Ramadhan datang lagi

Ramadhan tahun ni gua masih lagi bujang, makan pun masih mengharapkan mak dan ayah tolong masakkan. Gua hanya tolong belikan santan, serai, kunyit, beras dekat kedai depan rumah. Kekadang ke bazar tapau sebuku roti john ataupun tepung pelita, mengikut keadaan. Paling kasar pun kerja gua buat bancuh air 1 jug buat berbuka, kadang manis kadang tawar. 

Gua mengharapkan bahan letupan untuk memeriahkan keadaan di tahun ini tidak terputus bekalannya, umur banyak macam gua memang dah layak bermain letupan (AMARAN: Bermain bahan letupan seperti mercun adalah sangat merbahaya). Gua alah dengan asap yang banyak dan dengan itu gua menolak permainan bunga api yang boleh melemahkan pernafasan gua, lebih-lebih lagi sejak gua dah berhenti merokok.

Apa yang gua harapkan, Ramdhan kali ini lebih bermakna buat diri gua dan keluarga gua. Biar pun kami sekeluarga telah kehilangan orang yang disayangi, ingat ALLAH lebih sayangkan Angah. AL-FATIHAH....





4 ulasan:

pizli berkata...

Solannya tahun depan puasa berkahwin ke masih bujang? Haha.

Mohd Fadli Ali Anui berkata...

Pizli: InysaALLAH dah berkahwin... Hehehehe... :D

~AmyLiana86~ berkata...

bukak dgn family best...bagusla dh berhenti merokok..hehe..selamat berpuasa.

Mohd Fadli Ali Anui berkata...

Amy: Ni puasa pertama Amy berbuka dgn suami kan? Mesti best kan,.... huhuh....

Alhamdulillah da masuk bulan ke-5 da tak merokok... Hehehe