Tewasnya Harimau Malaya di bumi matahari terbit, Jepun. Rata-ratanya semua telah menjangkakan kekalahan ini, mungkin juga ada yang tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain-pemain negara.
Pada pandangan gua, corak yang ditunjukkan para pemain amat teruk yang pernah ditunjukkan, pemain seperti takut untuk bermain dan malu-malu membuat hantaran. Hantaran kepada kawan juga lemah, tidak tepat selain tidak sampai kepada pemain.
Pemainan di bahagian tengah juga seperti hilang arah selain kelam kabut untuk mara ke pintu gol Jepun, ini membuatkan permainan Malaysia hambar dan tidak bermaya. Ini mungkin kerana pemain terlalu gugup dan berhati-hati untuk bermain dengan pasukan handalan dunia seperti Jepun.
Pertahanan Malaysia juga goyah mempertahankan kubu dengan larian-larian pantas Jepun selain kelam kabut didepan pintu gol sendiri. Perangkap offside juga gagal dilakukan dengan baik, sekiranya perangkap offside dapat dilakukan pasti akan menumpulkan ketajaman pemain-pemain Jepun yang ghairah mencari gol.
Pujian harus diberikan kepada penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi @ Apek kerana berjaya menjaga gawang dengan baik dan cemerlang meskipun dibolosi 2 jaringan gol. Meskipun serangan bertubi-tubi skuad hadapan Jepun dengan cubaan-cubaan merbahaya dihadapan gol, namun ianya dapat dipatahkan dengan ketangkasan dan kecermelangan Apek.
Permainan dengan Jepun harus dikaji untuk mencari kelemahan-kelemahan pemain dan corak permainan, mungkin juga corak permainan Jepun boleh diterapkan dalam permainan Malaysia. Larian-larian pantas, hantaran 1-2, lorongan-lorongan tepat dan semangat yang kental.
Permainan sudah tamat, kesudahannya Malaysia tewas 0 - 2.
2 ulasan:
ruginya xdpt nk tgk tadi...
suterakasih--> tak malaysia r mcm ni... haha
Catat Ulasan