Semalam malam gua sibuk mengemas beg dan baju-baju balik kampung, berus gigi, deodorant, lampu suluh, pakaian dalam, pakaian basahan. Gua sempat juga basuh baju kerja yang gua dah guna minggu ni, senang balik dari kampung baju kerja dah siap basuh. Walaupun dalam mood cuti gua masih ingat lagi kerja, bagusnya gua.
Semalam sempat beli barang sikit di Alamanda Putrajaya, berbuka plak di JM Bariani. Boleh tahan la nasi beriani dia, tempah awal kalau rasa nak berbuka kat sini. Aman kalau pergi Putrajaya ni, jalan tak sesak. Pasaraya pun tak padat, cumanya kurang pilihan. Sekarang ni tinggal nak amek baju melayu je, jangan tertinggal sudah. Mau tak meriah raya sebab 1 keluarga besar pakai baju sama warna, pakcik makcik gua, sepupu sepapat gua, anak-anak buah gua, mak ayah gua, abang adik gua. Pertama kali buat macam ni, syok.
Asyik kemas mengemas barang, gua tidur pukul 2 pagi. Gua didalam khayalan sekarang ni, bergoyang-goyang rasa kepala. Hari ni buka puasa dengan mak ayah dan abang gua di langat, sempena gua dapat gaji. Bagi mak ayah gua gembira sikit, nanti senang cukup bulan nak pinjam duit.
1 ulasan:
selamat hari hari hari raya!
Catat Ulasan