Berbuka puasa bersama mak dan ayah gua, turut serta abang dan isteri. Berbuka sempena dapat gaji, sekarang ni gaji dah habis. Entri ni patut gua post sebelum puasa tapi tak sempat, sibuk buat kuih raya. Alasan yang gua main hemtam je, lantak pi la.
Restoran terletak di Hulu Langat, kalau datang dari arah Kajang restoran ni terletak di sebelah kiri jalan selepas Petronas Taman Sri Nanding sebaliknya kalau datang dari arah Bukit Ampang. Makanan yang disediakan di restoran ini ala Thai, terdapat juga ikan bakar, sate & tauhu bakar dan juga makanan barat.
|
Siakap 3 Rasa |
|
Sup Tulang |
|
Sayur Campur |
|
Antara menu terpilih |
|
Salmah binti Din |
|
Ali Anui Bin Yeop |
Makanan memang puas hati, pedas, masam, masin, manis semua rasa. Pesanan kepada yang nak buat acara makan besar dan beramai-ramai sila buat tempahan awal, selalunya restoran ini dipenuhi pelanggan lebih-lebih lagi waktu malam dan hujung minggu. Harga memang berpatutan, kepada sesiapa yang nak tempah meja awal boleh hubungi talian 03-90217777.
1 ulasan:
tq for the info
Catat Ulasan