Mini 4wd

Kalau lu orang zaman-zaman gua mesti lu orang ingat permainan kereta Mini 4wd, yang paling popular keluaran Tamiya. Kalau masih ingat pasti terbayang-bayang cerita Dash Yonkuro, pengembaran sekumpulan peminat kereta Mini 4wd dan gua pasti lu orang pasti ada beli sebiji, main dalam longkang kecik dengan kawan-kawan. Kalau semua tu betul memang kita geng..

Nampak macam dah pupus permainan ni tetapi sebenarnya tidak, gua dah terjumpa kumpulan-kumpulan peminat tegar Mini 4wd ni, perghh ramai lagi peminat ni sebenarnya. Siap ada pertandingan lagi di hujung minggu, jangan terkejut peminat ni semua bukan lagi kanak-kanak. Kalau dah tegar tu memang tak kira umur la kan, tua ke muda ke, dekat ke jauh ke, memang sanggup.

Gua berkecimpung dalam hobi ni tapi lebih kepada pembekal barangan kereta dan spare-part, meniaga la kiranya. Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan barang-barang yang berkaitan boleh contact gua, kalau lu orang mula nak start main pun boleh contact gua. Boleh beli barang start dari kosong sampai ke tahap juara, gua berani jamin sebab kawan gua dah expert gila main menatang ni. Sampaikan enjin pun balut sendiri, custom made. Hebat la...

3 ulasan:

suezen berkata...

wah!....kalau dh minat kan....

Sheikh Mohamed Kamal berkata...

Assalamualaikum.. bro, gua baru nak mula balik main.. perlukan sifu.. boleh kongsi ilmu lu tak bro??

Mohd Fadli Ali Anui berkata...

boleh je, xde mslah... FB Khalish Junior, add sy kat situ.. Hehe