Alhamdulillah kita sudah pun sampai di hari ke-4 Ramadhan, tak terasa pun hari berlalu. Alhamdulillah juga kerana gua masih kuat dan tabah untuk berpuasa, harap dijauhkan la dugaan-dugaan yang merosakan. Semalam di hari ke-3 berpuasa gua sempat berkunjung ke Bazar Ramadhan Taman Tenaga Cheras, berdekatan dengan Petronas. Bazar disini tidak sesibuk Bazar Ramadhan Tasik Permasuri & Bazar Ramadhan Jalan Jujur 1 tetapi juadah yang dijual tetap menarik selera pengunjung. Antara juadah yang ada disini:-
Pulut Panggang ↑
Otak-otak ↑
Murtabak - Maple Stlye ↑
Ayam Golek ↑
Popiah Goreng - Panas, panas ↑
Agar-agar ↑
Pecal ↑
Nasi Ayam ↑
Nasi Tomato ↑
Selain juadah makanan dan minuman terdapat juga kaunter zakat bagi yang ingin menunaikan zakat, bayaran yang ditetapkan di Kuala Lumpur RM7.00 sahaja. Selain kaunter zakat terdapat juga 'kaunter' bunga api, harga gua tak tahu.
Kaunter Zakat - RM7.00 ↑
'Kaunter' Bunga Api ↑
Nasihat gua kepada mak ayah & kanak-kanak, bunga api dan mercun adalah sangat merbahaya bagi kesihatan. Mak ayah tolong pantau anak-anak, walaupun bunga api dilihat selamat tetapi sebenarnya merbahaya. Asap yang keluar dari bunga api boleh menyebabkan kesesakan nafas, tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. Malang tidak berbau....
2 ulasan:
byk masakan indon, ayam golek indon pun banyak kat tmn tenaga ni. tokey cina, tukang masak indon. hati-hati ayam golek tu eloknya beli kat peniaga org kita melayu. Kalau indon tukang jual tu hati-hati, indon ni semua halal ..darurat kata mereka.
TanpaNama--> thanks for the info...
Catat Ulasan