Sambal Tumis Telur Puyuh

Telur Puyuh memang salah 1 kesukaan dalam keluarga gua, masak la apa pun pasti habis. Orang cakap telur puyuh ni banyak kolestrol, jadi pada yang tinggi kolestrol tu kurang-kurangkan lah. Berbuka semalam gua masak Sambal Tumis Telur Puyuh, masak sendiri tiada bantuan sesiapa. Bahan-bahan takda yang istimewa, biasa saja. 

Bawang Merah
Cili Kering yang dikisar
Telur Puyuh rebus
Cara-cara masak mudah je, mula-mula panaskan minyak masak. Kemudian tumiskan barang merah yang dihiris tadi hingga naik wangi dan sedikit garing, selepas tu masukkan cili kering yang dikisar. Sentiasa mengaul supaya sambal tidak berketul, mengaul sehingga warna bertukar sedikit gelap. Masukkan garam secukup rasa dan tambahkan gula untuk rasa yang lebih sedap, pastikan garam dilebihkan sedikit dari biasa sekiranya menambah gula.
Selepas sambal telah masak, gaulkan sambal tadi dengan telur puyuh. Terbaik...


Sambal Tumis Telur Puyuh versi biskutMARIE


4 ulasan:

kupu-kupu biasa berkata...

kompem nama lu mohd fadli ye?.. gua nak send kad dah ni... kang tetibe salah nama... hahaha..

wahhh hebat lu memasak... hahaha.. nanti masakkan gua ye.. gua xtau masak... hikhik

Tanpa Nama berkata...

kecur air liur tgk. sabor2. pose nie. hahahaha

Unknown berkata...

kupu²--> Yes, Mohd Fadli.. Gua tau masak tp nk sedap mcm mak gua masak tu xde la...

Unknown berkata...

roxy--> sabor.. hahaha