Kejatuhan empayar

Kg Lubuk dulunya adalah sebuah kampung yang aman dan damai, diketuai seorang ketua kampung yang telus dan tulus- ini lah permulaan zaman kegemilangan Kg Lubuk, walaupun dulunya tiada kemudahan yang lengkap seperti dewan orang ramai, meja ping pong, gelanggang futsal percuma, gelongsor plastik mahupun papan dam buatan tangan- penduduk tidak pernah merungut tentang itu, cukup la dengan kewujudan kedai kopi Abg Man walaupun berbumbung yang telah bocor dan tidak pernah ditampal- disitulah tempat penduduk berkumpul walaupun sebenarnye hanye mat-mat despatch melepak selepas seharian bekerja sambil menyedut nikmat sebatang Gudang Garam setiap seorang- Abg Man la pembekal Gudang Garam original from Indonesia, pastikan Ori baru sedut- tidak lupa juga pakcik² pencen melempiaskan nafsu Kopi "O" kaw sambil becerita zaman remaja yang penuh dengan kegelapan, dasyat juga orang tua kat Kg Lubuk- setiap petang hamparan simen yang dijadikan gelanggang takraw menjadi tumpuan penduduk menunjuk libasan masing-masing, selain kanak² bermain bola tanpa tiang gol dan garisan out- surau juga tidak kurang sesaknya pabila malam, pastinya ada yang terpakse solat diluar kaki lima surau- kabin diberikan YB sebagai pengganti rumah ketua kampung pabila tibanya waktu mesyuarat tahunan kampung, penduduk kampung terharu dengan kemudahan itu- meriahnya zaman itu-








Kg Lubuk semakin tua, perubahan demi perubahan berlaku- kedai Abg Man semakin merosot kedatangan pelanggannya, mat² despatch dah mula pandai melepak di Kuala Lumpur, pakcik² tua ramai yang dah tak larat berjalan- kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan macam² lagi- kabin yang disangka banyak memberi jasa kepada penduduk hanye la sangkaan semate-mate- kabin hanye digunakan semase pilihan raye lepas, menjadi tempat simpanan poster-poster, bendera- bendera dan t-shirt² parti politik tertentu- keputusan pilihan raye lepas banyak menyebabkan perubahan mendadak keceriaan Kg Lubuk, tiada lagi warna-warni kegembiraan dikawasan taklukan ketua Kg Lubuk- ketua kampung tidak kelihatan lagi, kabin telah menjadi tempat makan yang diberi nama Char Kuew Teow Kuale- kedai Abg Man telah dirobohkan, tiada lagi stok Gudang Garam ori- surau semakin lengang, hanya kanak² sewaktu 5 tahun kebawah yang kelihatan- mat-mat despatch tidak bersatu lagi, ada yang dah bertuka kerja opis tak lupa juga yang telah berminat untuk menjadi penggangur- Kg Lubuk semakin suram, tiada lagi lampu kelip-kelip di rumah ketua kampung tika malam menjelma- suramnya suasana.....







Kg Lubuk merupakan nama samaran bagi tempat gua menetap sejak gua darjah 4 sehingga kini

Tiada ulasan: