Pembayaran PTPTN melalui pemotongan KWSP (Akaun 2)

Mungkin ramai yang liat untuk membayar balik pinjaman dari PTPTN, tak yah cakap orang la, gua sendiri pun liat nak bayar. Salah 1 cara yang boleh kita buat adalah dengan membuat pembayaran melalui pemotongan KWSP (Akaun 2). Cara memang mudah JIKA dokumen yang di perlukan lengkap, pasal gua dah buat. Gua akan kongsikan dengan lu orang dokumen apa yang perlu dan TIDAK perlu dalam membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP.

Cara-cara:-

1- Pergi PTPTN (Bukit Damansara) untuk membuat permohonan pemotongan pinjaman melalui KWSP, nanti dorang akan suruh kita isi form. Mereka akan hantar 1 surat pengesahan ke alamat rumah lu orang (7 hari bekerja), surat tu yang lu orang perlu bawak pergi KWSP nanti. Peringatan! Surat pengesahan tu hanya valid untuk 3 BULAN dari tarikh kepale surat tu, ingatnya.

2- Belum boleh mohon lagi walaupun lu orang dah dapat surat pengesahan dari PTPTN tu, lu orang perlukan dokumen yang lengkap dulu. Dokumen apa? Soalan yang baik, dokumennye adalah:-

a)Kontrak antara lu dengan PTPTN, ala yang lu sain banyak² muka surat tu. Mase mula-mula lu orang mula belajar. Hilang? Macam mana boleh hilang? Tapi takpe, lu orang boleh dapat balik kontrak lu orang tu (salinan). Lu orang boleh dapatkan salinan tu dengan memohon di cawangan PTPTN di KL SENTRAL (bukan di Bukit Damansara), jangan lupa untuk membawa sekali duit RM90.00. Ye, salinan tu berharga RM90.00. Dorang akan hantar salinan kat rumah korang (7 hari bekerja)

b)Surat Pengesahan yang mula-mula gua cerita tadi tu, PTPTN akan bagi 2 helai. Original bagi KWSP (semasa permohonan) salinan lu simpan.

c)Salinan Kad Pengenalan, cara nak buat salinan pun kena betul ye. Salinan di buat ATAS (depan) dan BAWAH (belakang) pada 1 keping kertas. Peringatan! Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN original semasa membuat permohanan. Wajib

d)Sijil Pelajaran (Diploma/Degree), sijil salinan juga nak ye. Sebagai bukti yang lu orang ni adalah pelajar Kolej/Universiti, original pun jangan lupa bawak ye, Wajib.

e)Full Transcript sediakan 1 salinan juga ye. Original pun jangan lupa, wajib.

3- Dokumen pun dah lengkap baru boleh buat permohonan, pertama sekali pergi dapatkan borang di kaunter pengambilan no giliran. Dorang akan bagi 1 borang untuk memohon, siap dengan cara-cara dan dokumen yang di perlukan. Pastikan form di isi dengan betul

4- Lepas isi form baru amek no giliran, menunggu lah anda sehingga ke saat no anda di panggil. Petugas KWSP akan check salinan dokumen lu orang dengan dokumen original, tu sebab dokumen yag original kena bawak sekali. Wajib.

5- Jika semuanya OK, petugas akan tanya berapa banyak pemotongan yang kita nak dari Akaun 2 KWSP kita. Mengikut kehendak kita, nak buat penuh boleh (kalu tak sayang duit dalam akaun 2 la) dan buat sikit pun boleh. Terpulang dan mereka akan tanya kita cek tu nak di hantar terus ke PTPTN atau nak di hantar ke rumah lu orang, tapi nanti lu kena hantar cek tu sendiri la kat PTPTN. Tempoh cek akan siap dalam masa 3 minggu paling maksimum

Dokumen yang tidak perlu di lampirkan:-

1- Penyata KWSP
2- Slip Gaji
3- Surat Beranak mahupun surat pajak



*kalau masih tidak jelas, lu orang boleh tanya pihak KWSP mahupun pihak PTPTN secara terus



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

borang salinan perjanjian yang kite nak bagi kat kaunter tu ade brape keping ek. saya tak sure la kalau2 saya punya cukup. macam missing satu paper. tapi still tak sure. bleh u bagi tahu i tak berapa keping ek. surat yang warna merah jambu tu sepatutnya ada berape?
thanks dude

BISKUTMARIE(",) berkata...

tanpa nama--> berape keping tu mmg tak sure..
kalu ikut step yg dibagi tu betul2, confirm takde masalah tentang dokumen.
Dokumen yg diperlukan yang seperti yg dinyatakan...

Tanpa Nama berkata...

Boleh memang boleh langsai hutang PTPTN ni dengan KWSP, tapi udah pulakKWSP tetapkan hanya kontrak yang start dari 1 Januari 2001 sahaja yang boleh apply, kontrak yang sebelum tu TOK SAH harap la dapat.....

irnawati mohd mydin berkata...

Bagus info ni.sangatrmbantu
Http://metrobestmom.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Hai, info ni bagus! Tapi saya baru call PTPTN, kata cust service dia, kena bayar full dari akaun kwsp & tak boleh bayar ikut kehendak. Betul ke ni.. Kalau bole saya nak bayar yang saya dah tertunggak (11 bulan) pastu bulan2 saya maintain payment la.. Agak2 boleh ke gitu?

Tanpa Nama berkata...

Knape klo kontrak sblm 2001 xbleh gne kwsp

Mohd Fadli Ali Anui berkata...

Mase sy bt dulu boleh pilih nak berape bnyk amount yg kite nak asalkan tak melebihi akaun 2 la.. Tak tau la plak kalau ade peraturan baru...

Tanpa Nama berkata...

g kt kaunter dorg ckp leh je bayo ikut bape kite nk...g kol plak kate kene byr pnuh...mne 1 nk ikot tah

Mior Zaini berkata...

Assalam,

Camana kalo sy ckp 3rd grade degree student blh dpt loan ptptn…percuma!

mesti ade yg xpecaya.kan?

camni la..ape kata kalo korag google http://www.freeptptn.com

insyaallah method yg diterngkan dpt membantu mereka2 yg nk bayar loan ptptn