turut menjayakan kerja korban tahun ini di Madrasah An-Nuriah Cheras Jaya, dari kerja melapah, memotong, membersih, memasak dan memanggang. Seekor kambing telah disedekahkan pihak surau khas untuk anak muda Cheras Jaya untuk dikerjakan, alhamdulillah.

Sate Daging
Selain sup tulang dan rendang yang disediakan orang-orang lama, turut ada juga sate dan kambing panggang yang disediakan sendiri oleh anak-anak muda. Dari merempah, menghidupkan api, membakar, mencucuk, membasuh dan memotong semuanya dikerjakan oleh anak muda. Memang tabik spring dari gua kepada semua yang turut menjayakan kerja korban tempoh hari.

Orang Lama

Mungkin lepas ini orang lama hanya menjadi pemantau bagi kerja korban sahaja, biar sahaja anak-anak muda yang mengerjakan kerja korban. Siapa kata anak muda tak boleh buat, di Malaysia semuanya boleh. Anak muda kini semakin bijak dan prihatin, awas orang lama mungkin selepas ini lu orang sudah takde kerja yang dapat dibuat lagi.

Selamat Aidiladha dari gua buat semua...






Rumah Terbuka 11/9/2011

Rumah Pertama


Menu utama Nasi Dagang Spesial Kelantan,gua memang tak berapa nak pandai makan Nasi Dagang ni. Ini kira percubaan pertama, gua pun tak tau nak makan dengan apa. Apa yang ada atas meja tu gua letak je, untuk percubaan yang pertama makan Nasi Dagang gua makan sikit je sebab takut tekak tak boleh terima. Menu sampingan ada kek, tart telur & kuih raya.








Rumah Kedua


Menu utama Laksa, gua tak tanya pulak laksa mana. Gua dah kenyang jadi gua jamah tembikai dan beberapa cawan teh-o panas, berjabat tangan dengan kawan-kawan erat silahturahim yang menjadi keutamaan dari makan. Menu sampingan ada Nasi Goreng & kuih raya.






Kisah Syawal Gua

Baju Melayu untuk beraya semua sedondon, nampak seragam dan meriah katanya. Memang seronok tengok semua pakai baju yang sama warna walaupun berlainan fesyen, sejuk je mata memandang. Setahun sekali la kata kan, bila lagi nak merasa suasana sedondon macam ni.

Petang sebelum raya semua duk sibuk seterika baju raya, nak pakai untuk malam raya. Lelaki bersiap baju melayu untuk takbir, ada juga buat tahlil untuk arwah opah dan makcik yang meninggal dunia. Sebelum gua pakai baju melayu raya gua untuk malam yang gemilang tu, sempat la gua cuba dulu. Modal gua labur hampir RM120, sekali upah buat baju dan beli kain. Gua sarung seluar, ok. Pinggang memang ngam-ngam, tak kecik tak besar. Panjang kaki pun ngam, tak meleret dan tak tergantung.

Gua dijadikan bahan ketawa bila gua sarung baju, lengan memang ngam, leher pun ngam, badan pun ngam tetapi tahap labuh baju tu kurang sesangat. Baju gua tergantung, senteng. Gua pun tak tau la mana silapnya dengan ukuran yang gua bagi, baru nak bergaya dengan baju raya sedondon dah kena gelak. Apa nak buat, pakai je la. Kisah raya gua tahun ni, Baju Melayu Raya gua senteng!

Kad Raya Biskutmarie 2011

Ini kad raya gua pada lu orang, tak kira la siapa pun lu orang. Gua buat menggunakan PhotoScape, gambar tu semua cari guna Google, curi-curi. Idea datang dari gua sendiri, yang ni gua tak curi. Silalah ambil kad raya ni ye, ikhlas dari gua.




Baju Raya




Tewah Tesco Shah Alam, tahun ni 1 keluarga besar buat baju raya sama warna. Mak bapak gua, adik beradik gua, sepupu gua, pakcik makcik gua, atok gua, sepupu gua punya laki, sepupu gua punya bini, sepupu gua punya anak, bakal menantu mak gua a.k.a bakal isteri gua, ramainya. Macam seronok je, hebat raya tahun ni.





Generasi Muda vs Generasi Lama

pemenang anugerah Generasi Harapan, berjaya menumbangkan 2 ekor lembu. Kilang, umur 27 (berbaju coklat)


malu dengan lembu katanya, umur 31 (abang gua) ↑

sekadar menjadi pemerhati bebas dan mula menunjukkan minat, umur 24 tahun


Walaupun tak ramai generasi muda yang turun padang bagi mengambil bahagian dalam ibadah korban tapi masih ada segelintir yang masih mahu menyahut cabaran untuk mengalas tugas ini di masa hadapan, tahniah kepada mereka. Di tempat gua sendiri dengan jelas gua melihat masih ada lagi generasi muda yang turut mengambil bahagian dalam mengerjakan ibadah korban walaupun lebih ramai lagi yang membuta di buai mimpi siang.



Pesta Cahaya

Di kesempatan ni gua mengucapkan Selamat Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dan serata dunia, terima kasih.......



Meriah perayaan ni kat sini, segala jenis bunyi letupan gua dengar. Memang pesta cahaya lah orang cakap, hebat. Kalau kat 'mall' lak lu orang akan nampak ada 'art' berwarna warni kat lantai. Ntah apa namanye ntah la, gua pun tak tau



Time ni lah lu orang boleh nampak minah-minah India cun melecun pakai sari, pergh nampak pusat tu. Sekali tengok takpe, masuk kali ke-2 jadi dosa.



*cahaya = TNB/Deepavali???

Sambutan malam Hallowen segelintir umat Islam di Malaysia

Tak kurang hebatnya malam Hallowen ni di Malaysia terutama di Kuala Lumpur, meriah. Caranya berbeza dan berlainan sekali dari negara asal pesta malam Hallowen, di Kuala Lumpur mereka meraikan pesta ini di 'night club' atau dalam bahasa lainnya disko.

Bukan kebanggaan bagi gua kalau umat Islam Kuala Lumpur meraikan malam Hallowen, 1 tindakan yang sama sekali jauh dari ajaran Islam untuk meraikan pesta-pesta sedemikian dengan berpakaian ala-ala 'devil' atau dengan bahasa yang paling tepat iblis.

'Bertanduk' merah menyala, mewarnakan muka, memakai sayap ala pari-pari, Mungkin ini tidak menampakkan lagi kejahilan mereka, di tambah pula berskirt pendek menampakkan peha dan mengenakan dengan baju menampakan dada yang sejemput.

Bagi mereka ianya hebat tanpa menghiraukan apa pandangan orang lain yang juling mata melihat gelagat mereka, dasyat. Mereka mungkin tidak sedar mereka di lahirkan dari golongan dan dalam golongan umat Islam. Tidak perlu berpesta sampai berperwatakan seperti iblis, kesian.



*iblis tengok pun 'confirm' geleng kepale