Sebuah lagi bazar ramadhan yang sempat gua singgah, berdekatan dengan tempat tinggal gua. Kalau ikut jalan kampung tak yah pakai topi keledar, keselamatan jaga sendiri la. Suasana kampung, rumah-rumah papan, ayam, itik, kambing, lembu, lombong (dah tutup), itu persekitaran yang terdapat di kawasan ni. Lebih kurang macam Kampung Baru, perbezaan yang ketara antara taman rumah gua dengan taman ni. Bazar disini lebih besar berbanding bazar di taman rumah gua, peniaga dan pengunjung juga ramai. Juadah yang dijual juga pelbagai, tradisional dan moden.Kebanyakkan juadah yang dijual dibuat depan mata pembeli, jadi boleh nilai sendiri tahap kebersihan dan kelazatan. Antara juadah yang paling menarik minat pengunjung adalah Mee Tarik, mee dibuat sendiri dan secara depan. Mungkin lu orang kena datang tengok sendiri, bazar Taman Delima mempunyai tarikan yang tersendiri.
1 ulasan:
cmne rupa mee tarik tu?? mesti bestkan..
Catat Ulasan